CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 30, 2015

PEROMPAK LAGAK KOBOI


BUTTERWORTH : Kejadian rompakan disebuah kedai emas di Jalan Medan Kurau 1, Chai Leng Park, Butterworth Pulau Pinang melibatkan empat lelaki bersenjatakan pistol dan penukul besi yang berjaya melarikan barangan kemas. Gerak geri keempat-empat suspek itu telah dirakam oleh orang awam yang kemudian di muat naik ke internet untuk dikongsi di laman sosial dan turut disebar menerusi aplikasi Whatsapp.

Video berdurasi 1.08 minit yang tersebar itu menunjukkan seorang lelaki yang ditangannya memegang sepucuk pistol menunggu di luar kedai emas berkenaan sambil berjalan mundar mandir dipercayai sedang mengawal kehadiran polis. Beberapa saat kemudian, tiga lagi rakannya meluru keluar dari kedai emas berkenaan dan keempat-empat suspek terbabit kemudian melarikan diri dengan menggunakan dua buah motosikal kapcai. Sebelum itu, suspek yang memegang pistol telah melepaskan satu das tembakan ke udara dipercayai sebagai tanda amaran kepada orang ramai yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Semasa kejadian, terdapat dua pekerja dan tiada pelanggan di kedai berkenaan. Tiga daripada lelaki terbabit yang memakai topeng dan topi keledar penutup muka penuh bersenjatakan tukul besi serta kayu besbol memasuki kedai dan memecahkan cermin pameran sebelum mengambil 10 dulang barang kemas.

Polis mendapatkan rakaman CCTV untuk siasatan dan mengenal pasti keempat-empat lelaki terbabit dan turut melancarkan `Ops tutup’ untuk mengesan empat suspek terbabit yang dipercayai berusia lingkungan 20-an. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tuesday, September 29, 2015

ENAM DIDAKWA BUNUH, DUA BERSUBAHAT




KUALA LUMPUR : Enam lelaki didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais manakala dua lagi, termasuk doktor tentera, dituduh bersubahat melakukan kesalahan itu. Tujuh daripada mereka didakwa di Mahkamah Majistret di sini manakala seorang lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Di kandang tertuduh ialah G. Gunasekaran, 47, R.Dinishwaran, 23, A. Thinesh Kumar, 22, M. Vishwanath, 25, S. Nimalan, 22, dan S. Ravi Chandaran, 44, yang didakwa bersama-sama membunuh Kevin, 55, dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya, Sentul, di sini ke No 1, Jalan USJ 1/6D Subang Jaya, Selangor. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 7 pagi hingga 8 malam, 4 Sept lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. Pertuduhan itu membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Dr Kolonel K Kunaseegaran, 52, pula didakwa bersubahat dengan enam lelaki itu mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 302 kanun sama, yang turut membawa hukuman mati mandatori. Kesemua mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan tiada sebarang pengakuan direkodkan setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Barisan pendakwaan yang dianggotai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa, Manoj Kurup dan Ahmad Dusuki Mokhtar memberitahu mahkamah bahawa mereka memerlukan dua bulan untuk mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia. Majistret Siti Radziah Kamardin kemudiannya menetapkan 30 Nov ini untuk sebutan kes. Peguam M. Manoharan mewakili Dinishwaran manakala Datuk N. Sivananthan dan Datuk Geethan Ram Vincent mewakili Dr Kunaseegaran. Tertuduh lain tidak diwakili.

Di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pula, mekanik A. Murugan, 44, didakwa bersubahat dengan enam lelaki terbabit dan Dr Kunaseegaran melakukan kesalahan itu di No 20 Desa Mentari di sini, di antara jam 9.30 pagi hingga jam 8 malam, 4 Sept lepas. Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid. Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff memohon tempoh dua bulan sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia. Mahkamah menetapkan 26 Nov depan untuk sebutan semula kes.

Ketika ditemui Bernama, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Razak Musa berkata Dr Kunaseegaran, yang bertugas di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini, dan Murugan akan dihukum mati jika sabit kesalahan walaupun hanya didakwa atas tuduhan bersubahat. Menurutnya, undang-undang menyatakan bahawa sesiapa yang dituduh bersubahat dalam apa-apa kes turut berdepan hukuman sama dengan hukuman kesalahan utama.

Monday, September 28, 2015

SEKOLAH DIBENAR TUTUP JIKA JARAK PENGLIHATAN KURANG 500 METER

PUTRAJAYA : Bermula hari ini, pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diberi kebenaran memutuskan penutupan sekolah sekiranya jarak penglihatan kurang daripada 500 meter. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebelum ini penutupan sekolah di kawasan yang dilanda jerebu hanya diputuskan apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 200, iaitu bacaan kualiti udara pada paras sangat tidak sihat. Hasil perbincangan dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memutuskan selain bacaan IPU, jarak penglihatan juga boleh diambil kira dalam menentukan penutupan sekolah.

Berikutan kualiti udara semakin buruk dengan IPU mencatatkan bacaan pada paras sangat tidak sihat, Kementerian Pendidikan kelmarin mengumumkan semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan serta di Sri Aman, Kuching dan Samarahan di Sarawak diarah tutup hari ini.

Sunday, September 27, 2015

AKIM, UMMU SHAIKHAH BERTUNANG

LEMBAH KLANG : Vokalis kumpulan Akim & The Magistrate iaitu Akim selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasihnya yang juga penyanyi, Stacy. Berita itu disahkan melalu Hlive menerusi laman sosial Instagram rasmi program televisyen itu.

Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24,  berkata dia berasa syukur pertunangannya dengan Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam, 25, berjalan lancar pada 26 September 2015 lalu. Majlis pertunangan pasangan bekas bintang Akademi Fantasia ini dikatakan telah diadakan secara tertutup di Lembah Klang dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai terdekat.

Saturday, September 26, 2015

KHEMAH JEMAAH TERBAKAR DI MINA



MAKKAH : Satu kebakaran yang dilaporkan berlaku pada jumaat di khemah penempatan Jemaah haji di Mina tidak membabitkan Jemaah Malaysia. Khemah milik Jemaah haji Mesir terbakar semasa mengerjakan ibadah haji. Kejadian yang berlaku dipercayai berpunca daripada sebuah dapur berdekatan perkhemahan itu. Lapan jentera bomba dan penyelamat segera dikerahkan ke tempat kejadian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Friday, September 25, 2015

TRAGEDI MINA


ARAB SAUDI  : Lebih 700 Jemaah haji terkorban, hampir 900 cedera dalam rempuhan di Mina. Kejadian yang berlaku kira-kira 5km dari Makkah, yang menjadi tempat Jemaah haji melontar Jamrah. Kejadian berlaku apabila jumlah Jemaah dipersimpangan itu 'meningkat mendadak' secara tiba-tiba yang menyebabkan berlaku tolak-menolak dalam kalangan Jemaah hingga sebahagian besar jatuh.

Thursday, September 24, 2015

HARGA TAYAR HARUS DITURUNKAN

KUALA LUMPUR : Persatuan pengguna Kuala Lumpur dilaporkan mahu harga tayar diturunkan berikutan penurunan harga barang komoditi. Ini kerana barang mentah untuk menghasilkan tayar semuanya sudah turun sejak tahun lalu seperti getah, getah sintetik, besi, petrol dan sebagainya. Walaupun harga komoditi sudah turun, namun pengeluar dan peruncit masih tidak menurunkan harga.  

SALAM AIDILADHA


Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ 

Maksudnya:

“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959. 

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI). Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.

Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108. 

Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi. 

Pendek kata, ibadah korban merupakan gambaran praktikal dari keikhlasan, ketaatan dan ketulusan hati yang tidak berbelah-bagi Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Wednesday, September 23, 2015

GADIS TERSELAMAT DARI MANGSA ROGOL DICAMPAK DALAM PARIT

PENAMPANG : Penduduk Kampung Koidupan terkejut apabila seorang gadis muncul dalam keadaan lemah dan berdarah di muka. Kejadian diceritakan oleh salah seorang penduduk kampung berkenaan di Facebook. Menurut individu terbabit, mangsa itu muncul ketika penduduk sedang bermesyuarat Agung Tahunan PBS di Balairaya Kg Koidupan.

Mangsa menceritakan dia menjadi mangsa ragut dan hampir dirogol sebelum dicampak ke dalam sebuah parit. Gadis berkenaan di hantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut. Setakat ini masih belum ada laporan rasmi dilaporkan.

Tuesday, September 22, 2015

PECAHKAN TELEFON AKIBAT MELANGGAR PERATURAN


BANGKOK: Sekumpulan kadet Tentera Laut Thailand diperintah memusnahkan gajet mereka menggunakan sebongkah blok konkrit, dalam satu video yang tersebar meluas di Internet minggu ini hanya kerana disebabkan melanggar peraturan membawa telefon pintar ke ke kem latihan.

