CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 31, 2015

TERENGGANU HARAMKAN VAPE MULAI 1 JAN 2016


KUALA TERENGGANU :  Kerajaan Negeri Terengganu mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik di negeri ini bermula awal Januari tahun depan. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Osman Muda berkata kerajaan negeri membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Terengganu yang mengharamkan vape. Susulan keputusan itu juga, pihak kerajaan negeri akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan peniaga vape pada 03 Januari bagi memberi penerangan lebih terperinci.

Wednesday, December 30, 2015

CENGKERANG HAIWAN PRASEJARAH DITEMUI DI ARGENTINA


CARLOS SPEGAZZINI : Jose Antonio  Nievas menemui cengkerang lebih kurang satu meter lebar berhampiran sungai di ladangnya yang berkemungkinan milik glyptodont, sejenis haiwan prasejarah serupa dengan armadillo gergasi. Pada mulanya beliau menyangkakan cengkerang bersisik hitam itu telur dinasour apabila dia melihatnya diselimuti dalam lumpur.

Ahli paleontologi, Alejandro Kramarz daripada Rivadavia Muzium Sains Semulajadi Bernadino turut mengesahkan perkara tersebut. Haiwan itu pupus beribu-ribu tahun yang lampau dan ia adalah perkara biasa untuk mencari fosil mereka di rantau ini. Glyptodonts merupakan moyang armadillos moden. Haiwan prasejarah itu memiliki pusingan cengkerang besar dan berat sehingga satu tan. Kramarz menganggarkan  specimen ditemui oleh Nievas agak muda iaitu 10,000 tahun.

Tuesday, December 29, 2015

FABRIK CELORENG, UNDANG-UNDANG SEDIA ADA LONGGAR


KUALA LUMPUR : Akta sedia ada mengenai kesalahan menggunakan pakaian seragam pasukan keselamatan yang sekadar memfokuskan hukuman ke atas individu yang memakai seragam penuh kerana menyamai anggota keselamatan, perlu dikaji semula. Menurut Penganalisis Jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim, berdasarkan akta sedia ada, tiada tindakan khusus boleh dikenakan ke atas mereka yang menjual fabrik celoreng secara ela untuk dijadikan pakaian. Akta sedia ada perlu diperhalusi dan diperkemaskini dengan menggariskan beberapa kesalahan lain seperti larangan terhadap penjualan kain ela, topi berlogo pasukan keselamatan serta aksesori yang menyamainya. Perlu juga dinyatakan dengan jelas siapa yang berhak, layak menjual dan membelinya.

Tambahnya lagi, jabatan kerajaan yang mempunyai pakaian seragam seperti Kastam, Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pasukan Bomba dan Penyelamat juga perlu mewartakan pakaian rasmi mereka agar tidak menjadi mangsa penjual yang mahu mengaut keuntungan. Sumber Kementerian Pertahanan memberitahu, corak celoreng tentera yang belum dipatenkan menyebabkan tindakan penguatkuasaan sukar diambil terhadap penjualan kain atau pemakaian yang tidak melengkapi pakaian seragam. 

Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) menyebut penggunaan atau pemakaian tanpa kuasa yang sah uniform tentera atau polis atau apa yang seumpamanya hingga mampu memperdaya, hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 7 tahun, boleh dikenakan. 

Monday, December 28, 2015

AZIZ DESA MENINGGAL DUNIA


LANGKAWI : Percutian bersama keluarga di Phuket menjadi percutian terakhir buat Aziz Desa,50, bekas wartawan dan pengacara televisyen yang meninggal dunia di Langkawi. Isterinya Norazlina Raden Jumari,50, berkata beliau bersama Aziz atau nama penuhnya Abdul Aziz bersama-sama anak-anak mereka baharu kembali daripada pusat percutian terkenal di Thailand itu petang Sabtu sebelum disedari meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad.

Aziz yang mengalami komplikasi buah pinggang, sakit jantung dan diabetes sejak hampir setahun lepas meninggalkan 6 orang anak berumur antara 13 dan 22 tahun. Selain pernah menjadi wartawan akhbar Berita Harian, TV3 dan TV9, Allahyarham juga pernah menjadi Setiausaha Akhbar kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri (Tan Sri) Sanusi Junid. Jenazahnya disemadikan di Kampung Bayas selepas solat Asar. 

Sunday, December 27, 2015

MALINDO AIR LARANG BAWA BARANG BERBAHAYA


KUALA LUMPUR : Penumpang Malindo Air dilarang membawa peranti pergerakan peribadi seperti hoverboard, mini wheel, skuter elektrik, "electric segways" dan basikal elektrik yang kini dikategorikan sebagai Barang Berbahaya. Syarikat penerbangan itu mematuhi arahan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dan perakuan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). 

Bagaimanapun, pihaknya membenarkan pek bateri "rechargeable" atau peranti elektronik seperti laptops dan kamera digital untuk kegunaan peribadi atau yang berkaitan dengan peranti elektronik perubatan bersama bateri lithium dengan rating kurang daripada 100 watt-jam atau kandungan lithium kurang daripada 2kg. Sebagai langkah berjaga-jaga, bateri lithium ganti hendaklah disimpan dalam beg plastik berasingan, pouch keselamatan atau terminalnya yang terdedah ditutup dengan pita.

Friday, December 25, 2015

SELAMAT HARI KRISMAS 2015


Thursday, December 24, 2015

SALAM MAULIDUR RASUL 2015


21 ZON LARANGAN HISAP ROKOK ELEKTRONIK

BUTTERWORTH : Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya memaklumkan Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan larangan menghisap rokok elektronik atau vape di 21 kawasan yang diwarta sebagai kawasan larangan merokok mulai tahun depan selepas Jawatankuasa khas membuat penambahbaikan dalam Akta Makanan 1983 di bawah Peraturan Kawalan  Hasil Tembakau 2004. Peraturan ini akan menjadikan larangan menghisap vape adalah sama seperti larangan menghisap rokok tembakau yang perlu dipatuhi di 21 kawasan yang diwartakan kerajaan tahun lalu. 

Kabinet pada 30 Oktober lalu memutuskan penjualan dan menghisap vape tidak diharamkan, namun langkah pencegahan melalui akta dan peraturan sedia ada perlu dilaksanakan berikutan ia membabitkan isu kesihatan. Pengharaman vape yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan juga sedang dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Kementerian Kesihatan yang kini masih dalam peringkat perbincangan.

Wednesday, December 23, 2015

LELAKI BAKAR KERETA BEKAS ISTERI DIREMAN

PETALING JAYA : Seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai terbabit dalam kes khianat membabitkan kebakaran yang memusnahkan 6 buah kereta di tempat letak kenderaan berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Taman Jaya, direman 4 hari. Suspek disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 7 tahun dan denda jika disabit kesalahan.

Suspek dikatakan membaling bom petrol ke arah kenderaan dinaiki bekas isterinya bersama kekasih baharu dipercayai akibat cemburu. Kedua-dua mangsa sempat menyelamatkan diri tetapi tindakan suspek menyebabkan 6 buah kereta termasuk yang dinaiki mangsa musnah dalam kebakaran. Selain kereta Proton Wira milik mangsa, 5 kenderaan yang musnah membabitkan Toyota Vios, Suzuki Swift, Proton BLM, Proton Gen2 dan Honda.

Tuesday, December 22, 2015

SILAP UMUM PEMENANG MISS UNIVERSE 2015


LAS VEGAS : Steve Harvey merupakan pengacara bagi Program Miss Universe 2015 mengakui tersilap membaca kad yang menyenaraikan nama pemenang sehingga beliau tersilap menyebut Miss Columbia, Ariadna Gutierrez. Gutierrez yang gembira dengan pengumuman itu melemparkan senyuman dan membuat lambaian kepada para penonton. Bagaimana detik itu hanya buat sementara waktu. 

Harvey kemudiannya berkata: "Saya harus memohon maaf. Pemenang kedua ialah Colombia, Miss Universe 2015 adalah Filipina," tambahnya yang merujuk kepada pemenang sebenar yang merupakan peserta Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach. Keadaan tersebut mencetuskan kekecohan kerana mengelirukan dan mengejutkan para penonton pada pertandingan yang diadakan di Las Vegas. "Ia adalah kesilapan saya," ujar Harvey.

Monday, December 21, 2015

TERTIKAM SEMASA PERSEMBAHAN SILAT MAJLIS PERKAHWINAN


LABUAN : Seorang peserta silat terbunuh secara tidak sengaja semasa membuat persembahan pada majlis perkahwinan yang diadakan di Kg Patau-Patau. Mangsa Mohd Amil Zulkarnain seorang pelajar kolej berumur 17 tahun, sedang membuat persembahan silat bersama-sama sepupunya yang juga berumur 17 tahun pada kira-kira 11.30 pagi ketika insiden itu berlaku.

