CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 30, 2015

KARNIVAL MEMANCING KOLAM BRC


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

KES KENCING TIKUS TIADA KAITAN MINUM AIR TEBU DARI BAZAR

PUTRAJAYA : Ekoran gambar yang tersebar secara meluas di media sosial berkenaan pesakit leptospirosis di sebuah pusat perubatan yang telah dikaitkan dengan meminum air tebu daripada bazar Ramadan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata kes itu tidak mempunyai kaitan dengan meminum air tebu.

Pesakit berkenaan dimasukkan ke pusat perubatan tersebut setelah mengalami demam selama 3 hari, pening kepala, sakit perut, muntah,cirit-birit dan berdasarkan tanda-tanda klinikal, pesakit disyaki mendapat jangkitan leptospirosis. Siasatan lanjut mendapati pesakit berkemungkinan dijangkiti ketika melakukan aktiviti rekreasi dan mandi di Latar Lembek Felda Tersang, Raub Pahang.

Monday, June 29, 2015

KES DERA ANAK TIRI, SUAMI ISTERI DIBURU

KOTA BHARU : Sepasang suami isteri diburu oleh pihak polis berkenaan penderaan anak tiri iaitu Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5 tahun. Hasil pemeriksaan kesihatan mendapat mangsa mengalami beberapa kecacatan kekal seperti bongkok akibat masalah tulang belakang yang patah serta tempang kerana perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan.

Menurut Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, keadaan tersebut berlaku disebabkan mangsa tidak pernah dirawat dan semua kecederaan yang dialami dibiarkan sembuh dengan sendiri sejak dia mula didera kira-kira 6 bulan yang lalu.

10 kecederaan patah dikesan dibahagian tulang rusuk manakala 3 lagi masing-masing dikesan dibahagian tulang belakang, pinggul serta lengan kanan. Mangsa yang berada dalam keadaan trauma turut mengalami radang paru-paru sehingga mengganggu sistem pernafasan.

Mangsa yang dijaga oleh bapa kandung dan ibu tirinya selepas kedua ibu bapa kanak-kanak malang ini bercerai. Pihak polis tidak menolak kemungkinan pasangan suami isteri ini telah melarikan diri ke negara jiran.

HUBUNGI PIHAK POLIS JIKA DIDATANGI INDIVIDU YANG MERAGUKAN


KOTA KINABALU : Mesej yang tersebar di laman sosial baru-baru ini mendakwa orang datang ke pintu pagar rumah sambil mendakwa bertugas untuk menjalankan pemeriksaan utiliti. Mesej yang diviralkan di Facebook dan WhatsApps beserta gambar dan kenyataan yang mencurigakan memakai pakaian Seragam 1Malaysia kini berada di Taman BDC Kolombong.

Posting itu mendakwa orang tersebut akan mendesak untuk memeriksa air, gas, bekalan kuasa dan lain-lain walaupun pemilik rumah menolak untuk diperiksa. Mesej tersebut memberi amaran kepada orang awam agar tidak membiarkan orang seperti itu masuk ke dalam rumah kerana takut insiden tidak diingini berlaku. Pihak polis menasihatkan agar memaklumkan kepada polis jika berdepan dengan orang yang mencurigakan.

Sunday, June 28, 2015

ULAR SAWA MATI SELEPAS MENELAN LANDAK


AFRIKA : Seekor ular sawa Afrika mati dalam keadaan luar biasa selepas menelan seekor landak gergasi seberat 13.8kg  di sebuah taman permainan persendirian  di Afrika Selatan.  Sebaik sahaja berjaya menelan landak berkenaan, sistem penghadaman di dalam perutnya cuba menghadam landak tersebut tetapi sebaliknya akibat daripada proses semulajadi itu, duri landak yang tajam telah menusuk perut ular sawa itu sehingga tembus.

Insiden tersebut berlaku di Taman Hidupan Liar Tasik Eland, Afrika Selatan baru-baru ini. Ular sawa sepanjang empat meter itu adalah reptilia yang biasa ditemui di Afrika Selatan. Pengurus Besar taman tersebut, Jennifer Fuller berkata, ular sawa berkenaan ditemui mati di tepi lereng berbatu dalam keadaan perutnya masih kembung dengan landak yang dibahamnya itu.

Apabila renjer taman memotong perut ular tersebut, mereka menemui landak gergasi itu dalam keadaan asal dan masih belum dihadam oleh sistem penghadamannya. Bagaimanapun mereka turut menemui beberapa batang duri landak itu telah tercabut dan tercacak pada bahagian perut ular sawa itu.

Pihak taman itu tidak menolak kemungkinan ular sawa itu telah menelan landak gergasi berkenaan pada waktu malam yang mana ia hanya bergantung kepada deria untuk mengesan gelombang panas yang dikeluarkan oleh badan landak untuk menyerang mangsanya. Jika landak itu melintas di hadapan ular tersebut pada waktu siang, ia tidak akan menelan mangsanya yang penuh dengan duri itu.

Saturday, June 27, 2015

OPERASI RESTORAN 24 JAM DIKEKALKAN

KUALA LUMPUR : Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan operasi restoran dan kedai makan 24 jam bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada orang ramai. Keputusan ini dibuat bagi mengelak kebimbangan dalam kalangan peniaga.

Perdana Menteri turut menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai mengenai perkara itu, yang membuatkan kerajaan mengambil keputusan untuk mengekalkan pembukaan restoran dan kedai makan 24 jam.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, bahawa mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) akan membincangkan cadangan untuk mengehadkan waktu operasi kedai makan sehingga 12 tengah malam sebagai langkah membendung gejala sosial.


Friday, June 26, 2015

PENEMUAN EMAS DI KAKI GUNUNG KINABALU

RANAU : Kecoh di media sosial dengan penemuan emas di sungai sekitar kaki Gunung Kinabalu selepas banjir lumpur akibat gempa bumi yang melanda Ranau baru-baru ini.

Hasil pemeriksaan Jabatan Mineral dan GeoSains Sabah, "emas" tersebut sebenarnya bahan bukan logam bewarna keemasan yang biasa ditemui dalam batu-batuan.

Thursday, June 25, 2015

WUJUDKAN PUSAT PENGUMPULAN MAKANAN UNTUK ELAK PEMBAZIRAN


KUALA LUMPUR : Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan meminta pihak Kerajaan untuk mewujudkan sebuah pusat pengumpulan lebihan makanan terbuang atau dibazirkan yang masih boleh dimakan untuk diedarkan kepada golongan memerlukan. Adanya pusat itu dijangka kadar pembaziran makanan dapat dikurangkan dan sekaligus mengurangkan perbelanjaan kerajaan untuk melupuskan sisa-sisa makanan.

Nadzim berkata, dalam menjayakan lagi inisiatif itu, beliau mencadangkan pihak hotel menyediakan tempat khas bagi meletakkan makanan yang tidak diusik bagi pihak terlibat mengumpul makanan itu untuk diagihkan kepada golongan sasar. Menerusi kewujudan pusat pengumpulan tersebut, ia memudahkan mana-mana pihak untuk menderma bekalan makanan, selain menjadi tumpuan kepada golongan sasar mendapatkan bantuan makanan harian.

Wednesday, June 24, 2015

TANGAN BUDAK HANCUR TERKENA BAHAN LETUPAN

KLANG : Mercun yang disimpan oleh seorang datuk untuk menghalau monyet yang sering datang ke rumah membawa padah terhadap cucunya, seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang hancur pergelangan tangan kiri dan melecur di bahagian dada selepas terkena mercun jenis 'A-Boom' dalam kejadian di Taman Mutiara, Tanjung Sepat, Banting. 

Mangsa Mohd Azman Syakir dipercayai bermain mercun milik datuknya itu di laman rumah, kini sedang menerima rawatan di hospital telah menjadi viral di laman sosial Facebook sejak tengah malam.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, Mohd Azman Syakir dipercayai bermain mercun bersama rakan-rakannya sebelum mercun yang dicucuhnya itu meletup mengenai tangan serta badan mangsa. Hasil pemeriksaan mendapati kelima-lima tulang jari kirinya sudah hancur dan tidak dapat diselamatkan sehingga terpaksa memotong bahagian yang terjejas.


Tuesday, June 23, 2015

BENGKEL ORKESTRA UMS, RTM


Satu Bengkel Orkestra akan diadakan di Dewan Resital, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari 25 hingga 27 Jun ini. Bengkel yang dianjurkan oleh RTM KL, RTM Sabah dan Program Muzik akan menampilkan 6 ahli orkestra Angkasapuri RTM, 4 pemuzik Kombo RTM Sabah dan 2 alumni UMS yang akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka kepada pelajar dan peserta semasa acara selama tiga hari itu.

Bengkel yang julung kali diadakan itu akan mengetengahkan beberapa alat muzik seperti flute, clarinet, saksofon, trombone, violin, viola, cello, trumpet, double bass atau bass elektrik, drum atau percussion dan gitar elektrik.

BUKU RUJUKAN SALAH FAKTA GAMBAR SIMON SIPAUN


KOTA KINABALU : Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip mengesahkan terdapat kesilapan dalam penerbitan buku rujukan sejarah PPPM & PT3 Sejarah, dimana satu gambar Tan Sri Simon Sipaun disalah tulis nama sebagai Donald Stephens (Tun Fuad Stephens).