Klip video yang bertajuk Soldiers Must Endure yang tersebar di laman sosial bagaimanapun telah mengundang kritikan pelbagai pihak di mana mereka mempertikaikan kewajaran memusnahkan gajet kepunyaan kadet tentera walaupun peralatan teknologi memang diharamkan di kem-kem latihan.

Video berdurasi 1 minit 30 saat itu menunjukkan sekumpulan kadet tentera laut beratur bersama telefon pintar mereka seperti iPhone dan Samsung yang diletakkan bersama sebiji batu blok konkrit. Video berkeaan telah menjadi viral di laman sosial di Thailand di mana kebanyakkan mereka mengkritik hukuman berkenaan yang dianggap tidak setimpal dengan kesalahan pelatih.

Kebanyakan komen mencadangkan pihak tentera supaya menyimpan telefon milik pelatih dan memulangkan sejurus mereka tamat latihan berbanding tindakan memusnahkan kesemua gajet tersebut.

Monday, September 21, 2015

IQWAN MENANGIS KERANA TERPAKSA TINGGALKAN AF2015

SHAH ALAM : Pelajar AF2015 yang tersingkir di konsert mingguan ke-6 bertemakan Ikon, Iqwan atau nama sebenarnya Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20 menangis kerana  terpaksa meninggalkan akademi. Iqwan yang menangis dibilik sidang media merasakan seperti tidak percaya yang perjalanannya  di AF2015 terhenti hanya setakat itu.

Mengenai dakwaan yang mengatakan Iqwan bertahan hanya kerana paras rupa, beliau sendiri tidak tahu bagaimana untuk respon perkara tersebut. Baginya, itu semua hanyalah pandangan orang. Jika dia tidak mempunyai bakat nyanyian langsung, sudah tentunya tidak lepas untuk menyertai program sebegini.

Sunday, September 20, 2015

PEMBAYARAN AKHIR BR1M 2015 MULAI ISNIN


PUTRAJAYA : Pembayaran peringkat akhir Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 yang dijadual pada akhir September ini dipercepatkan mulai 21 September sempena sambutan Aidiladha. Menurut Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, keputusan itu diharap dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan menjelang perayaan tersebut pada 24 September ini. Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing. Bagi yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan dimana-mana cawangan BSN, Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my

Saturday, September 19, 2015

LELAKI TAMPAR IMAM MASJID NEGARA


KUALA LUMPUR : Seorang lelaki bertindak menampar Imam Negara ketika solat Jumaat kerana mendakwa ada suara ghaib mahukan dia mengimamkan solat tersebut. Perkara itu didedahkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah. Beliau berkata, ketika kejadian itu berlaku sekitar jam 1.30 tengahari semasa rakaat pertama solat berkenaan yang dipimpin oleh Mohd Zuhairee Mohd Yatim. Lelaki warga India berusia 31 tahun itu datang dari belakang ketika Imam sedang membaca surah Al-Fatihah.

Friday, September 18, 2015

BUDAK MAUT TERTUSUK BESI PEMIJAK MOTOR

GEMAS : Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas kepalanya tersusuk besi pemijak kaki motosikal apabila kenderaan itu terbalik di rumahnya di Felda Pasir Besar. Mangsa dan abangnya yang berusia empat tahun, dikatakan bermain berhampiran motosikal berkenaan, yang diletakkan bersebelahan tebing setinggi kira-kira semeter di rumah mereka.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Gemas, Syed Ammar Syed Abbas, berkata pihaknya dimaklumkan motosikal itu tiba-tiba terbalik dan jatuh bersama kanak-kanak terbabit dari tebing berkenaan. Abang mangsa didapati patah tangan, manakala mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.



Thursday, September 17, 2015

DUA WANITA TIDAK MEMAKAI BAJU MENGGANGGU MAJLIS PERSIDANGAN MUSLIM


PERANCIS : Dua wanita yang berkelakuan biadap telah mengganggu satu majlis persidangan muslim di Pontoise, Perancis. Rakaman kejadian memaparkan kedua-dua wanita terbabit yang dalam keadaan tidak memakai baju melompat ke atas pentas dan mengejutkan dua lelaki muslim yang ketika itu sedang berada di atas pentas.

Kedua-dua wanita tersebut masing-masing berumur 25 dan 31 tahun, kemudian merampas mikrofon menyebabkan dua lelaki tersebut berundur ke belakang pentas. Di belakang badan wanita terbabit, tertulis ayat "Nobody makes me submit". Orang ramai berang dengan tindakan wanita tersebut sehingga ada yang tampil ke atas pentas dan menendang salah seorang dari wanita terbabit. 

Identiti wanita yang terbabit adalah aktivis dari kumpulan Femen. Kumpulan Femen adalah kumpulan yang bermula di Ukrain pada 2008 terkenal dengan kelakuan mereka bertelanjang untuk menunjukkan protes mereka terhadap kerajaan atau organisasi yang tidak mereka gemari.

Wednesday, September 16, 2015

SELAMAT HARI MALAYSIA

POLIS SAHKAN KEVIN MATI DIBUNUH

SUBANG JAYA : Kevin Anthony Morais Timbalan Pendakwa Raya yang bertugas di Jabatan Peguam Negara, dilaporkan hilang pada Jumaat, 4 September lalu selepas dia meninggalkan kediamannya di Menara Duta untuk keluar bekerja. Pihak polis mengesahkan beliau mati dibunuh selepas mayatnya ditemui terbenam di dalam konkrit dalam sebuah tong dram di USJ 1, Subang Jaya selepas 12 hari kehilangannya. Polis turut mengesahkan, 7 orang termasuk seorang doktor tentera telah ditahan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Persekutuan Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, suspek utama membawa polis ke kawasan paya itu, di mana tong yang mengandungi jasad Morais dibuang dipercayai ia ada kaitan dengan kes di mahkamah Shah Alam di mana Morais terlibat. Suspek itu terbabit dalam kes rasuah yang mana Morais merupakan pendakwanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata minggu lepas, polis mengklasifikasikan semula kes itu daripada laporan orang hilang kepada penculikan berdasarkan rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi di Kuala Lumpur. Rakaman itu menunjukkan kereta Morais dirempuh sebuah kereta lain di sebatang jalan di ibu kota sebelum dipandu pergi beberapa lelaki.

Mohmad berkata, polis menemui mayat itu selepas berjaya memecahkan tong itu dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat. Mayat yang disumbat dalam karung guni, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Suspek termasuk seorang wanita dan kanak-kanak, tetapi Mohmad berkata kedua-duanya tidak terlibat secara langsung dalam kes itu tetapi turut ditahan bersama mereka yang lain. Hanya seorang dari suspek mempunyai rekod jenayah yang ditahan di sekitar Rawang dan Lembah Klang. Siasatan awal mendapati, suspek utama mengupah suspek lain yang ditahan itu untuk melakukan penculikan.

Polis turut merampas wang berjumlah RM17,000, sebuah Honda Accord dan sebuah Mitsubishi Triton, yang digunakan untuk melanggar kereta Morais apabila dia diculik, di Pulau Pinang. Sebuah Proton Persona, RM15,000 dan perkakasan yang digunakan untuk menyumbat mayatnya ke dalam tong juga dirampas di Kuala Lumpur.

Doktor tentera itu, seorang berpangkat kolonel berusia 50-an, yang bertugas di makmal patologi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, didakwa mengikut Seksyen 168 Kanun Keseksaan kerana terlibat dengan perdagangan haram pada Disember 2013. Morais merupakan timbalan pendakwa raya dalam kes itu.

Pada September tahun lepas, doktor itu, yang dilepaskan dengan ikat jamin RM100,000, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan RM700,000 kerana didakwa mencadangkan tiga syarikat untuk membekalkan ubat-ubatan dan alat perubatan pakai buang ke hospital.

Tuesday, September 15, 2015

LEBIH 30 PEMUZIK BAKAL BUAT PERSEMBAHAN DI RYTHM OF KINABALU


Lebih daripada 30 ahli muzik akan membuat persembahan dalam 'Rhythm Of Kinabalu' yang dijadualkan pada 18 dan 19 September di Kompleks Auditorium JKKN Sabah di Jalan Penampang. Konsert yang dianjurkan oleh Jabatan Kesenian Dan Kebudayaan Negara (JKKN) Sabah. Konsert bertemakan Cahaya, Bunyi dan Gaya.

Konsert itu dibahagikan kepada 3 segmen. Segmen pertama adalah tribute kepada mangsa gempa bumi Gunung Kinabalu dan Segmen Kedua adalah persembahan Instrumental dan eksperimental daripada artis solo dan pemuzik undangan. Sementara Segmen Ketiga pula ialah lagu Inggeris yang dimainkan dengan gabungan alat muzik moden dan tradisional.

Tiket untuk konsert berharga RM50, RM30 dan RM10. Tiket boleh diperolehi daripada Pejabat Kompleks JKKN atau melalui 088-237 051.