Mangsa telah ditikam didada dengan sebilah keris, cedera parah semasa membuat persembahan silat pada majlis berkenaan dan dihantar segera ke hospital. Bagaimanapun meninggal dunia beberapa jam kemudian. Sepupu mangsa ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan (Secara cuai menyebabkan kematian).

Sunday, December 20, 2015

WANITA BARINGKAN KERUSI DICEKIK


LOS ANGELES : Lawrence Wells, 54, berhadapan hukuman penjara 10 tahun disebabkan mencekik seorang wanita kerana membaringkan kerusi ketika berada dalam sebuah penerbangan. Selain itu, beliau juga menumbuk wanita tersebut beberapa kali dalam penerbangan Southwest Airlines yang berlepas dari Los Angeles, 18 Oktober lalu.

Jurucakap Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memberitahu mangsa mengalami gegaran otak disebabkan kejadian tersebut. 10 minit sebelum pesawat mendarat di San Francisco, kapten pesawat membuat keputusan untuk berpatah balik ke Los Angeles di mana pihak berkuasa menyiasat kejadian tersebut.

Southwest Airlines juga menyokong tindakan kapten penerbangan berkenaan atas sebab keselamatan. Keputusan terpaksa dibuat dengan cepat dengan kerjasama kru penerbangan demi mendaratkan pesawat dengan selamat selepas terdapat konfrontasi fizikal di antara penumpang.

Saturday, December 19, 2015

PTPTN KENAKAN TINDAKAN PEMOTONGAN GAJI MANDATORI



KUALA LUMPUR : PTPTN telah mengenakan tindakan pemotongan gaji mandatori terhadap 3,193 peminjam dalam gaji bulan ini akan menerima pemulangan bayaran selewat-lewatnnya 30 Disember ini. Ia dilaksanakan selepas pihak PTPTN mengambil kira rintihan golongan  sasar yang semuanya penjawat awam dan berdepan pelbagai komitmen menjelang tahun baharu. Pemulangan semula itu akan didepositkan terus ke akaun bank mengikut bayaran gaji selepas ditolak ansuran bulanan berdasarkan jadual bayaran balik semasa.

Semalam, ramai kakitangan awam yang culas membayar pinjaman PTPTN dikejutkan dengan potongan gaji dalam jumlah yang besar sehingga ada yang tidak berbaki dalam akaun masing-masing. Pihak PTPTN memaklumkan peminjam yang terbabit dengan pemotongan mandatori diberi tempoh sehingga 18 Januari depan membuat rundingan bagi penstrukturan semula hutang. Selain itu, pihak PTPTN akan meneruskan tindakan penguatkuasaan ke atas peminjam yang tidak memuat bayaran balik seperti notis peringatan pertama, kedua dan ketiga, senarai hitam imigresen, saman dan beberapa tindakan undang-undang.

Friday, December 18, 2015

KESAL BERITA PALSU KEMATIAN JINS DI LAMAN SOSIAL


KUALA LUMPUR : Sejak tersebarnya berita mengenai kematian yang mengatakan pelakon veteran Tan Sri Jins Samsudin, hari ini anak bongsu pelakon berkenaan, Putera Hang Nadim, 24, menafikan berita palsu tersebut dan menyatakan rasa kesal dengan berita kematian bapanya yang tersebar di alam maya. Nadim menyatakan dia dan keluarga begitu terkejut dengan berita palsu mengenai bapanya itu, yang menurutnya ini adalah kali ketiga berita palsu tersebar. Tambahnya lagi, dia bersama Tan Sri dan ibunya baru sahaja pulang bercuti dari Korea dua minggu lalu. Menurut ibunya, setiap kali berita ini menjadi viral ia menyusahkan banyak pihak. Keluarga dan kenalan ada menelefon kerana terkejut mendengar berita itu. 

Thursday, December 17, 2015

KELANTAN NEGERI KEDUA HARAM VAPE

KOTA BHARU : Kerajaan Pas Kelantan membuat keputusan muktamad mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape di ne­geri ini berkuat kuasa 1 Januari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, serentak dengan itu, pihaknya juga telah mengeluar­kan notis selama 14 hari kepada peniaga vape supaya menghentikan perniagaan dan mengosongkan premis masing-masing bermula hari ini. Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terma­suk menyita premis tersebut sekiranya peniaga masih berdegil.

Semalam, seorang peniaga vape menjadi individu pertama di negeri ini yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menjual cecair vape mengandungi nikotin melebihi had dibenarkan. Abdul Fattah berkata, keputusan untuk tidak mengeluarkan lesen penjualan vape itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk Kementerian Kesihatan, Jabatan Mufti negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, ketika ditanya mengenai status penggunaan vape di negeri ini, beliau berkata, setakat ini kerajaan negeri masih belum membuat keputusan mengenainya dan masih dalam proses kajian. Dalam pada itu, ketika menyentuh isu penjualan cecair vape yang mengandungi nikotin, Abdul Fattah berkata, perkara itu jelas adalah satu kesalahan. Perkara ini terkandung di bawah peruntukan Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Wednesday, December 16, 2015

MAYAT TANPA KEPALA DIPERCAYAI MANGSA CULIK

KUALA LUMPUR : Polis masih menunggu keputusan laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mangsa culik Bernard Then Ted Fen untuk memastikan sama ada satu mayat tanpa kepala yang ditemukan di selatan Filipina semalam adalah rakyat Malaysia itu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa Filipina berhubung kejadian tersebut.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pasukan keselamatan Filipina telah menjumpai satu mayat tanpa kepala yang disyaki Then. Then yang berasal dari Sarawak diculik sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah restoran makanan laut di Sandakan, Sabah pada 14 Mei lepas bersama pengurus restoran itu, Thein Nyuk Fun, 50. Thien bagaimanapun dibebaskan pada 8 November lepas. Then dipercayai dipenggal oleh kumpulan penculik itu pada 11 November di Kepulauan Jolo namun belum ada pengesahan sehingga kini.  

Tuesday, December 15, 2015

LALUAN TAUFAN MELOR BOLEH BERUBAH


KOTA KINABALU : Sabah dijangka merasai kesan ekor Taufan Melor yang mana laluannya diramal bergerak ke barat di atas Kudat dalam tempoh 48 jam akan datang. Menurut seorang jurucakap di Jabatan Meteorologi Sabah, sementara ramalan laluan Taufan Melor tidak akan mengenai Sabah, langkah berhati-hati harus diambil kerana ia boleh mengubah arahnya pada bila-bila masa. Sabah berkemungkinan mengalami hujan yang mendahului ombak kuat sehingga 3.5 meter di perairan Sandakan dengan tiupan angin selaju antara 40 dan 50 km/sejam.Taufan Melor dijangka kehilangan momentumnya apabila ia melintasi bahagian tengah Filipina menghala ke Vietnam walaupun tiupan anginnya melebihi 130 km/sejam masih lagi di anggap satu ancaman.

Monday, December 14, 2015

MONYET KECIL DI DUNIA


Pygmy Marmoset merupakan spesies monyet terkecil di dunia yang berasal dari hutan hujan Amazon dan hanya memiliki ketinggian 15 sentimeter (sm). Bentuk badannya yang kecil memudahkannya bertahan hidup lebih lama di dalam hutan. Seperti monyet lain, Pygmy Marmoset juga melompat dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain. Ia menggunakan cakar serta ekornya untuk berpaut di dahan pokok, manakala kepalanya boleh berpusing sehingga 180 darjah bertujuan memudahkannya mengawasi kawasan sekitar ketika mencari makanan. Haiwan kecil ini pula tidak menggemari pisang sebaliknya ia menjadikan getah pokok, serangga serta buah-buahan hutan sebagai makanannya.

Sunday, December 13, 2015

JURURAWAT DIKHUATIRI LEMAS DIHANYUT ARUS DERAS


SANTUBONG : Nurul Wazieyana Mohd Yusof, 23, seorang jururawat yang berasal dari Tangkak, Johor dikatakan terjatuh selepas dipukul ombak ketika bersiar-siar bersama 5 rakannya di pantai Pasir Pandak.  Sepasukan bomba dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan namun, gerakan mencari hingga lewat malam dengan bantuan anggota Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis dan penduduk kampung, gagal menemui jururawat tersebut.

Menurut cerita, sebaik mangsa terjatuh, beberapa rakan cuba menyelamatkan mangsa, namun ombak kuat serta arus deras menyebabkan mangsa dihanyutkan dengan cepat sebelum hilang. Pencarian diteruskan dibeberapa anak sungai berdekatan pantai tersebut juga turut menghadapi kesukaran kerana banyak buaya di kawasan itu. Mangsa masih gagal ditemui.

Saturday, December 12, 2015

BOMBA BANTU URUS JENAZAH SEBERAT 200KG

KOTA BHARU : Sepasukan anggota bomba dan penyelamat terpaksa dipanggil bagi membantu membawa turun jenazah seorang wanita yang mempunyai berat badan 200kg dari tingkat satu rumah kedai Jalan Bayam. Jenazah yang mempunyai masalah kencing manis dan jantung berjaya dibawa turun menggunakan pengusung yang diikat dengan tali sebelum diturunkan menggunakan jentera pasukan itu.