Buku rujukan menunjukkan gambar 4 pemimpin masa lalu yang terlibat dalam penubuhan Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew, Tun Mustapha Harun dan Donald Stephens. Buku ini tidak diterbitkan oleh Kementerian sebaliknya penerbit swasta.

Monday, June 22, 2015

RITUAL MONOGIT TENANGKAN SEMANGAT AKI NABALU

RANAU : Pankau Bansayo merupakan Ketua Bobolian mengingatkan bahawa sepanjang Ritual Monogit ini bermula, seluruh masyarakat di negeri ini diminta untuk tidak melakukan tindakan menebang pokok yang masih hidup atau mengorek lubang di atas tanah, tidak menyumpah atau memaki, tidak bertengkar, tidak jatuh dalam apa bentuk godaan dan jika boleh banyak menghabiskan masa berdiam diri di rumah.

Ia merupakan hari untuk mengawal dan bertafakur bagi masyarakat menghormati gunung sebagai tempat persemadian roh-roh nenek moyang mereka. Pantang larang ini perlu dipatuhi oleh masyarakat susulan daripada korban darah untuk menenangkan Aki Nabalu di mana semangatnya diganggu sejak bertahun-tahun  oleh tindak tanduk manusia. Ritual yang disempurnakan di Tapak Suci di Mamut tersebut diakhiri dengan pemberian seperti beberapa jenis daun dan ayam yang telah disembelih untuk ditinggalkan disana bagi semangat gunung. 

Dalam masa yang sama, satu lagi Ritual Monogit diadakan di Pondok Timpohon Taman Kinabalu seorang Bobolian Abas Rintingan menyembelih seekor kerbau untuk menenangkan "keadaan panas" di sekitar tempat bermulanya pendakian. Ritual yang diadakan ini berharap agar dapat mengembalikan keadaan huru-hara yang berlaku baru-baru ini susulan daripada bencana alam dan juga untuk memberikan kedamaian kepada mereka yang terlibat. 

KHASIAT BIJI KURMA


Buah kurma mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, Kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini. Tahukah anda, bukan isi buah ini saja mempunyai khasiat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.

Bagaimana hendak memakan biji kurma ini untuk mendapatkan khasiatnya? Pasti anda pernah dengar kopi biji kurma? tidak susah kerana kopi biji kurma ini ada boleh lakukan sendiri di rumah kerana prosesnya begitu mudah. Ikuti cara-cara ini:

1. Basuh biji kurma tersebut dan toskan.

2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian di bawah cahaya matahari.

3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.

4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yang sedia dibancuh untuk di minum.


Antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma:

1. Memberi tenaga segera

2. Memulihkan tenaga Syahwat

3. Menyembuhkan kencing manis

4. memberi tenaga kepada lelaki dan wanita

5. Menghilangkan letih dan lesu

6. Menghangatkan badan

7. Mengendorkan saraf yang tegang

8. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin

9. Menyembuhkan sakit perut

10. menyegarkan badan/tidak mengantuk

11. Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt

12. Menyembuhkan sakit kepala/ migrain

13. Melancarkan peredaran darah



Berikut adalah komposisi kimia dan nutrisi dalam biji kurma:
Kelembaban
7.17 – 9 %

Protein
1.82 – 5.2 %

Lemak
6.8 – 9.32 %

Karbohdrat
65.5%

Serat
6.4 – 13.6 %

Abu, Sterol & Estrone
0.89 -1.57 %

Polisakarida Larut Alkali
0.89 – 1.57 %

Minyak Kuning-hijau
6 – 8%

Kandungan Asid Lemak Minyak Kuning-hijau
Lauric, 8%; myrictic, 4%; palmitic, 25%;
Stearic, 10%;oleic, 45%;

Linoleic, 10%; juga terdapat kandungan asid kaprilik & kaprik.
Asid Oksalat
Julat sehingga 56%




Selain itu kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit. Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan.

Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah hasil yang menakjubkan akan anda perolehi.

Sunday, June 21, 2015

HARI YOGA SEDUNIA 2015


MAUT SELEPAS MINUM ARAK BERACUN

MUMBAI : Menurut polis tempatan, sekurang-kurangnya 94 orang maut selepas meminum arak beracun. Polis memaklumkan, lebih 45 lagi terpaksa menerima rawatan di hospital. Susulan itu, polis telah menahan 5 individu yang disyaki ada kaitan dengan kematian mangsa di Pantai Barat India. 

Kematian akibat alkohol beracun adalah kejadian biasa di India, di mana orang sering minum minuman yang keras murah. Arak buatan sendiri ini mendapat sambutan di kalangan golongan miskin di India, disebabkan harganya yang murah, namun ia selalunya diperbuat daripada metanol industri yang beracun.



Saturday, June 20, 2015

WARGA INDONESIA DALANG RAMPAS ORKIM HARMONY

KUANTAN : 8 individu yang ditahan pihak berkuasa Vietnam berhampiran Pulau Tho Chu adalah kumpulan yang merampas kapal MT Orkim Harmony. Mereka kini ditahan dan disiasat pihak berkuasa Vietnam dan tidak menolak kemungkinan dibawa ke negara ini untuk berdepan tindakan undang-undang.

Semua mereka mengecat tanda nama pada rescue boat MT Orkim Harmony sebagai taktik mengelirukan pihak berkuasa. Siasatan lanjut kes berkenaan akan diserahkan kepada agensi penguasaan maritim untuk tindakan seterusnya.

Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak minggu lalu selamat tiba di Pelabuhan Kuantan diiringi kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Handalan. Anak kapal terbabit  terdiri daripada 16 warga Malaysia, 5 warga Indonesia dan seorang warga Myanmar. Sementara tukang masak warga Indonesia yang cedera ditembak dalam insiden rampasan itu telah dimasukkan ke hospital.

Friday, June 19, 2015

TANAH RUNTUH DI MESILAU


RANAU: Banjir lumpur pasca gempa bumi membadai tebing Sungai Liwagu di Lembah Mesilou, Ranau menyebabkan runtuhan tanah dengan ratusan penduduk tempatan dipindahkan ke tempat yang selamat. Arus deras mengalir dari lereng gunung membawa bersama serpihan kayu dan batu-batan hingga ke muara. Pokok dilereng sungai tumbang dan dihanyutkkan arus deras, ketika hujan berterusan sepanjang malam sehingga tengahari kelmarin.

Susulan hujan lebat tersebut, turut memusnahkan sebuah rumah yang hampir siap dalam pembinaan terjatuh ke dalam sungai. Rumah milik seorang guru, Haili Salim, ranap akibat tanah runtuh di Kg Mosilou, Kundasang. Bencana itu sekaligus menyebabkan hasratnya beraya di rumah baru itu berkecai.

Thursday, June 18, 2015

KILANG ASAM JAWA DAN TEPUNG JAGUNG DIARAH TUTUP

BAGAN SERAI : Sebuah kilang memproses asam jawa dan tepung jagung telah diserbu oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bersama Jabatan Kesihatan Daerah Kerian selepas menerima aduan orang ramai mengenai kilang berkenaan yang kotor.

Kilang berkenaan yng beroperasi sepenuhnya di Bagan Serai berdepan risiko didenda selepas premis itu dikatakan telah menggunakan logo halal tanpa kebenaran oleh Jakim sendiri atau Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk). Premis yang persekitarannya amat kotor itu telah diarahkan tutup selama 14 hari untuk diberi peluang melakukan kerja pembersihan.

Pihak KPDNKK Parit Buntar telah menyita produk terbabit termasuk 22 guni pembungkus bernilai kira-kira RM14,000. Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan syarikat terbabit boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000.

Wednesday, June 17, 2015

ELAUN PERUMAHAN NAIK DAN BONUS HARI RAYA UNTUK PENJAWAT AWAM

PUTRAJAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kakitangan kerajaan Gred 41 dan ke bawah akan menerima kenaikan elaun tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan. Manakala bonus aidilfitri sebanyak RM500 akan dibayar pada 25 Jun 2015 ini bagi penjawat awam Gred 54 dan ke bawah.

Tuesday, June 16, 2015

KOLAM KELUBAAN, KG MERAMPONG KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

SANTAI RAMADAN D'BOMBOI


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

CAITLYN JENNER MENERIMA BAYARAN TERTINGGI UNTUK PROGRAM REALITI TV


Caitlyn Jenner khabarnya akan dibayar sangat tinggi untuk membintangi program realiti tv terbarunya yang berjudul "I am Cait". Berdasarkan kesepakatannya dengan saluran E!, Caitlyn akan dibayar sebanyak $ 5 juta USD dalam dokumentari solonya ini.

Sejak menukar jantina, bekas personaliti TV dan bekas jaguh Sukan Olimpik, Bruce Jenner atau kini lebih dikenali sebagai Caitlyn Jenner, bukan saja diburu ramai lelaki yang ingin keluar temujanji dengannya tetapi juga dicemburi ramai wanita kerana kecantikan wajahnya termasuklah anak tirinya, personaliti TV popular Kim Kardashian sendiri yang mengakui bapa tirinya itu lebih cantik.

