CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 31, 2015

MINI GAME SANTAI


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

JUARA SUGANDOI DITAWAR RM150 UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN?

KOTA KINABALU : Menerusi satu posting dalam laman Facebook, juara Sugandoi Negeri 2015 Apprilissa Sue Ann dikatakan telah dijemput membuat persembahan untuk salah satu acara Kaamatan di Hongkod Koisan dengan bayaran RM150. Bayaran RM150 dilihat sebagai satu langkah ke belakang kerana jumlah itu jauh daripada mencukupi untuk menampung logistik artis termasuk pakaian dan mekap.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Masidi Manjun pernah menyarankan kepada penganjur-penganjur acara agar memperuntukkan bayaran minimum RM2,000 untuk setiap artis tempatan yang dipanggil membuat persembahan sebagai penghargaan kepada bakat mereka.

Namun, difahamkan bahawa April tidak menerima jemputan itu dan hanya akan muncul di pentas yang sama pada sebelah pagi untuk acara lain.

SELAMAT MERAIKAN PESTA KAAMATAN 2015


Saturday, May 30, 2015

PESTA KA'AMATAN TERSASAR DARIPADA TUMPUAN SEBENAR?

KOTA KINABALU : Menurut Datuk Seri Ghulam Mohd Sayeed, Sambutan Kaamatan sekarang ini menyimpang daripada tumpuan sebenar Kaamatan itu sendiri. Sambutan perayaan itu hari ini memberi penekanan kepada Unduk Ngadau atau pertandingan ratu cantik dan bukan makna sebenar perayaan itu.

Beliau berkata, "Kalau kamu lihat di KDCA, ia semuanya mengenai Unduk Ngadau, tiada lain. Tumpuannya tidak ada disitu. Apa kisah Huminodun? Bagaimana dia dikorbankan? Kenapa dia dikorbankan? Kenapa Unduk Ngadau ada disitu? Unduk ngadau bertujuan untuk mengingati Huminodun setiap tahun dan berterima kasih kepada semangat padi untuk tuaian.

Perayaan itu adalah mengenai upacara Magavau dimana bobohizan (pawang wanita Kadazan) berhimpun untuk membaca mantera dalam satu upacara amal yang berlangsung selama 7 hari. Upacara bobohizan adalah upacara memecahkan padi. Ia adalah satu penghormatan kepada nenek moyang dan pemeliharaan tradisi Kadazan. Bobohizan akan mula membaca mantera selepas matahari terbenam dan tiada bacaan mantera akan diulangi, mantera digunakan untuk membangkitkan semangat.

Tarian Sumazau tercipta daripada cara orang Kadazan memukul padi semasa menuai, di mana pergerakan kaki menandakan bagaimana satu kaki seseorang akan memegang batang padi sementara kaki yang satu lagi akan menghancurkan padi untuk mengasingkannya. Sementara itu, terdapat banyak burung datang untuk mengambil padi tersebut untuk dimakan, apa yang mereka lakukan adalah mendepangkan tangan mereka seolah-olah mereka juga burung. Apabila burung-burung itu melihat burung lebih besar, ia tidak akan mengganggu dan pangkis (jeritan) yang mereka lakukan adalah untuk menghalau burung-burung tersebut. Itulah intipati tarian Sumazau dan bukannya tarian yang wujud begitu sahaja. Ia adalah perbuatan memukul padi yang kemudiannya menjadi satu tarian. 

Beliau turut menambah, pakaian Kadazan pada masa lalu diperbuat daripada daun pokok sagu oleh sebab kelicinan daun tersebut. Daun-daun itu membolehkan semangat menyentuh pemakai apabila mereka melalui upacara perayaan itu. Pakaian Kadazan kini diperbuat daripada kain baldu yang juga memberi rasa licin yang sama.

Datuk Seri Ghulam Mohd Sayeed membuat banyak penyelidikan tentang kebudayaan serta kepercayaan Kadazan dan percaya sepenuhnya bahawa Pesta Kaamatan adalah satu-satunya upacara perayaan suci bagi masyarakat Kadazan. Perayaan itu bukan sahaja untuk keramaian tetapi untuk memuaskan nenek moyang dan tidak melupakan asal usul, kepercayaan serta kebudayaan mereka.

Friday, May 29, 2015

GAUN MALAM PESERTA UNDUK NGADAU PERLU SOPAN

KOTA KINABALU : Pereka fesyen diminta untuk memastikan gaun malam yang dipakai oleh peserta Unduk Ngadau pada Pesta Kaamatan peringkat negeri tahun ini tidak terlalu mendedahkan. Pengerusi Unduk Ngadau Kaamatan Sabah 2015, Joanna Datuk Kitingan berkata pihak juri tidak mencari kaki seksi atau model yang menunjuk-nunjuk bentuk tubuh mereka. Apa yang dimahukan adalah gaun malam yang dapat dipakai dengan bangga oleh Unduk yang berupa gaya klasik, praktikal dan anggun boleh digunakan dalam sebarang majlis, juga dibanggakan dan dibawa ke pentas antarabangsa,

Beliau berkata demikian memandangkan banyak kritikan dan komen diterima berhubung gaun malam Unduk Ngadau melalui media sosial. Terdapat banyak cadangan dan pihaknya akan meneliti cadangan yang praktikal untuk membantu menambah baik penganjuran serta imej Unduk Ngadau. Ia satu peluang bagi pereka fesyen mereka pakaian dan memperagakannya di pentas peragaan untuk meningkatkan imej Unduk Ngadau itu sendiri.