Mangsa yang menguruskan perniagaan barangan basah kembali ke situ untuk tidur, meskipun diajak keluarganya pulang ke rumah di Kampung Tikat, Jalan Pantai Bulan. Ahli keluarga cuba menghubunginya tetapi tidak dijawab. Risau terhadap keselamatan mangsa, ahli keluarganya bergegas ke rumah kedai itu sebelum mendapati wanita itu sudah meninggal dunia dalam bilik tidurnya. Susulan kejadian terbabit, ahli keluarga cuba membawa jenazah melalui anak tangga namun tidak berjaya kerana laluan sempit menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan pihak bomba.

Friday, December 11, 2015

BUDAK NYARIS BUTA ANGKARA DAWAI BESI PAGAR

IPOH : Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun terpaksa menahan sakit hampir 1 jam sebelum diselamatkan anggota bomba apabila dawai besi pagar berkarat tertusuk dan tersangkut dikelopak mata kanannya ketika bermain di kawasan luar rumahnya di Taman Bahagia Tanjung Rambutan.

Dalam kejadian, Wan NurQaleesya Abdullah dikatakan memanjat pagar berdawai dibelakang rumah ketika cuba mengambil selipar adiknya yang dicampakkan diluar pagar sebelum dawai pada pagar tertusuk mata kanannya sehingga menjadi bengkak dan berdarah.

Nenek mangsa terkejut apabila mendengar Wan NurQaleesya menjerit memanggil namanya sambil menangis di belakang rumah. Beliau dan anak lelakinya kemudian berusaha memujuk cucunya yang menahan kesakitan sementara menantikan anggota bomba tiba setengah jam kemudian. Mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan bagi memastikan tiada pendarahan dan jangkitan kuman. 

Thursday, December 10, 2015

KIMIA DALAM PERISA VAPE BAWA MUDARAT


KUALA LUMPUR : Bahan kimia dalam cecair perisa vape dikenali sebagai Diacetyl, boleh menyebabkan pengguna mengalami masalah pernafasan yang serius. Susulan pendedahan tersebut, kerajaan tidak perlu teragak-agak mengharamkan vape atau rokok elektronik (e-rokok) di Negara ini.

Menurut Dr Nor Ruzaini Sulaiman, Ahli Biro Penerangan dan Penyelidikan Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) berkata Journal of Environment Health Perspective mendedahkan Diacetyl boleh menyebabkan penyakit Bronchiolitis Obliterans juga dikenali sebagai "Popcorn Lung" atau Paru-paru Bertih Jagung.

Ia merupakan sejenis penyakit serius kerana boleh menyebabkan kerosakan pada sel tisu paru-paru sehingga menyebabkan organ itu tidak dapat berfungsi dengan baik, membuatkan penghidapnya menghadapi kesukaran untuk bernafas.

Wednesday, December 9, 2015

PESAWAT DINAIKI MORGAN FREEMAN ALAMI MASALAH ENJIN

TUNICA : Aktor veteran, Morgan Freeman, 78, berdepan detik mendebarkan apabila pesawat kecil yang dinaiki mengalami masalah enjin hingga mengakibatkan berlaku letupan kecil. Ketika kejadian, bintang kelahiran Memphis, Amerika Syarikat itu dalam perjalanan menuju ke Texas. Freeman yang ketika itu bertolak dari Mississippi  mempunyai urusan peribadi di Texas dan diiringi juruterbang pesawatnya, Jimmy Hobson. Ketika mereka baru saja berlepas, kedengaran bunyi seakan-akan letupan kuat dan sangat mengejutkan. Namun, pesawat mampu mendaratkan pesawat dengan selamat di Tunica. Tiada sebarang kecederaan dialami. Manakala pesawat juga dapat dikendalikan dengan baik.

Tuesday, December 8, 2015

BUAIAN PUSING GERGASI PORT DICKSON TUMBANG


PORT DICKSON : Buaian pusing gergasi di tapak pesta ria di PD Waterfront tumbang sehingga menyebabkan 3 cedera. Mangsa Hawa Liana Kamar Bashah,21, yang patah paha, manakala dua cedera ringan iaitu Abdul Rahim Mohd,35, dan Nor Aminurashid Nurisham,17 apabila buaian setinggi kira-kira 7.6 meter dan berat 25 tan itu tumbang. Semua mangsa dipercayai dari luar negeri ini dilapor dihantar ke Hospital Port Dickson (HPD) sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS). 

Ketua Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II Sulong Addin berkata,pihaknya menerima panggilan pada jam 12.05 tengah malam sebelum menghantar 6 anggota ke tempat kejadian. Manakala, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Baharudin Mustapha berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian tersebut tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Monday, December 7, 2015

NURUL IZZAH DIHALANG MASUK SARAWAK

KUCHING : Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan mengumumkan calon pilihan raya negeri Sarawak pada Ahad malam, dilarang memasuki negeri itu.

Insiden berlaku sebaik sahaja beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 4 petang selepas pegawai imigresen negeri memberitahu beliau mengenai larangan tersebut.

Nurul Izzah berkunjung ke Sarawak bersama seorang pembantu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Dr Xavier Jayakumar menerusi penerbangan AK5210. Dr Xavier mendakwa pegawai imigresen memberitahu sekatan itu daripada Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata, Sarawak mungkin mempunyai bilangan wakil rakyat yang dilarang masuk berbanding mana-mana negeri di negara ini. Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How berkata, Adenan mengambil jalan keluar dengan "cara yang sama dilakukan oleh pentadbiran lama"

Sunday, December 6, 2015

MARSHA MILAN MASUK ISLAM?



KUALA LUMPUR :  Menganggap tiada siapa yang memahami keadaannya ketika ini, pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh enggan mengulas dakwaan dirinya suda memeluk Islam. Marsha, 30, berkata perkara itu tidak boleh diulas buat masa ini kerana menganggap urusan agamanya adalah hak peribadi dan bukan untuk perkongsian umum.

Beliau berkata "Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan menggembirakan saya, itu adalah hak saya. Bagi saya, setiap orang punyai privacy hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan.

Saturday, December 5, 2015

TUNKU LAKSAMANA JOHOR MANGKAT


JOHOR BAHRU :  Jumaah Majlis Diraja Johor mengumumkan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim mangkat pada jam 7 malam di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA). Istiadat pengebumian akan dibuat mengikut separa adat istiadat kemangkatan diraja kerana ia tidak membabitkan kemangkatan Raja yang memerintah dan tiada sebarang cuti umum akan diumumkan. Tempoh berkabung bagi semua Kerabat Diraja adalah selama 7 hari, manakala rakyat jelata 3 hari selain semua bendera kecuali Bendera Diraja diarah diturunkan separuh tiang mulai semalam sehingga tamat tempoh berkabung. 

Jenazah Almarhum diarak daripada Istana Besar ke Makan Diraja Mahmoodiah menggunakan pedati sebelum disemadikan di sebelah kanan makan nendanya, Almarhum Sultan Iskandar Ismail. Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil diputerakan pada 07 Julai 1990 di HSA. Tunku Abdul Jalil adalah putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. 

Friday, December 4, 2015

REMAJA PARAH JATUH DARI TINGKAT 3 APARTMENT



KOTA KINABALU : Seorang remaja perempuan berumur 13 tahun cedera serius selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuat apartment di Jalan Kayu Madang di Telipok. Mangsa dikejarkan ke Hospital Tuaran dan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth 2. Laporan perubatan menunjukkan bahawa remaja itu mengalami keretakan pada tempurung kepala serta pendarahan dalam kepala dan dihantar untuk pembedahan. 

Ketua Polis Bandaraya, ACP M. Chandra berkata satu pasukan dihantar ke tempat kejadian selepas menerima panggilan memaklumkan mereka mengenai insiden tersebut. Siasatan awal mendapati bahawa remaja itu mungkin tergelincir dan terjatuh ketika menyidai pakaian di balkoni yang tidak dipasang jeriji. 

Menurut bapa mangsa, beliau bergegas ke balkoni apabila terdengar bunyi kuat dan meluru keluar namun tidak nampak kelibat anak perempuannya, mendorong dia untuk meninjau ke bawah dan ketika itu, dia nampak orang ramai berkumpul di tingkat bawah. Menyedari sesuatu tidak kena, dia dan isterinya bergegas turun dan mendapati anak perempuan mereka terbaring tidak sedarkan diri di lantai simen.

Thursday, December 3, 2015

DUA BERADIK MAUT DISEMBELIH IBU

SUNGAI PETANI : Dua beradik lelaki berusia 3 dan 5 tahun, maut disembelih dan dikelar ibu kandung sendiri di salah sebuah rumah di Lorong 11, Taman Wira Indah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nashir Ya berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Tee Cong Ming, 5 dan Tee Cong Shern, 3, ditemukan berlumuran darah oleh datuk mereka yang baru pulang dari berniaga di Pekan Lama.