"I Am Cait" dikatakan mempunyai 8 episod  berdurasi selama 1 jam. Menerusi dokumentari tersebut, penonton akan dipaparkan dengan kisah kehidupan baru seorang bekas pemenang pingat emas Olimpik yang kini menjadi wanita. 

Monday, June 15, 2015

GEMPA AKI NABALU RANCANGAN TV1


TARIKH DAN LOKASI MELIHAT ANAK BULAN RAMADHAN


KUALA LUMPUR : Tarikh melihat anak bulan Ramadhan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah Selasa 16 Jun 2015 bersamaan 29 Sya'aban 1436H. Pejabat Penyimpanan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan berkata tempat melihat anak bulan pada malam hari termasuklah :-

Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu,Tanjung Bidara di Melaka; Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Bukit Jugra, Banting (Selangor); Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong (Perak).   

Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak,Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah); Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Geliga, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian, Besut (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu (Terengganu); Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah OlakJeram, Kuala Krai (Kelantan).  

Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu (Kelantan);Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak); Tanjung Batu,Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan (Sabah); Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).  

Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (Putrajaya); dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). 

Menurut kenyataan itu Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.  

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan menerusi Radio dan Televisyen,"kata kenyataan itu. 

Sunday, June 14, 2015

UPACARA MONOLIBABOW


KOTA KINABALU : 2 libabow (pengantara spiritual) melaksanakan upacara monolibabow untuk berkomunikasi dengan "penjaga" Gunung Kinabalu. Upacara diadakan untuk mengetahui punca kejadian gempa bumi yang melanda Ranau baru-baru ini. 


Mengikut tradisi  tempatan, lilabow dipercayai mampu menggunakan gimbarannya yang akan terbang ke tempat lain untuk bertemu dengan semangat tertentu. Ketika semua ini berlaku, gimbaran akan menyarungi badan lilabow dan bercakap melalui lilabow.

Menurut salah seorang lilabow, penunggu gunung tidak mahu meminta apa-apa untuk dipersembahkan kerana telah muak dengan sikap dan perbuatan manusia. Namun, pihaknya memberikan sogit untuk menghilangkan rasa "panas" gunung tersebut.

Saturday, June 13, 2015

BAHAYA POWER BANK


PELANCONG BOGEL DIPUNCAK KINABALU DIPENJARA 3 HARI, DENDA RM5,000

KOTA KINABALU : Mahkamah Seksyen disini telah menjatuhkan hukuman penjara 3 hari dan denda RM5,000 atau 3 bulan penjara kerana melakukan perbuatan lucah di Gunung Kinabalu. Keempat-empat mereka membayar denda itu melalui peguam masing-masing dan dihantar pulang ke negara asal. 

Hakim Dean Wayne Daly menjatuhkan hukuman itu terhadap empat pelancong terbabit, Eleanor Grace Hawkins, 23, dari England; Dylan Thomas Snel, 23, warga Belanda; serta Lindsey Petersen, 23, dan adiknya Danielle Petersen, 22, dari Kanada.


Friday, June 12, 2015

TANAH RUNTUH DI KAKI GUNUNG KINABALU CEMARI AIR SUNGAI




KOTA BELUD : Banjir lumpur dipercayai berpunca daripada rentetan gempa bumi di Ranau dan disusuli hujan lebat menyebabkan air sungai tercemar akibat banjir lumpur. Selain Sungai Tempasuk, beberapa kawasan Jelapang padi turut dilanda banjir lumpur, Sungai Tohubang di Kampung Lobong-Lobong kira-kira 30 kilometer dari Ranau telah ditimbuni batu-batu akibat hujan lebat dan mengalirkan lumpur pekat ke Sungai Kedamaian.

Jabatan Kesihatan Ranau turut mengesahkan air di Sungai Mesilau tercemar dan tidak selamat untuk diminum. Ujian yang dibuat menunjukkan sungai itu mengandungi tahap kekeruhan tinggi disamping paras alkalin juga tinggi menjadikan air itu tidak sesuai untuk diminum.

Sumber pengambilan air Mesilau Jabatan Air di Kundasang dicemari lumpur ekoran beberapa tanah runtuh yang berlaku dikaki Gunung Kinabalu. Jabatan Air Ranau akan melaksanakan pencatuan bekalan air secara sistematik.

Para penduduk digesa agar memaklumkan kepada Jabatan Air Ranau sekiranya tahu tentang kewujudan sebarang sumber air di bukit-bukit berhampiran yang boleh dimajukan sebagai sumber pengambilan air.

Thursday, June 11, 2015

EMPAT WARGA ASING BERBOGEL DIREMAN



KOTA KINABALU : Empat suspek yang sudah berada dibawah tahanan polis direman 4 hari untuk membantu siasatan polis yang masih cuba mengesan beberapa suspek lain kerana didakwa berbogel di atas puncak Gunung Kinabalu. Sekumpulan warga asing ini dijangka akan menjawab tuduhan jenayah di bawah Mahkamah Sivil dan Anak Negeri. 

Kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Keempat-empat suspek ini akan ditempatkan di lokap Pusat Penjara Kepayan sehingga Sabtu ini.

Mana-mana individu yang didapati bersalah kerana melanggar undang-undang anak negeri tanpa mengira lokasi, samada di gunung, pantai atau mana-mana tempat dikenakan untuk membayar "sogit" oleh Mahkamah Anak Negeri.

Empat yang ditahan itu merupakan dua beradik dari Kanada (seorang lelaki berusia 23 tahun dan adik perempuannya,22), seorang lelaki warga Belanda berusia 23 tahun dan seorang wanita warga British, 24. Pasangan adik beradik dari Kanada dan warga Belanda itu menyerah diri di balai polis Karamunsing di sini kira-kira pukul 6 petang Selasa. Manakala wanita warga British itu pula ditahan di Tawau pada tengah hari Selasa.

Wednesday, June 10, 2015

KARNIVAL KOLAM KISAGING KG BINGKOR LAMA, KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

BKI GROMMET OF THE YEAR 2015


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

NAJIB MENINJAU KESAN GEMPA DI RANAU


KUNDASANG : Kira-kira 230 malim gunung teruja berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di sini bagi meninjau kesan gempa bumi yang berlaku Jumaat lepas dan melawat mangsa bencana itu.  Lawatan Najib itu menunjukkan keprihatinan beliau dan kerajaan terhadap apa yang berlaku di sini. 

Sementara itu, Najib Tun Razak sempat melawat dan mendukung Cameron Robbi, 6 bulan, anak kepada mendiang Robbi Sapinggi yang terkorban semasa tragedi gempa bumi di Gunung Kinabalu, sambil diperhati oleh balu mendiang Reena Joshi.

Tuesday, June 9, 2015

DONKEY EARS SEBELUM DAN SELEPAS GEMPA



PESTA MAGAHAU 2015


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM REKREASI KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

BUNGKUSAN MAYAT GEMPA DIHERET MENJADI VIRAL



KOTA KINABALU : Sekeping gambar yang dipercayai sebahagian daripada misi menurukan mayat yang terkorban di atas Gunung Kinabalu selepas gempa menjadi viral di media sosial. Gambar yang menunjukkan seorang individu pasukan penyelamat berjalan ke arah sebuah helikopter sambil memegang seperti kelihatan mayat yang dibungkus dengan kain kapan disertakan keterangan gambar "kenapa heret?". Beberapa individu lain yang dipercayai sebahagian daripada pasukan penyelamat dilihat berdiri berhampiran 5 mayat yang dibungkus dengan kain putih. 

Namun, kenyataan sumber lain menyatakan perkara tersebut tidak benar. 

Monday, June 8, 2015

SABAH BERKABUNG MEMPERINGATI MANGSA GEMPA BUMI



Sabah mengadakan hari berkabung pada Isnin dengan semua bendera di bangunan kerajaan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda hormat bagi mangsa gempa bumi. Didoakan mereka yang terkorban dirahmati tuhan amien.



PUISI WIRAKU SI MALIM GUNUNG


Musibah datang tanpa diduga,
Bumi bergegar gegak gempita,
Ada yang terpinga, ada juga bertanya,
Apakah ini sebuah petanda,
Si kulit putih itu punya angkara,
Berbuat cela dan membawa celaka,
Lantas Aki Nabalu menjadi murka.

Duhai hati berasa rawan,
Ada nestapa di sebalik awan,
Donkey Ear lambang kemegahan,
Tertewas tika dilanda gegaran.
Ada bongkah jatuh berguguran,
Jatuh menimpa di perlimbahan,
Hingga ada yang terkorban.

Mana yang selamat terus bertahan,
Hendak turun ada halangan,
Rosak terputus jalan laluan,
Hanya pasrah menanti bantuan,
Pasrah didakap rasa kedinginan.

Satu saat bagaikan seabad,
Bantuan diharap janganlah lambat,
Lantaran cuaca tidak sepakat,
Bantuan sukar kunjung mendekat.
Di situlah bangkit sebuah kudrat,
Malim gunung dengan saf yang rapat,
Memberi bantuan menjadi niat,
Walaupun dugaan ditempuh hebat.