Thursday, May 28, 2015

KARNIVAL MEMANCING KOLAM REKREASI SARIKAN


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM BAYANGAN KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

GAME SANTAI MEMANCING PANTAI KINARUT PAPAR


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

HELIKOPTER TERHEMPAS DI HUJUNG LANDASAN KKIA


KOTA KINABALU : Seorang juruterbang pelatih wanita dilaporkan cedera apabila helicopter kendaliannya terhempas di hujung landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA). Juruterbang berusia Fatin Nadeera Mohd Jeffrey, 21, berada dalam keadaan baik dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan. Beliau dikatakan sempat keluar dari helikopter yang terbakar.

Ketua Instruktor Akademi Helikopter Layang-Layang, Kapten K Sudhir, berkata helikopter Bell 206B dengan pendaftaran 9M-LLM itu dilaporkan terhempas jam 11.58 pagi selepas beberapa minit berlepas dari hangar Layang-Layang Aerospace di Terminal Dua, KKIA.

"Ketika insiden itu, hanya Fatin seorang dalam pesawat berkenaan. Setakat ini kami belum dapat memaklumkan punca kemalangan kerana ia masih dalam siasatan pihak berkaitan termasuk polis dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA)," katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.

Wednesday, May 27, 2015

FISHING FUN STRIKE KG BOLONG LAMA TUARAN


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

GAME PENGENALAN KOLAM BRC 2015


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

KEBAKARAN DI LABUAN


LABUAN : Kira-kira 120 rumah papan di perkampungan atas air di Kampung Saguking, musnah dalam kebakaran yang mengakibatkan lebih 800 penduduk hilang tempat tinggal. Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu dikatakan bermula dari sebuah rumah, sebelum merebak ke rumah lain berikutan kedudukan yang rapat antara satu sama lain. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 9.50 malam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin, berkata bomba menerima panggilan pada jam 5.55 petang sebelum menghantar sepasukan anggota bersama beberapa jentera ke lokasi. "Operasi dijalankan dengan bantuan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta pasukan bomba sukarela dan penduduk kampung," katanya. Zainal berkata, punca sebenar kebakaran serta anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan.

KOTA KINABALU REBORNEO FEST 2015


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

GAME MEMANCING KG BUNDU, APIN-APIN KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Tuesday, May 26, 2015

JANGAN COC SAJA LONJAKKAN NAMA DOREN FREDY


Siapa tidak mengenali COC, singkatan daripada "Clash Of Clans" yang merupakan permainan online perang yang paling digemari dunia sekarang tanpa mengira umur. Hanya dengan sebuah lagu bertajuk "Jangan COC Saja" telah berjaya menaikkan nama Doren ke dunia penuh glamour ini, malah lagunya kini sudah menjadi siulan ramai terutamanya golongan remaja.

Lebih mengejutkan, rupa-rupanya Doren juga sudah pernah ditemuramah oleh sebuah stesen televisyen di Indonesia iaitu TVOne, ini bermakna Doren terlebih dahulu mencipta nama di negara jiran itu. Fan Page Doren di Facebook juga kerap menerima pelbagai reaksi dan komen-komen positif bukan sahaja dalam kalangan orang-orang Sabah tetapi peminat lagu "Jangan COC Saja" dari serata Asia Tenggara terutamanya negara Indonesia.

Sebenarnya terdapat beberapa buah lagu yang telah dimuat naik oleh Doren melalui akaun Facebooknya seperti "Cinta Berakhir", "You and I" dan "Every Night". Namun setakat ini, lagu "Jangan COC Saja" yang paling mendapat tempat dihati ramai malah kini telah menjadi viral di YouTube.

Monday, May 25, 2015

ACARA MANSAYAU DICATATKAN DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORD



KENINGAU : Acara Mansayau selama 20 minit dan nyayian satu lagu dalam 10 bahasa berjaya mengumpulkan kira-kira 7,500 orang terdiri daripada pelajar,  warga pendidikan, pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan serta swasta seterusnya berjaya dicatatkan dalam The Malaysia Book Of Record (MBOR).

Mansayau adalah salah satu tarian tradisi daripada kaum Murut yang sering ditarikan beramai-ramai pada majlis tradisi antaranya majlis merisik, perkahwinan, sambut tamu dan majlis sambutan perayaan Pesta Kaamatan, Kalimaran dan sukan rakyat. Selain merupakan seni kebudayaan etnik Murut di negeri ini terutama dikawasan Pedalaman Keningau, Nabawan, Tenom dan Pensiangan.

Turut mencipta rekod dalam program itu ialah 10 orang pelajar pelbagai kaum menyanyikan sebuah lirik lagu yang dicipta oleh guru-guru muzik daerah Keningau berjudul ” Bersama Membina Budi Pekerti” dalam 10 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Bidayuh, Cina, Kenyah, Tamil, Kadazan, Bajau, Dusun dan Murut. 

Lebih 80 buah sekolah sekitar daerah pedalaman, Kuala Penyu dan Beufort menghantar kontigen bagi menyertai acara Mansayau yang penuh warna-warni dengan pakaian traidisi dari lebih 20 suku kaum. Majlis menandatangani sijil pengiktirafan dilakukan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Elron Alfred Angin.

Sunday, May 24, 2015

PENCULIK TIDAK HANYA MEMINTA WANG TEBUSAN

KOTA KINABALU : Kumpulan bersenjata yang menahan mangsa culik, Thien Nyuk Fun dan Bernard Then Ted Fen bukan saja menuntut wang tebusan, tetapi juga wang untuk perbelanjaan perubatan dan makanan dua tawanan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaludin Abdul Rahman mendedahkan bahawa ahli keluarga mangsa mengesahkan mereka menerima 3 panggilan telefon daripada kumpulan penculik itu. Dalam panggilan pertama, wang tebusan diminta untuk mendapatkan pembebasan mereka, panggilan kedua dibuat untuk meminta sejumlah wang bagi membeli ubat untuk Thien yang menghidap diabetes dan panggilan ketiga untuk membeli makanan bagi 2 mangsa tersebut.

