CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 31, 2015

TUN M BERTINDAK DILUAR BATASAN : HISHAMUDDIN

SEPANGGAR : Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan bekas Perdana Menteri itu bertindak diluar batasan apabila menghadirkan diri pada perhimpunan Bersih baru-baru ini. Tindakan bekas Perdana Menteri itu tidak mencerminkan gesaannya pada tahun 1998 untuk tidak menyokong demonstrasi jalanan dan jelas bertentangan dengan nilai-nilai yang diketengahkan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Tun M pernah menyatakan bahawa demonstrasi jalanan bukan pendekatan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati apatah lagi menjatuhkan kerajaan. Menurut beliau lagi, Tun M tidak pernah disekat untuk menyuarakan pandangannya selepas persaraan tetapi tindakan beliau mengikuti perhimpunan tersebut tidak boleh diterima.

SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2015


Sunday, August 30, 2015

BERSIH : MISKIN SEMANGAT PATRIOTIK

JERANTUT : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyifatkan penganjur dan peserta perhimpunan haram itu cetek dan miskin semangat patriotik serta cintakan negara kerana menganjurkan tunjuk perasaan ketika negara mahu menyambut Hari Kebangsaan.

Perhimpunan BERSIH yang kononnya menyampaikan suara rakyat berbilang kaum tidak mencapai apa yang dimaksudkan apabila majoritinya hanya masyarakat Cina mendominasi demonstrasi jalanan itu dan dianggarkan sekitar 20% sahaja penyertaan masyarakat Melayu.

Ketiadaan PAS dalam perhimpunan kali ini dikatakan menjadi punca kemerosotan penyertaan masyarakat Melayu dalam demonstrasi jalanan itu, walaupun Gerakan Harapan Baharu (GHB) dilihat cuba mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PAS.

Saturday, August 29, 2015

KUMPULAN 'ANONYMOUS' DITAHAN

KUALA LUMPUR : Tiga ahli kumpulan 'Anonymous' tempatan berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun yang dipercayai bertanggungjawab mengugut mahu menggodam sistem komputer dan laman web agensi kerajaan sebelum ini telah ditahan dalam serbuan yang berasingan di Johor Bahru. 

Polis merampas peralatan komputer dan komunikasi, kamera, komputer riba, tablet, telefon bimbit, pemacu data, modem serta topeng yang digunakan suspek dalam rakaman video ugutan berdurasi 8 minit yang tersebar di laman Facebook 9 Ogos lalu.

Pihak polis masih mengumpul maklumat untuk mengenalpasti rangkaian kumpulan 'Anonymous' yang boleh mengancam keselamatan sistem teknologi maklumat negara ini serta motif sebenar mereka melakukan ugutan berkenaan, berkemungkinan kaitan mereka dengan BERSIH.

Friday, August 28, 2015

PERHIMPUNAN BERSIH 4.0

KUANTAN : Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis akan mengambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang kerana perhimpunan itu adalah haram kerana tidak memenuhi syarat apabila pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan di sekitar ibu kota khususnya Dataran Merdeka.

Khalid mengulas tindakan penganjur Bersih 4 yang tetap berdegil untuk mengadakan perhimpunan pada hujung minggu ini walaupun telah diisytiharkan sebagai haram kerana tidak memenuhi syarat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736). Tambahnya lagi, pihak polis khuatir perhimpunan pada hujung minggu ini akan menjadi tidak terkawal apabila satu kumpulan lain yang menggelarkan diri mereka 'Anti Bersih 4.0' turut bersama-sama berkumpul bagi menentang perhimpunan itu.

Bagaimanapun, pihak polis telahpun bersedia termasuk dari segi keanggotaan untuk menghadapi segala kemungkinan termasuk provokasi yang mungkin akan ditimbulkan oleh peserta dan penganjur perhimpunan haram itu. Ketua Polis Negara turut kesal dengan tindakan pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang dilaporkan mahu mengawasi tindakan pihak berkuasa dalam menangani peserta Bersih 4. Beliau menegaskan SUHAKAM sepatutnya mengawasi pihak yang melanggar peraturan dan bukannya pihak polis yang menegakkan undang-undang.

Thursday, August 27, 2015

STACY MEMILIH ISLAM BUKAN KERANA 'CINTA'


BUKIT JALIL : Stacy, 25, memang sudah lama tertarik dengan Islam. Lebih-lebih lagi ramai dikalangan ahli keluarganya juga Islam. Selain itu, semenjak menetap di Kuala Lumpur dia juga dikelilingi oleh kawan-kawan dan persekitaran Islam sehingga perasaan cinta dan teruja mengenai agama Islam semakin bertapak dihatinya dan akhirnya dia melafazkan dua kalimah Syahadah di Jabatan Agama Islam Johor Bahru pada Isnin lalu.

Dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Astro Bukit Jalil, Stacy membuat pengakuan bahawa dia telah secara rasmi memeluk Islam kira-kira 10 pagi hari Isnin lalu dengan disaksikan oleh ibu dan bapanya serta kedua-dua ibu bapa kekasihnya iaitu Akim Ahmad.

Walaupun mengakui terkilan dan rasa seperti dianiaya selepas detik yang paling mengujakan dalam hidupnya itu menjadi viral sehingga mencetuskan spekulasi dan perdebatan, Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam memilih untuk memaafkan orang itu.

Bercakap mengenai kerjaya seninya di masa hadapan, Stacy berkata dia akan tetap meneruskannya seperti sebelum ini namun akan cuba berubah secara perlahan-lahan seiring dengan usianya.

Wednesday, August 26, 2015

13 PENYOKONG JDT DIDENDA RM100 SEORANG

JOHOR BAHRU : Akibat mengganggu ketenteraman awam selepas perlawanan Liga Super antara pasukan itu menentang Perak di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, minggu lalu, seramai 13 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dihadapkan di Mahkamah Majistret. Kesemua mereka bagaimanapun mengaku bersalah atas kesalahan berkenaan dan dikenakan denda RM100 setiap seorang selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias. Mereka turut berdepan hukuman 12 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.

Dalam pada itu, di mahkamah sama, seorang lagi penyokong JDT, Alif Naimmullah Zulkifli, 18, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas seorang anggota polis bantuan selepas perlawanan bola berkenaan di tempat dan waktu yang sama. Mohd Azlan Shah kemudiannya menetapkan Alif Naimmullah dikenakan RM1,000 dengan seorang penjamin dan tarikh 15 September depan untuk sebutan semula kes dan lantikkan peguam serta penyerahan dokumen berkaitan.

 

KARNIVAL PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM GREEN VIEW


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Tuesday, August 25, 2015

PELAJAR AF2015 ZIQA HAMPIR PENGSAN BILA NAMA DIUMUM TERSINGKIR


SHAH ALAM : Gadis berusia 19 tahun ini tidak dapat menahan rasa kecewa dan akhirnya mengalirkan air mata sebaik sahaja dipeluk oleh rakan-rakan seperjuangannya. Ziqa yang pada mulanya kelihatan seperti tidak ada masalah tiba-tiba 'lembik' dan hampir pitam dihadapan pelajar-pelajar AF2015 yang lain. Bagaimanapun, setelah ditenangkan oleh Bila, Aziah, Rachel dan Lisa, Ziqa kembali mendapat semangat sebelum turun ke pentas.

Peratusan undian terendah sebanyak 5.11%, Ziqa terpaksa akur dengan keputusan yang diterima. Dua pelajar selain Ziqa yang turut menerima undian terendah ialah Syamel dan Sharul. Bertemakan 'Hits Era 90-an' telah menyampaikan lagu G.I.G nyanyian asal kumpulan Elite.

Konsert kedua ini turut diserikan dengan kehadiran dua juri tetap iaitu Dato' Ramli MS dan Pelakon Cantik Rozita Che Wan (Che Ta). Manakala juri jemputan pula adalah penyanyi dangdut terkenal Amelina.

Monday, August 24, 2015

MASALAH JEREBU AKIBAT PEMBAKARAN TERBUKA DI KALIMANTAN


KUCHING : Aktiviti pembakaran terbuka bagi tujuan perladangan di Wilayah Kalimantan, Indonesia menyebabkan beberapa bandar utama di Sarawak mengalami masalah jerebu sejak beberapa hari lalu.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata, beberapa bandar utama seperti Kuching, Samarahan, Sarikei dan Sri Aman turut mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100 sehingga jam 10 pagi tadi. Sementara itu, empat bandar utama di Sabah mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 9 pagi ini iaitu Tawau, Kota Kinabalu, Keningau dan Sandakan.

Sunday, August 23, 2015

LETUPAN DI CHINA BABITKAN LOJI KIMIA


CHINA : Sebuah loji kimia yang terletak di Wilayah Shandong, China dilaporkan telah meletupKejadian itu menyusul 10 hari selepas letupan gudang penyimpanan bahan-bahan berbahaya di Tianjin yang meragut 121 nyawa. Laporan itu menambah, kilang berkenaan adalah anak syarikat Kumpulan Runxing Shangdong dan menghasilkan bahan kimia termasuk adiponitrile, sejenis bahan kimia yang mudah terbakar terutamanya digunakan dalam pengeluaran nilon. Difahamkan, anggota dan jentera bomba dari bandar berdekatan dikerah membantu memadamkan kebakaran. Punca kebakaran masih dalam siasatan. 

Saturday, August 22, 2015

AKIBAT GURAUAN RAKAN, MURID TERTUSUK GUNTING DIKEPALA

Murid  Tahun 3 Sekolah Kebangsaan (SK) Pelabuhan, Mohamad Dzaiddin Zainal Abidin cedera dikepala apabila gunting tertusuk dikepalanya. Kejadian berlaku semasa menantikan pertukaran guru subjek kira-kira jam 12.30 tengahari. 