Peralatan canggih tiada di tangan,
Hanya pengalaman jadi pedoman,
Tanpa hiraukan keselamatan diri,
Terus mendaki terus mencari;

Ada mangsa yang rebah, dipapah
Ada mangsa yang takut, disikut
Ada mangsa yang dingin, dipangkin
Ada mangsa tak larat, diangkat
Apa jua kaedahnya,
Malim gunung tetap mara,
Sekalipun bumi masih bergegar,
Semua mangsa mesti dikejar,
Sehingga ada kisah yang tragis,
Hendak ku tulis, air mata menitis,
Hanya ku panjat serumpun doa,
Moga dia tenang di sana.

Itulah malim gunung,
Walaupun jawatannya tidak agung,
Mereka tidak minta disanjung,
Jauh sekali bersifat sombong;
Mereka membantu pendaki yang bingung,
Menegur pendaki yang terpesong,
Tetapi dirinya jua yang digonggong.

Malim gunung hatinya sabar,
Malim gunung tak akan gentar,
Malim gunung bukan pendekar,
Namun dialah wira sebenar.

Nukilan : ENGKU NILA UTAMA
Kota Kinabalu
08 Jun 2015

CRACKO ART GROUP DEDIKASIKAN GRAFITI UNTUK WIRA MALIM GUNUNG


Cracko Art Group menghasilkan grafiti sebagai penghormatan kepada malim gunung di Gunung Kinabalu atas tindakan berani mereka dalam membantu 137 pendaki yang terkandas dan menurunkan dua mayat semasa gempa berukuran 5.9 skala richter. Malim gunung juga terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat di atas gunung bersama yang lain. Di dalam gambar dari kiri, Anddy Romeo Dulait, Cracko Blabaq dan Harold Egn.

Sunday, June 7, 2015

USAHA KERAS MALIM GUNUNG MENDAPAT PUJIAN RAMAI


KOTA KINABALU : Satu foto malim gunung yang membongkok kerana membawa seorang pendaki dibelakangnya ketika turun dilaluan berbatu di Gunung Kinabalu mendapat pujian dan dikagumi susulan gempa bumi di Ranau baru-baru ini.

Kira-kira 137 pendaki dan malim gunung terkandas apabila bongkah-bongkah dan batu jatuh, menyekat laluan turun susulan gempa bumi yang berlaku. Malim gunung berpengalaman meredah kabus dan dingin serta mencari semula laluan keluar untuk membantu mereka yang terkandas, menimbulkan kekaguman dan inspirasi daripada ramai mereka yang menyebut sebagai wira sebenar.

Saturday, June 6, 2015

NOTHING TO HIDE, MEDAN TERBAIK UNTUK MENINGKATKAN SOKONGAN RAKYAT


KUALA LUMPUR : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan program Nothing2Hide 'Dialog PM Bersama NGO' merupakan medan terbaik untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkatkan sokongan dan keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.

Menurut Dr Mahathir, bukan sahaja masyarakat malah beliau sedia kembali menyokong Najib sekiranya perdana menteri berjaya memberi penjelasan terperinci mengenai apa yang berlaku terutama melibatkan 1MDB.

"Saya datang untuk mendengar penjelasannya. Saya berharap penjelasannya bagus dan saya akan kembali menyokongnya. Namun, beliau tidak datang dan memberi penjelasan, maka saya tidak dapat menyokongnya," kata Mahathir dalam sidang media selepas diarah menghentikan ucapan oleh pihak polis di pentas utama Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.

Tambahnya, beliau turut merasa terkilan dengan tindakan Najib yang tidak hadir pada dialog tersebut. Justeru itu, Dr Mahathir menegaskan beliau akan meneruskan usaha untuk menjelaskan kepada rakyat berhubung isu melibatkan 1MDB. Medan dialog intelektual tersebut menjadi platform terbaik untuk Najib menjawab segala persoalan bukan sahaja mengenai 1MDB malah meliputi pelbagai isu semasa.

Bagaimanapun, menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menerusi Facebook berkata, Pejabat PM dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa program itu terpaksa ditangguhkan atas arahan Ketua Polis Negara disebabkan pertimbangan isu keselamatan di lokasi berikutan berlaku kekecohan di luar Dewan Tun Hussein Onn sehingga ada beberapa individu ditahan polis.

Friday, June 5, 2015

GEGARAN GEMPA DI RANAU



KOTA KINABALU : Jabatan Meteorologi Malaysia menasihatkan penduduk Ranau, di Sabah agar lebih berwaspada terhadap gempa susulan dalam masa 24 jam. Lebih 10 gegaran susulan dirasai di sekitar Taman Kinabalu, Kundasang di sini selepas gempa bumi berukuran 6.0-magnitud yang melanda kira-kira jam 7.15 pagi. Menurut seorang pekerja Taman Kinabalu, Jinah Bontoki, gegaran yang dirasai seperti hentakan kuat di bawah tanah. Beberapa runtuhan kecil berlaku di sepanjang laluan ke Timpohon Gate dari pejabat taman selain rekahan. 





Lebih 100 orang termasuk pendaki dan pemandu pelancong terperangkap di kawasan Sayat-Sayat Gunung Kinabalu, berikutan gempa bumi tersebut. Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS), Dr Jamili Nais, berkata dianggarkan antara 105 hingga 109 orang masih terperangkap dengan 4 daripadanya mengalami kecederaan. Kerja-kerja menyelamatkan pendaki dari puncak sedang giat dijalankan.




Kesemua mangsa yang terperangkap juga masih menunggu bantuan pasukan keselamatan kerana helikopter tidak dapat mendarat di situ untuk membawa keluar mangsa, Dalam pada itu, Jamili masih belum dapat mengesahkan sama ada kejadian itu turut menyebabkan kehilangan nyawa. Difahamkan juga, semua aktiviti pendakian gunung terbabit dihentikan buat sementara waktu.

Gegaran itu turut dirasai di kebanyakan tempat pantai barat Sabah termasuk Ranau, Tambunan, Pedalaman, Papar, Labuan, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dalam kenyataan berkata pusat gempa itu terletak 16km barat laut Ranau. 




Orang ramai diberi amaran agar tidak menyebarkan khabar angin bahawa Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengisytiharkan hari kelepasan am susulan gempa bumi sederhana melanda Sabah pagi ini. Menurut kenyataan Pejabat Akhbarnya di sini, mesej itu mendakwa ketua menteri membuat pengumuman yang menjadi viral di media sosial, terutama menerusi aplikasi WhatsApp. 

"Sila maklum bahawa berita yang menyatakan Ketua Menteri Sabah telah mengisytiharkan hari ini sebagai cuti umum susulan gempa bumi itu adalah palsu. "Sila hentikan penyebaran berita palsu itu," kata kenyataan berkenaan.

Thursday, June 4, 2015

KARNIVAL MEMANCING SAIDI'S FISHING PARK JALAN MARAKAU KINAPULIDAN RANAU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

LABUAN

LABUAN

MENGENAI LABUAN

Sejarah Wilayah Persekutuan Labuan
Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)

1800
Labuan sebahagian daripada pemerintahan Brunei. Labuan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun.

1846
Labuan secara rasmi diserahkan kepada British oleh Raja Muda Hasim pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai pelabuhan bebas.

1888
Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali sebagai The Chartered Company.


1907
Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

1942
Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

1945
Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

1947
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

16 April 1984
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.


1 Oktober 1990
Labuan diisytihar sebagai Pusat kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

PENGINAPAN

PENGINAPAN

PENGINAPAN HOTEL DAN HOMESTAY DI LABUAN

Hotel

1.Hotel Grand Dorsett Labuan (087) 422 000

2.Hotel Tiara (087) 414300

3.Hotel Billion Waterfront (087) 418111

4.Hotel Palm Beach Resort & Spa (087) 418700

5.Hotel Pulau Labuan 1 (087) 416288

6.Hotel Pulau Labuan 2 (087) 422388

7.Hotel Mariner (087) 418822

8.Hotel Sara (087) 415555

9.Hotel Ambassador 1 (087) 423233

10.Hotel Ambassador 2 (087) 581242

11.Hotel Ambassador 3 (087) 414599

12.Hotel Avida (087) 416868

13.Hotel Global (087) 425180

14.Hotel Victoria (087) 412411

15.Hotel Pulau Labuan Inn (087) 416833

16.Hotel HPL Apartment (087) 583533

17.Hotel Red Tomato (087) 412963

18.Hotel Perdana (087) 420922

19.Hotel Sky Global (087) 431219

20.Hotel Melati Inn (087) 416307

21.Hotel Oriental (087) 419019

22.Beta Service Apartment (087) 453 333

23.Hotel Southern (087) 414211

24.Hotel Pantai View (087) 411339

25.Hotel 6 Inn (087) 411227

26.Hotel Expo (087) 426688

27.Hotel Aifa (087) 424888

28.Hotel One (087) 451369

29.Hotel Millenium (087) 421278

30.Hotel Fah Fah (087) 417712

31.Hotel Fratini Inn (087) 424545

32.Hotel Ocean (087) 410633

33.Hotel RK Cahaya (087)419516

34.Hotel Poh (087) 431375

35.Hotel Transit (087) 431133

36.Hotel Home Labuan (087) 425333

37.Hotel Mi Casa (087) 416323

38.Hotel H & H (087) 420200

39.Hotel Premier (087) 428948

40.Hotel Lazenda (087) 580800

41.Hotel Asia (087) 417712

42.Hotel Lai Lai (087) 443533

43.Hotel Grand Nadia (087) 442605

44.Hotel California (087) 41800

45. Hotel Lazenda Point (087) 418444



Homestay

1.Homestay Bukit Kuda 013-8511907 / 012-8289158

2.Homestay Sungai Labu 016-8041147 / 016-8430172

3.Homestay Patau-Patau 016-8363404 / 016-8424981

4.Homestay Srindung Sireh Inn 019-9366634 / 019-8820117

5.Homestay Siang Guest House 013-816 2198

6.Homestay Labuan Taman Arena 017-866 8870 / 016-839 1950

7.Homestay Papaya Beach Lodge 016-585 5801 / 019-850 1590

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

Pantai Batu Manikar - Pemandangan menarik ketika matahari terbenam. Itulah kemestian bagi pengunjung yang berkunjung ke Labuan. Anda boleh melihatnya di sepanjang Jalan Batu Manikar di mana Universiti Malaysia Sabah (UMS) terletak. Ketika langit sudah cerah (seperti kebiasaannya di Labuan), matahari terus bersinar seperti sama dengan abad-abad yang lalu. Fenomena menarik matahari terbenam akan bermula selepas pukul 6 petang.