WANITA BAWA ANAK KENCING DI SINKI


PERAK : Sekeping gambar yang memaparkan tindakan seorang wanita membawa anak lelakinya kencing di sinki "Foodcourt" di sebuah pasaraya tersebar di laman media sosial Facebook. Kejadian berlaku di sebuah pasaraya Food Court Aeon Mall, Taiping Perak. Tindakan itu disifatkan pengotor dan tidak menghormati pelanggan lain yang menjamu selera di kawasan terbabit.

Kebanyakan pengguna laman media sosial mengkritik tindakan wanita terbabit. Namun, ada juga yang cuba berfikiran positif dengan menyatakan wanita tersebut berbuat demikian disebabkan anaknya sudah tidak tahan untuk kencing. Malahan ada juga yang mengkritik individu yang menangkap gambar ini kerana tidak terus menegur perbuatan terbabit.

Monday, September 14, 2015

OPENG TERKELUAR DI MINGGU KE-5 KONSERT AF2015

SHAH ALAM : Walaupun berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Akademi Fantasia, Openg menyatakan rasa puas hatinya apabila terkeluar di minggu ke-5 kerana merasakan bahawa persembahan pada minggu tersebut adalah yang paling baik berbanding sebelumnya. Membawakan sebuah lagu 'You Give Love A Bad Name' dendangan Bon Jovi, Openg tersingkir kerana mendapat undian sebanyak 7.96%. 

Selain Openg, Faroq juga tersingkir pada konsert tersebut yang hanya mendapat undian 7.79% dengan membawakan lagu dari kumpulan Spider 'Cinta Dewa Dewi'.

Sunday, September 13, 2015

INSIDEN WANITA DILANGGAR MELINTASI JALAN KAWASAN CENTRE POINT


KOTA KINABALU : Insiden yang tersebar luas dalam media sosial mengenai seorang wanita yang dilanggar ketika melintasi jalan lebuh raya Pantai, antara Star City dan Pusat Membeli-belah Centre Point masih tidak sedarkan diri. Namun, dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Mangsa telah dilanggar oleh polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang bertugas dengan polis trafik bandar. 

Menurut sumber, kejadian itu berlaku apabila seorang wanita yang didakwa berlari dari seberang jalan Star City menuju ke arah Centre Point namun tidak sempat sebelum terlanggar oleh polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang menuju ke Tanjung Aru dari pusat bandar.

Pemangku Ketua Polis Bandaraya, Superintendan Mohd Azhar Hamim mengesahkan kejadian itu dan berkata, wanita itu mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth masih tidak sedarkan diri dan di bawah pemerhatian doktor di unit rawatan rapi.

Menurut Mohd Azhar, siasatan polis mendapati anggota polis telah cuba untuk mengelakkan wanita itu tetapi disebabkan jarak yang terlalu hampir anggota polis tersebut tidak sempat untuk mengelak. Mangsa telah terbuang beberapa meter dari tempat kejadian dan terjatuh di tengah jalan, Polis masih menyiasat kes itu di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Saturday, September 12, 2015

FINAS ANJUR BENGKEL PITCHING DI PENAMPANG

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Kolej Universiti Yayasan Sabah (USCF) akan menganjurkan bengkel 'pitching' selama tiga hari di Penampang. Bengkel ini akan diadakan pada 15,17 dan 18 September di Sabah Animation Creative Content Centre (SAC3), Windrose Square Penampang dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang. Bengkel ini bertujuan memberikan peluang kepada penggiat-penggiat filem dan individu yang berminat di negeri ini menerusi dana pembikinan filem oleh FINAS.

Mereka yang berminat untuk menyertai bengkel itu boleh menghubungi 017-814 9986 untuk maklumat mengenai borang pendaftaran dan permohonan dana.

KREN TERJATUH ATAS MASJIDIL HARAM EKORAN RIBUT KUAT






MEKAH : Insiden kren tumbang itu dilaporkan berlaku di kawasan sekitar Masjidil Haram akibat cuaca buruk yang melanda Mekah. Tragedi itu mengorbankan sekurang-kurangnya 107 termasuk 4 jemaah dari Malaysia selain turut mencederakan ratusan yang lain. Berdasarkan maklumat awal, para Jemaah sedang bersiap-siap untuk melakukan solat Maghrib.

Friday, September 11, 2015

JEREBU DIJANGKA BERTERUSAN SEHINGGA PERTENGAHAN SEPTEMBER


KOTA KINABALU : Jerebu dijangka berterusan sehingga pertengahan bulan ini dengan fenomena El-Nino dijangka berterusan sehingga awal 2016. Jerebu dari kawasan-kawasan panasi di Wilayah Kalimantan Barat dijangka menular ke barat Sabah dan melepasi perairan Sarawak dan Sabah dalam tempoh 48 jam akan datang. Manakala. asap dari kawasan-kawasan panas di Wilayah Kalimantan Timur dijangka bergerak ke pantai timur Sabah dalam tempoh 24 hingga 48 jam berikutnya.

29 kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap baik, 20 kawasan merekodkan paras sederhana dan 3 kawasan mencatatkan paras tidak sihat. Bacaan tidak sihat direkodkan di Samarahan (163), Sri Aman, Sarawak (142) dan Kuching, Sarawak (137).

Thursday, September 10, 2015

KEVIN ANTHONY MORAIS DICULIK

KUALA LUMPUR : Pihak polis mengesahkan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais telah dilarikan oleh sekumpulan lelaki Jumaat lalu. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, polis percaya Kevin dilarikan ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya selepas keluar dari rumahnya di Jalan Duta berdasarkan rakaman CCTV di sepanjang jalan yang dilalui mangsa.

Tambahnya juga, setakat ini masih belum ada pihak yang bertanggungjawab atau meminta wang tebusan. Siasatan terkini polis berdasarkan pemeriksaan terhadap CCTV jalan termasuk milik persendirian di sepanjang jalan yang dipercayai digunakan oleh mangsa. Sebelum ini, satu khabar angin yang kononnya mangsa ditemui mati di Sungai Klang adalah palsu dan lokasi sebenar mangsa masih lagi dijejaki polis.

Wednesday, September 9, 2015

AZIAH TERSINGKIR, OPENG TERSELAMAT

SHAH ALAM : Perjalanan pelajar AF2015 Aziah berakhir di minggu ke-5 selepas namanya diumumkan sebagai peserta ketiga tersingkir. Seakan-akan menerima ketentuan tersebut, Aziah yang berasal dari Sabah kelihatan tenang memeluk dan mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya sebelum mengambil bagasi yang telah disediakan.

Dengan bertemakan runut bunyi, Aziah telah membawakan lagu berjudul 'Teruja & Generasiku' yang merupakan tema filem Gol & Gincu itu menerima peratusan undian terendah sebanyak 6.92%. Manakala, dua pelajar lain yang turut berada dikedudukan terendak adalah Iqwan dan Sharul.

Iqwan yang terselamat pada minggu kelima ini ternyata menarik nafas lega walaupun persembahannya dikritik hebat oleh juri tetap Che Ta, Dato' Ramli MS dan juri jemputan iaitu Afghan penyanyi popular Indonesia.

Tuesday, September 8, 2015

TIGA NEGERI CATAT IPU TIDAK SIHAT

KUALA LUMPUR : Beberapa kawasan di Melaka, Negeri Sembila, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat. Menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, jerebu berpunca daripada kebakaran tanah dan hutan di Sumatera serentak cuaca kering yang dijangka berakhir apabila bermula musim peralihan monsun Oktober ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata, pihaknya bersama Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan pembenihan awan  jika IPU mencatatkan bacaan tidak sihat selama 72 jam berturut-turut.

Para penduduk dinasihatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka bagi mengelak pencemaran udara dan jerebu lebih teruk.

Monday, September 7, 2015

BAWA ANJING DALAM TROLI


PASIR GUDANG : Pihak pengurusan sebuah pasar raya besar di Plentong mengakui berlaku insiden anjing yang dibawa masuk pelanggan ke dalam pasar raya berkenaan menggunakan troli seperti yang diviralkan di laman sosial Facebook. Menurut pihak pengurusan, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam.  

Dalam pada itu, Bilal Masjid Kampung Plentong Baru, Omar Abd Jalil berkata, beliau didatangi seorang individu yang tidak dikenali sekitar jam 11 malam kelmarin yang memintanya melakukan samak ke atas troli di sebuah pasar raya. Menurutnya, lebih 500 troli telah disamak di pasar raya berkenaan berikutan insiden seorang pelanggan yang dikatakan telah membawa masuk seekor anjing ke dalam pasar raya itu menggunakan troli yang disediakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Abdul Samad Salleh berkata, perkara itu perlu diambil iktibar oleh pihak pengurusan supaya lebih peka terhadap sensitiviti agama lain.