Gurauan rakannya yang membaling bekas kotak pensil yang turut mengandungi gunting ke arah Mohamad Dzaiddin menyebabkan alatan tajam itu itu tertusuk di bahagian tepi kanan kepalanya, kira-kira 4cm daripada mata.

Mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Balok sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan susulan dan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan gunting berkenaan sebelum dimasukkan ke wad biasa. Keadaan mangsa stabil dan bernasib baik kerana tidak terkena pada bahagian otak.

Friday, August 21, 2015

LINDA ONN, SURIA FM DIPERINTAH BAYAR GANTI RUGI RM50,000 KEPADA MOY

SHAH ALAM : Mahkamah Tinggi memerintahkan juruhebah Suria FM, Linda Onn dan stesen radio itu membayar ganti rugi RM50,000 kepada pemilik majalah humor, 'Ujang' berhubung kenyataan fitnah dalam satu segmen radio pada Januari tahun lepas.

Hakim See Mee Chun turut memerintahkan defendan, Linda Onn atau nama sebenarnya Rozlinda Onn dan Rimakmur Sdn Bhd yang memiliki stesen radio Suria FM, supaya membayar kos RM20,000 kepada Datuk Othman Yusof dan MOY Publications Sdn Bhd.

See membuat keputusan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam C. Vignesh Kumar yang mewakili plaintif dan peguam Bhag Singh yang mewakili defendan.

Vignesh Kumar memberitahu pemberita bahawa mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membayar faedah 5% kepada plaintif bermula dari tarikh kenyataan fitnah itu dikeluarkan sehingga penyelesaian kes hari ini.

Selain itu, mahkamah juga mengeluarkan perintah bagi menghalang defendan dengan sendirinya atau melalui ejen atau pengkhidmatnya atau dengan cara lain daripada terus menerbitkan sebarang penerbitan lisan atau secara bertulis yang memfitnah plaintif.

Pada Jun tahun lepas, plaintif memfailkan saman dengan mendakwa Linda Onn ketika mengendalikan segmen 'Carta 30 Lagu Top Mingguan' kira-kira 1.30 tengah hari, 25 Jan tahun lepas, telah menjawab soalan seorang pendengar Suria FM mengenai apakah yang telah berlaku kepada Majalah Ujang yang dimiliki plaintif. Plaintif mendakwa segmen itu telah diulang siar pada 26 Jan tahun lepas, kira-kira pukul 6.30 petang di stesen radio sama.

Plaintif mendakwa ketika menjawab soalan pendengar tersebut yang merujuk kepada plaintif, juruhebah itu telah mengutarakan kenyataan yang tidak berasas, tidak benar dan memfitnah plaintif. Plaintif mendakwa perkataan-perkataan tersebut telah mengakibatkan kerosakan atau keburukan yang teruk kepada reputasi, imej dan nama baik plaintif serta merendahkan martabat plaintif di mata masyarakat umum.

Seterusnya plaintif mendakwa perkataan yang dikatakan memfitnah mereka telah disebut hanya sebelum lagu juara dalam carta itu disiarkan di mana kebanyakan pendengar akan mengikuti program sehingga lagu juara dimainkan dan dalam pada itu program tersebut juga dikendalikan oleh juruhebah terkemuka Halim Othman serta Linda Onn yang mempunyai peminat tersendiri.

Plaintif turut mendakwa sebelum menjawab soalan pendengar dan membuat hebahan di dalam siaran radio nasional, defendan tidak membuat sebarang verifikasi dengan plaintif mengenai ketepatan maklumat yang diperoleh defendan dan setelah mengetahui bahawa maklumat yang diberikan kepada pendengar bersifat fitnah, defendan tidak membuat sebarang langkah untuk memperbetulkan keadaan.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan kenyataan fitnah tersebut selain faedah 8%, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Thursday, August 20, 2015

GAME RELAX MEMANCING PANTAI KINARUT


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

POLIS NAFI BERITA PENEMUAN EMAS DI KUNAK


KUNAK : Polis menafikan dakwaan menerusi aplikasi WhatsApp kononnya seorang pekerja lading menemui emas di sebuah terowong Tanah kira-kira 12 kilometre dari Pekan Kunak. Ketua Polis Daerah Kunak Supt Ab Rashid Abdullah berkata pihaknya telah membuat siasatan terhadap perkara itu dan mendapati berita itu adalah palsu, direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terowong tanah sepanjang 8 kilometre dengan empat cabang yang terletak di Ladang Sime Darby itu dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang semasa Perang Dunia II.

Wednesday, August 19, 2015

ZIANA ZAIN ANGGAP INSIDEN MIKROFON "TERBANG" SEBAGAI DRAMA LUCU


KUALA LUMPUR : Gara-gara losyen tangan, penyanyi Ziana Zain terpaksa menanggung malu apabila mikrofon yang digunakannya 'terbang' ketika membuat persembahan pada majlis kemuncak Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW2015) baru-baru ini. Beliau menyifatkan insiden yang tersebar dan menjadi viral di media sosial itu sebagai 'drama lucu' sepanjang karier nyanyiannya.

Video yang berdurasi selama 15 saat itu menunjukkan mikrofon yang dipegangnya terlepas ketika penyanyi itu mengakhiri persembahannya. Bagaimanapun, Ziana mengambil semula mikrofon berkenaan dan mengakhiri persembahannya dengan penuh yakin sambil memberi ucapan 'That's it, Thank You'. Tetamu yang hadir terus berdiri dan bersorak di atas sikap professional penyanyi itu.

Video tersebut menjadi bualan ramai dan memuji sikap Ziana yang terbuka dan bersahaja walaupun berhadapan dengan situasi berkenaan. Ziana turut menyatakan bahawa insiden seperti itu adalah perkara biasa yang dilalui oleh mana-mana individu di atas pentas termasuklah selebriti antarabangsa. Beliau memberi nasihat kepada penyanyi-penyanyi lain supaya bertindak professional dengan sebarang situasi diluar jangka.

Tuesday, August 18, 2015

DUA PESERTA SABAH TERSELAMAT DALAM KONSERT AF2015


SHAH ALAM : Dua peserta Sabahan di Akademi Fantasia 2015 Openg dan Zila terselamat daripada penyingkiran pada konsert pertama yang telah berlangsung pada malam Ahad lalu. Walaubagaimanapun, hasrat Ifa untuk meneruskan pengajiannya tidak kesampaian apabila namanya diumumkan sebagai pelajar wanita pertama tersingkir di Konsert AF2015.

Bertemakan 'bebas', Ifa atau nama sebenarnya Syarifah Nabilah Syed Azhar telah menyampaikan lagu berjudul 'Kabut Serangkai Mawar' nyanyian asal penyanyi Zaiton Sameon. Dua pelajar yang turut menerima undian terendah ialah Iqwan dan Ziqa.

Dengan penyingkiran pelajar berusia 21 tahun itu, kini tinggal 11 orang bintang AF2015 yang akan meneruskan perjuangan mereka sehingga bergelar juara.

Monday, August 17, 2015

PESAWAT TRIGANA AIR BAWA 54 PENUMPANG HILANG DI PAPUA


JAYAPURA : Sebuah pesawat yang membawa 54 orang hilang ketika melakukan penerbangan dalam cuaca buruk di timur Indonesia yang bergunung-ganang, dalam insiden nahas udara terbaharu yang menjejaskan sektor penerbangan Negara itu. Menurut agensi mencari dan penyelamat, pesawat yang dikendalikan oleh Syarikat penerbangan Indonesia, Trigana Air terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara sebelum jam 3.00 petang setelah berlepas dari Jayapura, ibu negara Wilayah Papua.

Pesawat ATR 42-300 turboprop yang membawa 44 orang dewasa, 5 kanak-kanak dan 5 kru dalam penerbangan yang dijadual mengambil masa 45 minit dan berlepas dari Jayapura kira-kira setengah jam sebelum ia hilang dan menghala ke Oksibil, sebuah penempatan terpencil dikawasan pergunungan ke selatan ibu negeri wilayah itu yang hanya dapat dikunjungi menggunakan pesawat.

Menurut Kapten Beni Sumaryanto, Pengarah Operasi Trigana Air, pesawat ada menghubungi menara kawalan Oksibil untuk kebenaran mendarat. Namun, pesawat itu tidak kunjung tiba. Setengah jam kemudian, Trigana Air menghantar sebuah lagi pesawat turboprop melalui laluan yang sama untuk mencari pesawat yang hilang itu. Namun, gagal mencari disebabkan faktor cuaca yang sangat teruk dan berpatah balik ke Sentani (Lapangan Terbang Jayapura).

Jelas beliau lagi, Oksibil merupakan kawasan pergunungan dimana cuaca sangat sukar diramal. Ia boleh berubah kepada sangat berkabus, gelap dan berangin tanpa amaran. Pihaknya mensyaki ia adalah isu cuaca dan bukan terlebih muatan kerana pesawat boleh membawa seramai 50 penumpang.

Sunday, August 16, 2015

KANAK-KANAK TERTUSUK GARFU DI MULUT

KOTA KINABALU : Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menanggung ke­sakitan akibat ruang rongga mulutnya tertusuk garpu ketika bermain di rumahnya di Inanam. Kejadian berlaku selepas kanak-kanak berusia tiga tahun itu tergelincir lalu terjatuh dalam keadaan sebatang garpu berada di dalam mulut mangsa. Ini menyebabkan objek itu tertusuk di rongga mulutnya.

Sebelum terjatuh, kanak-kanak itu dikatakan sedang makan sebelum dia berlari dan terjatuh ketika bermain. Ekoran kejadian itu, beberapa gambar mangsa dengan garpu masih di dalam mulut tersebar dan menjadi viral di media sosial. Penyebaran gambar dalam keadaan ngeri itu menimbulkan kemarahan ibu bapa mangsa.