Pantai Batu Manikar - Layang Layangan yang terkenal ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melihat matahari terbenam. Ini adalah jajaran pantai yang panjang dihiasi dengan pokok rhu dan pohon kelapa. Lorong pejalan kaki di sediakan untuk kemudahan orang ramai untuk berjalan-jalan mahupun berjoging, dengan suasana redup semulajadi oleh pokok-pokok di sekeliling. Udara segar, bayu laut dan pemandangan menarik ini tentunya merupakan bonus tambahan kepada peminat senaman di luar sana. Pantai Batu Manikar - Layangan Layang telah memenangi Anugerah Kebersihan Pantai COBSEA 2008. Anugerah berprestij ini sememangnya layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaraya dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Pantai Layang-Layangan - merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantai yang berpasir mengajak anda untuk berbaring dan berjemur di bawah sinaran matahari dengan ombak pantai memukul-mukul di kaki anda. Pantai Layang-Layangan merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantainya yang berpasir putih menggoda, menjemput anda untuk berbaring dan menikmati matahari dengan suara ombak memukul-mukul di tepi pantai. Lorong berbasikal dan meja perkelahan yang dinaungi oleh pohon rendang. Di sini juga boleh didapati banyak warung makanan dengan band-band muzik mengadakan persembahan di setiap hujung minggu. Menunggang kuda dan berbasikal adalah beberapa kegiatan rekreasi yang popular di pantai ini. Taman Keamanan juga terletak berdekatan. Manikar Beach Resort juga terletak di sekitar kawasan yang sama.

Pantai Pancur Hitam - Ini adalah salah satu pantai yang berkembang pesat di Labuan. Sebuah taman yang indah membentang terus ke pantai berpasir yang panjang. Terletak di pantai utara Labuan, Pantai Pancur Hitam adalah rumah peribadi yang terbesar dan paling mewah di Labuan ini - "Rumah Jutaan Keamanan". Jalan-jalan yang berhampiran rumah ini, Jalan Batu Manikar dan Jalan Pancur Hitam, di reka dan di hiasi dengan amat cantik. Hanya di depan rumah, deretan gerai-gerai menawarkan air kelapa segar, kepak ayam, popcorn dan masakan tempatan dan makanan ringan lain yang lazat. Di sebelah rumah tersebut, ada jalan kecil yang akan membawa anda ke Bukit Pohon Batu (Pohon Batu Hill), puncak tertinggi kedua di Labuan, di mana anda boleh menikmati laluan hutan trekking. Di puncak bukit ini, anda akan disambut dengan pemandangan pantai yang indah yang membentang di sepanjang garis pantai. Dari tempat pandang yang tinggi, anda juga boleh mempunyai pandangan mata seekor burung tentang seluruh pulau Labuan. Pada hari-hari yang terang, anda boleh melihat semua jalan ke selatan Financial Park Complex, yang terletak di tengah kota Labuan. Lebih jauh ke selatan pantai Pancur Hitam, anda akan menemui kawasan rekreasi yang dikenali sebagai "Sudut Cabaran", yang menawarkan sebuah laman yang ideal untuk pelbagai aktiviti rekreasi termasuk berkelah dan berkemah. Menjelang malam, pemandangan indah menanti anda dengan tiga puncak Bukit Batu Phin sebagai latar belakang yang dramatik. Matahari terbenam di sini bukanlah sesuatu yang patut di lepaskan begitu sahaja! Anda juga boleh melihat desa Melayu berhampiran dengan Cerobong (salah satu tempat yang terkenal di Labuan), Terowong Bersejarah Tanjung Kubong, Taman Burung Labuan dan tempat habitat semulajadi haiwan - semuanya menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik di Malaysia.

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

Pulau Daat - Pulau seluas 242,9 hektar ini adalah milik persendirian dan buat saat ini ia sedang dijual.

Pulau Daat memiliki pemandangan Laut China Selatan dan Pulau Labuan yang amat indah, serta mempunyai kawasan hutan hujan.

Oleh kerana bersifat persendirian, ia tidak terbuka untuk umum tetapi jika anda mempunyai USD 51 juta untuk di belanjakan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pulau yang menarik ini untuk diri anda sendiri.

Pulau Papan - Di sebelah Pulau Daat terdapat pulau kecil seluas 10.52 hektar yang disebut Pulau Papan. Menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong bercuti hujung minggu dan perkhemahan, pulau itu pada awalnya digunakan sebagai tapak rumah api pada tahun 1895.

Pada tahun 1902, lampu malap kemerahan telah digantikan dengan lampu "dioptrie" yang sangat terang sehingga boleh dilihat 13 kilometer jauhnya. Rumah api itu memberi petunjuk kepada kapal-kapal ke Victoria Harbour sehinggalah selepas Perang Dunia II ketika pasukan Berikat menggunakannya sebagai kem tahanan sementara tahanan-perang Jepun.

Hari ini ia berada di bawah bidang kuasa Labuan Corporation (Perbadanan Labuan). Pulau ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan, gelanggang sukan, surau, tempat BBQ, gelanggang bola tampar dan sepak takraw. Para penggemar adventur juga boleh mencuba aktiviti trekking hutan di pulau itu.

Kadar penginapan bermula daripada RM350 semalam untuk chalet 3-bilik biasa.

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

Bangkai Kapal Karam Amerika - The Wreck Amerika mempunyai sejarah yang tragis, telah karam pada masa Perang Dunia II dengan kehilangan 9 nyawa.

The Wreck Amerika telah karam akibat pelanggaran dengan periuk api yang mana telah meletupkan kapal penghapus periuk api Tentera Laut AS itu keluar daripada air dan pecah menjadi dua bahagian pada tarikh 8 Jun 1945.

Perasaan sedih masih lagi terasa apabila melihat plak yang memaparkan senarai nama-nama 9 askar yang terkorban. Plak tersebut yang direka oleh Dick dan Wayne Shafer ditempatkan pada bangkai kapal karam tersebut oleh ahli-ahli Brunei Sub Aqua Diving Club (BSADC) pada tahun 2007.

Masih kelihatan peralatan zaman dahulu seperti klip peluru, pengukur kedalaman, botol kawat dan artifak meriam yang tidak terusik di kapal karam ini.

Bangkai Kapal Karam Australia - The Wreck Australia menyediakan suasana menyelam yang sebenar, dengan kombinasi jarak penglihatan yang kurang dari 10 meter, kaya dengan tumbuhan karang, rangka bangkai kapal, pengakhiran yang tragis dan misteri.

Pada awalnya sebagai kapal kargo dan penumpang Belanda yang dibina pada tahun 1890, ia telah ditenggelamkan oleh oleh Belanda semasa Perang Dunia II untuk mencegah Jepun daripada menggunakannya. Orang Jepun bagaimanapun berjaya menyelamatkan kapal itu, menukar namanya menjadi 'Imbari Maru' dan meletakkannya untuk perkhidmatan sebagai kapal kargo.

Melarikan diri dari Borneo menuju ke Manila, kapal tersebut telah terlanggar periuk api dan karam 23km ke arah barat daya Labuan pada tahun 1944. Pada awalnya di percayai terkena serangan bom dari angkatan udara Australia, nama tersebut melekat sehingga hari ini. 339 orang kehilangan nyawa mereka, termasuk banyak tahanan perempuan (wanita penghibur) yang di bawa oleh Jepun ke perahu penyelamat.

Beberapa penyelam percaya tempat kemalangan ini dihantui oleh hantu jiwa-jiwa yang diseksa ini. Siapa tahu, penampakan seorang wanita berjubah putih melalui kapal ini mungkin saja sinar biasan batu marmar. Hanya satu cara untuk mengetahui - menyelam dan lihat sendiri!

Blue Water Wreck - Blue Water Wreck (Mabini Padre) adalah kapal pukat nelayan Filipina yang besar, yang terbakar dan tenggelam pada tahun 1981 tanpa kehilangan nyawa.

Dinamakan Blue Water Wreck kerana di kelilingi air biru yang jernih, bangkai kapal ini kelihatan seperti tidak banyak di selubungi kegelapan dasar laut.