Beliau menambah lagi, 2 tawanan itu selamat dan dipercayai ditahan di sebuah pulau Filipina Selatan.

Saturday, May 23, 2015

HANYA KES TERPENCIL, SUDAH DIATASI : JAME


KOTA KINABALU : Pengarah Pendidikan, Datuk Jame Alip berkata gambar yang digunakan oleh bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Dr Puad Zarkashi untuk menggambarkan keadaan  buruk sebuah bilik kelas di Keningau, tidak mencerminkan keadaan sebenar sekolah tersebut. Beliau berkata, gambar itu merupakan kes terpencil dan jelas berbeza daripada bilik kelas lain sekolah sama. 

Gambar berkenaan kelihatan seperti meja rosak bagi pelajar dan digunakan oleh Dr Puad untuk menuduh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengelak tugasnya sebagai Menteri Pendidikan. Beliau menggambarkan Muhyiddin sebagai malas memeriksa keadaan buruk sesetengah sekolah di negara ini. Tambahnya lagi, disebabkan Muhyiddin tidak melawat sekolah-sekolah, pegawai tempatan juga ikut sama.

Friday, May 22, 2015

PENEMUAN KOTAK MERAGUKAN DALAM BAS PENUMPANG CETUS PANIK


LAHAD DATU : Penemuan sebuah kotak meragukan di dalam ruang simpanan bas ekspres telah menimbulkan rasa panik dalam kalangan penumpang dan pekerja bas. Kotak berukuran 3 x 8 inci dan setinggi 5 inci dibungkus menggunakan pembalut kertas coklat dan bertulis "Kepada Mat Bom daripada Bapak Jamalul Kiram" menyebabkan pemandu bas segera memaklumkan perkara itu kepada pihak polis kerana takut kotak itu mengandungi bahan letupan. 

Siasatan awal polis mendapati bas menuju ke Kota Kinabalu dari Terminal Bas Semporna dan berhenti di Terminal Bas Lahad Datu di Fajar Centre untuk mengambil penumpang. Semasa mengeluarkan beberapa barang di dalam tempat simpanan bas, pemandu bas menjumpai kotak tersebut yang dimuatkan dari Semporna .

Kotak tersebut kemudiannya diletupkan oleh Unit Bom Polis Sabah dan siasatan lanjut ke atas kotak itu mengandungi jam penggera. Polis telah mengenalpasti individu yang menghantar kotak itu dan akan dipanggil untuk memberi keterangan. 

Thursday, May 21, 2015

TUDUHAN BERAS TKC PALSU, PEMILIK TAMPIL MEMBERI KETERANGAN


Pemilik beras Tan Chien Hung merasa sangat kecewa apabila beras jenama TKC miliknya dituduh sebagai beras palsu dari China. Ianya bermula apabila gambar produk beras tersebut diviralkan di laman sosial baru-baru ini.

Beliau telah melaporkan tuduhan itu kepada pihak polis dan "Malaysian Communications & Multimedia Commission" untuk mengambil tindakan terhadap orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar penipuan terhadap produk keluarannya.

Setakat ini, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan belum menerima sebarang laporan dan akan menyelidik perkara tersebut.



PERTANDINGAN MEMANCING UMS 2015


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Wednesday, May 20, 2015

SINDIKET HANTAR PESANAN ONLINE BISKUT GANJA


LABUAN : Ketua Polis Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, pelajar berusia 20 tahun itu khayal dan berhalusinasi selepas mengambil biskut seperti biskut ‘chipsmore’ yang mengandungi dadah. Adzhar mendedahkan ini pertama kali mereka mendapat kes begitu dan pelajar itu ditangkap pada 17 Mei lalu kira-kira jam 3 petang apabila ibunya menelefon dan merungut anaknya berkelakuan ganjil selepas memakan biskut itu.

Beliau berkata lagi, selepas menguji biskut berkenaan, didapati ia positif THC atau lebih dikenali sebagai ganja. Pelajar itu mengaku membeli dua balang biskut berganja atau dikenali sebagai ‘Biskut Raksasa’ dari kumpulan di Facebook dengan harga RM120. Semua transaksi dibuat melalui laman media sosial. 

Pelajar itu merupakan pengguna dadah pasif sejak tiga tahun lalu dan menyalahkan tekanan rakan sebaya lalu mula menghisap ganja. Dipercayai bahawa selain daripada biskut, kumpulan itu turut menjual gula-gula dan coklat mengandungi dadah. Katanya kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas mendapat keputusan daripada Jabatan Kimia yang melakukan ujian ke atas sampel biskut berkenaan.

KARNIVAL MEMANCING KOLAM SIMPAD RANGAWAN


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

KARNIVAL PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM GREEN VIEW


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

SEMIFINAL JESSELTON FIGHT LEAGUE (JFL)


Semifinal Jesselton Fight League (JFL) akan dipentaskan pada 23 Mei 2015. Penganjur Karabaw Martial Art & Fitness Gym mengesahkan tarikh tersebut dan acara ini akan berlangsung di Dewan Foo Chow di Luyang, Sabah. Semifinal JFL akan menyaksikan baki 36 pesaing dari pelbagai kategori berat badan bertarung bagi merebut tali pinggang kejohanan dan hadiah tunai berjumlah RM20,000.