Saturday, August 15, 2015

SILAP MASUK GEAR, WANITA JATUH DARI TINGKAT TIGA

GEORGETOWN : Seorang wanita parah selepas kereta yang dipandunya terjatuh dari tingkat tiga tempat letak kereta bertingkat di Taman Pekaka, dekat Gelugor. Dalam kejadian itu, mangsa M Latchumani, 30-an, diselamatkan oleh orang awam yang terkejut mendengar bunyi dentuman kuat.

Jurucakap bomba berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberikan rawatan kecemasan awal oleh seorang doktor yang kebetulan berada di lokasi kejadian. Kenderaan mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum merempuh tiang bangunan dan terjatuh dari tingkat tiga tempat letak kereta itu.

Mangsa yang tersepit Berjaya dikeluarkan kira-kira 15 minit selepas tiba di lokasi kejadian. Mangsa dalam keadaan kritikal kerana masih tidak sedarkan diri dan kini dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Friday, August 14, 2015

JANGAN BUAT RUMUSAN NEGATIF PENYUSUTAN NILAI RINGGIT


KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata orang ramai tidak boleh sewenang-wenangnya membuat rumusan negatif tentang penyusutan nilai ringgit. Sebaliknya menganalisis situasi itu dan melihat kepada aspek kebaikan daripada kelemahan sebelum membuat rumusan menyeluruh dan unjuran jangka panjang bakal dihadapi Negara.

Beliau menyatakan baik atau buruk apabila nilai mata wang Negara menyusut bergantung kepada bagaimana Negara boleh mendapat manfaat daripada keadaan itu. Sebagi contoh, dari segi pelancongan dan eksport, sudah tentu ia baik. Dari segi hutang asing dan import adalah sebaliknya.

Beliau turut mengambil perhatian bahawa nilai mata wang China iaitu Yuan telah menyusut dua kali berturut-turut yang mana bagi pandangan pakar ekonomi ada "baik dan buruk" tetapi secara menyeluruh, China bakal mendapat manfaat daripada nilai Yuan yang lebih rendah. Ini membuatkan banyak Negara bimbang kerana aspek positif mengatasi yang negatif dan memihak China.


Thursday, August 13, 2015

AIRASIA TETAP TERUSKAN OPERASI DI TERMINAL 2 KKIA

KUALA LUMPUR : AirAsia Bhd tetap dengan keputusannya untuk tidak berpindah ke Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) biarpun adanya arahan Kementerian Pengangkutan agar berbuat demikian, kata Ketua Pegawai Operasi (CEO) Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes.

Beliau memberi alasan, tindakan berpindah ke Terminal 1 daripada Terminal 2 akan hanya mewujudkan kesesakan manakala kenaikan cukai lapangan terbang sebanyak RM35 pula boleh menjejaskan industri pelancongan Sabah.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi menegaskan semua syarikat penerbangan, termasuk AirAsia perlu berpindah ke Terminal 1 KKIA dalam masa terdekat dalam usaha menampung lebih ramai penumpang dari dalam serta luar negara.  Malah, semua syarikat penerbangan termasuk AirAsia Bhd telah diarah berpindah ke Terminal 1 pada 1 Ogos lepas.

Fernandes berkata, jika lapangan terbang mengenakan cukai lebih tinggi, ia boleh menjejaskan industri penerbangan tempatan berikutan persaingan sengit di rantau ini. Pengendali lapangan terbang tempatan iaitu Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sewajarnya bekerjasama dengan syarikat penerbangan itu untuk mewujudkan lebih banyak pekerjaan sepertimana dilakukan pihak lapangan terbang dan Menteri Pengangkutan di Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.

"Kami bukannya mahu bergaduh. Nilai ringgit terus menyusut. Bukankah lebih wajar bagi MAHB dan AirAsia untuk duduk berbincang dan mengenal pasti cara memantapkan aspek pelancongan, menawarkan lebih banyak pekerjaan, meningkatkan bilangan pelancong ke Sabah dan menjadikan Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebuah hab sepertimana Dubai?" katanya.

Beliau turut menyifatkan penyusutan nilai ringgit turut membantu syarikat penerbangan tambang rendah itu menarik lebih ramai pelancong asing ke Malaysia.

Wednesday, August 12, 2015

MASA OPERASI PINTU MASUK MALAYSIA-BRUNEI AKAN DILANJUT

BANDAR SERI BEGAWAN : Menurut kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media sempena lawatan beliau ke Brunei, operasi di pintu masuk di sempadan Malaysia dan Brunei akan dilanjutkan dari 6 pagi hingga 12 malam. Perkara itu dicapai hasil persetujuan bersama antara beliau dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dalam pertemuan kelmarin. Ini kerana terdapat kesukaran dalam kalangan orang ramai, sama ada dari Brunei ke Malaysia atau Malaysia ke Brunei.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila tarikh pelanjutan waktu operasi pintu masuk akan mula dikuatkuasakan. Kajian akan dilakukan untuk melicinkan perjalanan antara Brunei dengan Sabah dan Sarawak berikutan passport perlu dicap banyak kali kerana terdapat banyak pintu masuk di sempadan kedua-dua Negara.

Tuesday, August 11, 2015

AZIAH, OPENG DAN LISA ANTARA PELAJAR AF2015

SHAH ALAM : Konsert penentuan Akademi Fantasia bagi tahun 2015 telah diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan disiarkan secara langsung di Astro Ria  dengan menampilkan 16 calon pelajar AF2015 yang kemudiannya dinilai oleh pengetua dan tenaga pengajar.

Nasib tidak menyebelahi empat orang peserta iaitu Wili (Suili George, 28, Sabah), Dalila (Nurdalila Mohamed Yusof, 23, Singapura), Syahid (Khairul Mohd Syahid Abu Hassan, 27, Melaka) dan Arisa (Sharmaine Arissa Shahrudin, 21, Selangor) apabila nama mereka diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Hanya 12 pelajar layak mara ke konsert seterusnya. Enam pelajar lelaki yang terpilih ialah Openg (Anthonasius Jadil, 23, Sabah), Faroq (Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor, 23, Melaka), Sufi (Mohammad Sufie Rashid, 24, Singapura), Sharul (Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman, 19, Negeri Sembilan), Iqwan (Muhammad Ikhwan Alif Salim, 20, Perak) dan Syamel (Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 22, Kuala Lumpur).

Manakala enam pelajar wanita pula adalah Ifa (Sharifah Nabilah Syed Azhar, 21, Kedah), Lisa (Allyssa Joanne Anak Jambi, 22, Sarawak), Rachel [Ang Hui San (Rachel), 23, Pahang), Bila (Nurnajmi Nabila Samsaidi, 19, Kuala Lumpur), Ziqa (Nurhusnina Haziqah Naharuddin, 19, Johor) dan Aziah (Aziah Awang, 21, Sabah).


Monday, August 10, 2015

PERTUKARAN DUA PEGAWAI SPRM KE JPN DIBATAL


KUALA LUMPUR : Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa membatalkan pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Kedua-dua pegawai berkenaan, Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Strategik Komunikasi Datuk Rohaizad Yaakob kembali ke jawatan asal masing-masing di SPRM berkuatkuasa Isnin.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa telah berjumpa dengan dua pegawai SPRM yang terlibat dalam perpindahan itu. Kedua-dua pegawai tersebut telah memberikan penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media.

Sunday, August 9, 2015

KAPAL TANGKI MT JAOQUIM YANG HILANG TELAH DITEMUI

KUALA LUMPUR : Sebuah kapal tangki MT Jaoquim yang dilaporkan hilang di perairan Selangor berjaya ditemukan oleh pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di 14 batu nautika ke timur Pulau Rupat, Indonesia pada jam 8.45 pagi tadi.

Kapal tersebut yang membawa muatan minyak mentah dilapor hilang semalam bersama 10 kru terdiri daripada warga Indonesia dan Singapura. Difahamkan, kapal terbabit dirompak ketika berlayar dari Tanjung Pinang, Indonesia menuju ke Pulau Langkawi, Kedah.

Pesawat pencari Bombardier CL 415 berjaya mengesan kedudukan kapal tangki terbabit yang berada di 1.5 batu nautika di luar sempadan Malaysia. Hasil maklumat awal mendapati kru kapal dibebaskan namun kargo yang dibawa didapati hilang. Dua daripada kru cedera dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Melaka.

Kapal berkenaan kini berlabuh di lokasi ia dikesan akibat kerosakan. Operasi pencarian antara lain membabitkan 10 bot laju dan dua pesawat udara milik APMM serta pasukan tentera negara jiran. Siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut masih dijalankan oleh pihak APMM.

Saturday, August 8, 2015

KILANG SFI DI SIPITANG MELETUP



SIPITANG : Seorang pekerja maut apabila kilang pulpa dan kertas SFI di Sipitang meletup pada sebelah petang. Letupan kuat dikatakan berlaku di bahagian Effluent Treatment Dept sehingga berlakunya runtuhan. Mangsa yang dikenali sebagai Donny Samin @ Mohd Fauzi Abdullah merupakan seorang duda yang berasal dari Kudat meninggalkan empat orang anak yang masih bersekolah dibawah jagaannya. 



Friday, August 7, 2015

SERPIHAN SAH MILIK MH370


KUALA LUMPUR : Pakar antarabangsa mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion milik Perancis adalah daripada penerbangan MH370 - menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines terhempas ke dalam Lautan Hindi hampir 17 bulan lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan secara langsung melalui saluran TV3. Pengesahan itu dijangka mengecilkan kawasan pencarian dan meningkatkan harapan untuk menyelesaikan apa yang dikatakan misteri terbesar dalam sejarah penerbangan moden.