Pada hari baik, jarak penglihatan 40 meter adalah mungkin. Bangkai kapal ini masih kelihatan utuh dengan tiang-tiang terletak pada sisinya dan lebih dikelilingi oleh kelimpahan kehidupan laut - menjamin pengalaman menarik bagi penyelam.

Cement Wreck - Daripada empat longgokan kapal karam Labuan, Wreck Semen adalah yang paling cetek dengan strukturnya naik 19 meter ke atas dan kedudukannya memudahkan penyelam untuk melewati dan bagus untuk latihan permulaan bagi penyelam kapal karam.

Menawarkan pemandangan bawah laut yang menakjubkan dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman karang dan menjadi rumah pelbagai haiwan laut berwarna-warni, Cement Wreck juga memberi peluang untuk bertembung dengan yu paus bagi penyelam yang bertuah.

Kapal ini mendapat nama pelik ini kerana tenggelam ketika mengangkut simen ke Brunei untuk pembinaan istana baru Sultan. Lebih dikenali sebagai kapal karam yang amat sempurna dengan kedudukannya yang tegak di dasar laut, bangkai kapal itu sangat indah dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman batu karang yang lembut dan keras, spons karang dan pakis, dan kawanan barakuda kecil dan ikan batfish bermain-main di tiang kapal.

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

Bagaimana perasaan anda jika tinggal di rumah kayu tradisional yang dikelilingi oleh air? Rumah-rumah kayu berwarna-warni kelihatan seperti tempat tinggal terapung dan dihubungkan satu sama lain dan ke jalan-jalan utama melalui laluan pejalan kaki yang bersimpang-siur dan tidak tersusun.

Ini adalah Kampung Air Patau Patau 2, yang ditubuhkan pada tahun 1930-an, seluruh desa dimusnahkan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Penduduk desa membina semula kampung dari awal selepas perang berakhir. Arkitektur dan konsep desa air adalah berkait kembali dengan nenek moyang mereka di Brunei. Sampai hari ini, warga desa air menggabungkan budaya Kedayan Brunei mereka dalam kehidupan sehari-hari.

Agar anda berfikir bahawa rumah ini bukanlah untuk orang mabuk laut, anda boleh yakini bahawa rumah-rumah ini sangat stabil - bahkan ada yang dibina lebih dari 60 tahun yang lalu. Rahsianya ialah kayu belian yang digunakan sebagai asas rumah itu yang dapat berdiri kuat selama berabad-abad yang akan datang.

Keluarga tuan rumah yang ramah akan senang hati untuk melayani anda dengan beberapa makanan lazat tradisional mereka termasuk ambuyat, hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering.

Pada petang hari, anda boleh memerhati anak-anak desa bermain layang-layang atau jika anda ingin lebih keseronokan, menangkap ikan di halaman belakang rumah anda – dengan kos yang nominal. Bayangkan anda bersantai di bangku kayu, secangkir kopi di satu tangan dan pancing di tangan yang lain. Seringkali tali pancing anda akan tegang dan berat. Apabila anda begitu teruja menarik pancing anda, boleh di katakan 9 daripada 10 kali tarikan, pancingan anda akan mendapat ikan keli, bukan tersangkut pakaian lama yang dibuang. Persembahan tarian tradisional juga boleh diatur berdasarkan permintaan dan anda pasti dapat menyertai dalam beberapa permainan desa yang menghiburkan.

Kampung Air Patau Patau 2 dilengkapi dengan saluran air dan elektrik, telefon dan sistem sisa, lampu jalan, dermaga teksi air, kedai runcit, kedai kraftangan, klinik, sekolah dan surau (tempat ibadah bagi muslimin yang lebih kecil dari masjid). Di kelilingi oleh air, kaedah pengangkutan utama adalah perahu dan sebahagian besar rumah mempunyai perahu sendiri. Rumah-rumah ini boleh di katakan agak luas dan dihiasi dengan barang-barang antik yang berat, membayangkan kehidupan yang selesa di dalamnya.

Menginap di desa air tradisional yang indah dan menawan ini tentunya pengalaman yang tiada tandingannya.

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

Taman Damai ini dibina sebagai taman peringatan dan penolakan terhadap kengerian perang. Ia terdiri daripada tugu peringatan yang dikelilingi oleh taman-taman yang indah dan tiang-tiang.

Pada 9 September 1945, Jepun secara rasmi menyerah Labuan kepada Australia. Komander Angkatan Darat ke-37 Jepun, Leftenan Jeneral Masao Baba diterbangkan ke tepi pantai Layang-Layangan di K154C Tachikawa (Hickory). Dan dalam sebuah pondok kayu kecil di bawah naungan pohon kelapa kira-kira 50 meter di Selatan-barat Pusat Penyerahan, upacara menandatangani serah terima ini di langsungkan.

Dia menyerahkan pedangnya secara rasmi kepada Mejar Jeneral George Wootten, pegawai pemerintah Division ke-9 Australia, di saksikan oleh Kapten Kumpulan C.W Pearce dan Ketua Skuadron J.S St Heap daripada Royal Australian Air Force (RAAF) di Sydney, Australia.

Berdekatan dengannya, terdapat kem-kem yang ditubuhkan untuk perbicaraan para pegawai dan askar Jepun terhadap kekejaman tahanan perang di kem-kem POW di Sabah dan Sarawak. Perbicaraan Perang di Layang-Layangan adalah yang pertama di Asia Tenggara, yang dipimpin oleh Leftenan L.J Morshead daripada Komander Kor Pertama Australia. Seterusnya, Labuan menukar nama awalnya daripada nama Pulau Maida, dan ditempatkan di bawah Pentadbiran Tentera Inggeris.

Bagi menunjukkan bahawa mereka benar-benar meminta maaf daripada kesusahan yang di sebabkan oleh nenek moyang mereka, Jepun memutuskan untuk membina Taman Keamanan di sebelah Pusat Penyerahan. Taman Damai ini juga sebagai peringatan kepada orang-orang yang telah mengorbankan nyawa mereka di Borneo semasa Perang Dunia II. Ini juga merupakan kenang-kenangan daripada persahabatan antara Malaysia dan Jepun, dan janji keamanan dan keharmonian untuk semua umat manusia yang kekejaman perang seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa depan.

Taman Damai ini dibiayai Japan Shipbuilding Industry Foundation, yang diketuai oleh Ryoishi Sasagawa, dan juga oleh keluarga mangsa dan kawan-kawan mereka daripada beberapa syarikat industri. Pada 14 April 1984, Mitsunori Ueki daripada South Pasifik Memorial Association Incorporation di Jepun menyerahkan Taman Damai secara istiadat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh. Hingga ke hari ini, pembiayaan masih datang dari Jepun untuk menjaga TamanDamai ini dalam keadaan baik.

Dengan perairan yang tenang di bawah jambatan melengkung dan sekitar gazebo yang teduh, berdirinya tugu dengan dua dinding melengkung yang menjadi pusat perhatian di Taman Damai ini. Di pintu masuk taman ini didirikan kepingan batu, dan di atasnya diukir dengan jelas untuk ingatan sampai ke akhir zaman - "Damai adalah yang terbaik".

Ya, damai akhirnya di Pulau Labuan.

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

Dahulunya Rumah Kerajaan - Terletak di belakang lapangan terbang lama ialah Taman Botanikal yang dahulunya adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12'. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Kini, hanya tangki air simpanannya kekal, bersama dengan sebuah kubur anjing kesayangan yang bernama ‘Jim'.

Taman Botanikal adalah satu taman rekreasi dengan pokok tua dan pelandskapan indah. Ia juga mempunyai cerita-cerita yang mempesonakan!

Cerita-Cerita Rumah Kerajaan - Ia dipercayai bahawa Hugh Low, Setiausaha Penjajah untuk bertahun-tahun dan terlepas perhatian untuk menjadi Gabenor, melakukan kebanyakan kerja awal di Taman tersebut. Pokok-pokok tua kebanyakannya ditanam olehnya. Rumah tersebut punah semasa peperangan.

Dua taman kubur dijumpai di tanah Rumah Kerajaan dan adalah dipercayai bahawa ia merupakan kubur yang tertua di pulau tersebut. Salah satu daripadanya mempunyai kubur bertarikh 1847. Kubur-kubur ini dipindah dari Ramsay Point di pesisir pantai, di mana di mana air pasang mengakibatkan hakisan kubur tentera laut lama. Salah satu daripada dua kubur yang dipindahkan merupakan kubur Komander James A. Gordon dari HMS Wolf. Beliau hadir semasa penyerahan Labuan ke tangan British pada 24 Disember 1846 dan membantu pembinaan tanah. Seperti ramai pada masa itu, beliau jatuh sakit dan berkubur pada umur awal 28 tahun atas kapalnya yang telah dilabuhkan diluar pesisiran.

Kubur lain itu adalah kepunyaan Sarjan Adam C Sutherland bagi Marin Di Raja, yang telah terkubur dalam satu pergaduhan dengan lanun Balanin pada bulan Mei bagi tahun yang sama.

Terdapat satu lagi kubur menarik terletak pada sebuah permatang di hadapan Rumah Kerajaan dan ia adalah kepunyaan seekor anjing foxhound dinamakan Jim, dan merupakan peliharaan M.S MacArthur, Residen pertama pentadbiran Straits Settlement yang beroperasi daripada 1906 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Tarikh yang terpahat pada kubur Jim adalah 20 Jun 1908.