Tuesday, May 19, 2015

KARNIVAL PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM GREEN VIEW


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

POLIS TEMUI 9 BOM TINGGALAN PERANG DUNIA KEDUA


LABUAN : Sepasukan polis yang mengiringi Ahli Parlimen ke Pulau Rusukan Besar terjumpa 9 unit bom yang tidak meletup di pulau karang itu. Menurut Ketua Polis, Adzhar Othman, peninggalan Perang Dunia Kedua itu sudah berkarat dan terhakis tetapi masih aktif. Bom itu berjaya diletupkan pada tengahari Isnin oleh Unit Pelupusan Bom tempatan.

Ia dilaporkan bahwa ASP Gordon Wellington memaklumkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah 3 bom ditemui di Rusukan Besar. Ketua Jenayah, Boniface Banjai dan Inspektor Sukvinderjeet Singh mengetuai Unit Pelupusan Bom dan anggota Cawangan Khas ke tempat itu dengan bot. Ketika memeriksa kawasan itu, 6 lagi bom ditemui. Datuk Rozman Isli berada di Pulau itu untuk merasmikan pembersihan.

Monday, May 18, 2015

"ORANG DALAM" DISYAKI DALANG KES CULIK DI SANDAKAN : PESURUHJAYA POLIS SABAH


KOTA KINABALU : Kes penculikan seorang lelaki dan seorang wanita di Restoran Ocean King di Sandakan berkemungkinan besar didalangi 'orang dalam', kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman. Beliau berkata disyaki 'orang dalam' telah bersekongkol untuk memberikan maklumat mengenai sasaran yang bermutu tinggi dan perkara itu sedang disiasat.

Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khasa Pantai Timur Sabah (ESSCom) sedang berusaha untuk mengkaji dan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan supaya kes penculikan sedemikian tidak berlaku lagi. Jalaluddin turut mengesahkan kedua-dua keluarga mangsa menerima panggilan telefon daripada pihak yang mendakwa sebagai penculik dan meminta wang tebusan yang tinggi nilainya dan tidak boleh diberitahu kepada umum.

Katanya, sehingga kini, keluarga kedua-dua mangsa juga enggan membuat laporan polis meskipun telah dinasihatkan oleh polis supaya berbuat demikian. Beliau turut menafikan dakwaan kononnya keluarga mangsa diugut berikutan keengganan mereka membuat laporan polis. Katanya kedua-kedua mangsa culik dilaporkan dalam keadaan selamat dan kini berada di salah sebuah pulau di perairan Filipina.

Sunday, May 17, 2015

ELAUN PENGETUA, GURU BESAR NAIK

Sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan hari ini, kerajaan bersetuju untuk menambah baik elaun pengetua dan guru besar, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, elaun pengetua sekolah menengah kini dinaikkan daripada RM150 kepada RM300 sebulan manakala elaun guru besar sekolah rendah dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 sebulan.

Katanya, penambahbaikan elaun itu akan berkuat kuasa 1 Julai ini dan melibatkan 2,405 pengetua dan 7,757 guru besar. Muhyiddin juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah memberikan persetujuan terhadap cadangan Kementerian Pendidikan untuk menambah baik elaun pengetua dan guru besar.

Saturday, May 16, 2015

SEBAR TUDUHAN PERBUATAN MELAMPAU, KATA STACY

Stacy menyifatkan gurauan kononnya dia sudah memeluk agama Islam seperti yang tersebar di beberapa blog adalah tuduhan melampau. Individu yang menyebarkan berita palsu itu sepatutnya berfikir panjang sebelum menyebarkan memandangkan hal-hal berkaitan agama adalah perkara yang sangat sensitif.

Nama Stacy menjadi viral di laman sosial gara-gara beberapa portal menyebarkan berita palsu menerusi sekeping gambar seorang wanita yang kononnya Stacy sedang mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang ustaz dan beberapa orang saksi.



Stacy berharap gurauan seperti itu tidak lagi terkena pada artis-artis lain kerana ia adalah satu perkara yang sangat serius.

SALAM ISRA' MI'RAJ 2015


LUCKY STRIKE 3.5KG KOLAM BANDUKAN BINGKOR


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

HAPPY TEACHERS DAY 2015


Friday, May 15, 2015

2 DICULIK 4 LELAKI BERSENJATA DI SANDAKAN



4 lelaki bersenjata dipercayai anggota kumpulan pengganas Abu Sayyaf telah menyerang sebuah restoran tepi pantai di Sandakan, Sabah, sebelum melarikan pengurusnya dan seorang pelanggan. Kumpulan itu, salah seorang daripada mereka lengkap dengan senapang automatik dan seorang lagi dengan pistol, menyerbu Restoran Ocean King pada jam 8 malam menyebabkan pelanggan bertempiaran lari.

Pemilik restoran, Chung Yan Tsim memaklumkan bahawa kakak iparnya berumur 48 tahun yang bertugas sebagai pengurus dan seorang pelanggan dari Sarawak yang duduk bersama keluarganya telah dilarikan diri dalam serbuan yang berlaku kurang seminit. Tambahnya lagi, penculik melarikan diri menggunakan bot, tidak bertopeng dan tiada tembakan dilepaskan.

Thursday, May 14, 2015

REMAJA MAUT TERJATUH DARI TINGKAT 6


KOTA KINABALU : Seorang lelaki remaja kurang upaya berumur 18 tahun maut selepas terjatuh dari koridor tingkat 6 di Angkasa Apartment, Menggatal. Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra berkata sepasukan anggota polis yang menerima makluman awam kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan tiba untuk membuat pemeriksaan. 