Ketika kejadian, hanya tiga beranak itu berada di rumah tersebut sementara datuk dan nenek mangsa keluar berniaga. Suami suspek pula berada di Singapura kerana bekerja sebagai tukang masak di sana dan pulang sebulan sekali. Sebaik sahaja pulang, datuk mangsa yang berusia sekitar 60-an terkejut mendapati kedua-dua cucunya terlentang secara bersebelahan dalam salah sebuah bilik di tingkat bawah rumah. Ibunya yang berusia 35 tahun pula hanya duduk di sebelah kedua-dua mayat itu dalam keadaan resah. 

Siasatan polis mendapati kedua-dua mayat tersebut mempunyai kesan luka di leher. Selain itu, mayat Cong Shern juga didapati mempunyai kesan kelar di pergelangan tangan. Ibu mangsa turut mempunyai kesan kelar di pergelangan tangannya. Dia kemudian ditahan dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan.

Dua bilah pisau sayur dipercayai digunakan dalam kejadian itu dirampas. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Setakat ini pihaknya masih menjalankan siasatan dan belum menemukan sebarang bukti bagi mengesahkan jika wanita itu mempunyai masalah mental. 

Wednesday, December 2, 2015

SENIWATI MARIANI ISMAIL MENINGGAL DUNIA


KUALA LUMPUR : Seniwati Mariani Ismail, 82, meninggal dunia kira-kira jam 7.32 malam akibat kanser usus tahap empat di rumah anaknya, Siti Haslinda Abdul Hamid, di Sentul. Mariani atau nama sebenarnya Siti Mariam Ismail, menghembuskan nafas terakhir disisi keluarga selepas seminggu terlantar sakit. 

Anak bongsu beliau, Melissa Saila, 43, berkata ibunya terlantar koma kira-kira 6 pagi semalam. Tambahnya lagi, ibunya sudah lama sakit, tetapi baru setahun lalu mereka sekeluarga mendapat tahu beliau menghidap kanser tahap empat. Ibunya juga baru dua minggu lalu menjalani rawatan di Hospital Selayang dan selepas itu, keadaan dirinya memang lemah sehingga tidak mampu untuk makan dan hanya duduk atas kerusi roda.

Mariani masih sempat menjalani penggambaran drama selama sehari, dua bulan lalu. Allahyarham meninggalkan 13 anak, 8 lelaki dan 5 perempuan yang berusia antara 64 dan 43 tahun. Mariani turut membela anak angkat, Lia Marini, 22. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islan Jalan Ampang di sebelah pusara adiknya, Puan Sri Saloma sebelum solat Zohor.

Tuesday, December 1, 2015

KES SERANGAN SEKSUAL, RIZALMAN DI NEW ZEALAND MENGAKU SALAH


WELLINGTON : Muhammad Rizalman Ismail, seorang bekas diplomat Malaysia mengaku bersalah terhadap tuduhan serangan seksual ke atas seorang wanita New Zealand, Tania Billingsley, dengan mahkamah diberitahu dia memecah masuk ke dalam bilik tidur wanita itu dalam keadaan berbogel dari paras pinggang ke bawah. Rizalman, 39, merupakan atase tentera di kedutaan Wellington ketika kejadian itu berlaku pada tahun lepas dan kes itu mencetuskan kemarahan apabila dia pulang ke tanah air bagi mendapatkan kekebalan diplomatik.

Dia akhirnya diekstardisi ke New Zealand untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah New Zealand dan mengaku tidak bersalah terhadap cubaan rogol dan pecah rumah. Namun dengan perbicaraan dijadualkan bermula Isnin, tuduhan asal yang dikenakan telah digugurkan apabila dia mengaku satu pertuduhan serangan sumbang terhadap wanita itu.

Peguam Rizalman, Donald Stevens mengemukakan keadaan termasuk penyakit mental meskipun pendakwa raya menafikannya. Mahkamah diberitahu, pada 9 Mei tahun lalu, Billingsley berada di rumahnya di Brooklyn, di pinggir bandar Wellington di mana kedutaan Malaysia terletak, apabila dia mendengar ketukan di pintu bilik tidurnya.

Rizalman kemudian memasuki rumah itu tanpa memakai seluar atau seluar dalam. Bilingsley menjerit dan bergelut dengan Rizalman sebelum berjaya menolaknya keluar dan menghubungi polis. Stevens berkata Rizalman memberitahu polis pasangan itu pernah ke panggung wayang bersama-sama pada hari tersebut, bagaimanapun mahkamah tidak mendengar sama ada Billingsley mempersetujuinya.

Sementara itu, Burston memberitahu, pakar-pakar akan dipanggil untuk mempertikaikan hujah Rizalman bahawa dia berada dalam keadaan mental yang kurang sihat, dengan kelakuannya adalah lebih konsisten dengan “penggunaan ganja dan kebimbangan”. Ketika jurubahasa menjelaskan prosiding kepadanya, Rizalman yang berada dalam kandang tertuduh hanya diam. 

Serangan sumbang berkenaan boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun di New Zealand. Mahkamah dijadual mendengar hujah berhubung fakta yang dipertikaikan Jumaat ini sebelum menjatuhkan hukuman. 

LABUAN

LABUAN

MENGENAI LABUAN

Sejarah Wilayah Persekutuan Labuan
Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)

1800
Labuan sebahagian daripada pemerintahan Brunei. Labuan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun.

1846
Labuan secara rasmi diserahkan kepada British oleh Raja Muda Hasim pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai pelabuhan bebas.

1888
Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali sebagai The Chartered Company.


1907
Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

1942
Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

1945
Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

1947
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

16 April 1984
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.


1 Oktober 1990
Labuan diisytihar sebagai Pusat kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

PENGINAPAN

PENGINAPAN

PENGINAPAN HOTEL DAN HOMESTAY DI LABUAN

Hotel

1.Hotel Grand Dorsett Labuan (087) 422 000

2.Hotel Tiara (087) 414300

3.Hotel Billion Waterfront (087) 418111

4.Hotel Palm Beach Resort & Spa (087) 418700

5.Hotel Pulau Labuan 1 (087) 416288

6.Hotel Pulau Labuan 2 (087) 422388

7.Hotel Mariner (087) 418822

8.Hotel Sara (087) 415555

9.Hotel Ambassador 1 (087) 423233

10.Hotel Ambassador 2 (087) 581242

11.Hotel Ambassador 3 (087) 414599

12.Hotel Avida (087) 416868

13.Hotel Global (087) 425180

14.Hotel Victoria (087) 412411

15.Hotel Pulau Labuan Inn (087) 416833

16.Hotel HPL Apartment (087) 583533

17.Hotel Red Tomato (087) 412963

18.Hotel Perdana (087) 420922

19.Hotel Sky Global (087) 431219

20.Hotel Melati Inn (087) 416307

21.Hotel Oriental (087) 419019

22.Beta Service Apartment (087) 453 333

23.Hotel Southern (087) 414211

24.Hotel Pantai View (087) 411339

25.Hotel 6 Inn (087) 411227

26.Hotel Expo (087) 426688

27.Hotel Aifa (087) 424888

28.Hotel One (087) 451369

29.Hotel Millenium (087) 421278

30.Hotel Fah Fah (087) 417712

31.Hotel Fratini Inn (087) 424545

32.Hotel Ocean (087) 410633

33.Hotel RK Cahaya (087)419516

34.Hotel Poh (087) 431375

35.Hotel Transit (087) 431133

36.Hotel Home Labuan (087) 425333

37.Hotel Mi Casa (087) 416323

38.Hotel H & H (087) 420200

39.Hotel Premier (087) 428948

40.Hotel Lazenda (087) 580800

41.Hotel Asia (087) 417712

42.Hotel Lai Lai (087) 443533

43.Hotel Grand Nadia (087) 442605

44.Hotel California (087) 41800

45. Hotel Lazenda Point (087) 418444



Homestay

1.Homestay Bukit Kuda 013-8511907 / 012-8289158

2.Homestay Sungai Labu 016-8041147 / 016-8430172

3.Homestay Patau-Patau 016-8363404 / 016-8424981

4.Homestay Srindung Sireh Inn 019-9366634 / 019-8820117

5.Homestay Siang Guest House 013-816 2198

6.Homestay Labuan Taman Arena 017-866 8870 / 016-839 1950

7.Homestay Papaya Beach Lodge 016-585 5801 / 019-850 1590

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

Pantai Batu Manikar - Pemandangan menarik ketika matahari terbenam. Itulah kemestian bagi pengunjung yang berkunjung ke Labuan. Anda boleh melihatnya di sepanjang Jalan Batu Manikar di mana Universiti Malaysia Sabah (UMS) terletak. Ketika langit sudah cerah (seperti kebiasaannya di Labuan), matahari terus bersinar seperti sama dengan abad-abad yang lalu. Fenomena menarik matahari terbenam akan bermula selepas pukul 6 petang.