Sunday, September 6, 2015

LELAKI PALING PENDEK MENINGGAL DUNIA



KATHMANDU : Lelaki yang memegang rekod Guinness World Records bagi lelaki terpendek dunia telah meninggal dunia pada usia 75 tahun. Warga Nepal itu meninggal dunia akibat penyakit yang tidak diketahui di Pusat Perubatan Tropical Lyndon B Johson di Pago Pago.

Chandra Bahadur Dangi, yang memiliki ketinggian 54.6 cm bertemu dengan lelaki tertinggi dunia, Sultan Kosen setinggi 2.67 m buat kali pertama di London pada November 2014 untuk meraikan Hari Guinness World Records.

Saturday, September 5, 2015

INGKAR BAYAR PINJAMAN PTPTN


KUALA LUMPUR : Lebih 600,000 peminjam PTPTN yang ingkar dan tidak pernah membuat pembayaran balik lebih enam bulan disenaraihitam ke luar negara berkuat kuasa serta merta. Pelaksanaan larangan ke luar negara dibuat mengikut Seksyen 22A Akta PTPTN 1997.

Sebelum ini tindakan menyenarai hitam di ambil ke atas peminjam yang diberikan surat tuntutan (LOD) atau saman. Susulan langkah itu, peminjam ingkar yang disenaraihitam tidak boleh memohon atau membuat pembaharuan pasport masing-masing sehingga pelepasan diberikan PTPTN.

Pelepasan akan diberi sekiranya peminjam tampil menyelesaikan keseluruhan hutang atau membayar semua tunggakan pinjaman atau bersetuju membuat potongan gaji. Justeru itu, semua peminjam PTPTN yang berhasrat ke luar negara bagi apa jua urusan, dinasihatkan supaya membuat semakan penyemakan awal terhadap status perjalanan mereka.

Friday, September 4, 2015

14 DIPERCAYAI WARGA INDONESIA MATI LEMAS DALAM INSIDEN BOT KARAM

PELABUHAN KLANG : Seramai 14 orang dipercayai warga Indonesia setakat ini ditemukan mati lemas manakala 15 lagi terselamat selepas sebuah bot membawa kira-kira 70 penumpang karam di perairan Selangor. Bot sepanjang 40 kaki itu karam ketika dalam perjalanan dari Kuala Sungai Bernam menuju ke Tanjong Balai, Indonesia. Majoriti penumpang bot berkenaan warga Indonesia yang ingin pulang ke kampong halaman bagi menyambut Aidiladha. Kesemua mayat dan mangsa yang terselamat dibawa ke Hospital Teluk Intan, Perak.



Thursday, September 3, 2015

HARGA MINYAK TURUN, PENIAGA DIMINTA TURUNKAN HARGA BARANG


PETALING JAYA : Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hamzah Zainudin memberi amaran kepada peniaga supaya menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak bagi bulan September. Tempoh seminggu diberikan kepada mereka untuk berbuat demikian atau berdepan dengan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Beliau turut mempersoal tindakan peniaga yang cepat menaikkan harga barang apabila minyak naik. Terkini, harga petrol RON95 dan RON97 turun 10 sen seliter masing-masing kepada RM 1.95 dan RM 2.35, manakala diesel turun 15 sen seliter kepada RM 1.80.

Wednesday, September 2, 2015

POLIS BURU DUA WANITA PIJAK GAMBAR NAJIB, HADI


KUALA LUMPUR : Polis memburu dua wanita yang dirakam memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pada perhimpunan BERSIH yang lalu. Tindakan dua wanita yang dirakam memijak gambar Najib dan Hadi boleh disiasat mengikut Seksyen 505b Kanun Keseksaan iaitu dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam supaya seseorang mungkin terdorong melakukan kesalahan terhadap Negara atau ketenteraman awam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, sudah tiba masanya polis bertindak mengikut peruntukan undang-undang terhadap individu dan peserta perhimpunan haram itu yang melakukan  pelbagai kesalahan sebelum, semasa dan selepas perhimpunan. Walaupun tiada insiden buruk, banyak kesalahan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan dan Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 dilakukan sepanjang perhimpunan berkenaan.

Tuesday, September 1, 2015

TIADA PENYINGKIRAN DI KONSERT KETIGA AF2015

SHAH ALAM : Selepas penyingkiran dua pelajar wanita berturut-turut dalam dua konsert sebelum ini, konsert ketiga AF2015 lalu menyaksikan kesepuluh pelajar menarik nafas lega apabila hos rancangan itu mengumumkan bahawa tiada penyingkiran dalam konsert kali ini.

Dengan keputusan itu, Sufi, Lisa, Openg, Aziah, Faroq, Bila, Iqwan, Rachel, Syamel dan Sharul akan meneruskan perjuangan mereka ke konsert keempat pada hujung minggu ini sehingga salah seorang daripada mereka bergelar juara.

LABUAN

LABUAN

MENGENAI LABUAN

Sejarah Wilayah Persekutuan Labuan
Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)

1800
Labuan sebahagian daripada pemerintahan Brunei. Labuan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun.

1846
Labuan secara rasmi diserahkan kepada British oleh Raja Muda Hasim pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai pelabuhan bebas.

1888
Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali sebagai The Chartered Company.


1907
Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

1942
Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

1945
Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

1947
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

16 April 1984
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.


1 Oktober 1990
Labuan diisytihar sebagai Pusat kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

PENGINAPAN

PENGINAPAN

PENGINAPAN HOTEL DAN HOMESTAY DI LABUAN

Hotel

1.Hotel Grand Dorsett Labuan (087) 422 000

2.Hotel Tiara (087) 414300

3.Hotel Billion Waterfront (087) 418111

4.Hotel Palm Beach Resort & Spa (087) 418700

5.Hotel Pulau Labuan 1 (087) 416288

6.Hotel Pulau Labuan 2 (087) 422388

7.Hotel Mariner (087) 418822

8.Hotel Sara (087) 415555

9.Hotel Ambassador 1 (087) 423233

10.Hotel Ambassador 2 (087) 581242

11.Hotel Ambassador 3 (087) 414599

12.Hotel Avida (087) 416868

13.Hotel Global (087) 425180

14.Hotel Victoria (087) 412411

15.Hotel Pulau Labuan Inn (087) 416833

16.Hotel HPL Apartment (087) 583533

17.Hotel Red Tomato (087) 412963

18.Hotel Perdana (087) 420922

19.Hotel Sky Global (087) 431219

20.Hotel Melati Inn (087) 416307

21.Hotel Oriental (087) 419019

22.Beta Service Apartment (087) 453 333

23.Hotel Southern (087) 414211

24.Hotel Pantai View (087) 411339

25.Hotel 6 Inn (087) 411227

26.Hotel Expo (087) 426688

27.Hotel Aifa (087) 424888

28.Hotel One (087) 451369

29.Hotel Millenium (087) 421278

30.Hotel Fah Fah (087) 417712

31.Hotel Fratini Inn (087) 424545

32.Hotel Ocean (087) 410633

33.Hotel RK Cahaya (087)419516

34.Hotel Poh (087) 431375

35.Hotel Transit (087) 431133

36.Hotel Home Labuan (087) 425333

37.Hotel Mi Casa (087) 416323

38.Hotel H & H (087) 420200

39.Hotel Premier (087) 428948

40.Hotel Lazenda (087) 580800

41.Hotel Asia (087) 417712

42.Hotel Lai Lai (087) 443533

43.Hotel Grand Nadia (087) 442605

44.Hotel California (087) 41800

45. Hotel Lazenda Point (087) 418444



Homestay

1.Homestay Bukit Kuda 013-8511907 / 012-8289158

2.Homestay Sungai Labu 016-8041147 / 016-8430172

3.Homestay Patau-Patau 016-8363404 / 016-8424981

4.Homestay Srindung Sireh Inn 019-9366634 / 019-8820117

5.Homestay Siang Guest House 013-816 2198

6.Homestay Labuan Taman Arena 017-866 8870 / 016-839 1950

7.Homestay Papaya Beach Lodge 016-585 5801 / 019-850 1590

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

Pantai Batu Manikar - Pemandangan menarik ketika matahari terbenam. Itulah kemestian bagi pengunjung yang berkunjung ke Labuan. Anda boleh melihatnya di sepanjang Jalan Batu Manikar di mana Universiti Malaysia Sabah (UMS) terletak. Ketika langit sudah cerah (seperti kebiasaannya di Labuan), matahari terus bersinar seperti sama dengan abad-abad yang lalu. Fenomena menarik matahari terbenam akan bermula selepas pukul 6 petang.