Siasatan awal mendapati mangsa yang berada di koridor tingkat 6 cuba melihat bapanya berada di tingkat bawah apartment itu, sebelum terjatuh ke bawah, Mangsa dikenali sebagai Mohd Azreen Bin Maid yang mengalami kecederaan parah bagaimanapun meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Likas akibat pendarahan dalaman.

PESTA MEMANCING BERPASUKAN KOLAM SIBA


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Wednesday, May 13, 2015

GADIS TERCIRIT DI DALAM KELAB



Kecoh seketika apabila beberapa keping gambar seorang wanita telah 'tercirit' sewaktu berada di dalam sebuah kelab menjadi viral dan dimuat turun di laman sosial. Teman lelaki "Gadis Tercirit" ini menceritakan detik cemas sebelum kejadian. Katanya "Ketika sedang berada di meja bar, tiba-tiba beliau datang kepada saya yang sebelum itu beliau menari bersama rakan lain. Tiba-tiba....hinggalah hampir ke semua pengunjung kelab tersebut keluar kerana tidak tahan.

Menurut seorang individu, bekas teman lelaki wanita itu telah meletakkan sejenis ubat dalam minuman mangsa. Mangsa yang tidak menyedari perbuatan bekas teman lelakinya itu, terus minum minuman berkenaan menyebabkan mangsa tercirit tanpa sedar. Mangsa pada mulanya hanya terasa basah di bahagian punggungnya. Bagaimanapun dia terkejut apabila mengetahui dirinya tercirit tanpa sedar. Difahamkan, bekas teman lelakinya berbuat demikian kerana berang dengan tindakan mangsa yang bermain kayu tiga di belakangnya.

KENYATAAN SEORANG WANITA DIKATAKAN MENGHINA PENJUAL SAYUR


Menjadi kemarahan orang ramai apabila kenyataan ini disalah tafsir oleh segelintir pengguna laman Facebook. Mungkin cara penyampaian yang kurang matang dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai menyebabkan beliau telah dimaki hamun. Apapun, sebagai manusia.. kesilapan itu tidak akan lari dari kehidupan seharian kita. Belajar dari kesilapan. 


Permohonan maaf itu, satu tindakan yang bagus daripada membidas kata-kata yang kurang elok. Sedangkan tuhan mengampunkan umatnya, inikan pula kita sesama manusia. Memaafkan itu sangat indah bagi mengekalkan kedamaian sesama kita. 

P/S: Sentiasa berhati-hati bila mengeluarkan sebarang kenyataan di laman sosial.

PASANGAN MELAKUKAN AKSI SEKS DI BERANDA



KUALA LUMPUR : 1 pasangan tidak dikenali dilihat sedang melakukan hubungan seks di siang hari di beranda sebuah unit pangsapuri di Bangsar South. Aksi selama 30 minit mereka itu dirakam seorang penghuni sebuah apartment lain. Penghuni tersebut mengecam aksi "berani" pasangan itu namun tidak dinyatakan bila rakaman video dan gambar diambil. Insiden ini merupakan yang terbaharu dalam beberapa kes tidak bermoral dan berbogel di tempat awam di negara ini. Pihak polis sedang menyiasat aksi pasangan yang tidak dikenali mengadakan hubungan seks di sebuah pangsapuri di apartment di Bangsar South, Kuala Lumpur.

KARNIVAL MEMANCING KOLAM DPIAN


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Tuesday, May 12, 2015

SABAHRHINOS vs HARIMAU MUDA


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

UMS ANJUR PERTANDINGAN CERPEN UMS-NEW SABAH TIMES



Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama New Sabah Times buat julung kalinya menganjurkan Pertandingan Mengarang Cerpen UMS-New Sabah Times 2015. Pertandingan berkenaan akan dibuka sepanjang tahun ini, iaitu selama 33 minggu bermula dan siaran pertama pada 17 Mei ini sehingga 24 Disember 2015.

Bertemakan "Melahirkan Generasi Cerpenis Baharu", pertandingan ini terbuka kepada setiap lapisan masyarakat sebagai satu platform dalam memberi peluang kepada penulis-penulis baharu tempatan untuk menulis dan menghasilkan kreativiti yang melayakkan karya mereka untuk disiarkan di ruangan akhbar New Sabah Times setiap hari ahad.

Pertandingan ini menyediakan hadiah johan bernilai RM 3,000, tempat kedua RM 2,000 dan tempat ketiga RM 1,000. Bagi 7 pemenang hadiah saguhati disediakan hadiah bernilai RM 500. Himpunan koleksi cerpen yang terpilih untuk dipertandingkan akan dibukukan dalam sebuah buku antalogi cerpen terbitan UMS.

Bagi yang berminat boleh menghantar karya cerpen masing-masing disertakan dengan biodata lengkap dan gambar berukuran pasport dan hantar melalui emel ke media@ums.edu.my. Anda boleh melayari web sesawang http://www.ums.edu.my/ v5/ index.php/ en/announcement/ 2443-pertandingan- cerpen-ums- new-sabah-times-2015.html atau sila  hubungi talian 088-320 000 sambungan 1493/ 1296/ 1483/ 1402.

HAPPY NURSES DAY 2015


Monday, May 11, 2015

KARNIVAL MEMANCING KOLAM KISAGING KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

WARNA WARNI SANDAKAN TARIKAN BAHARU FESTIVAL SANDAKAN


Acara Warna Warni Sandakan akan menjadi tarikan terbaharu pada penganjuran Festival Sandakan yang berlangsung sepanjang bulan Mei hingga Julai. Warna Warni Sandakan anjuran Persatuan Pelancongan Sandakan dengan pengisian program seperti bazar pameran hasil kraftangan dan persembahan tarian kebudayaan suku kaum di pantai Timur Sabah.