Pantai Batu Manikar - Layang Layangan yang terkenal ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melihat matahari terbenam. Ini adalah jajaran pantai yang panjang dihiasi dengan pokok rhu dan pohon kelapa. Lorong pejalan kaki di sediakan untuk kemudahan orang ramai untuk berjalan-jalan mahupun berjoging, dengan suasana redup semulajadi oleh pokok-pokok di sekeliling. Udara segar, bayu laut dan pemandangan menarik ini tentunya merupakan bonus tambahan kepada peminat senaman di luar sana. Pantai Batu Manikar - Layangan Layang telah memenangi Anugerah Kebersihan Pantai COBSEA 2008. Anugerah berprestij ini sememangnya layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaraya dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Pantai Layang-Layangan - merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantai yang berpasir mengajak anda untuk berbaring dan berjemur di bawah sinaran matahari dengan ombak pantai memukul-mukul di kaki anda. Pantai Layang-Layangan merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantainya yang berpasir putih menggoda, menjemput anda untuk berbaring dan menikmati matahari dengan suara ombak memukul-mukul di tepi pantai. Lorong berbasikal dan meja perkelahan yang dinaungi oleh pohon rendang. Di sini juga boleh didapati banyak warung makanan dengan band-band muzik mengadakan persembahan di setiap hujung minggu. Menunggang kuda dan berbasikal adalah beberapa kegiatan rekreasi yang popular di pantai ini. Taman Keamanan juga terletak berdekatan. Manikar Beach Resort juga terletak di sekitar kawasan yang sama.

Pantai Pancur Hitam - Ini adalah salah satu pantai yang berkembang pesat di Labuan. Sebuah taman yang indah membentang terus ke pantai berpasir yang panjang. Terletak di pantai utara Labuan, Pantai Pancur Hitam adalah rumah peribadi yang terbesar dan paling mewah di Labuan ini - "Rumah Jutaan Keamanan". Jalan-jalan yang berhampiran rumah ini, Jalan Batu Manikar dan Jalan Pancur Hitam, di reka dan di hiasi dengan amat cantik. Hanya di depan rumah, deretan gerai-gerai menawarkan air kelapa segar, kepak ayam, popcorn dan masakan tempatan dan makanan ringan lain yang lazat. Di sebelah rumah tersebut, ada jalan kecil yang akan membawa anda ke Bukit Pohon Batu (Pohon Batu Hill), puncak tertinggi kedua di Labuan, di mana anda boleh menikmati laluan hutan trekking. Di puncak bukit ini, anda akan disambut dengan pemandangan pantai yang indah yang membentang di sepanjang garis pantai. Dari tempat pandang yang tinggi, anda juga boleh mempunyai pandangan mata seekor burung tentang seluruh pulau Labuan. Pada hari-hari yang terang, anda boleh melihat semua jalan ke selatan Financial Park Complex, yang terletak di tengah kota Labuan. Lebih jauh ke selatan pantai Pancur Hitam, anda akan menemui kawasan rekreasi yang dikenali sebagai "Sudut Cabaran", yang menawarkan sebuah laman yang ideal untuk pelbagai aktiviti rekreasi termasuk berkelah dan berkemah. Menjelang malam, pemandangan indah menanti anda dengan tiga puncak Bukit Batu Phin sebagai latar belakang yang dramatik. Matahari terbenam di sini bukanlah sesuatu yang patut di lepaskan begitu sahaja! Anda juga boleh melihat desa Melayu berhampiran dengan Cerobong (salah satu tempat yang terkenal di Labuan), Terowong Bersejarah Tanjung Kubong, Taman Burung Labuan dan tempat habitat semulajadi haiwan - semuanya menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik di Malaysia.

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

Pulau Daat - Pulau seluas 242,9 hektar ini adalah milik persendirian dan buat saat ini ia sedang dijual.

Pulau Daat memiliki pemandangan Laut China Selatan dan Pulau Labuan yang amat indah, serta mempunyai kawasan hutan hujan.

Oleh kerana bersifat persendirian, ia tidak terbuka untuk umum tetapi jika anda mempunyai USD 51 juta untuk di belanjakan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pulau yang menarik ini untuk diri anda sendiri.

Pulau Papan - Di sebelah Pulau Daat terdapat pulau kecil seluas 10.52 hektar yang disebut Pulau Papan. Menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong bercuti hujung minggu dan perkhemahan, pulau itu pada awalnya digunakan sebagai tapak rumah api pada tahun 1895.

Pada tahun 1902, lampu malap kemerahan telah digantikan dengan lampu "dioptrie" yang sangat terang sehingga boleh dilihat 13 kilometer jauhnya. Rumah api itu memberi petunjuk kepada kapal-kapal ke Victoria Harbour sehinggalah selepas Perang Dunia II ketika pasukan Berikat menggunakannya sebagai kem tahanan sementara tahanan-perang Jepun.

Hari ini ia berada di bawah bidang kuasa Labuan Corporation (Perbadanan Labuan). Pulau ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan, gelanggang sukan, surau, tempat BBQ, gelanggang bola tampar dan sepak takraw. Para penggemar adventur juga boleh mencuba aktiviti trekking hutan di pulau itu.

Kadar penginapan bermula daripada RM350 semalam untuk chalet 3-bilik biasa.

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

Bangkai Kapal Karam Amerika - The Wreck Amerika mempunyai sejarah yang tragis, telah karam pada masa Perang Dunia II dengan kehilangan 9 nyawa.

The Wreck Amerika telah karam akibat pelanggaran dengan periuk api yang mana telah meletupkan kapal penghapus periuk api Tentera Laut AS itu keluar daripada air dan pecah menjadi dua bahagian pada tarikh 8 Jun 1945.

Perasaan sedih masih lagi terasa apabila melihat plak yang memaparkan senarai nama-nama 9 askar yang terkorban. Plak tersebut yang direka oleh Dick dan Wayne Shafer ditempatkan pada bangkai kapal karam tersebut oleh ahli-ahli Brunei Sub Aqua Diving Club (BSADC) pada tahun 2007.

Masih kelihatan peralatan zaman dahulu seperti klip peluru, pengukur kedalaman, botol kawat dan artifak meriam yang tidak terusik di kapal karam ini.

Bangkai Kapal Karam Australia - The Wreck Australia menyediakan suasana menyelam yang sebenar, dengan kombinasi jarak penglihatan yang kurang dari 10 meter, kaya dengan tumbuhan karang, rangka bangkai kapal, pengakhiran yang tragis dan misteri.

Pada awalnya sebagai kapal kargo dan penumpang Belanda yang dibina pada tahun 1890, ia telah ditenggelamkan oleh oleh Belanda semasa Perang Dunia II untuk mencegah Jepun daripada menggunakannya. Orang Jepun bagaimanapun berjaya menyelamatkan kapal itu, menukar namanya menjadi 'Imbari Maru' dan meletakkannya untuk perkhidmatan sebagai kapal kargo.

Melarikan diri dari Borneo menuju ke Manila, kapal tersebut telah terlanggar periuk api dan karam 23km ke arah barat daya Labuan pada tahun 1944. Pada awalnya di percayai terkena serangan bom dari angkatan udara Australia, nama tersebut melekat sehingga hari ini. 339 orang kehilangan nyawa mereka, termasuk banyak tahanan perempuan (wanita penghibur) yang di bawa oleh Jepun ke perahu penyelamat.

Beberapa penyelam percaya tempat kemalangan ini dihantui oleh hantu jiwa-jiwa yang diseksa ini. Siapa tahu, penampakan seorang wanita berjubah putih melalui kapal ini mungkin saja sinar biasan batu marmar. Hanya satu cara untuk mengetahui - menyelam dan lihat sendiri!

Blue Water Wreck - Blue Water Wreck (Mabini Padre) adalah kapal pukat nelayan Filipina yang besar, yang terbakar dan tenggelam pada tahun 1981 tanpa kehilangan nyawa.

Dinamakan Blue Water Wreck kerana di kelilingi air biru yang jernih, bangkai kapal ini kelihatan seperti tidak banyak di selubungi kegelapan dasar laut.

Pada hari baik, jarak penglihatan 40 meter adalah mungkin. Bangkai kapal ini masih kelihatan utuh dengan tiang-tiang terletak pada sisinya dan lebih dikelilingi oleh kelimpahan kehidupan laut - menjamin pengalaman menarik bagi penyelam.

Cement Wreck - Daripada empat longgokan kapal karam Labuan, Wreck Semen adalah yang paling cetek dengan strukturnya naik 19 meter ke atas dan kedudukannya memudahkan penyelam untuk melewati dan bagus untuk latihan permulaan bagi penyelam kapal karam.

Menawarkan pemandangan bawah laut yang menakjubkan dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman karang dan menjadi rumah pelbagai haiwan laut berwarna-warni, Cement Wreck juga memberi peluang untuk bertembung dengan yu paus bagi penyelam yang bertuah.