Pasukan pencarian Australia berkata mereka ‘berkeyakinan tinggi’ flaperon yang dijumpai di pulau tersebut yang berhampiran Madagascar itu adalah dari pesawat MH370. Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Perancis kemudiannya mengesahkan "flaperon" tersebut bahagian pesawat jenis Boeing 777. Spekulasi tersebar bahawa serpihan tersebut mungkin daripada MH370 kerana tiada insiden lain yang melibatkan pesawat jenis Boeing 777 yang terhempas di air pernah dicatatkan.

Penerbangan MH370 hilang sejak 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing, China yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar selepas sejam berlepas.

Pada 29 Januari 2015, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia telah mengistiharkan penerbangan MH370 sebagai kemalangan dan semua mereka didalam pesawat itu dianggap maut. Pengumuman ini dibuat supaya pampasan boleh dibayar kepada waris mangsa.

DUA WANITA BERGADUH TARIK BAJU DI DALAM SEBUAH KERETAPI

BEIJING : Satu pergaduhan tercetus antara dua wanita yang berebut satu tempat duduk di dalam sebuah keretapi di Beijing Subway Line 4. Video yang merakam kejadian pergaduhan tarik menarik baju itu telah menjadi viral dilaman sosial. Akan tetapi, butiran lanjut mengenai kejadian tidak dinyatakan.

Video tersebut mula dirakam apabila pergaduhan sudah tercetus. Orang ramai di dalam keretapi terbabit mula mengerumi kedua-dua wanita terbabit dan menonton serta merakam aksi terbabit. Namun, kehadiran orang ramai tidak diendahkan oleh wanita-wanita itu. Walaupun baju kedua-duanya sudah koyak rabak, mereka tetap meneruskan pergaduhan itu biarpun dikelilingi orang ramai.

Thursday, August 6, 2015

PERTANDINGAN MEMANCING AIR TAWAR ANGLER'S PARADISE


* Sila klik gambar untuk lebey lanjut

SABAH ALAMI KESAN TAUFAN SUPER SOUDELOR

KOTA KINABALU : Sabah yang mengalami hujan berterusan sejak Selasa lalu akan merasai kesan Taufan Super Soudelor sehingga Sabtu ini. Ribut terkuat tahun ini kini meneruskan perjalanannya ke arah Taiwan dengan angin berterusan selaju 240 km/j angin kencang sehingga 296 km/j dan membawa kemusnahan kepada sebarang kawasan tanah di laluannya.

Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Encik Malek Tussin, pada kebiasaannya ribut tropika dan taufan mempengaruhi cuaca Sabah oleh kerana kedudukan negeri ini berada dibawah laluan ribut sementara ia bergerak ke arah China dan Vietnam. Orang ramai dinasihatkan untuk tidak keluar ke laut sehingga Ahad ini.

Taufan Super Soudelor ini diisytiharkan sebagai siklon tropika terkuat di bumi setakat ini pada tahun 2015 oleh Agensi Meteorologi Jepun. Keadaan tekanan rendah ini akan menyumbang kepada sistem cuaca El Nino yang kini bertambah kuat di Pasifik tengah dan timur.

Wednesday, August 5, 2015

GAME MEMANCING SIMPAD RANGAWAN


* Sila klik gambar untuk lebey lanjut

SPEED BOT SIPITANG-LABUAN HAMPIR KARAM



LABUAN : Seramai 25 penumpang dan 3 kru yang menaiki bot penumpang Sipitang-Labuan terselamat selepas bot dinaiki hampir karam selepas terlanggar kayu di Perairan Pulau Papan. Bot berkenaan dikatakan mengalami kebocoran pada bahagian hadapan dan dimasuki air selepas terlanggar kayu kira-kira jam 2.10 petang.

Pihak Pasukan Gerakan Marin melakukan operasi menyelamat mangsa dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Semua mangsa dibawa ke Jeti Labuan dengan diiringi bot penyelamat JBPM untuk tindakan selanjutnya. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Tuesday, August 4, 2015

SYED ABAS SPEAKER DUN SABAH

KOTA KINABALU : Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan mengambil alih daripada Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak yang telah dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu susulan rombakan Kabinet Persekutuan baru-baru ini. Pelantikan Syed Abas sebagai Speaker ke-9 diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Musa berkata Syed Abas dijangka menjalankan tugas sebagai Speaker pada 7 Ogos ini.

Syed Abas mempunyai pengalaman luas dalam politik dan kerajaan dan telah menyandang beberapa jawatan penting dalam agensi-agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Syed Abas dilahirkan pada 12 Okt 1947 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam Applied Economics dari East London University (NELP).

Beliau menyandang jawatan Pengerusi Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd. Beliau dipilih sebagai ahli Dewan Undangan Negeri Balung pada 1978 sehingga 1981 di bawah pentadbiran Berjaya dan pada 2004 sehingga sekarang di bawah tiket UMNO.

Beliau memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam pada 1976 sebagai Pegawai Pembangunan Perindustrian di Kementerian Pembangunan Perindustrian. Beliau juga menyandang jawatan yang berbeza atas pelbagai kapasiti, antara lain sebagai Pengerusi Ko-Nelayan, Pengarah Sabah Finance Berhad dan Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

PENCARIAN BAKAT EKSPRESI MUZIK


Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Sabah (JKKN Sabah) bersama Online Media Entertainment akan menganjurkan Ekspresi Muzik yang akan diadakan pada 08 Ogos 2015 bermula jam 09.00 pagi hingga 10.00 malam di Pentas Terbuka Kompleks JKKN Sabah.

Ekspresi Muzik 2015 merupakan program pencarian bakat  yang dilaksanakan dalam bentuk pertandingan secara berkumpulan bagi mencungkil bakat tempatan dalam seni muzik. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan dua buah lagu iaitu, lagu wajib bertemakan 50an-80an yang diberi nafas baharu dan lagu bebas iaitu ciptaan sendiri. 

Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100 bagi golongan dewasa dan dikecualikan untuk pelajar IPT dan sekolah. Johan pertandingan akan membawa pulang wang tunai RM3,000.00, naib johan RM 2,000.00 dan tempat ketiga RM 1,000.00. Selain itu, persembahan dan susunan lagu terbaik masing-masing akan menerima wang tunai RM 500.00.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan secara atas talian dan boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi www.onlinefm.net.my. Sebarang keterangan lanjut, sila hubungi 014-371 4515.

Monday, August 3, 2015

TINDAKAN TEGAS TERHADAP FITNAH LAMAN SOSIAL DITUTUP

GEORGE TOWN : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyebar fitnah kononnya semua rangkaian media sosial di negara ini akan ditutup. Beliau telah mengarahkan polis menyiasat punca berita itu dan mengambil tindakan terhadap individu yang memulakannya di laman sosial.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas berita yang tersebar di internet hari ini yang mendakwa kononnya beliau mengarahkan semua rangkaian media sosial di negara ini ditutup bermula Selasa depan. Ahmad Zahid berkata tindakan pihak tertentu menyebarkan berita itu seolah-olah untuk memperlihatkan beliau tidak faham mengenai perundangan dan mahu semua pengendali media sosial membencinya.

Beliau meminta pihak terlibat menarik balik kenyataan itu dan mengingatkan media agar tidak menggunakan kebebasan bersuara untuk menyebarkan fitnah terhadap kepimpinan negara atau parti. Ahmad Zahid turut membuat penafian di laman Twitternya mengenai penyebaran fitnah itu dan menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

GROWBALL DEVELOPMENT BINA TAMAN TEMA DI LABUAN


LABUAN : Sebuah taman tema terapung bakal dibina di atas tanah seluas 12 ekar di pesisir pantai Tanjung Batu membabitkan kos RM170 juta.  Pembinaan taman tema itu akan dimajukan oleh sebuah syarikat Growball Development Sdn Bhd dan dijangka siap menjelang tahun 2018.

Taman tema yang berkonsepkan kekeluargaan itu mempunyai pelbagai jenis permainan tahap sederhana disamping dilengkapi dengan beberapa buah bangunan seperti pasaraya dan tempat riadah. 

Sunday, August 2, 2015

DEMONSTRASI DI SOGO KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR : Gabungan kumpulan anak muda yang dikenali sebagai "Demi Malaysia" tetap mengadakan demonstrasi #TangkapNajib seperti yang dirancang di hadapan pusat membeli-belah KL Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Meskipun mendapat bantahan dari pihak polis, perhimpunan itu tetap diadakan kira-kira 50 individu berada di situ pada jam 1.30 petang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata polis akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai demonstrasi ini dalam masa terdekat. Polis telah menahan dua aktivis iaitu Adam Adli dan Syukri Rezab bagi membantu siasatan berhubung cadangan mengadakan protes itu. Menurut peguam Michelle Yesudas, mereka ditahan di hadapan ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur dan penahanan dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan. 

Saturday, August 1, 2015

HARGA RON95, RON97, DIESEL TURUN 10 SEN


KUALA LUMPUR : Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos). Harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter.

Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawap di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter. Dakwaan itu menggunakan "Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan" sebagai sumber maklumat tersebut.

LABUAN

LABUAN

MENGENAI LABUAN

Sejarah Wilayah Persekutuan Labuan
Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)

1800
Labuan sebahagian daripada pemerintahan Brunei. Labuan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun.

1846
Labuan secara rasmi diserahkan kepada British oleh Raja Muda Hasim pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai pelabuhan bebas.

1888
Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali sebagai The Chartered Company.