Pantai Batu Manikar - Layang Layangan yang terkenal ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melihat matahari terbenam. Ini adalah jajaran pantai yang panjang dihiasi dengan pokok rhu dan pohon kelapa. Lorong pejalan kaki di sediakan untuk kemudahan orang ramai untuk berjalan-jalan mahupun berjoging, dengan suasana redup semulajadi oleh pokok-pokok di sekeliling. Udara segar, bayu laut dan pemandangan menarik ini tentunya merupakan bonus tambahan kepada peminat senaman di luar sana. Pantai Batu Manikar - Layangan Layang telah memenangi Anugerah Kebersihan Pantai COBSEA 2008. Anugerah berprestij ini sememangnya layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaraya dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Pantai Layang-Layangan - merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantai yang berpasir mengajak anda untuk berbaring dan berjemur di bawah sinaran matahari dengan ombak pantai memukul-mukul di kaki anda. Pantai Layang-Layangan merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantainya yang berpasir putih menggoda, menjemput anda untuk berbaring dan menikmati matahari dengan suara ombak memukul-mukul di tepi pantai. Lorong berbasikal dan meja perkelahan yang dinaungi oleh pohon rendang. Di sini juga boleh didapati banyak warung makanan dengan band-band muzik mengadakan persembahan di setiap hujung minggu. Menunggang kuda dan berbasikal adalah beberapa kegiatan rekreasi yang popular di pantai ini. Taman Keamanan juga terletak berdekatan. Manikar Beach Resort juga terletak di sekitar kawasan yang sama.

Pantai Pancur Hitam - Ini adalah salah satu pantai yang berkembang pesat di Labuan. Sebuah taman yang indah membentang terus ke pantai berpasir yang panjang. Terletak di pantai utara Labuan, Pantai Pancur Hitam adalah rumah peribadi yang terbesar dan paling mewah di Labuan ini - "Rumah Jutaan Keamanan". Jalan-jalan yang berhampiran rumah ini, Jalan Batu Manikar dan Jalan Pancur Hitam, di reka dan di hiasi dengan amat cantik. Hanya di depan rumah, deretan gerai-gerai menawarkan air kelapa segar, kepak ayam, popcorn dan masakan tempatan dan makanan ringan lain yang lazat. Di sebelah rumah tersebut, ada jalan kecil yang akan membawa anda ke Bukit Pohon Batu (Pohon Batu Hill), puncak tertinggi kedua di Labuan, di mana anda boleh menikmati laluan hutan trekking. Di puncak bukit ini, anda akan disambut dengan pemandangan pantai yang indah yang membentang di sepanjang garis pantai. Dari tempat pandang yang tinggi, anda juga boleh mempunyai pandangan mata seekor burung tentang seluruh pulau Labuan. Pada hari-hari yang terang, anda boleh melihat semua jalan ke selatan Financial Park Complex, yang terletak di tengah kota Labuan. Lebih jauh ke selatan pantai Pancur Hitam, anda akan menemui kawasan rekreasi yang dikenali sebagai "Sudut Cabaran", yang menawarkan sebuah laman yang ideal untuk pelbagai aktiviti rekreasi termasuk berkelah dan berkemah. Menjelang malam, pemandangan indah menanti anda dengan tiga puncak Bukit Batu Phin sebagai latar belakang yang dramatik. Matahari terbenam di sini bukanlah sesuatu yang patut di lepaskan begitu sahaja! Anda juga boleh melihat desa Melayu berhampiran dengan Cerobong (salah satu tempat yang terkenal di Labuan), Terowong Bersejarah Tanjung Kubong, Taman Burung Labuan dan tempat habitat semulajadi haiwan - semuanya menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik di Malaysia.

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

Pulau Daat - Pulau seluas 242,9 hektar ini adalah milik persendirian dan buat saat ini ia sedang dijual.

Pulau Daat memiliki pemandangan Laut China Selatan dan Pulau Labuan yang amat indah, serta mempunyai kawasan hutan hujan.

Oleh kerana bersifat persendirian, ia tidak terbuka untuk umum tetapi jika anda mempunyai USD 51 juta untuk di belanjakan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pulau yang menarik ini untuk diri anda sendiri.

Pulau Papan - Di sebelah Pulau Daat terdapat pulau kecil seluas 10.52 hektar yang disebut Pulau Papan. Menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong bercuti hujung minggu dan perkhemahan, pulau itu pada awalnya digunakan sebagai tapak rumah api pada tahun 1895.

Pada tahun 1902, lampu malap kemerahan telah digantikan dengan lampu "dioptrie" yang sangat terang sehingga boleh dilihat 13 kilometer jauhnya. Rumah api itu memberi petunjuk kepada kapal-kapal ke Victoria Harbour sehinggalah selepas Perang Dunia II ketika pasukan Berikat menggunakannya sebagai kem tahanan sementara tahanan-perang Jepun.

Hari ini ia berada di bawah bidang kuasa Labuan Corporation (Perbadanan Labuan). Pulau ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan, gelanggang sukan, surau, tempat BBQ, gelanggang bola tampar dan sepak takraw. Para penggemar adventur juga boleh mencuba aktiviti trekking hutan di pulau itu.

Kadar penginapan bermula daripada RM350 semalam untuk chalet 3-bilik biasa.

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

Bangkai Kapal Karam Amerika - The Wreck Amerika mempunyai sejarah yang tragis, telah karam pada masa Perang Dunia II dengan kehilangan 9 nyawa.

The Wreck Amerika telah karam akibat pelanggaran dengan periuk api yang mana telah meletupkan kapal penghapus periuk api Tentera Laut AS itu keluar daripada air dan pecah menjadi dua bahagian pada tarikh 8 Jun 1945.

Perasaan sedih masih lagi terasa apabila melihat plak yang memaparkan senarai nama-nama 9 askar yang terkorban. Plak tersebut yang direka oleh Dick dan Wayne Shafer ditempatkan pada bangkai kapal karam tersebut oleh ahli-ahli Brunei Sub Aqua Diving Club (BSADC) pada tahun 2007.

Masih kelihatan peralatan zaman dahulu seperti klip peluru, pengukur kedalaman, botol kawat dan artifak meriam yang tidak terusik di kapal karam ini.

Bangkai Kapal Karam Australia - The Wreck Australia menyediakan suasana menyelam yang sebenar, dengan kombinasi jarak penglihatan yang kurang dari 10 meter, kaya dengan tumbuhan karang, rangka bangkai kapal, pengakhiran yang tragis dan misteri.

Pada awalnya sebagai kapal kargo dan penumpang Belanda yang dibina pada tahun 1890, ia telah ditenggelamkan oleh oleh Belanda semasa Perang Dunia II untuk mencegah Jepun daripada menggunakannya. Orang Jepun bagaimanapun berjaya menyelamatkan kapal itu, menukar namanya menjadi 'Imbari Maru' dan meletakkannya untuk perkhidmatan sebagai kapal kargo.

Melarikan diri dari Borneo menuju ke Manila, kapal tersebut telah terlanggar periuk api dan karam 23km ke arah barat daya Labuan pada tahun 1944. Pada awalnya di percayai terkena serangan bom dari angkatan udara Australia, nama tersebut melekat sehingga hari ini. 339 orang kehilangan nyawa mereka, termasuk banyak tahanan perempuan (wanita penghibur) yang di bawa oleh Jepun ke perahu penyelamat.

Beberapa penyelam percaya tempat kemalangan ini dihantui oleh hantu jiwa-jiwa yang diseksa ini. Siapa tahu, penampakan seorang wanita berjubah putih melalui kapal ini mungkin saja sinar biasan batu marmar. Hanya satu cara untuk mengetahui - menyelam dan lihat sendiri!

Blue Water Wreck - Blue Water Wreck (Mabini Padre) adalah kapal pukat nelayan Filipina yang besar, yang terbakar dan tenggelam pada tahun 1981 tanpa kehilangan nyawa.

Dinamakan Blue Water Wreck kerana di kelilingi air biru yang jernih, bangkai kapal ini kelihatan seperti tidak banyak di selubungi kegelapan dasar laut.

Pada hari baik, jarak penglihatan 40 meter adalah mungkin. Bangkai kapal ini masih kelihatan utuh dengan tiang-tiang terletak pada sisinya dan lebih dikelilingi oleh kelimpahan kehidupan laut - menjamin pengalaman menarik bagi penyelam.

Cement Wreck - Daripada empat longgokan kapal karam Labuan, Wreck Semen adalah yang paling cetek dengan strukturnya naik 19 meter ke atas dan kedudukannya memudahkan penyelam untuk melewati dan bagus untuk latihan permulaan bagi penyelam kapal karam.

Menawarkan pemandangan bawah laut yang menakjubkan dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman karang dan menjadi rumah pelbagai haiwan laut berwarna-warni, Cement Wreck juga memberi peluang untuk bertembung dengan yu paus bagi penyelam yang bertuah.

Kapal ini mendapat nama pelik ini kerana tenggelam ketika mengangkut simen ke Brunei untuk pembinaan istana baru Sultan. Lebih dikenali sebagai kapal karam yang amat sempurna dengan kedudukannya yang tegak di dasar laut, bangkai kapal itu sangat indah dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman batu karang yang lembut dan keras, spons karang dan pakis, dan kawanan barakuda kecil dan ikan batfish bermain-main di tiang kapal.