Kapal ini mendapat nama pelik ini kerana tenggelam ketika mengangkut simen ke Brunei untuk pembinaan istana baru Sultan. Lebih dikenali sebagai kapal karam yang amat sempurna dengan kedudukannya yang tegak di dasar laut, bangkai kapal itu sangat indah dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman batu karang yang lembut dan keras, spons karang dan pakis, dan kawanan barakuda kecil dan ikan batfish bermain-main di tiang kapal.

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

Bagaimana perasaan anda jika tinggal di rumah kayu tradisional yang dikelilingi oleh air? Rumah-rumah kayu berwarna-warni kelihatan seperti tempat tinggal terapung dan dihubungkan satu sama lain dan ke jalan-jalan utama melalui laluan pejalan kaki yang bersimpang-siur dan tidak tersusun.

Ini adalah Kampung Air Patau Patau 2, yang ditubuhkan pada tahun 1930-an, seluruh desa dimusnahkan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Penduduk desa membina semula kampung dari awal selepas perang berakhir. Arkitektur dan konsep desa air adalah berkait kembali dengan nenek moyang mereka di Brunei. Sampai hari ini, warga desa air menggabungkan budaya Kedayan Brunei mereka dalam kehidupan sehari-hari.

Agar anda berfikir bahawa rumah ini bukanlah untuk orang mabuk laut, anda boleh yakini bahawa rumah-rumah ini sangat stabil - bahkan ada yang dibina lebih dari 60 tahun yang lalu. Rahsianya ialah kayu belian yang digunakan sebagai asas rumah itu yang dapat berdiri kuat selama berabad-abad yang akan datang.

Keluarga tuan rumah yang ramah akan senang hati untuk melayani anda dengan beberapa makanan lazat tradisional mereka termasuk ambuyat, hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering.

Pada petang hari, anda boleh memerhati anak-anak desa bermain layang-layang atau jika anda ingin lebih keseronokan, menangkap ikan di halaman belakang rumah anda – dengan kos yang nominal. Bayangkan anda bersantai di bangku kayu, secangkir kopi di satu tangan dan pancing di tangan yang lain. Seringkali tali pancing anda akan tegang dan berat. Apabila anda begitu teruja menarik pancing anda, boleh di katakan 9 daripada 10 kali tarikan, pancingan anda akan mendapat ikan keli, bukan tersangkut pakaian lama yang dibuang. Persembahan tarian tradisional juga boleh diatur berdasarkan permintaan dan anda pasti dapat menyertai dalam beberapa permainan desa yang menghiburkan.

Kampung Air Patau Patau 2 dilengkapi dengan saluran air dan elektrik, telefon dan sistem sisa, lampu jalan, dermaga teksi air, kedai runcit, kedai kraftangan, klinik, sekolah dan surau (tempat ibadah bagi muslimin yang lebih kecil dari masjid). Di kelilingi oleh air, kaedah pengangkutan utama adalah perahu dan sebahagian besar rumah mempunyai perahu sendiri. Rumah-rumah ini boleh di katakan agak luas dan dihiasi dengan barang-barang antik yang berat, membayangkan kehidupan yang selesa di dalamnya.

Menginap di desa air tradisional yang indah dan menawan ini tentunya pengalaman yang tiada tandingannya.

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

Taman Damai ini dibina sebagai taman peringatan dan penolakan terhadap kengerian perang. Ia terdiri daripada tugu peringatan yang dikelilingi oleh taman-taman yang indah dan tiang-tiang.

Pada 9 September 1945, Jepun secara rasmi menyerah Labuan kepada Australia. Komander Angkatan Darat ke-37 Jepun, Leftenan Jeneral Masao Baba diterbangkan ke tepi pantai Layang-Layangan di K154C Tachikawa (Hickory). Dan dalam sebuah pondok kayu kecil di bawah naungan pohon kelapa kira-kira 50 meter di Selatan-barat Pusat Penyerahan, upacara menandatangani serah terima ini di langsungkan.

Dia menyerahkan pedangnya secara rasmi kepada Mejar Jeneral George Wootten, pegawai pemerintah Division ke-9 Australia, di saksikan oleh Kapten Kumpulan C.W Pearce dan Ketua Skuadron J.S St Heap daripada Royal Australian Air Force (RAAF) di Sydney, Australia.

Berdekatan dengannya, terdapat kem-kem yang ditubuhkan untuk perbicaraan para pegawai dan askar Jepun terhadap kekejaman tahanan perang di kem-kem POW di Sabah dan Sarawak. Perbicaraan Perang di Layang-Layangan adalah yang pertama di Asia Tenggara, yang dipimpin oleh Leftenan L.J Morshead daripada Komander Kor Pertama Australia. Seterusnya, Labuan menukar nama awalnya daripada nama Pulau Maida, dan ditempatkan di bawah Pentadbiran Tentera Inggeris.

Bagi menunjukkan bahawa mereka benar-benar meminta maaf daripada kesusahan yang di sebabkan oleh nenek moyang mereka, Jepun memutuskan untuk membina Taman Keamanan di sebelah Pusat Penyerahan. Taman Damai ini juga sebagai peringatan kepada orang-orang yang telah mengorbankan nyawa mereka di Borneo semasa Perang Dunia II. Ini juga merupakan kenang-kenangan daripada persahabatan antara Malaysia dan Jepun, dan janji keamanan dan keharmonian untuk semua umat manusia yang kekejaman perang seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa depan.

Taman Damai ini dibiayai Japan Shipbuilding Industry Foundation, yang diketuai oleh Ryoishi Sasagawa, dan juga oleh keluarga mangsa dan kawan-kawan mereka daripada beberapa syarikat industri. Pada 14 April 1984, Mitsunori Ueki daripada South Pasifik Memorial Association Incorporation di Jepun menyerahkan Taman Damai secara istiadat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh. Hingga ke hari ini, pembiayaan masih datang dari Jepun untuk menjaga TamanDamai ini dalam keadaan baik.

Dengan perairan yang tenang di bawah jambatan melengkung dan sekitar gazebo yang teduh, berdirinya tugu dengan dua dinding melengkung yang menjadi pusat perhatian di Taman Damai ini. Di pintu masuk taman ini didirikan kepingan batu, dan di atasnya diukir dengan jelas untuk ingatan sampai ke akhir zaman - "Damai adalah yang terbaik".

Ya, damai akhirnya di Pulau Labuan.

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

Dahulunya Rumah Kerajaan - Terletak di belakang lapangan terbang lama ialah Taman Botanikal yang dahulunya adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12'. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Kini, hanya tangki air simpanannya kekal, bersama dengan sebuah kubur anjing kesayangan yang bernama ‘Jim'.

Taman Botanikal adalah satu taman rekreasi dengan pokok tua dan pelandskapan indah. Ia juga mempunyai cerita-cerita yang mempesonakan!

Cerita-Cerita Rumah Kerajaan - Ia dipercayai bahawa Hugh Low, Setiausaha Penjajah untuk bertahun-tahun dan terlepas perhatian untuk menjadi Gabenor, melakukan kebanyakan kerja awal di Taman tersebut. Pokok-pokok tua kebanyakannya ditanam olehnya. Rumah tersebut punah semasa peperangan.

Dua taman kubur dijumpai di tanah Rumah Kerajaan dan adalah dipercayai bahawa ia merupakan kubur yang tertua di pulau tersebut. Salah satu daripadanya mempunyai kubur bertarikh 1847. Kubur-kubur ini dipindah dari Ramsay Point di pesisir pantai, di mana di mana air pasang mengakibatkan hakisan kubur tentera laut lama. Salah satu daripada dua kubur yang dipindahkan merupakan kubur Komander James A. Gordon dari HMS Wolf. Beliau hadir semasa penyerahan Labuan ke tangan British pada 24 Disember 1846 dan membantu pembinaan tanah. Seperti ramai pada masa itu, beliau jatuh sakit dan berkubur pada umur awal 28 tahun atas kapalnya yang telah dilabuhkan diluar pesisiran.

Kubur lain itu adalah kepunyaan Sarjan Adam C Sutherland bagi Marin Di Raja, yang telah terkubur dalam satu pergaduhan dengan lanun Balanin pada bulan Mei bagi tahun yang sama.

Terdapat satu lagi kubur menarik terletak pada sebuah permatang di hadapan Rumah Kerajaan dan ia adalah kepunyaan seekor anjing foxhound dinamakan Jim, dan merupakan peliharaan M.S MacArthur, Residen pertama pentadbiran Straits Settlement yang beroperasi daripada 1906 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Tarikh yang terpahat pada kubur Jim adalah 20 Jun 1908.