1907
Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

1942
Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

1945
Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

1947
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

16 April 1984
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.


1 Oktober 1990
Labuan diisytihar sebagai Pusat kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

PENGINAPAN

PENGINAPAN

PENGINAPAN HOTEL DAN HOMESTAY DI LABUAN

Hotel

1.Hotel Grand Dorsett Labuan (087) 422 000

2.Hotel Tiara (087) 414300

3.Hotel Billion Waterfront (087) 418111

4.Hotel Palm Beach Resort & Spa (087) 418700

5.Hotel Pulau Labuan 1 (087) 416288

6.Hotel Pulau Labuan 2 (087) 422388

7.Hotel Mariner (087) 418822

8.Hotel Sara (087) 415555

9.Hotel Ambassador 1 (087) 423233

10.Hotel Ambassador 2 (087) 581242

11.Hotel Ambassador 3 (087) 414599

12.Hotel Avida (087) 416868

13.Hotel Global (087) 425180

14.Hotel Victoria (087) 412411

15.Hotel Pulau Labuan Inn (087) 416833

16.Hotel HPL Apartment (087) 583533

17.Hotel Red Tomato (087) 412963

18.Hotel Perdana (087) 420922

19.Hotel Sky Global (087) 431219

20.Hotel Melati Inn (087) 416307

21.Hotel Oriental (087) 419019

22.Beta Service Apartment (087) 453 333

23.Hotel Southern (087) 414211

24.Hotel Pantai View (087) 411339

25.Hotel 6 Inn (087) 411227

26.Hotel Expo (087) 426688

27.Hotel Aifa (087) 424888

28.Hotel One (087) 451369

29.Hotel Millenium (087) 421278

30.Hotel Fah Fah (087) 417712

31.Hotel Fratini Inn (087) 424545

32.Hotel Ocean (087) 410633

33.Hotel RK Cahaya (087)419516

34.Hotel Poh (087) 431375

35.Hotel Transit (087) 431133

36.Hotel Home Labuan (087) 425333

37.Hotel Mi Casa (087) 416323

38.Hotel H & H (087) 420200

39.Hotel Premier (087) 428948

40.Hotel Lazenda (087) 580800

41.Hotel Asia (087) 417712

42.Hotel Lai Lai (087) 443533

43.Hotel Grand Nadia (087) 442605

44.Hotel California (087) 41800

45. Hotel Lazenda Point (087) 418444



Homestay

1.Homestay Bukit Kuda 013-8511907 / 012-8289158

2.Homestay Sungai Labu 016-8041147 / 016-8430172

3.Homestay Patau-Patau 016-8363404 / 016-8424981

4.Homestay Srindung Sireh Inn 019-9366634 / 019-8820117

5.Homestay Siang Guest House 013-816 2198

6.Homestay Labuan Taman Arena 017-866 8870 / 016-839 1950

7.Homestay Papaya Beach Lodge 016-585 5801 / 019-850 1590

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

Pantai Batu Manikar - Pemandangan menarik ketika matahari terbenam. Itulah kemestian bagi pengunjung yang berkunjung ke Labuan. Anda boleh melihatnya di sepanjang Jalan Batu Manikar di mana Universiti Malaysia Sabah (UMS) terletak. Ketika langit sudah cerah (seperti kebiasaannya di Labuan), matahari terus bersinar seperti sama dengan abad-abad yang lalu. Fenomena menarik matahari terbenam akan bermula selepas pukul 6 petang.

Pantai Batu Manikar - Layang Layangan yang terkenal ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melihat matahari terbenam. Ini adalah jajaran pantai yang panjang dihiasi dengan pokok rhu dan pohon kelapa. Lorong pejalan kaki di sediakan untuk kemudahan orang ramai untuk berjalan-jalan mahupun berjoging, dengan suasana redup semulajadi oleh pokok-pokok di sekeliling. Udara segar, bayu laut dan pemandangan menarik ini tentunya merupakan bonus tambahan kepada peminat senaman di luar sana. Pantai Batu Manikar - Layangan Layang telah memenangi Anugerah Kebersihan Pantai COBSEA 2008. Anugerah berprestij ini sememangnya layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaraya dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Pantai Layang-Layangan - merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantai yang berpasir mengajak anda untuk berbaring dan berjemur di bawah sinaran matahari dengan ombak pantai memukul-mukul di kaki anda. Pantai Layang-Layangan merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantainya yang berpasir putih menggoda, menjemput anda untuk berbaring dan menikmati matahari dengan suara ombak memukul-mukul di tepi pantai. Lorong berbasikal dan meja perkelahan yang dinaungi oleh pohon rendang. Di sini juga boleh didapati banyak warung makanan dengan band-band muzik mengadakan persembahan di setiap hujung minggu. Menunggang kuda dan berbasikal adalah beberapa kegiatan rekreasi yang popular di pantai ini. Taman Keamanan juga terletak berdekatan. Manikar Beach Resort juga terletak di sekitar kawasan yang sama.

Pantai Pancur Hitam - Ini adalah salah satu pantai yang berkembang pesat di Labuan. Sebuah taman yang indah membentang terus ke pantai berpasir yang panjang. Terletak di pantai utara Labuan, Pantai Pancur Hitam adalah rumah peribadi yang terbesar dan paling mewah di Labuan ini - "Rumah Jutaan Keamanan". Jalan-jalan yang berhampiran rumah ini, Jalan Batu Manikar dan Jalan Pancur Hitam, di reka dan di hiasi dengan amat cantik. Hanya di depan rumah, deretan gerai-gerai menawarkan air kelapa segar, kepak ayam, popcorn dan masakan tempatan dan makanan ringan lain yang lazat. Di sebelah rumah tersebut, ada jalan kecil yang akan membawa anda ke Bukit Pohon Batu (Pohon Batu Hill), puncak tertinggi kedua di Labuan, di mana anda boleh menikmati laluan hutan trekking. Di puncak bukit ini, anda akan disambut dengan pemandangan pantai yang indah yang membentang di sepanjang garis pantai. Dari tempat pandang yang tinggi, anda juga boleh mempunyai pandangan mata seekor burung tentang seluruh pulau Labuan. Pada hari-hari yang terang, anda boleh melihat semua jalan ke selatan Financial Park Complex, yang terletak di tengah kota Labuan. Lebih jauh ke selatan pantai Pancur Hitam, anda akan menemui kawasan rekreasi yang dikenali sebagai "Sudut Cabaran", yang menawarkan sebuah laman yang ideal untuk pelbagai aktiviti rekreasi termasuk berkelah dan berkemah. Menjelang malam, pemandangan indah menanti anda dengan tiga puncak Bukit Batu Phin sebagai latar belakang yang dramatik. Matahari terbenam di sini bukanlah sesuatu yang patut di lepaskan begitu sahaja! Anda juga boleh melihat desa Melayu berhampiran dengan Cerobong (salah satu tempat yang terkenal di Labuan), Terowong Bersejarah Tanjung Kubong, Taman Burung Labuan dan tempat habitat semulajadi haiwan - semuanya menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik di Malaysia.

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

Pulau Daat - Pulau seluas 242,9 hektar ini adalah milik persendirian dan buat saat ini ia sedang dijual.

Pulau Daat memiliki pemandangan Laut China Selatan dan Pulau Labuan yang amat indah, serta mempunyai kawasan hutan hujan.

Oleh kerana bersifat persendirian, ia tidak terbuka untuk umum tetapi jika anda mempunyai USD 51 juta untuk di belanjakan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pulau yang menarik ini untuk diri anda sendiri.

Pulau Papan - Di sebelah Pulau Daat terdapat pulau kecil seluas 10.52 hektar yang disebut Pulau Papan. Menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong bercuti hujung minggu dan perkhemahan, pulau itu pada awalnya digunakan sebagai tapak rumah api pada tahun 1895.

Pada tahun 1902, lampu malap kemerahan telah digantikan dengan lampu "dioptrie" yang sangat terang sehingga boleh dilihat 13 kilometer jauhnya. Rumah api itu memberi petunjuk kepada kapal-kapal ke Victoria Harbour sehinggalah selepas Perang Dunia II ketika pasukan Berikat menggunakannya sebagai kem tahanan sementara tahanan-perang Jepun.

Hari ini ia berada di bawah bidang kuasa Labuan Corporation (Perbadanan Labuan). Pulau ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan, gelanggang sukan, surau, tempat BBQ, gelanggang bola tampar dan sepak takraw. Para penggemar adventur juga boleh mencuba aktiviti trekking hutan di pulau itu.

Kadar penginapan bermula daripada RM350 semalam untuk chalet 3-bilik biasa.

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

Bangkai Kapal Karam Amerika - The Wreck Amerika mempunyai sejarah yang tragis, telah karam pada masa Perang Dunia II dengan kehilangan 9 nyawa.

The Wreck Amerika telah karam akibat pelanggaran dengan periuk api yang mana telah meletupkan kapal penghapus periuk api Tentera Laut AS itu keluar daripada air dan pecah menjadi dua bahagian pada tarikh 8 Jun 1945.

Perasaan sedih masih lagi terasa apabila melihat plak yang memaparkan senarai nama-nama 9 askar yang terkorban. Plak tersebut yang direka oleh Dick dan Wayne Shafer ditempatkan pada bangkai kapal karam tersebut oleh ahli-ahli Brunei Sub Aqua Diving Club (BSADC) pada tahun 2007.

Masih kelihatan peralatan zaman dahulu seperti klip peluru, pengukur kedalaman, botol kawat dan artifak meriam yang tidak terusik di kapal karam ini.

Bangkai Kapal Karam Australia - The Wreck Australia menyediakan suasana menyelam yang sebenar, dengan kombinasi jarak penglihatan yang kurang dari 10 meter, kaya dengan tumbuhan karang, rangka bangkai kapal, pengakhiran yang tragis dan misteri.