Tujuan utama acara itu dianjurkan bagi mempamerkan dan mewujudkan kesedaran terhadap kebudayaan dan warisan Sandakan kepada penduduk tempatan dan pelancong asing. Antara pengisian lain ialah pelancaran buku panduan "Wild Colours Of Sabah" dalam dwibahasa iaitu melayu dan inggeris yang diperluaskan membabitkan kawasan Maliau Basin, Lembah Danum dan Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin.

LABUAN

LABUAN

MENGENAI LABUAN

Sejarah Wilayah Persekutuan Labuan
Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)

1800
Labuan sebahagian daripada pemerintahan Brunei. Labuan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun.

1846
Labuan secara rasmi diserahkan kepada British oleh Raja Muda Hasim pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai pelabuhan bebas.

1888
Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali sebagai The Chartered Company.


1907
Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

1942
Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

1945
Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

1947
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

16 April 1984
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.


1 Oktober 1990
Labuan diisytihar sebagai Pusat kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

PENGINAPAN

PENGINAPAN

PENGINAPAN HOTEL DAN HOMESTAY DI LABUAN

Hotel

1.Hotel Grand Dorsett Labuan (087) 422 000

2.Hotel Tiara (087) 414300

3.Hotel Billion Waterfront (087) 418111

4.Hotel Palm Beach Resort & Spa (087) 418700

5.Hotel Pulau Labuan 1 (087) 416288

6.Hotel Pulau Labuan 2 (087) 422388

7.Hotel Mariner (087) 418822

8.Hotel Sara (087) 415555

9.Hotel Ambassador 1 (087) 423233

10.Hotel Ambassador 2 (087) 581242

11.Hotel Ambassador 3 (087) 414599

12.Hotel Avida (087) 416868

13.Hotel Global (087) 425180

14.Hotel Victoria (087) 412411

15.Hotel Pulau Labuan Inn (087) 416833

16.Hotel HPL Apartment (087) 583533

17.Hotel Red Tomato (087) 412963

18.Hotel Perdana (087) 420922

19.Hotel Sky Global (087) 431219

20.Hotel Melati Inn (087) 416307

21.Hotel Oriental (087) 419019

22.Beta Service Apartment (087) 453 333

23.Hotel Southern (087) 414211

24.Hotel Pantai View (087) 411339

25.Hotel 6 Inn (087) 411227

26.Hotel Expo (087) 426688

27.Hotel Aifa (087) 424888

28.Hotel One (087) 451369

29.Hotel Millenium (087) 421278

30.Hotel Fah Fah (087) 417712

31.Hotel Fratini Inn (087) 424545

32.Hotel Ocean (087) 410633

33.Hotel RK Cahaya (087)419516

34.Hotel Poh (087) 431375

35.Hotel Transit (087) 431133

36.Hotel Home Labuan (087) 425333

37.Hotel Mi Casa (087) 416323

38.Hotel H & H (087) 420200

39.Hotel Premier (087) 428948

40.Hotel Lazenda (087) 580800

41.Hotel Asia (087) 417712

42.Hotel Lai Lai (087) 443533

43.Hotel Grand Nadia (087) 442605

44.Hotel California (087) 41800

45. Hotel Lazenda Point (087) 418444



Homestay

1.Homestay Bukit Kuda 013-8511907 / 012-8289158

2.Homestay Sungai Labu 016-8041147 / 016-8430172

3.Homestay Patau-Patau 016-8363404 / 016-8424981

4.Homestay Srindung Sireh Inn 019-9366634 / 019-8820117

5.Homestay Siang Guest House 013-816 2198

6.Homestay Labuan Taman Arena 017-866 8870 / 016-839 1950

7.Homestay Papaya Beach Lodge 016-585 5801 / 019-850 1590

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

Pantai Batu Manikar - Pemandangan menarik ketika matahari terbenam. Itulah kemestian bagi pengunjung yang berkunjung ke Labuan. Anda boleh melihatnya di sepanjang Jalan Batu Manikar di mana Universiti Malaysia Sabah (UMS) terletak. Ketika langit sudah cerah (seperti kebiasaannya di Labuan), matahari terus bersinar seperti sama dengan abad-abad yang lalu. Fenomena menarik matahari terbenam akan bermula selepas pukul 6 petang.

Pantai Batu Manikar - Layang Layangan yang terkenal ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melihat matahari terbenam. Ini adalah jajaran pantai yang panjang dihiasi dengan pokok rhu dan pohon kelapa. Lorong pejalan kaki di sediakan untuk kemudahan orang ramai untuk berjalan-jalan mahupun berjoging, dengan suasana redup semulajadi oleh pokok-pokok di sekeliling. Udara segar, bayu laut dan pemandangan menarik ini tentunya merupakan bonus tambahan kepada peminat senaman di luar sana. Pantai Batu Manikar - Layangan Layang telah memenangi Anugerah Kebersihan Pantai COBSEA 2008. Anugerah berprestij ini sememangnya layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaraya dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Pantai Layang-Layangan - merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantai yang berpasir mengajak anda untuk berbaring dan berjemur di bawah sinaran matahari dengan ombak pantai memukul-mukul di kaki anda. Pantai Layang-Layangan merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantainya yang berpasir putih menggoda, menjemput anda untuk berbaring dan menikmati matahari dengan suara ombak memukul-mukul di tepi pantai. Lorong berbasikal dan meja perkelahan yang dinaungi oleh pohon rendang. Di sini juga boleh didapati banyak warung makanan dengan band-band muzik mengadakan persembahan di setiap hujung minggu. Menunggang kuda dan berbasikal adalah beberapa kegiatan rekreasi yang popular di pantai ini. Taman Keamanan juga terletak berdekatan. Manikar Beach Resort juga terletak di sekitar kawasan yang sama.