Kehidupan di tanah tersebut seperti membawa banyak peristiwa. Pada suatu petang, apabila Leftenan-Gabenor Komander A.S. Hamilton pulang ke rumah, beliau terhidu bau kebakaran datang dari arah rumahnya. Beliau mempercepatkan langkah apabilah memikirkan rumahnya terbakar. Sesampainya beliau ke rumahnya, beliau berhadapan dengan sebaris orang Dayak yang sedang mengasapkan kepala di atas tripod dihadapan laman Rumah Kerajaan! Mereka mungkin merupakan kepala-kepala orang Murut yang dirampas oleh pihak polis Dayak sebagai balasan kepada orang Murut yang telah membunuh empat daripada orang mereka. Orang-orang Dayak di laman tersebut sangat tidak berpuas hati apabila kepala-kepala itu seterusnya dirampas. Mereka dibenarkan mengambil semula kepala-kepala tersebut dengan syarat mengasapnya di tempat lain!

Terdapat juga cerita bahawa hantu seorang wanita merupakan residen tanah tersebut – kemungkinan wanita tersebut ialah isteri Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Kelibat wanita tersebut tidak pernah kelihatan lagi.

Penggeledahan kubur oleh pemburu-pemburu kepala yang mencari satu sumber yang mudah merupakan satu masalah besar bagi peneroka-peneroka awal di Labuan. Hugh Low sebenarnya menggali lima belas kubur pada malam isterinya terkubur. Beliau mengebumikannya sendiri dalam salah satu kubur tersebut dan mengisi kubur-kubur lain dengan harapan menangkis peluang untuk penggeledahan kubur. Ramai juga yang rancang untuk dikebumikan di laut agar menghalang kejadian ini terjadi.

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney di Tanjung Kubong. Ia mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar dikelilingi pelandskapan yang indah. Taman ini merupakan rumah bagi kebanyakan spesies burung-burung Borneo yang ditemui oleh pemerhati burung. Terdapat perancangan bagi mengumpul sebahagian daripada 580 spesies burung yang didapati di habitat-habitat Borneo yang pelbagai, daripada bakau di sepanjang pantai ke hutan dalam gunung-ganang.

Pemerhatian burung boleh dilakukan tanpa sebarang peralatan kecuali buku nota, untuk menukilkan pemerhatian anda, dan binokular di taman ini. Bantuan bagi mengenal pasti burung-burung boleh didapati dari pihak pengurusan taman.

Yuran Kemasukan:
Dewasa - RM 3
Kanak-kanak (dibawah umur 6 tahun) - Free
Pelajar/Warga Emas - RM 2
Pelancong - RM 5

**Nota : Taman Burung Labuan dibuka setiap hari KECUALI pada hari Jumaat

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN

Pusat sukan air bertaraf dunia ini terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun. Ia berdekatan dengan pusat bandar Labuan. Kompleks ini merangkumi kawasan 5.91 ekar tanah. Ia merupakan projek dibawah Pelan Malaysia Ketujuh dan dibina pada kos keseluruhan RM 25 juta.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini adalah sebahagian daripada projek mencantikkan pantai Labuan. Objektifnya ialah untuk membina sebuah pusat sukan air bertaraf dunia dan untuk membangunkan tempat-tempat menarik lain sejajar dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Labuan sebuah destinasi pulau utama.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dibuka kepada umum pada Jun 2001 apabila ia menjadi hos kepada Labuan Sea Challenge tahunan.

Infrustruktur dan fasiliti yang diberi oleh kompleks ini adalah dijangka untuk menaikkan tarikan Labuan kepada para pelancong dan pelabur. Kemudahan-kemudahan moden akan membolehkan pulau ini untuk menjadi hos kepada acara dan kejohanan sukan laut antarabangsa.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan direka dengan tiga struktur ketara yang merupakan sebahagian daripada plaza pemandangan utama. Setiap bangunan mempunyai aktiviti khas dalamnya. Setiap menara adalah bahagian penting kompleks sukan air yang moden dan besar. Senibina memberi kenyataan dramatic mengenai alam sekitar, tradisi, dan kefungsian moden. Pusat utama sukan air, blok pentadbiran, muzium biologi marina, kedai cenderahati dan kedai-kedai makan berada di dalam kompleks ini.

Pusat Sukan Air - Pusat ini adalah untuk aktiviti sukan air utama dan tempat bagi karnival. Terdapat satu kawasan simpanan bot yang luas dan terus menghadap pantai. Fasiliti-fasiliti lain termasuk ruang menukar pakaian, tempat rehat dan tempat persediaan umum. Ia diguna sebagai satu kawasan pameran tetap untuk segala jenis aktiviti-aktiviti sukan laut. Ia menghubungkan kepada tempat-tempat berjalan di pantai.

Muzium Biologi Marina - Muzium Biologi Marina terletak bersama dengan blok Pentadbiran di bangunan berasingan. Ia berbentuk separa bulatan berdepanan dengan laut dengan sebuah galeri terbuka. Sebahagian besar bagi ruang binaan adalah digunakan oleh Muzium Maritime. Ruang rehat adalah bagi penggunaan pentadbiran seperti bilik mesyuarat dan ruang-ruang pejabat untuk badan sukan. Manakala di tingkat podium mengandungi bilik berehat VIP yang selesa dan ruang selasar berlebihan untuk muzium.

Plaza Utama - Plaza Utama berbentuk bulatan. Ia dilengkapi dengan struktur yang dapat menahan daripada setiap keadaan cuaca yang buruk. Ia digunakan sebagai pusat bagi melancarkan dan menonton berbagai jenis acara sukan laut.

Pusat Kraftangan dan Kedai-Kedai Makan - Pusat kraftangan dan kedai-kedai makan terletak dibahagian barat kompleks. Terdapat pelbagai kedai-kedai rangkaian popular dan kedai makan kecil-kecilan yang menjual makanan tempatan. Tambahan pula, kedai-kedai cenderahati dan kraftangan menjadikan kawasan ini sarat dengan aktiviti-aktiviti. Ia tempat popular bagi pelancong-pelancong melawat.

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

Muzium Marina Labuan diadakan untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut.

Apabila melangkah masuk ke muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang tidak dapat ditatapi di tempat lain.

Muzium ini dibina dengan konsep kapal bersama dua tingkat pameran. Ia menerima pelawat melalui sebuah jambatan logam. Akuarium-akuariam ungu biru jelas memperlihatkan kepelbagaian jenis kehidupan marina seperti jerung, ‘rays', ‘butterfly fish', ‘angel fish', ‘damsels', ‘wrasses', belut ‘moray', ikan-ikan beracun, udang dan udang kara.

Pelawat akan juga mendapat pengalaman luar biasa untuk menyentuh dan merasa pameran yang diletak di air cetak seperti tapak sulaiman, gamat dan ketam.

Pameran di tingkat dua termasuk habitat terumbu karang, habitat jerung dan ‘rays', reptilia lautan, ikan-ikan komersial, mamalia lautan, ‘marlins', aktiviti-aktiviti memancing dan menyelam, oceanografi, biologi marina, ‘molluscs' dan ‘crustacean'.

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

Dikenali dahulunya sebagai Bandar Victoria, kini Labuan adalah satu pusat perniagaan yang membangun dengan dengan pejabat-pejabat moden dan kompleks membeli-belah.

Dataran Labuan - Dataran Labuan terletak di pusat bandar Labuan. Tumpuan utamanya adalah satu pentas luarnya yang merupakan tempat popular bagi sesetengah acara-acara dan persembahan utama pulau tersebut. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia lain berkibar dalam satu barisan di atas pentas ini. Pada penghujung dataran adalah padang bola sepak bandar. Di penghujung lain adalah sebuah replika ‘Chimney', mercu tanda yang paling terkenal Labuan. Ia cantik dilandskap dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun.

Pusat Bandar Labuan - Pusat bandar adalah kawasan bagi pejalan kaki untuk bersantai. Kerusi-kerusi besi tempaan dan hiasan-hiasan lampu, bersama dengan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan memberi pemandangan yang sangat indah. Terdapat banyak tempat-tempat makan yang khusus dalam masakan Melayu, Cina dan India, serta rangkaian kedai-kedai makanan popular.

Kawasan-kawasan pantai sentiasa penuh dengan kesesakan dan kesibukan. Terdapat kawasan pendaratan, serta Kastam dan jabatan Imigresen. Perdagangan tukar barang adalah dijalankan dalam kawasan ini dan mi kaca adalah barangan popular untuk ditukar bersama peniaga-peniaga Filipino.

Jalan besar utama di pusat bandar Labuan adalah Jalan Merdeka. Pada hujung timur jalan raya ini ialah Sheraton Hotel, Hotel Waterfront Financial dan Financial Park Complex.

Latar langit Labuan dikongsi bersama Masjid Jamek An'nur, satu masjid Islam yang sangat besar dengan rekaan bentuk futuristik dengan dua minarets yang mencapai langit.

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

Muzium Labuan ialah muzium ketiga yang didirikan oleh Jabatan Muzium dan Zaman Kuno di Wilayah Persekutuan Labuan. Ia dibuka pada Oktober 2004.