Pada awalnya sebagai kapal kargo dan penumpang Belanda yang dibina pada tahun 1890, ia telah ditenggelamkan oleh oleh Belanda semasa Perang Dunia II untuk mencegah Jepun daripada menggunakannya. Orang Jepun bagaimanapun berjaya menyelamatkan kapal itu, menukar namanya menjadi 'Imbari Maru' dan meletakkannya untuk perkhidmatan sebagai kapal kargo.

Melarikan diri dari Borneo menuju ke Manila, kapal tersebut telah terlanggar periuk api dan karam 23km ke arah barat daya Labuan pada tahun 1944. Pada awalnya di percayai terkena serangan bom dari angkatan udara Australia, nama tersebut melekat sehingga hari ini. 339 orang kehilangan nyawa mereka, termasuk banyak tahanan perempuan (wanita penghibur) yang di bawa oleh Jepun ke perahu penyelamat.

Beberapa penyelam percaya tempat kemalangan ini dihantui oleh hantu jiwa-jiwa yang diseksa ini. Siapa tahu, penampakan seorang wanita berjubah putih melalui kapal ini mungkin saja sinar biasan batu marmar. Hanya satu cara untuk mengetahui - menyelam dan lihat sendiri!

Blue Water Wreck - Blue Water Wreck (Mabini Padre) adalah kapal pukat nelayan Filipina yang besar, yang terbakar dan tenggelam pada tahun 1981 tanpa kehilangan nyawa.

Dinamakan Blue Water Wreck kerana di kelilingi air biru yang jernih, bangkai kapal ini kelihatan seperti tidak banyak di selubungi kegelapan dasar laut.

Pada hari baik, jarak penglihatan 40 meter adalah mungkin. Bangkai kapal ini masih kelihatan utuh dengan tiang-tiang terletak pada sisinya dan lebih dikelilingi oleh kelimpahan kehidupan laut - menjamin pengalaman menarik bagi penyelam.

Cement Wreck - Daripada empat longgokan kapal karam Labuan, Wreck Semen adalah yang paling cetek dengan strukturnya naik 19 meter ke atas dan kedudukannya memudahkan penyelam untuk melewati dan bagus untuk latihan permulaan bagi penyelam kapal karam.

Menawarkan pemandangan bawah laut yang menakjubkan dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman karang dan menjadi rumah pelbagai haiwan laut berwarna-warni, Cement Wreck juga memberi peluang untuk bertembung dengan yu paus bagi penyelam yang bertuah.

Kapal ini mendapat nama pelik ini kerana tenggelam ketika mengangkut simen ke Brunei untuk pembinaan istana baru Sultan. Lebih dikenali sebagai kapal karam yang amat sempurna dengan kedudukannya yang tegak di dasar laut, bangkai kapal itu sangat indah dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman batu karang yang lembut dan keras, spons karang dan pakis, dan kawanan barakuda kecil dan ikan batfish bermain-main di tiang kapal.

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

Bagaimana perasaan anda jika tinggal di rumah kayu tradisional yang dikelilingi oleh air? Rumah-rumah kayu berwarna-warni kelihatan seperti tempat tinggal terapung dan dihubungkan satu sama lain dan ke jalan-jalan utama melalui laluan pejalan kaki yang bersimpang-siur dan tidak tersusun.

Ini adalah Kampung Air Patau Patau 2, yang ditubuhkan pada tahun 1930-an, seluruh desa dimusnahkan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Penduduk desa membina semula kampung dari awal selepas perang berakhir. Arkitektur dan konsep desa air adalah berkait kembali dengan nenek moyang mereka di Brunei. Sampai hari ini, warga desa air menggabungkan budaya Kedayan Brunei mereka dalam kehidupan sehari-hari.

Agar anda berfikir bahawa rumah ini bukanlah untuk orang mabuk laut, anda boleh yakini bahawa rumah-rumah ini sangat stabil - bahkan ada yang dibina lebih dari 60 tahun yang lalu. Rahsianya ialah kayu belian yang digunakan sebagai asas rumah itu yang dapat berdiri kuat selama berabad-abad yang akan datang.

Keluarga tuan rumah yang ramah akan senang hati untuk melayani anda dengan beberapa makanan lazat tradisional mereka termasuk ambuyat, hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering.

Pada petang hari, anda boleh memerhati anak-anak desa bermain layang-layang atau jika anda ingin lebih keseronokan, menangkap ikan di halaman belakang rumah anda – dengan kos yang nominal. Bayangkan anda bersantai di bangku kayu, secangkir kopi di satu tangan dan pancing di tangan yang lain. Seringkali tali pancing anda akan tegang dan berat. Apabila anda begitu teruja menarik pancing anda, boleh di katakan 9 daripada 10 kali tarikan, pancingan anda akan mendapat ikan keli, bukan tersangkut pakaian lama yang dibuang. Persembahan tarian tradisional juga boleh diatur berdasarkan permintaan dan anda pasti dapat menyertai dalam beberapa permainan desa yang menghiburkan.

Kampung Air Patau Patau 2 dilengkapi dengan saluran air dan elektrik, telefon dan sistem sisa, lampu jalan, dermaga teksi air, kedai runcit, kedai kraftangan, klinik, sekolah dan surau (tempat ibadah bagi muslimin yang lebih kecil dari masjid). Di kelilingi oleh air, kaedah pengangkutan utama adalah perahu dan sebahagian besar rumah mempunyai perahu sendiri. Rumah-rumah ini boleh di katakan agak luas dan dihiasi dengan barang-barang antik yang berat, membayangkan kehidupan yang selesa di dalamnya.

Menginap di desa air tradisional yang indah dan menawan ini tentunya pengalaman yang tiada tandingannya.

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

Taman Damai ini dibina sebagai taman peringatan dan penolakan terhadap kengerian perang. Ia terdiri daripada tugu peringatan yang dikelilingi oleh taman-taman yang indah dan tiang-tiang.

Pada 9 September 1945, Jepun secara rasmi menyerah Labuan kepada Australia. Komander Angkatan Darat ke-37 Jepun, Leftenan Jeneral Masao Baba diterbangkan ke tepi pantai Layang-Layangan di K154C Tachikawa (Hickory). Dan dalam sebuah pondok kayu kecil di bawah naungan pohon kelapa kira-kira 50 meter di Selatan-barat Pusat Penyerahan, upacara menandatangani serah terima ini di langsungkan.

Dia menyerahkan pedangnya secara rasmi kepada Mejar Jeneral George Wootten, pegawai pemerintah Division ke-9 Australia, di saksikan oleh Kapten Kumpulan C.W Pearce dan Ketua Skuadron J.S St Heap daripada Royal Australian Air Force (RAAF) di Sydney, Australia.

Berdekatan dengannya, terdapat kem-kem yang ditubuhkan untuk perbicaraan para pegawai dan askar Jepun terhadap kekejaman tahanan perang di kem-kem POW di Sabah dan Sarawak. Perbicaraan Perang di Layang-Layangan adalah yang pertama di Asia Tenggara, yang dipimpin oleh Leftenan L.J Morshead daripada Komander Kor Pertama Australia. Seterusnya, Labuan menukar nama awalnya daripada nama Pulau Maida, dan ditempatkan di bawah Pentadbiran Tentera Inggeris.

Bagi menunjukkan bahawa mereka benar-benar meminta maaf daripada kesusahan yang di sebabkan oleh nenek moyang mereka, Jepun memutuskan untuk membina Taman Keamanan di sebelah Pusat Penyerahan. Taman Damai ini juga sebagai peringatan kepada orang-orang yang telah mengorbankan nyawa mereka di Borneo semasa Perang Dunia II. Ini juga merupakan kenang-kenangan daripada persahabatan antara Malaysia dan Jepun, dan janji keamanan dan keharmonian untuk semua umat manusia yang kekejaman perang seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa depan.

Taman Damai ini dibiayai Japan Shipbuilding Industry Foundation, yang diketuai oleh Ryoishi Sasagawa, dan juga oleh keluarga mangsa dan kawan-kawan mereka daripada beberapa syarikat industri. Pada 14 April 1984, Mitsunori Ueki daripada South Pasifik Memorial Association Incorporation di Jepun menyerahkan Taman Damai secara istiadat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh. Hingga ke hari ini, pembiayaan masih datang dari Jepun untuk menjaga TamanDamai ini dalam keadaan baik.

Dengan perairan yang tenang di bawah jambatan melengkung dan sekitar gazebo yang teduh, berdirinya tugu dengan dua dinding melengkung yang menjadi pusat perhatian di Taman Damai ini. Di pintu masuk taman ini didirikan kepingan batu, dan di atasnya diukir dengan jelas untuk ingatan sampai ke akhir zaman - "Damai adalah yang terbaik".

Ya, damai akhirnya di Pulau Labuan.

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

Dahulunya Rumah Kerajaan - Terletak di belakang lapangan terbang lama ialah Taman Botanikal yang dahulunya adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12'. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Kini, hanya tangki air simpanannya kekal, bersama dengan sebuah kubur anjing kesayangan yang bernama ‘Jim'.

Taman Botanikal adalah satu taman rekreasi dengan pokok tua dan pelandskapan indah. Ia juga mempunyai cerita-cerita yang mempesonakan!

Cerita-Cerita Rumah Kerajaan - Ia dipercayai bahawa Hugh Low, Setiausaha Penjajah untuk bertahun-tahun dan terlepas perhatian untuk menjadi Gabenor, melakukan kebanyakan kerja awal di Taman tersebut. Pokok-pokok tua kebanyakannya ditanam olehnya. Rumah tersebut punah semasa peperangan.