Kehidupan di tanah tersebut seperti membawa banyak peristiwa. Pada suatu petang, apabila Leftenan-Gabenor Komander A.S. Hamilton pulang ke rumah, beliau terhidu bau kebakaran datang dari arah rumahnya. Beliau mempercepatkan langkah apabilah memikirkan rumahnya terbakar. Sesampainya beliau ke rumahnya, beliau berhadapan dengan sebaris orang Dayak yang sedang mengasapkan kepala di atas tripod dihadapan laman Rumah Kerajaan! Mereka mungkin merupakan kepala-kepala orang Murut yang dirampas oleh pihak polis Dayak sebagai balasan kepada orang Murut yang telah membunuh empat daripada orang mereka. Orang-orang Dayak di laman tersebut sangat tidak berpuas hati apabila kepala-kepala itu seterusnya dirampas. Mereka dibenarkan mengambil semula kepala-kepala tersebut dengan syarat mengasapnya di tempat lain!

Terdapat juga cerita bahawa hantu seorang wanita merupakan residen tanah tersebut – kemungkinan wanita tersebut ialah isteri Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Kelibat wanita tersebut tidak pernah kelihatan lagi.

Penggeledahan kubur oleh pemburu-pemburu kepala yang mencari satu sumber yang mudah merupakan satu masalah besar bagi peneroka-peneroka awal di Labuan. Hugh Low sebenarnya menggali lima belas kubur pada malam isterinya terkubur. Beliau mengebumikannya sendiri dalam salah satu kubur tersebut dan mengisi kubur-kubur lain dengan harapan menangkis peluang untuk penggeledahan kubur. Ramai juga yang rancang untuk dikebumikan di laut agar menghalang kejadian ini terjadi.

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney di Tanjung Kubong. Ia mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar dikelilingi pelandskapan yang indah. Taman ini merupakan rumah bagi kebanyakan spesies burung-burung Borneo yang ditemui oleh pemerhati burung. Terdapat perancangan bagi mengumpul sebahagian daripada 580 spesies burung yang didapati di habitat-habitat Borneo yang pelbagai, daripada bakau di sepanjang pantai ke hutan dalam gunung-ganang.

Pemerhatian burung boleh dilakukan tanpa sebarang peralatan kecuali buku nota, untuk menukilkan pemerhatian anda, dan binokular di taman ini. Bantuan bagi mengenal pasti burung-burung boleh didapati dari pihak pengurusan taman.

Yuran Kemasukan:
Dewasa - RM 3
Kanak-kanak (dibawah umur 6 tahun) - Free
Pelajar/Warga Emas - RM 2
Pelancong - RM 5

**Nota : Taman Burung Labuan dibuka setiap hari KECUALI pada hari Jumaat

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN

Pusat sukan air bertaraf dunia ini terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun. Ia berdekatan dengan pusat bandar Labuan. Kompleks ini merangkumi kawasan 5.91 ekar tanah. Ia merupakan projek dibawah Pelan Malaysia Ketujuh dan dibina pada kos keseluruhan RM 25 juta.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini adalah sebahagian daripada projek mencantikkan pantai Labuan. Objektifnya ialah untuk membina sebuah pusat sukan air bertaraf dunia dan untuk membangunkan tempat-tempat menarik lain sejajar dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Labuan sebuah destinasi pulau utama.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dibuka kepada umum pada Jun 2001 apabila ia menjadi hos kepada Labuan Sea Challenge tahunan.

Infrustruktur dan fasiliti yang diberi oleh kompleks ini adalah dijangka untuk menaikkan tarikan Labuan kepada para pelancong dan pelabur. Kemudahan-kemudahan moden akan membolehkan pulau ini untuk menjadi hos kepada acara dan kejohanan sukan laut antarabangsa.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan direka dengan tiga struktur ketara yang merupakan sebahagian daripada plaza pemandangan utama. Setiap bangunan mempunyai aktiviti khas dalamnya. Setiap menara adalah bahagian penting kompleks sukan air yang moden dan besar. Senibina memberi kenyataan dramatic mengenai alam sekitar, tradisi, dan kefungsian moden. Pusat utama sukan air, blok pentadbiran, muzium biologi marina, kedai cenderahati dan kedai-kedai makan berada di dalam kompleks ini.

Pusat Sukan Air - Pusat ini adalah untuk aktiviti sukan air utama dan tempat bagi karnival. Terdapat satu kawasan simpanan bot yang luas dan terus menghadap pantai. Fasiliti-fasiliti lain termasuk ruang menukar pakaian, tempat rehat dan tempat persediaan umum. Ia diguna sebagai satu kawasan pameran tetap untuk segala jenis aktiviti-aktiviti sukan laut. Ia menghubungkan kepada tempat-tempat berjalan di pantai.

Muzium Biologi Marina - Muzium Biologi Marina terletak bersama dengan blok Pentadbiran di bangunan berasingan. Ia berbentuk separa bulatan berdepanan dengan laut dengan sebuah galeri terbuka. Sebahagian besar bagi ruang binaan adalah digunakan oleh Muzium Maritime. Ruang rehat adalah bagi penggunaan pentadbiran seperti bilik mesyuarat dan ruang-ruang pejabat untuk badan sukan. Manakala di tingkat podium mengandungi bilik berehat VIP yang selesa dan ruang selasar berlebihan untuk muzium.

Plaza Utama - Plaza Utama berbentuk bulatan. Ia dilengkapi dengan struktur yang dapat menahan daripada setiap keadaan cuaca yang buruk. Ia digunakan sebagai pusat bagi melancarkan dan menonton berbagai jenis acara sukan laut.

Pusat Kraftangan dan Kedai-Kedai Makan - Pusat kraftangan dan kedai-kedai makan terletak dibahagian barat kompleks. Terdapat pelbagai kedai-kedai rangkaian popular dan kedai makan kecil-kecilan yang menjual makanan tempatan. Tambahan pula, kedai-kedai cenderahati dan kraftangan menjadikan kawasan ini sarat dengan aktiviti-aktiviti. Ia tempat popular bagi pelancong-pelancong melawat.

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

Muzium Marina Labuan diadakan untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut.

Apabila melangkah masuk ke muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang tidak dapat ditatapi di tempat lain.

Muzium ini dibina dengan konsep kapal bersama dua tingkat pameran. Ia menerima pelawat melalui sebuah jambatan logam. Akuarium-akuariam ungu biru jelas memperlihatkan kepelbagaian jenis kehidupan marina seperti jerung, ‘rays', ‘butterfly fish', ‘angel fish', ‘damsels', ‘wrasses', belut ‘moray', ikan-ikan beracun, udang dan udang kara.

Pelawat akan juga mendapat pengalaman luar biasa untuk menyentuh dan merasa pameran yang diletak di air cetak seperti tapak sulaiman, gamat dan ketam.

Pameran di tingkat dua termasuk habitat terumbu karang, habitat jerung dan ‘rays', reptilia lautan, ikan-ikan komersial, mamalia lautan, ‘marlins', aktiviti-aktiviti memancing dan menyelam, oceanografi, biologi marina, ‘molluscs' dan ‘crustacean'.

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

Dikenali dahulunya sebagai Bandar Victoria, kini Labuan adalah satu pusat perniagaan yang membangun dengan dengan pejabat-pejabat moden dan kompleks membeli-belah.

Dataran Labuan - Dataran Labuan terletak di pusat bandar Labuan. Tumpuan utamanya adalah satu pentas luarnya yang merupakan tempat popular bagi sesetengah acara-acara dan persembahan utama pulau tersebut. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia lain berkibar dalam satu barisan di atas pentas ini. Pada penghujung dataran adalah padang bola sepak bandar. Di penghujung lain adalah sebuah replika ‘Chimney', mercu tanda yang paling terkenal Labuan. Ia cantik dilandskap dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun.

Pusat Bandar Labuan - Pusat bandar adalah kawasan bagi pejalan kaki untuk bersantai. Kerusi-kerusi besi tempaan dan hiasan-hiasan lampu, bersama dengan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan memberi pemandangan yang sangat indah. Terdapat banyak tempat-tempat makan yang khusus dalam masakan Melayu, Cina dan India, serta rangkaian kedai-kedai makanan popular.

Kawasan-kawasan pantai sentiasa penuh dengan kesesakan dan kesibukan. Terdapat kawasan pendaratan, serta Kastam dan jabatan Imigresen. Perdagangan tukar barang adalah dijalankan dalam kawasan ini dan mi kaca adalah barangan popular untuk ditukar bersama peniaga-peniaga Filipino.

Jalan besar utama di pusat bandar Labuan adalah Jalan Merdeka. Pada hujung timur jalan raya ini ialah Sheraton Hotel, Hotel Waterfront Financial dan Financial Park Complex.

Latar langit Labuan dikongsi bersama Masjid Jamek An'nur, satu masjid Islam yang sangat besar dengan rekaan bentuk futuristik dengan dua minarets yang mencapai langit.

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

Muzium Labuan ialah muzium ketiga yang didirikan oleh Jabatan Muzium dan Zaman Kuno di Wilayah Persekutuan Labuan. Ia dibuka pada Oktober 2004.