Pantai Pancur Hitam - Ini adalah salah satu pantai yang berkembang pesat di Labuan. Sebuah taman yang indah membentang terus ke pantai berpasir yang panjang. Terletak di pantai utara Labuan, Pantai Pancur Hitam adalah rumah peribadi yang terbesar dan paling mewah di Labuan ini - "Rumah Jutaan Keamanan". Jalan-jalan yang berhampiran rumah ini, Jalan Batu Manikar dan Jalan Pancur Hitam, di reka dan di hiasi dengan amat cantik. Hanya di depan rumah, deretan gerai-gerai menawarkan air kelapa segar, kepak ayam, popcorn dan masakan tempatan dan makanan ringan lain yang lazat. Di sebelah rumah tersebut, ada jalan kecil yang akan membawa anda ke Bukit Pohon Batu (Pohon Batu Hill), puncak tertinggi kedua di Labuan, di mana anda boleh menikmati laluan hutan trekking. Di puncak bukit ini, anda akan disambut dengan pemandangan pantai yang indah yang membentang di sepanjang garis pantai. Dari tempat pandang yang tinggi, anda juga boleh mempunyai pandangan mata seekor burung tentang seluruh pulau Labuan. Pada hari-hari yang terang, anda boleh melihat semua jalan ke selatan Financial Park Complex, yang terletak di tengah kota Labuan. Lebih jauh ke selatan pantai Pancur Hitam, anda akan menemui kawasan rekreasi yang dikenali sebagai "Sudut Cabaran", yang menawarkan sebuah laman yang ideal untuk pelbagai aktiviti rekreasi termasuk berkelah dan berkemah. Menjelang malam, pemandangan indah menanti anda dengan tiga puncak Bukit Batu Phin sebagai latar belakang yang dramatik. Matahari terbenam di sini bukanlah sesuatu yang patut di lepaskan begitu sahaja! Anda juga boleh melihat desa Melayu berhampiran dengan Cerobong (salah satu tempat yang terkenal di Labuan), Terowong Bersejarah Tanjung Kubong, Taman Burung Labuan dan tempat habitat semulajadi haiwan - semuanya menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik di Malaysia.

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

Pulau Daat - Pulau seluas 242,9 hektar ini adalah milik persendirian dan buat saat ini ia sedang dijual.

Pulau Daat memiliki pemandangan Laut China Selatan dan Pulau Labuan yang amat indah, serta mempunyai kawasan hutan hujan.

Oleh kerana bersifat persendirian, ia tidak terbuka untuk umum tetapi jika anda mempunyai USD 51 juta untuk di belanjakan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pulau yang menarik ini untuk diri anda sendiri.

Pulau Papan - Di sebelah Pulau Daat terdapat pulau kecil seluas 10.52 hektar yang disebut Pulau Papan. Menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong bercuti hujung minggu dan perkhemahan, pulau itu pada awalnya digunakan sebagai tapak rumah api pada tahun 1895.

Pada tahun 1902, lampu malap kemerahan telah digantikan dengan lampu "dioptrie" yang sangat terang sehingga boleh dilihat 13 kilometer jauhnya. Rumah api itu memberi petunjuk kepada kapal-kapal ke Victoria Harbour sehinggalah selepas Perang Dunia II ketika pasukan Berikat menggunakannya sebagai kem tahanan sementara tahanan-perang Jepun.

Hari ini ia berada di bawah bidang kuasa Labuan Corporation (Perbadanan Labuan). Pulau ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan, gelanggang sukan, surau, tempat BBQ, gelanggang bola tampar dan sepak takraw. Para penggemar adventur juga boleh mencuba aktiviti trekking hutan di pulau itu.

Kadar penginapan bermula daripada RM350 semalam untuk chalet 3-bilik biasa.

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

Bangkai Kapal Karam Amerika - The Wreck Amerika mempunyai sejarah yang tragis, telah karam pada masa Perang Dunia II dengan kehilangan 9 nyawa.

The Wreck Amerika telah karam akibat pelanggaran dengan periuk api yang mana telah meletupkan kapal penghapus periuk api Tentera Laut AS itu keluar daripada air dan pecah menjadi dua bahagian pada tarikh 8 Jun 1945.

Perasaan sedih masih lagi terasa apabila melihat plak yang memaparkan senarai nama-nama 9 askar yang terkorban. Plak tersebut yang direka oleh Dick dan Wayne Shafer ditempatkan pada bangkai kapal karam tersebut oleh ahli-ahli Brunei Sub Aqua Diving Club (BSADC) pada tahun 2007.

Masih kelihatan peralatan zaman dahulu seperti klip peluru, pengukur kedalaman, botol kawat dan artifak meriam yang tidak terusik di kapal karam ini.

Bangkai Kapal Karam Australia - The Wreck Australia menyediakan suasana menyelam yang sebenar, dengan kombinasi jarak penglihatan yang kurang dari 10 meter, kaya dengan tumbuhan karang, rangka bangkai kapal, pengakhiran yang tragis dan misteri.

Pada awalnya sebagai kapal kargo dan penumpang Belanda yang dibina pada tahun 1890, ia telah ditenggelamkan oleh oleh Belanda semasa Perang Dunia II untuk mencegah Jepun daripada menggunakannya. Orang Jepun bagaimanapun berjaya menyelamatkan kapal itu, menukar namanya menjadi 'Imbari Maru' dan meletakkannya untuk perkhidmatan sebagai kapal kargo.