Dua taman kubur dijumpai di tanah Rumah Kerajaan dan adalah dipercayai bahawa ia merupakan kubur yang tertua di pulau tersebut. Salah satu daripadanya mempunyai kubur bertarikh 1847. Kubur-kubur ini dipindah dari Ramsay Point di pesisir pantai, di mana di mana air pasang mengakibatkan hakisan kubur tentera laut lama. Salah satu daripada dua kubur yang dipindahkan merupakan kubur Komander James A. Gordon dari HMS Wolf. Beliau hadir semasa penyerahan Labuan ke tangan British pada 24 Disember 1846 dan membantu pembinaan tanah. Seperti ramai pada masa itu, beliau jatuh sakit dan berkubur pada umur awal 28 tahun atas kapalnya yang telah dilabuhkan diluar pesisiran.

Kubur lain itu adalah kepunyaan Sarjan Adam C Sutherland bagi Marin Di Raja, yang telah terkubur dalam satu pergaduhan dengan lanun Balanin pada bulan Mei bagi tahun yang sama.

Terdapat satu lagi kubur menarik terletak pada sebuah permatang di hadapan Rumah Kerajaan dan ia adalah kepunyaan seekor anjing foxhound dinamakan Jim, dan merupakan peliharaan M.S MacArthur, Residen pertama pentadbiran Straits Settlement yang beroperasi daripada 1906 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Tarikh yang terpahat pada kubur Jim adalah 20 Jun 1908.

Kehidupan di tanah tersebut seperti membawa banyak peristiwa. Pada suatu petang, apabila Leftenan-Gabenor Komander A.S. Hamilton pulang ke rumah, beliau terhidu bau kebakaran datang dari arah rumahnya. Beliau mempercepatkan langkah apabilah memikirkan rumahnya terbakar. Sesampainya beliau ke rumahnya, beliau berhadapan dengan sebaris orang Dayak yang sedang mengasapkan kepala di atas tripod dihadapan laman Rumah Kerajaan! Mereka mungkin merupakan kepala-kepala orang Murut yang dirampas oleh pihak polis Dayak sebagai balasan kepada orang Murut yang telah membunuh empat daripada orang mereka. Orang-orang Dayak di laman tersebut sangat tidak berpuas hati apabila kepala-kepala itu seterusnya dirampas. Mereka dibenarkan mengambil semula kepala-kepala tersebut dengan syarat mengasapnya di tempat lain!

Terdapat juga cerita bahawa hantu seorang wanita merupakan residen tanah tersebut – kemungkinan wanita tersebut ialah isteri Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Kelibat wanita tersebut tidak pernah kelihatan lagi.

Penggeledahan kubur oleh pemburu-pemburu kepala yang mencari satu sumber yang mudah merupakan satu masalah besar bagi peneroka-peneroka awal di Labuan. Hugh Low sebenarnya menggali lima belas kubur pada malam isterinya terkubur. Beliau mengebumikannya sendiri dalam salah satu kubur tersebut dan mengisi kubur-kubur lain dengan harapan menangkis peluang untuk penggeledahan kubur. Ramai juga yang rancang untuk dikebumikan di laut agar menghalang kejadian ini terjadi.

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney di Tanjung Kubong. Ia mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar dikelilingi pelandskapan yang indah. Taman ini merupakan rumah bagi kebanyakan spesies burung-burung Borneo yang ditemui oleh pemerhati burung. Terdapat perancangan bagi mengumpul sebahagian daripada 580 spesies burung yang didapati di habitat-habitat Borneo yang pelbagai, daripada bakau di sepanjang pantai ke hutan dalam gunung-ganang.

Pemerhatian burung boleh dilakukan tanpa sebarang peralatan kecuali buku nota, untuk menukilkan pemerhatian anda, dan binokular di taman ini. Bantuan bagi mengenal pasti burung-burung boleh didapati dari pihak pengurusan taman.

Yuran Kemasukan:
Dewasa - RM 3
Kanak-kanak (dibawah umur 6 tahun) - Free
Pelajar/Warga Emas - RM 2
Pelancong - RM 5

**Nota : Taman Burung Labuan dibuka setiap hari KECUALI pada hari Jumaat

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN

Pusat sukan air bertaraf dunia ini terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun. Ia berdekatan dengan pusat bandar Labuan. Kompleks ini merangkumi kawasan 5.91 ekar tanah. Ia merupakan projek dibawah Pelan Malaysia Ketujuh dan dibina pada kos keseluruhan RM 25 juta.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini adalah sebahagian daripada projek mencantikkan pantai Labuan. Objektifnya ialah untuk membina sebuah pusat sukan air bertaraf dunia dan untuk membangunkan tempat-tempat menarik lain sejajar dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Labuan sebuah destinasi pulau utama.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dibuka kepada umum pada Jun 2001 apabila ia menjadi hos kepada Labuan Sea Challenge tahunan.

Infrustruktur dan fasiliti yang diberi oleh kompleks ini adalah dijangka untuk menaikkan tarikan Labuan kepada para pelancong dan pelabur. Kemudahan-kemudahan moden akan membolehkan pulau ini untuk menjadi hos kepada acara dan kejohanan sukan laut antarabangsa.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan direka dengan tiga struktur ketara yang merupakan sebahagian daripada plaza pemandangan utama. Setiap bangunan mempunyai aktiviti khas dalamnya. Setiap menara adalah bahagian penting kompleks sukan air yang moden dan besar. Senibina memberi kenyataan dramatic mengenai alam sekitar, tradisi, dan kefungsian moden. Pusat utama sukan air, blok pentadbiran, muzium biologi marina, kedai cenderahati dan kedai-kedai makan berada di dalam kompleks ini.

Pusat Sukan Air - Pusat ini adalah untuk aktiviti sukan air utama dan tempat bagi karnival. Terdapat satu kawasan simpanan bot yang luas dan terus menghadap pantai. Fasiliti-fasiliti lain termasuk ruang menukar pakaian, tempat rehat dan tempat persediaan umum. Ia diguna sebagai satu kawasan pameran tetap untuk segala jenis aktiviti-aktiviti sukan laut. Ia menghubungkan kepada tempat-tempat berjalan di pantai.

Muzium Biologi Marina - Muzium Biologi Marina terletak bersama dengan blok Pentadbiran di bangunan berasingan. Ia berbentuk separa bulatan berdepanan dengan laut dengan sebuah galeri terbuka. Sebahagian besar bagi ruang binaan adalah digunakan oleh Muzium Maritime. Ruang rehat adalah bagi penggunaan pentadbiran seperti bilik mesyuarat dan ruang-ruang pejabat untuk badan sukan. Manakala di tingkat podium mengandungi bilik berehat VIP yang selesa dan ruang selasar berlebihan untuk muzium.

Plaza Utama - Plaza Utama berbentuk bulatan. Ia dilengkapi dengan struktur yang dapat menahan daripada setiap keadaan cuaca yang buruk. Ia digunakan sebagai pusat bagi melancarkan dan menonton berbagai jenis acara sukan laut.

Pusat Kraftangan dan Kedai-Kedai Makan - Pusat kraftangan dan kedai-kedai makan terletak dibahagian barat kompleks. Terdapat pelbagai kedai-kedai rangkaian popular dan kedai makan kecil-kecilan yang menjual makanan tempatan. Tambahan pula, kedai-kedai cenderahati dan kraftangan menjadikan kawasan ini sarat dengan aktiviti-aktiviti. Ia tempat popular bagi pelancong-pelancong melawat.

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

Muzium Marina Labuan diadakan untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut.

Apabila melangkah masuk ke muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang tidak dapat ditatapi di tempat lain.

Muzium ini dibina dengan konsep kapal bersama dua tingkat pameran. Ia menerima pelawat melalui sebuah jambatan logam. Akuarium-akuariam ungu biru jelas memperlihatkan kepelbagaian jenis kehidupan marina seperti jerung, ‘rays', ‘butterfly fish', ‘angel fish', ‘damsels', ‘wrasses', belut ‘moray', ikan-ikan beracun, udang dan udang kara.

Pelawat akan juga mendapat pengalaman luar biasa untuk menyentuh dan merasa pameran yang diletak di air cetak seperti tapak sulaiman, gamat dan ketam.

Pameran di tingkat dua termasuk habitat terumbu karang, habitat jerung dan ‘rays', reptilia lautan, ikan-ikan komersial, mamalia lautan, ‘marlins', aktiviti-aktiviti memancing dan menyelam, oceanografi, biologi marina, ‘molluscs' dan ‘crustacean'.

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

Dikenali dahulunya sebagai Bandar Victoria, kini Labuan adalah satu pusat perniagaan yang membangun dengan dengan pejabat-pejabat moden dan kompleks membeli-belah.

Dataran Labuan - Dataran Labuan terletak di pusat bandar Labuan. Tumpuan utamanya adalah satu pentas luarnya yang merupakan tempat popular bagi sesetengah acara-acara dan persembahan utama pulau tersebut. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia lain berkibar dalam satu barisan di atas pentas ini. Pada penghujung dataran adalah padang bola sepak bandar. Di penghujung lain adalah sebuah replika ‘Chimney', mercu tanda yang paling terkenal Labuan. Ia cantik dilandskap dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun.

Pusat Bandar Labuan - Pusat bandar adalah kawasan bagi pejalan kaki untuk bersantai. Kerusi-kerusi besi tempaan dan hiasan-hiasan lampu, bersama dengan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan memberi pemandangan yang sangat indah. Terdapat banyak tempat-tempat makan yang khusus dalam masakan Melayu, Cina dan India, serta rangkaian kedai-kedai makanan popular.

Kawasan-kawasan pantai sentiasa penuh dengan kesesakan dan kesibukan. Terdapat kawasan pendaratan, serta Kastam dan jabatan Imigresen. Perdagangan tukar barang adalah dijalankan dalam kawasan ini dan mi kaca adalah barangan popular untuk ditukar bersama peniaga-peniaga Filipino.