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

Bagaimana perasaan anda jika tinggal di rumah kayu tradisional yang dikelilingi oleh air? Rumah-rumah kayu berwarna-warni kelihatan seperti tempat tinggal terapung dan dihubungkan satu sama lain dan ke jalan-jalan utama melalui laluan pejalan kaki yang bersimpang-siur dan tidak tersusun.

Ini adalah Kampung Air Patau Patau 2, yang ditubuhkan pada tahun 1930-an, seluruh desa dimusnahkan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Penduduk desa membina semula kampung dari awal selepas perang berakhir. Arkitektur dan konsep desa air adalah berkait kembali dengan nenek moyang mereka di Brunei. Sampai hari ini, warga desa air menggabungkan budaya Kedayan Brunei mereka dalam kehidupan sehari-hari.

Agar anda berfikir bahawa rumah ini bukanlah untuk orang mabuk laut, anda boleh yakini bahawa rumah-rumah ini sangat stabil - bahkan ada yang dibina lebih dari 60 tahun yang lalu. Rahsianya ialah kayu belian yang digunakan sebagai asas rumah itu yang dapat berdiri kuat selama berabad-abad yang akan datang.

Keluarga tuan rumah yang ramah akan senang hati untuk melayani anda dengan beberapa makanan lazat tradisional mereka termasuk ambuyat, hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering.

Pada petang hari, anda boleh memerhati anak-anak desa bermain layang-layang atau jika anda ingin lebih keseronokan, menangkap ikan di halaman belakang rumah anda – dengan kos yang nominal. Bayangkan anda bersantai di bangku kayu, secangkir kopi di satu tangan dan pancing di tangan yang lain. Seringkali tali pancing anda akan tegang dan berat. Apabila anda begitu teruja menarik pancing anda, boleh di katakan 9 daripada 10 kali tarikan, pancingan anda akan mendapat ikan keli, bukan tersangkut pakaian lama yang dibuang. Persembahan tarian tradisional juga boleh diatur berdasarkan permintaan dan anda pasti dapat menyertai dalam beberapa permainan desa yang menghiburkan.

Kampung Air Patau Patau 2 dilengkapi dengan saluran air dan elektrik, telefon dan sistem sisa, lampu jalan, dermaga teksi air, kedai runcit, kedai kraftangan, klinik, sekolah dan surau (tempat ibadah bagi muslimin yang lebih kecil dari masjid). Di kelilingi oleh air, kaedah pengangkutan utama adalah perahu dan sebahagian besar rumah mempunyai perahu sendiri. Rumah-rumah ini boleh di katakan agak luas dan dihiasi dengan barang-barang antik yang berat, membayangkan kehidupan yang selesa di dalamnya.

Menginap di desa air tradisional yang indah dan menawan ini tentunya pengalaman yang tiada tandingannya.

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

Taman Damai ini dibina sebagai taman peringatan dan penolakan terhadap kengerian perang. Ia terdiri daripada tugu peringatan yang dikelilingi oleh taman-taman yang indah dan tiang-tiang.

Pada 9 September 1945, Jepun secara rasmi menyerah Labuan kepada Australia. Komander Angkatan Darat ke-37 Jepun, Leftenan Jeneral Masao Baba diterbangkan ke tepi pantai Layang-Layangan di K154C Tachikawa (Hickory). Dan dalam sebuah pondok kayu kecil di bawah naungan pohon kelapa kira-kira 50 meter di Selatan-barat Pusat Penyerahan, upacara menandatangani serah terima ini di langsungkan.

Dia menyerahkan pedangnya secara rasmi kepada Mejar Jeneral George Wootten, pegawai pemerintah Division ke-9 Australia, di saksikan oleh Kapten Kumpulan C.W Pearce dan Ketua Skuadron J.S St Heap daripada Royal Australian Air Force (RAAF) di Sydney, Australia.

Berdekatan dengannya, terdapat kem-kem yang ditubuhkan untuk perbicaraan para pegawai dan askar Jepun terhadap kekejaman tahanan perang di kem-kem POW di Sabah dan Sarawak. Perbicaraan Perang di Layang-Layangan adalah yang pertama di Asia Tenggara, yang dipimpin oleh Leftenan L.J Morshead daripada Komander Kor Pertama Australia. Seterusnya, Labuan menukar nama awalnya daripada nama Pulau Maida, dan ditempatkan di bawah Pentadbiran Tentera Inggeris.

Bagi menunjukkan bahawa mereka benar-benar meminta maaf daripada kesusahan yang di sebabkan oleh nenek moyang mereka, Jepun memutuskan untuk membina Taman Keamanan di sebelah Pusat Penyerahan. Taman Damai ini juga sebagai peringatan kepada orang-orang yang telah mengorbankan nyawa mereka di Borneo semasa Perang Dunia II. Ini juga merupakan kenang-kenangan daripada persahabatan antara Malaysia dan Jepun, dan janji keamanan dan keharmonian untuk semua umat manusia yang kekejaman perang seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa depan.

Taman Damai ini dibiayai Japan Shipbuilding Industry Foundation, yang diketuai oleh Ryoishi Sasagawa, dan juga oleh keluarga mangsa dan kawan-kawan mereka daripada beberapa syarikat industri. Pada 14 April 1984, Mitsunori Ueki daripada South Pasifik Memorial Association Incorporation di Jepun menyerahkan Taman Damai secara istiadat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh. Hingga ke hari ini, pembiayaan masih datang dari Jepun untuk menjaga TamanDamai ini dalam keadaan baik.

Dengan perairan yang tenang di bawah jambatan melengkung dan sekitar gazebo yang teduh, berdirinya tugu dengan dua dinding melengkung yang menjadi pusat perhatian di Taman Damai ini. Di pintu masuk taman ini didirikan kepingan batu, dan di atasnya diukir dengan jelas untuk ingatan sampai ke akhir zaman - "Damai adalah yang terbaik".

Ya, damai akhirnya di Pulau Labuan.

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

Dahulunya Rumah Kerajaan - Terletak di belakang lapangan terbang lama ialah Taman Botanikal yang dahulunya adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12'. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Kini, hanya tangki air simpanannya kekal, bersama dengan sebuah kubur anjing kesayangan yang bernama ‘Jim'.

Taman Botanikal adalah satu taman rekreasi dengan pokok tua dan pelandskapan indah. Ia juga mempunyai cerita-cerita yang mempesonakan!

Cerita-Cerita Rumah Kerajaan - Ia dipercayai bahawa Hugh Low, Setiausaha Penjajah untuk bertahun-tahun dan terlepas perhatian untuk menjadi Gabenor, melakukan kebanyakan kerja awal di Taman tersebut. Pokok-pokok tua kebanyakannya ditanam olehnya. Rumah tersebut punah semasa peperangan.

Dua taman kubur dijumpai di tanah Rumah Kerajaan dan adalah dipercayai bahawa ia merupakan kubur yang tertua di pulau tersebut. Salah satu daripadanya mempunyai kubur bertarikh 1847. Kubur-kubur ini dipindah dari Ramsay Point di pesisir pantai, di mana di mana air pasang mengakibatkan hakisan kubur tentera laut lama. Salah satu daripada dua kubur yang dipindahkan merupakan kubur Komander James A. Gordon dari HMS Wolf. Beliau hadir semasa penyerahan Labuan ke tangan British pada 24 Disember 1846 dan membantu pembinaan tanah. Seperti ramai pada masa itu, beliau jatuh sakit dan berkubur pada umur awal 28 tahun atas kapalnya yang telah dilabuhkan diluar pesisiran.

Kubur lain itu adalah kepunyaan Sarjan Adam C Sutherland bagi Marin Di Raja, yang telah terkubur dalam satu pergaduhan dengan lanun Balanin pada bulan Mei bagi tahun yang sama.

Terdapat satu lagi kubur menarik terletak pada sebuah permatang di hadapan Rumah Kerajaan dan ia adalah kepunyaan seekor anjing foxhound dinamakan Jim, dan merupakan peliharaan M.S MacArthur, Residen pertama pentadbiran Straits Settlement yang beroperasi daripada 1906 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Tarikh yang terpahat pada kubur Jim adalah 20 Jun 1908.

Kehidupan di tanah tersebut seperti membawa banyak peristiwa. Pada suatu petang, apabila Leftenan-Gabenor Komander A.S. Hamilton pulang ke rumah, beliau terhidu bau kebakaran datang dari arah rumahnya. Beliau mempercepatkan langkah apabilah memikirkan rumahnya terbakar. Sesampainya beliau ke rumahnya, beliau berhadapan dengan sebaris orang Dayak yang sedang mengasapkan kepala di atas tripod dihadapan laman Rumah Kerajaan! Mereka mungkin merupakan kepala-kepala orang Murut yang dirampas oleh pihak polis Dayak sebagai balasan kepada orang Murut yang telah membunuh empat daripada orang mereka. Orang-orang Dayak di laman tersebut sangat tidak berpuas hati apabila kepala-kepala itu seterusnya dirampas. Mereka dibenarkan mengambil semula kepala-kepala tersebut dengan syarat mengasapnya di tempat lain!