Bangunan muzium adalah seni bina dua tingkat dalam rekaan penjajahan sebelum perang. Tingkat bawahnya adalah didedikasikan untuk pameran bersejarah merangkumi era pra-sejarah Labuan, kesultanan Brunei, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua, Kemerdekaan, perisytiharan Labuan sebagai satu wilayah persekutuan sehingga penubuhan Perbadanan Labuan. Manakala pameran tingkat atasnya mempamerkan pulau sosiobudaya dan evolusi ekonominya bagi enam kaum utama yakni Melayu Brunei Darussalam, Kedayan, Cina, Kadazandusun, India dan Sikh.

Muzium ini dipersembahkan dengan baik dengan panel grafik, kios maklumat, pengesan-pengesan, bunyi dan cahaya bergerak, dan sistem-sistem paparan lain. Barang-barang pameran itu termasuk alatan muzik, barangan kewangan, senjata api, aksesori perkahwinan, kostum-kostum dan artifak dikutip dari sebelum era pra-sejarah, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua dan zaman kemerdekaan.

Muzium Labuan terletak sesuai di tengah-tengah bandar Labuan. Ia merupakan lawatan yang harus dilakukan bagi sesiapa yang berharap untuk mengambil satu lawatan ringkas pulau yang kaya dengan sejarah dan budaya.

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

Terletak di Pusat Bandar Labuan, kedai bebas cukai menjadikan pengalaman membeli belah anda amat mudah. Menawarkan pelbagai produk bebas cukai yang menarik, seperti coklat import, mutiara, tekstil, minuman keras, dll.

Selain daripada makanan tempatan di pasar minggu Labuan, ada juga pasar tani Labuan untuk di kunjungi. Anda akan berjalan di bawah khemah biru yang bersambung-sambung. Dengan serta merta, anda akan terhidu bau ikan masin yang berlonggok-longgok dan juga makanan kering lain yang dibungkus dalam pek kedap udara yang di susun rapi.

Berbanding dengan pasar minggu yang riuh rendah, pasar tani lebih tenang dan senyap. Di bawah kipas siling, petani dan isteri-isteri mereka menjadi ramah setiap kali pelanggan datang ke gerai-gerai mereka untuk memilih sayuran segar dan buah-buahan, sebelum kembali berehat apabila pelanggan bergerak ke gerai sebelah yang menjual barang yang sama , yang diatur dalam susunan yang sama seperti gerai di sebelahnya. (Ya, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa pasar tersebut tidak akan kehabisan barang apa yang ingin anda beli!)

Di sini anda dapat mencari barang yang sukar di dapati seperti batang /kepingan sambal yang tulen, dibuat di Labuan dan ada juga yang dihantar dari Sabah. Ia dibuat dalam cara yang paling organik; tanpa pengawet atau penambah rasa - hanya daripada hasil penghancuran apabila ditumbuk menggunakan penumbuk sambal. Salah satu cara untuk membezakan antara sambal yang anda beli di supermarket, adalah anda masih boleh melihat mata udang kering di batang dan kepingan.

Anda juga boleh mencari banyak plat sagu, bahan utama untuk makanan Ambuyat Brunei-Melayu – ia dijual di sini, serta bebola ragi, besar dan kecil, untuk di buat tapai.

Pasar tani Labuan di buka setiap hari Sabtu dan Ahad di Jalan OKK Awang Besar dengan berbagai macam produk pertanian, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, rempah-rempah segar, ikan, udang kering, makanan laut kering, dan banyak lagi.

Di hujung sekali, terletak agak menyerong dari pasar tani adalah bazaar hujung minggu Labuan. Agak kecil, bazaar ini menjual segala yang anda perlukan untuk mendapatkan cenderahati dan hadiah untuk teman-teman dan keluarga anda. Daripada T-shirt corak peta Labuan, ukulele mainan murah, alas kaki yang tahan lama , hiasan dekoratif buatan tempatan ... bazaar memiliki semuanya.

Jika anda tidak berminat dengan cenderahati ini, singgahlah juga di bazaar ini, kerana beberapa kedai ada menjual aksesori mutiara yang akan menjadikan saat lawatan anda di sana begitu bernilai.

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

Pemandangan matahari terbenam. Itu adalah satu perkara yang pengunjung tidak akan gagal untuk memberitahu anda tentang Labuan.

Jajaran pantai sepanjang 9km dari Pantai Batu Manikar ke Pantai Sg. Miri telah memenangi Anugerah Pantai Bersih dari United Nation Environment Program di Pattaya, Thailand melalui 2nd COBSEA Marine Litter Workshop and Clean Up Campaign 2008. Anugerah berprestij ini memang layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaran dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Dari Pantai Batu Manikar, singgahlah di Pantai Batu Pohon di mana ada warung kayu untuk nelayan menjual makanan laut segar setelah mereka mendarat. Berhampiran dengannya adalah taman berpasir yang penuh dengan rintangan buatan manusia, iaitu Sudut Cabaran (Challenge Corner) sesuai untuk aktiviti kem bina semangat. Terdapat juga warung makan untuk para pemerhati matahari terbenam untuk menghilangkan haus dan lapar.

Kemudiannya ialah Pantai Pancur Hitam yang begitu cantik. Terdapat banyak pokok rhu yang tumbuh dalam baris yang teratur, memberikan teduhan dan ruangan privasi kepada pasangan pengunjung yang sedang menikmati matahari terbenam bersama sambil bersandar di kereta mereka. Seterusnya, anda akan melewati Homestay Kampung Sungai Labu yang nyaman dan mempunyai pemandangan indah pantai.

Destinasi menarik terakhir ialah Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) sebelum anda membuat perjalanan kembali ke Jalan Batu Manikar. Pada saat itu sinar matahari paling berseri-seri memandikan cahaya mereka ke dinding putih universiti kepada cahaya keemasan yang hangat.

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Australia mendarat di pulau Labuan dan teluk Brunei. Objektifnya adalah untuk mengusir pihak Jepun dari kawasan tersebut, mendirikan sebuah pangkalan tentera laut maju dan menjaminkan sumber minyak dan getah. Dengan serangan yang dikendalikan dengan baik, bilangan pihak Australian melebihi pihak Jepun dan dalam masa seminggu, semua rintangan tempatan utama telah disingkirkan

Pada 10 September 1945, Labuan, Borneo, Leftenan Jeneral Masao Baba, Komander Askar Jepun 7 dan Komander Tertinggi Kuasa-kuasa Jepun di Borneo, tiba di Labuan bagi menyerahkan kuasa-kuasa dibawah perintahnya kepada Mejar Jeneral Wootten. Majlis penyerahan rasmi diadakan di tempat ini pada tengahari 10 September 1945 dan dihadiri oleh kumpulan Kapten C.W. Pearce dan ketua Skuadron J.S. St. Heaps dari Sydney bagi pihak R.A.A.F.

Pesawat Jepun, Tachikawa K154C (HICKORY) yang membawa Leftenan Jeneral Masao Baba ke Labuan untuk majlis penyerahan rasmi dipamerkan di Muzium RAAF, Australia.

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney' – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney' dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney' dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney' masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney'. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney' telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

Tempat yang sering dikunjungi di Labuan ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial yang dilandskap dengan indah ini adalah tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan.

Pada Februari 1945, pihak Jepun yang telah menangkap kawasan pihak Bersekutu di kawasan Sandakan, mula memaksa banduan-banduan untuk berkawad ke Ranau – ia kemudiannya dikenali sebagai ‘Kawad Kematian Ranau' (Ranau Death March). Beratus-ratus banduan kehilangan nyawa semasa berkawad dan mereka yang tertinggal serta kem tawanan perang Sandakan telah dikebumikan di Kubur Perang Labuan.

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Bersekutu mendarat di Brown Beach, Tanjung Purun bagi memulakan pembebasan Borneo daripada pihak Jepun. Sebelum ini, bandar Labuan telah dibom teruk unntuk menghalau pihak musuh. Kebanyakan daripada bangunan-bangunan di situ termusnah. Pergaduhan juga berlangsung di sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘the pocket'.

Jenazah askar-askar Bersekutu dikumpul dari seluruh Borden untuk dikebumikan di taman peringatan. Berbaris penanda putih menandakan kubur-kubur tersebut. Pelawat-pelawat dapat merujuk kepada panel-panel pada barisan di mana nama askar yang dikebumikan disini akan tertera. Berbagai-bagai mesej diukir pada penanda kubur askar-askar dengan sebilangannya tertera ‘dikenal oleh Tuhan'.

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua kerap dikunjungi oleh veteran-veteran perang, khususnya dari Australia yang telah meletak Labuan sebagai destinasi penting dalam perjalanan mereka. Pada setiap Ahad pertama pada bulan November setiap tahun, satu perkhidmatan bagi menandakan Hari Peringatan diadakan di sini dan dihadiri oleh orang tempatan dan pelawat-pelawat asing. World War Memories telah dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Halaman rumput adalah disimpan dengan cantik supaya pelawat-pelawat dapat menghargai keamanan dan ketenangan bagi tempat mereka mencari pemahaman mengenai perang, kematian dan kehilangan.