Jalan besar utama di pusat bandar Labuan adalah Jalan Merdeka. Pada hujung timur jalan raya ini ialah Sheraton Hotel, Hotel Waterfront Financial dan Financial Park Complex.

Latar langit Labuan dikongsi bersama Masjid Jamek An'nur, satu masjid Islam yang sangat besar dengan rekaan bentuk futuristik dengan dua minarets yang mencapai langit.

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

Muzium Labuan ialah muzium ketiga yang didirikan oleh Jabatan Muzium dan Zaman Kuno di Wilayah Persekutuan Labuan. Ia dibuka pada Oktober 2004.

Bangunan muzium adalah seni bina dua tingkat dalam rekaan penjajahan sebelum perang. Tingkat bawahnya adalah didedikasikan untuk pameran bersejarah merangkumi era pra-sejarah Labuan, kesultanan Brunei, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua, Kemerdekaan, perisytiharan Labuan sebagai satu wilayah persekutuan sehingga penubuhan Perbadanan Labuan. Manakala pameran tingkat atasnya mempamerkan pulau sosiobudaya dan evolusi ekonominya bagi enam kaum utama yakni Melayu Brunei Darussalam, Kedayan, Cina, Kadazandusun, India dan Sikh.

Muzium ini dipersembahkan dengan baik dengan panel grafik, kios maklumat, pengesan-pengesan, bunyi dan cahaya bergerak, dan sistem-sistem paparan lain. Barang-barang pameran itu termasuk alatan muzik, barangan kewangan, senjata api, aksesori perkahwinan, kostum-kostum dan artifak dikutip dari sebelum era pra-sejarah, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua dan zaman kemerdekaan.

Muzium Labuan terletak sesuai di tengah-tengah bandar Labuan. Ia merupakan lawatan yang harus dilakukan bagi sesiapa yang berharap untuk mengambil satu lawatan ringkas pulau yang kaya dengan sejarah dan budaya.

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

Terletak di Pusat Bandar Labuan, kedai bebas cukai menjadikan pengalaman membeli belah anda amat mudah. Menawarkan pelbagai produk bebas cukai yang menarik, seperti coklat import, mutiara, tekstil, minuman keras, dll.

Selain daripada makanan tempatan di pasar minggu Labuan, ada juga pasar tani Labuan untuk di kunjungi. Anda akan berjalan di bawah khemah biru yang bersambung-sambung. Dengan serta merta, anda akan terhidu bau ikan masin yang berlonggok-longgok dan juga makanan kering lain yang dibungkus dalam pek kedap udara yang di susun rapi.

Berbanding dengan pasar minggu yang riuh rendah, pasar tani lebih tenang dan senyap. Di bawah kipas siling, petani dan isteri-isteri mereka menjadi ramah setiap kali pelanggan datang ke gerai-gerai mereka untuk memilih sayuran segar dan buah-buahan, sebelum kembali berehat apabila pelanggan bergerak ke gerai sebelah yang menjual barang yang sama , yang diatur dalam susunan yang sama seperti gerai di sebelahnya. (Ya, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa pasar tersebut tidak akan kehabisan barang apa yang ingin anda beli!)

Di sini anda dapat mencari barang yang sukar di dapati seperti batang /kepingan sambal yang tulen, dibuat di Labuan dan ada juga yang dihantar dari Sabah. Ia dibuat dalam cara yang paling organik; tanpa pengawet atau penambah rasa - hanya daripada hasil penghancuran apabila ditumbuk menggunakan penumbuk sambal. Salah satu cara untuk membezakan antara sambal yang anda beli di supermarket, adalah anda masih boleh melihat mata udang kering di batang dan kepingan.

Anda juga boleh mencari banyak plat sagu, bahan utama untuk makanan Ambuyat Brunei-Melayu – ia dijual di sini, serta bebola ragi, besar dan kecil, untuk di buat tapai.

Pasar tani Labuan di buka setiap hari Sabtu dan Ahad di Jalan OKK Awang Besar dengan berbagai macam produk pertanian, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, rempah-rempah segar, ikan, udang kering, makanan laut kering, dan banyak lagi.

Di hujung sekali, terletak agak menyerong dari pasar tani adalah bazaar hujung minggu Labuan. Agak kecil, bazaar ini menjual segala yang anda perlukan untuk mendapatkan cenderahati dan hadiah untuk teman-teman dan keluarga anda. Daripada T-shirt corak peta Labuan, ukulele mainan murah, alas kaki yang tahan lama , hiasan dekoratif buatan tempatan ... bazaar memiliki semuanya.

Jika anda tidak berminat dengan cenderahati ini, singgahlah juga di bazaar ini, kerana beberapa kedai ada menjual aksesori mutiara yang akan menjadikan saat lawatan anda di sana begitu bernilai.

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

Pemandangan matahari terbenam. Itu adalah satu perkara yang pengunjung tidak akan gagal untuk memberitahu anda tentang Labuan.

Jajaran pantai sepanjang 9km dari Pantai Batu Manikar ke Pantai Sg. Miri telah memenangi Anugerah Pantai Bersih dari United Nation Environment Program di Pattaya, Thailand melalui 2nd COBSEA Marine Litter Workshop and Clean Up Campaign 2008. Anugerah berprestij ini memang layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaran dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Dari Pantai Batu Manikar, singgahlah di Pantai Batu Pohon di mana ada warung kayu untuk nelayan menjual makanan laut segar setelah mereka mendarat. Berhampiran dengannya adalah taman berpasir yang penuh dengan rintangan buatan manusia, iaitu Sudut Cabaran (Challenge Corner) sesuai untuk aktiviti kem bina semangat. Terdapat juga warung makan untuk para pemerhati matahari terbenam untuk menghilangkan haus dan lapar.

Kemudiannya ialah Pantai Pancur Hitam yang begitu cantik. Terdapat banyak pokok rhu yang tumbuh dalam baris yang teratur, memberikan teduhan dan ruangan privasi kepada pasangan pengunjung yang sedang menikmati matahari terbenam bersama sambil bersandar di kereta mereka. Seterusnya, anda akan melewati Homestay Kampung Sungai Labu yang nyaman dan mempunyai pemandangan indah pantai.

Destinasi menarik terakhir ialah Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) sebelum anda membuat perjalanan kembali ke Jalan Batu Manikar. Pada saat itu sinar matahari paling berseri-seri memandikan cahaya mereka ke dinding putih universiti kepada cahaya keemasan yang hangat.

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Australia mendarat di pulau Labuan dan teluk Brunei. Objektifnya adalah untuk mengusir pihak Jepun dari kawasan tersebut, mendirikan sebuah pangkalan tentera laut maju dan menjaminkan sumber minyak dan getah. Dengan serangan yang dikendalikan dengan baik, bilangan pihak Australian melebihi pihak Jepun dan dalam masa seminggu, semua rintangan tempatan utama telah disingkirkan

Pada 10 September 1945, Labuan, Borneo, Leftenan Jeneral Masao Baba, Komander Askar Jepun 7 dan Komander Tertinggi Kuasa-kuasa Jepun di Borneo, tiba di Labuan bagi menyerahkan kuasa-kuasa dibawah perintahnya kepada Mejar Jeneral Wootten. Majlis penyerahan rasmi diadakan di tempat ini pada tengahari 10 September 1945 dan dihadiri oleh kumpulan Kapten C.W. Pearce dan ketua Skuadron J.S. St. Heaps dari Sydney bagi pihak R.A.A.F.

Pesawat Jepun, Tachikawa K154C (HICKORY) yang membawa Leftenan Jeneral Masao Baba ke Labuan untuk majlis penyerahan rasmi dipamerkan di Muzium RAAF, Australia.

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney' – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney' dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney' dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney' masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney'. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney' telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

Tempat yang sering dikunjungi di Labuan ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial yang dilandskap dengan indah ini adalah tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan.

Pada Februari 1945, pihak Jepun yang telah menangkap kawasan pihak Bersekutu di kawasan Sandakan, mula memaksa banduan-banduan untuk berkawad ke Ranau – ia kemudiannya dikenali sebagai ‘Kawad Kematian Ranau' (Ranau Death March). Beratus-ratus banduan kehilangan nyawa semasa berkawad dan mereka yang tertinggal serta kem tawanan perang Sandakan telah dikebumikan di Kubur Perang Labuan.

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Bersekutu mendarat di Brown Beach, Tanjung Purun bagi memulakan pembebasan Borneo daripada pihak Jepun. Sebelum ini, bandar Labuan telah dibom teruk unntuk menghalau pihak musuh. Kebanyakan daripada bangunan-bangunan di situ termusnah. Pergaduhan juga berlangsung di sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘the pocket'.

Jenazah askar-askar Bersekutu dikumpul dari seluruh Borden untuk dikebumikan di taman peringatan. Berbaris penanda putih menandakan kubur-kubur tersebut. Pelawat-pelawat dapat merujuk kepada panel-panel pada barisan di mana nama askar yang dikebumikan disini akan tertera. Berbagai-bagai mesej diukir pada penanda kubur askar-askar dengan sebilangannya tertera ‘dikenal oleh Tuhan'.

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua kerap dikunjungi oleh veteran-veteran perang, khususnya dari Australia yang telah meletak Labuan sebagai destinasi penting dalam perjalanan mereka. Pada setiap Ahad pertama pada bulan November setiap tahun, satu perkhidmatan bagi menandakan Hari Peringatan diadakan di sini dan dihadiri oleh orang tempatan dan pelawat-pelawat asing. World War Memories telah dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Halaman rumput adalah disimpan dengan cantik supaya pelawat-pelawat dapat menghargai keamanan dan ketenangan bagi tempat mereka mencari pemahaman mengenai perang, kematian dan kehilangan.