Bangunan muzium adalah seni bina dua tingkat dalam rekaan penjajahan sebelum perang. Tingkat bawahnya adalah didedikasikan untuk pameran bersejarah merangkumi era pra-sejarah Labuan, kesultanan Brunei, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua, Kemerdekaan, perisytiharan Labuan sebagai satu wilayah persekutuan sehingga penubuhan Perbadanan Labuan. Manakala pameran tingkat atasnya mempamerkan pulau sosiobudaya dan evolusi ekonominya bagi enam kaum utama yakni Melayu Brunei Darussalam, Kedayan, Cina, Kadazandusun, India dan Sikh.

Muzium ini dipersembahkan dengan baik dengan panel grafik, kios maklumat, pengesan-pengesan, bunyi dan cahaya bergerak, dan sistem-sistem paparan lain. Barang-barang pameran itu termasuk alatan muzik, barangan kewangan, senjata api, aksesori perkahwinan, kostum-kostum dan artifak dikutip dari sebelum era pra-sejarah, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua dan zaman kemerdekaan.

Muzium Labuan terletak sesuai di tengah-tengah bandar Labuan. Ia merupakan lawatan yang harus dilakukan bagi sesiapa yang berharap untuk mengambil satu lawatan ringkas pulau yang kaya dengan sejarah dan budaya.

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

Terletak di Pusat Bandar Labuan, kedai bebas cukai menjadikan pengalaman membeli belah anda amat mudah. Menawarkan pelbagai produk bebas cukai yang menarik, seperti coklat import, mutiara, tekstil, minuman keras, dll.

Selain daripada makanan tempatan di pasar minggu Labuan, ada juga pasar tani Labuan untuk di kunjungi. Anda akan berjalan di bawah khemah biru yang bersambung-sambung. Dengan serta merta, anda akan terhidu bau ikan masin yang berlonggok-longgok dan juga makanan kering lain yang dibungkus dalam pek kedap udara yang di susun rapi.

Berbanding dengan pasar minggu yang riuh rendah, pasar tani lebih tenang dan senyap. Di bawah kipas siling, petani dan isteri-isteri mereka menjadi ramah setiap kali pelanggan datang ke gerai-gerai mereka untuk memilih sayuran segar dan buah-buahan, sebelum kembali berehat apabila pelanggan bergerak ke gerai sebelah yang menjual barang yang sama , yang diatur dalam susunan yang sama seperti gerai di sebelahnya. (Ya, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa pasar tersebut tidak akan kehabisan barang apa yang ingin anda beli!)

Di sini anda dapat mencari barang yang sukar di dapati seperti batang /kepingan sambal yang tulen, dibuat di Labuan dan ada juga yang dihantar dari Sabah. Ia dibuat dalam cara yang paling organik; tanpa pengawet atau penambah rasa - hanya daripada hasil penghancuran apabila ditumbuk menggunakan penumbuk sambal. Salah satu cara untuk membezakan antara sambal yang anda beli di supermarket, adalah anda masih boleh melihat mata udang kering di batang dan kepingan.

Anda juga boleh mencari banyak plat sagu, bahan utama untuk makanan Ambuyat Brunei-Melayu – ia dijual di sini, serta bebola ragi, besar dan kecil, untuk di buat tapai.

Pasar tani Labuan di buka setiap hari Sabtu dan Ahad di Jalan OKK Awang Besar dengan berbagai macam produk pertanian, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, rempah-rempah segar, ikan, udang kering, makanan laut kering, dan banyak lagi.

Di hujung sekali, terletak agak menyerong dari pasar tani adalah bazaar hujung minggu Labuan. Agak kecil, bazaar ini menjual segala yang anda perlukan untuk mendapatkan cenderahati dan hadiah untuk teman-teman dan keluarga anda. Daripada T-shirt corak peta Labuan, ukulele mainan murah, alas kaki yang tahan lama , hiasan dekoratif buatan tempatan ... bazaar memiliki semuanya.

Jika anda tidak berminat dengan cenderahati ini, singgahlah juga di bazaar ini, kerana beberapa kedai ada menjual aksesori mutiara yang akan menjadikan saat lawatan anda di sana begitu bernilai.

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

Pemandangan matahari terbenam. Itu adalah satu perkara yang pengunjung tidak akan gagal untuk memberitahu anda tentang Labuan.

Jajaran pantai sepanjang 9km dari Pantai Batu Manikar ke Pantai Sg. Miri telah memenangi Anugerah Pantai Bersih dari United Nation Environment Program di Pattaya, Thailand melalui 2nd COBSEA Marine Litter Workshop and Clean Up Campaign 2008. Anugerah berprestij ini memang layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaran dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Dari Pantai Batu Manikar, singgahlah di Pantai Batu Pohon di mana ada warung kayu untuk nelayan menjual makanan laut segar setelah mereka mendarat. Berhampiran dengannya adalah taman berpasir yang penuh dengan rintangan buatan manusia, iaitu Sudut Cabaran (Challenge Corner) sesuai untuk aktiviti kem bina semangat. Terdapat juga warung makan untuk para pemerhati matahari terbenam untuk menghilangkan haus dan lapar.

Kemudiannya ialah Pantai Pancur Hitam yang begitu cantik. Terdapat banyak pokok rhu yang tumbuh dalam baris yang teratur, memberikan teduhan dan ruangan privasi kepada pasangan pengunjung yang sedang menikmati matahari terbenam bersama sambil bersandar di kereta mereka. Seterusnya, anda akan melewati Homestay Kampung Sungai Labu yang nyaman dan mempunyai pemandangan indah pantai.

Destinasi menarik terakhir ialah Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) sebelum anda membuat perjalanan kembali ke Jalan Batu Manikar. Pada saat itu sinar matahari paling berseri-seri memandikan cahaya mereka ke dinding putih universiti kepada cahaya keemasan yang hangat.

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Australia mendarat di pulau Labuan dan teluk Brunei. Objektifnya adalah untuk mengusir pihak Jepun dari kawasan tersebut, mendirikan sebuah pangkalan tentera laut maju dan menjaminkan sumber minyak dan getah. Dengan serangan yang dikendalikan dengan baik, bilangan pihak Australian melebihi pihak Jepun dan dalam masa seminggu, semua rintangan tempatan utama telah disingkirkan

Pada 10 September 1945, Labuan, Borneo, Leftenan Jeneral Masao Baba, Komander Askar Jepun 7 dan Komander Tertinggi Kuasa-kuasa Jepun di Borneo, tiba di Labuan bagi menyerahkan kuasa-kuasa dibawah perintahnya kepada Mejar Jeneral Wootten. Majlis penyerahan rasmi diadakan di tempat ini pada tengahari 10 September 1945 dan dihadiri oleh kumpulan Kapten C.W. Pearce dan ketua Skuadron J.S. St. Heaps dari Sydney bagi pihak R.A.A.F.

Pesawat Jepun, Tachikawa K154C (HICKORY) yang membawa Leftenan Jeneral Masao Baba ke Labuan untuk majlis penyerahan rasmi dipamerkan di Muzium RAAF, Australia.

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney' – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney' dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney' dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney' masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney'. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney' telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

Tempat yang sering dikunjungi di Labuan ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial yang dilandskap dengan indah ini adalah tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan.

Pada Februari 1945, pihak Jepun yang telah menangkap kawasan pihak Bersekutu di kawasan Sandakan, mula memaksa banduan-banduan untuk berkawad ke Ranau – ia kemudiannya dikenali sebagai ‘Kawad Kematian Ranau' (Ranau Death March). Beratus-ratus banduan kehilangan nyawa semasa berkawad dan mereka yang tertinggal serta kem tawanan perang Sandakan telah dikebumikan di Kubur Perang Labuan.

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Bersekutu mendarat di Brown Beach, Tanjung Purun bagi memulakan pembebasan Borneo daripada pihak Jepun. Sebelum ini, bandar Labuan telah dibom teruk unntuk menghalau pihak musuh. Kebanyakan daripada bangunan-bangunan di situ termusnah. Pergaduhan juga berlangsung di sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘the pocket'.

Jenazah askar-askar Bersekutu dikumpul dari seluruh Borden untuk dikebumikan di taman peringatan. Berbaris penanda putih menandakan kubur-kubur tersebut. Pelawat-pelawat dapat merujuk kepada panel-panel pada barisan di mana nama askar yang dikebumikan disini akan tertera. Berbagai-bagai mesej diukir pada penanda kubur askar-askar dengan sebilangannya tertera ‘dikenal oleh Tuhan'.

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua kerap dikunjungi oleh veteran-veteran perang, khususnya dari Australia yang telah meletak Labuan sebagai destinasi penting dalam perjalanan mereka. Pada setiap Ahad pertama pada bulan November setiap tahun, satu perkhidmatan bagi menandakan Hari Peringatan diadakan di sini dan dihadiri oleh orang tempatan dan pelawat-pelawat asing. World War Memories telah dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Halaman rumput adalah disimpan dengan cantik supaya pelawat-pelawat dapat menghargai keamanan dan ketenangan bagi tempat mereka mencari pemahaman mengenai perang, kematian dan kehilangan.