Terdapat juga cerita bahawa hantu seorang wanita merupakan residen tanah tersebut – kemungkinan wanita tersebut ialah isteri Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Kelibat wanita tersebut tidak pernah kelihatan lagi.

Penggeledahan kubur oleh pemburu-pemburu kepala yang mencari satu sumber yang mudah merupakan satu masalah besar bagi peneroka-peneroka awal di Labuan. Hugh Low sebenarnya menggali lima belas kubur pada malam isterinya terkubur. Beliau mengebumikannya sendiri dalam salah satu kubur tersebut dan mengisi kubur-kubur lain dengan harapan menangkis peluang untuk penggeledahan kubur. Ramai juga yang rancang untuk dikebumikan di laut agar menghalang kejadian ini terjadi.

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney di Tanjung Kubong. Ia mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar dikelilingi pelandskapan yang indah. Taman ini merupakan rumah bagi kebanyakan spesies burung-burung Borneo yang ditemui oleh pemerhati burung. Terdapat perancangan bagi mengumpul sebahagian daripada 580 spesies burung yang didapati di habitat-habitat Borneo yang pelbagai, daripada bakau di sepanjang pantai ke hutan dalam gunung-ganang.

Pemerhatian burung boleh dilakukan tanpa sebarang peralatan kecuali buku nota, untuk menukilkan pemerhatian anda, dan binokular di taman ini. Bantuan bagi mengenal pasti burung-burung boleh didapati dari pihak pengurusan taman.

Yuran Kemasukan:
Dewasa - RM 3
Kanak-kanak (dibawah umur 6 tahun) - Free
Pelajar/Warga Emas - RM 2
Pelancong - RM 5

**Nota : Taman Burung Labuan dibuka setiap hari KECUALI pada hari Jumaat

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN

Pusat sukan air bertaraf dunia ini terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun. Ia berdekatan dengan pusat bandar Labuan. Kompleks ini merangkumi kawasan 5.91 ekar tanah. Ia merupakan projek dibawah Pelan Malaysia Ketujuh dan dibina pada kos keseluruhan RM 25 juta.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini adalah sebahagian daripada projek mencantikkan pantai Labuan. Objektifnya ialah untuk membina sebuah pusat sukan air bertaraf dunia dan untuk membangunkan tempat-tempat menarik lain sejajar dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Labuan sebuah destinasi pulau utama.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dibuka kepada umum pada Jun 2001 apabila ia menjadi hos kepada Labuan Sea Challenge tahunan.

Infrustruktur dan fasiliti yang diberi oleh kompleks ini adalah dijangka untuk menaikkan tarikan Labuan kepada para pelancong dan pelabur. Kemudahan-kemudahan moden akan membolehkan pulau ini untuk menjadi hos kepada acara dan kejohanan sukan laut antarabangsa.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan direka dengan tiga struktur ketara yang merupakan sebahagian daripada plaza pemandangan utama. Setiap bangunan mempunyai aktiviti khas dalamnya. Setiap menara adalah bahagian penting kompleks sukan air yang moden dan besar. Senibina memberi kenyataan dramatic mengenai alam sekitar, tradisi, dan kefungsian moden. Pusat utama sukan air, blok pentadbiran, muzium biologi marina, kedai cenderahati dan kedai-kedai makan berada di dalam kompleks ini.

Pusat Sukan Air - Pusat ini adalah untuk aktiviti sukan air utama dan tempat bagi karnival. Terdapat satu kawasan simpanan bot yang luas dan terus menghadap pantai. Fasiliti-fasiliti lain termasuk ruang menukar pakaian, tempat rehat dan tempat persediaan umum. Ia diguna sebagai satu kawasan pameran tetap untuk segala jenis aktiviti-aktiviti sukan laut. Ia menghubungkan kepada tempat-tempat berjalan di pantai.

Muzium Biologi Marina - Muzium Biologi Marina terletak bersama dengan blok Pentadbiran di bangunan berasingan. Ia berbentuk separa bulatan berdepanan dengan laut dengan sebuah galeri terbuka. Sebahagian besar bagi ruang binaan adalah digunakan oleh Muzium Maritime. Ruang rehat adalah bagi penggunaan pentadbiran seperti bilik mesyuarat dan ruang-ruang pejabat untuk badan sukan. Manakala di tingkat podium mengandungi bilik berehat VIP yang selesa dan ruang selasar berlebihan untuk muzium.

Plaza Utama - Plaza Utama berbentuk bulatan. Ia dilengkapi dengan struktur yang dapat menahan daripada setiap keadaan cuaca yang buruk. Ia digunakan sebagai pusat bagi melancarkan dan menonton berbagai jenis acara sukan laut.

Pusat Kraftangan dan Kedai-Kedai Makan - Pusat kraftangan dan kedai-kedai makan terletak dibahagian barat kompleks. Terdapat pelbagai kedai-kedai rangkaian popular dan kedai makan kecil-kecilan yang menjual makanan tempatan. Tambahan pula, kedai-kedai cenderahati dan kraftangan menjadikan kawasan ini sarat dengan aktiviti-aktiviti. Ia tempat popular bagi pelancong-pelancong melawat.

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

Muzium Marina Labuan diadakan untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut.

Apabila melangkah masuk ke muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang tidak dapat ditatapi di tempat lain.

Muzium ini dibina dengan konsep kapal bersama dua tingkat pameran. Ia menerima pelawat melalui sebuah jambatan logam. Akuarium-akuariam ungu biru jelas memperlihatkan kepelbagaian jenis kehidupan marina seperti jerung, ‘rays', ‘butterfly fish', ‘angel fish', ‘damsels', ‘wrasses', belut ‘moray', ikan-ikan beracun, udang dan udang kara.

Pelawat akan juga mendapat pengalaman luar biasa untuk menyentuh dan merasa pameran yang diletak di air cetak seperti tapak sulaiman, gamat dan ketam.

Pameran di tingkat dua termasuk habitat terumbu karang, habitat jerung dan ‘rays', reptilia lautan, ikan-ikan komersial, mamalia lautan, ‘marlins', aktiviti-aktiviti memancing dan menyelam, oceanografi, biologi marina, ‘molluscs' dan ‘crustacean'.

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

Dikenali dahulunya sebagai Bandar Victoria, kini Labuan adalah satu pusat perniagaan yang membangun dengan dengan pejabat-pejabat moden dan kompleks membeli-belah.

Dataran Labuan - Dataran Labuan terletak di pusat bandar Labuan. Tumpuan utamanya adalah satu pentas luarnya yang merupakan tempat popular bagi sesetengah acara-acara dan persembahan utama pulau tersebut. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia lain berkibar dalam satu barisan di atas pentas ini. Pada penghujung dataran adalah padang bola sepak bandar. Di penghujung lain adalah sebuah replika ‘Chimney', mercu tanda yang paling terkenal Labuan. Ia cantik dilandskap dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun.

Pusat Bandar Labuan - Pusat bandar adalah kawasan bagi pejalan kaki untuk bersantai. Kerusi-kerusi besi tempaan dan hiasan-hiasan lampu, bersama dengan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan memberi pemandangan yang sangat indah. Terdapat banyak tempat-tempat makan yang khusus dalam masakan Melayu, Cina dan India, serta rangkaian kedai-kedai makanan popular.

Kawasan-kawasan pantai sentiasa penuh dengan kesesakan dan kesibukan. Terdapat kawasan pendaratan, serta Kastam dan jabatan Imigresen. Perdagangan tukar barang adalah dijalankan dalam kawasan ini dan mi kaca adalah barangan popular untuk ditukar bersama peniaga-peniaga Filipino.

Jalan besar utama di pusat bandar Labuan adalah Jalan Merdeka. Pada hujung timur jalan raya ini ialah Sheraton Hotel, Hotel Waterfront Financial dan Financial Park Complex.

Latar langit Labuan dikongsi bersama Masjid Jamek An'nur, satu masjid Islam yang sangat besar dengan rekaan bentuk futuristik dengan dua minarets yang mencapai langit.

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

Muzium Labuan ialah muzium ketiga yang didirikan oleh Jabatan Muzium dan Zaman Kuno di Wilayah Persekutuan Labuan. Ia dibuka pada Oktober 2004.

Bangunan muzium adalah seni bina dua tingkat dalam rekaan penjajahan sebelum perang. Tingkat bawahnya adalah didedikasikan untuk pameran bersejarah merangkumi era pra-sejarah Labuan, kesultanan Brunei, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua, Kemerdekaan, perisytiharan Labuan sebagai satu wilayah persekutuan sehingga penubuhan Perbadanan Labuan. Manakala pameran tingkat atasnya mempamerkan pulau sosiobudaya dan evolusi ekonominya bagi enam kaum utama yakni Melayu Brunei Darussalam, Kedayan, Cina, Kadazandusun, India dan Sikh.

Muzium ini dipersembahkan dengan baik dengan panel grafik, kios maklumat, pengesan-pengesan, bunyi dan cahaya bergerak, dan sistem-sistem paparan lain. Barang-barang pameran itu termasuk alatan muzik, barangan kewangan, senjata api, aksesori perkahwinan, kostum-kostum dan artifak dikutip dari sebelum era pra-sejarah, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua dan zaman kemerdekaan.

Muzium Labuan terletak sesuai di tengah-tengah bandar Labuan. Ia merupakan lawatan yang harus dilakukan bagi sesiapa yang berharap untuk mengambil satu lawatan ringkas pulau yang kaya dengan sejarah dan budaya.

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

Terletak di Pusat Bandar Labuan, kedai bebas cukai menjadikan pengalaman membeli belah anda amat mudah. Menawarkan pelbagai produk bebas cukai yang menarik, seperti coklat import, mutiara, tekstil, minuman keras, dll.

Selain daripada makanan tempatan di pasar minggu Labuan, ada juga pasar tani Labuan untuk di kunjungi. Anda akan berjalan di bawah khemah biru yang bersambung-sambung. Dengan serta merta, anda akan terhidu bau ikan masin yang berlonggok-longgok dan juga makanan kering lain yang dibungkus dalam pek kedap udara yang di susun rapi.

Berbanding dengan pasar minggu yang riuh rendah, pasar tani lebih tenang dan senyap. Di bawah kipas siling, petani dan isteri-isteri mereka menjadi ramah setiap kali pelanggan datang ke gerai-gerai mereka untuk memilih sayuran segar dan buah-buahan, sebelum kembali berehat apabila pelanggan bergerak ke gerai sebelah yang menjual barang yang sama , yang diatur dalam susunan yang sama seperti gerai di sebelahnya. (Ya, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa pasar tersebut tidak akan kehabisan barang apa yang ingin anda beli!)

Di sini anda dapat mencari barang yang sukar di dapati seperti batang /kepingan sambal yang tulen, dibuat di Labuan dan ada juga yang dihantar dari Sabah. Ia dibuat dalam cara yang paling organik; tanpa pengawet atau penambah rasa - hanya daripada hasil penghancuran apabila ditumbuk menggunakan penumbuk sambal. Salah satu cara untuk membezakan antara sambal yang anda beli di supermarket, adalah anda masih boleh melihat mata udang kering di batang dan kepingan.

Anda juga boleh mencari banyak plat sagu, bahan utama untuk makanan Ambuyat Brunei-Melayu – ia dijual di sini, serta bebola ragi, besar dan kecil, untuk di buat tapai.

Pasar tani Labuan di buka setiap hari Sabtu dan Ahad di Jalan OKK Awang Besar dengan berbagai macam produk pertanian, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, rempah-rempah segar, ikan, udang kering, makanan laut kering, dan banyak lagi.

Di hujung sekali, terletak agak menyerong dari pasar tani adalah bazaar hujung minggu Labuan. Agak kecil, bazaar ini menjual segala yang anda perlukan untuk mendapatkan cenderahati dan hadiah untuk teman-teman dan keluarga anda. Daripada T-shirt corak peta Labuan, ukulele mainan murah, alas kaki yang tahan lama , hiasan dekoratif buatan tempatan ... bazaar memiliki semuanya.

Jika anda tidak berminat dengan cenderahati ini, singgahlah juga di bazaar ini, kerana beberapa kedai ada menjual aksesori mutiara yang akan menjadikan saat lawatan anda di sana begitu bernilai.

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

Pemandangan matahari terbenam. Itu adalah satu perkara yang pengunjung tidak akan gagal untuk memberitahu anda tentang Labuan.

Jajaran pantai sepanjang 9km dari Pantai Batu Manikar ke Pantai Sg. Miri telah memenangi Anugerah Pantai Bersih dari United Nation Environment Program di Pattaya, Thailand melalui 2nd COBSEA Marine Litter Workshop and Clean Up Campaign 2008. Anugerah berprestij ini memang layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaran dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Dari Pantai Batu Manikar, singgahlah di Pantai Batu Pohon di mana ada warung kayu untuk nelayan menjual makanan laut segar setelah mereka mendarat. Berhampiran dengannya adalah taman berpasir yang penuh dengan rintangan buatan manusia, iaitu Sudut Cabaran (Challenge Corner) sesuai untuk aktiviti kem bina semangat. Terdapat juga warung makan untuk para pemerhati matahari terbenam untuk menghilangkan haus dan lapar.

Kemudiannya ialah Pantai Pancur Hitam yang begitu cantik. Terdapat banyak pokok rhu yang tumbuh dalam baris yang teratur, memberikan teduhan dan ruangan privasi kepada pasangan pengunjung yang sedang menikmati matahari terbenam bersama sambil bersandar di kereta mereka. Seterusnya, anda akan melewati Homestay Kampung Sungai Labu yang nyaman dan mempunyai pemandangan indah pantai.

Destinasi menarik terakhir ialah Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) sebelum anda membuat perjalanan kembali ke Jalan Batu Manikar. Pada saat itu sinar matahari paling berseri-seri memandikan cahaya mereka ke dinding putih universiti kepada cahaya keemasan yang hangat.

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Australia mendarat di pulau Labuan dan teluk Brunei. Objektifnya adalah untuk mengusir pihak Jepun dari kawasan tersebut, mendirikan sebuah pangkalan tentera laut maju dan menjaminkan sumber minyak dan getah. Dengan serangan yang dikendalikan dengan baik, bilangan pihak Australian melebihi pihak Jepun dan dalam masa seminggu, semua rintangan tempatan utama telah disingkirkan

Pada 10 September 1945, Labuan, Borneo, Leftenan Jeneral Masao Baba, Komander Askar Jepun 7 dan Komander Tertinggi Kuasa-kuasa Jepun di Borneo, tiba di Labuan bagi menyerahkan kuasa-kuasa dibawah perintahnya kepada Mejar Jeneral Wootten. Majlis penyerahan rasmi diadakan di tempat ini pada tengahari 10 September 1945 dan dihadiri oleh kumpulan Kapten C.W. Pearce dan ketua Skuadron J.S. St. Heaps dari Sydney bagi pihak R.A.A.F.

Pesawat Jepun, Tachikawa K154C (HICKORY) yang membawa Leftenan Jeneral Masao Baba ke Labuan untuk majlis penyerahan rasmi dipamerkan di Muzium RAAF, Australia.

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney' – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney' dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney' dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney' masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney'. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney' telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

Tempat yang sering dikunjungi di Labuan ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial yang dilandskap dengan indah ini adalah tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan.

Pada Februari 1945, pihak Jepun yang telah menangkap kawasan pihak Bersekutu di kawasan Sandakan, mula memaksa banduan-banduan untuk berkawad ke Ranau – ia kemudiannya dikenali sebagai ‘Kawad Kematian Ranau' (Ranau Death March). Beratus-ratus banduan kehilangan nyawa semasa berkawad dan mereka yang tertinggal serta kem tawanan perang Sandakan telah dikebumikan di Kubur Perang Labuan.

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Bersekutu mendarat di Brown Beach, Tanjung Purun bagi memulakan pembebasan Borneo daripada pihak Jepun. Sebelum ini, bandar Labuan telah dibom teruk unntuk menghalau pihak musuh. Kebanyakan daripada bangunan-bangunan di situ termusnah. Pergaduhan juga berlangsung di sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘the pocket'.

Jenazah askar-askar Bersekutu dikumpul dari seluruh Borden untuk dikebumikan di taman peringatan. Berbaris penanda putih menandakan kubur-kubur tersebut. Pelawat-pelawat dapat merujuk kepada panel-panel pada barisan di mana nama askar yang dikebumikan disini akan tertera. Berbagai-bagai mesej diukir pada penanda kubur askar-askar dengan sebilangannya tertera ‘dikenal oleh Tuhan'.

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua kerap dikunjungi oleh veteran-veteran perang, khususnya dari Australia yang telah meletak Labuan sebagai destinasi penting dalam perjalanan mereka. Pada setiap Ahad pertama pada bulan November setiap tahun, satu perkhidmatan bagi menandakan Hari Peringatan diadakan di sini dan dihadiri oleh orang tempatan dan pelawat-pelawat asing. World War Memories telah dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Halaman rumput adalah disimpan dengan cantik supaya pelawat-pelawat dapat menghargai keamanan dan ketenangan bagi tempat mereka mencari pemahaman mengenai perang, kematian dan kehilangan.