Melarikan diri dari Borneo menuju ke Manila, kapal tersebut telah terlanggar periuk api dan karam 23km ke arah barat daya Labuan pada tahun 1944. Pada awalnya di percayai terkena serangan bom dari angkatan udara Australia, nama tersebut melekat sehingga hari ini. 339 orang kehilangan nyawa mereka, termasuk banyak tahanan perempuan (wanita penghibur) yang di bawa oleh Jepun ke perahu penyelamat.

Beberapa penyelam percaya tempat kemalangan ini dihantui oleh hantu jiwa-jiwa yang diseksa ini. Siapa tahu, penampakan seorang wanita berjubah putih melalui kapal ini mungkin saja sinar biasan batu marmar. Hanya satu cara untuk mengetahui - menyelam dan lihat sendiri!

Blue Water Wreck - Blue Water Wreck (Mabini Padre) adalah kapal pukat nelayan Filipina yang besar, yang terbakar dan tenggelam pada tahun 1981 tanpa kehilangan nyawa.

Dinamakan Blue Water Wreck kerana di kelilingi air biru yang jernih, bangkai kapal ini kelihatan seperti tidak banyak di selubungi kegelapan dasar laut.

Pada hari baik, jarak penglihatan 40 meter adalah mungkin. Bangkai kapal ini masih kelihatan utuh dengan tiang-tiang terletak pada sisinya dan lebih dikelilingi oleh kelimpahan kehidupan laut - menjamin pengalaman menarik bagi penyelam.

Cement Wreck - Daripada empat longgokan kapal karam Labuan, Wreck Semen adalah yang paling cetek dengan strukturnya naik 19 meter ke atas dan kedudukannya memudahkan penyelam untuk melewati dan bagus untuk latihan permulaan bagi penyelam kapal karam.

Menawarkan pemandangan bawah laut yang menakjubkan dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman karang dan menjadi rumah pelbagai haiwan laut berwarna-warni, Cement Wreck juga memberi peluang untuk bertembung dengan yu paus bagi penyelam yang bertuah.

Kapal ini mendapat nama pelik ini kerana tenggelam ketika mengangkut simen ke Brunei untuk pembinaan istana baru Sultan. Lebih dikenali sebagai kapal karam yang amat sempurna dengan kedudukannya yang tegak di dasar laut, bangkai kapal itu sangat indah dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman batu karang yang lembut dan keras, spons karang dan pakis, dan kawanan barakuda kecil dan ikan batfish bermain-main di tiang kapal.

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

Bagaimana perasaan anda jika tinggal di rumah kayu tradisional yang dikelilingi oleh air? Rumah-rumah kayu berwarna-warni kelihatan seperti tempat tinggal terapung dan dihubungkan satu sama lain dan ke jalan-jalan utama melalui laluan pejalan kaki yang bersimpang-siur dan tidak tersusun.

Ini adalah Kampung Air Patau Patau 2, yang ditubuhkan pada tahun 1930-an, seluruh desa dimusnahkan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Penduduk desa membina semula kampung dari awal selepas perang berakhir. Arkitektur dan konsep desa air adalah berkait kembali dengan nenek moyang mereka di Brunei. Sampai hari ini, warga desa air menggabungkan budaya Kedayan Brunei mereka dalam kehidupan sehari-hari.

Agar anda berfikir bahawa rumah ini bukanlah untuk orang mabuk laut, anda boleh yakini bahawa rumah-rumah ini sangat stabil - bahkan ada yang dibina lebih dari 60 tahun yang lalu. Rahsianya ialah kayu belian yang digunakan sebagai asas rumah itu yang dapat berdiri kuat selama berabad-abad yang akan datang.

Keluarga tuan rumah yang ramah akan senang hati untuk melayani anda dengan beberapa makanan lazat tradisional mereka termasuk ambuyat, hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering.

Pada petang hari, anda boleh memerhati anak-anak desa bermain layang-layang atau jika anda ingin lebih keseronokan, menangkap ikan di halaman belakang rumah anda – dengan kos yang nominal. Bayangkan anda bersantai di bangku kayu, secangkir kopi di satu tangan dan pancing di tangan yang lain. Seringkali tali pancing anda akan tegang dan berat. Apabila anda begitu teruja menarik pancing anda, boleh di katakan 9 daripada 10 kali tarikan, pancingan anda akan mendapat ikan keli, bukan tersangkut pakaian lama yang dibuang. Persembahan tarian tradisional juga boleh diatur berdasarkan permintaan dan anda pasti dapat menyertai dalam beberapa permainan desa yang menghiburkan.

Kampung Air Patau Patau 2 dilengkapi dengan saluran air dan elektrik, telefon dan sistem sisa, lampu jalan, dermaga teksi air, kedai runcit, kedai kraftangan, klinik, sekolah dan surau (tempat ibadah bagi muslimin yang lebih kecil dari masjid). Di kelilingi oleh air, kaedah pengangkutan utama adalah perahu dan sebahagian besar rumah mempunyai perahu sendiri. Rumah-rumah ini boleh di katakan agak luas dan dihiasi dengan barang-barang antik yang berat, membayangkan kehidupan yang selesa di dalamnya.

Menginap di desa air tradisional yang indah dan menawan ini tentunya pengalaman yang tiada tandingannya.

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

Taman Damai ini dibina sebagai taman peringatan dan penolakan terhadap kengerian perang. Ia terdiri daripada tugu peringatan yang dikelilingi oleh taman-taman yang indah dan tiang-tiang.

Pada 9 September 1945, Jepun secara rasmi menyerah Labuan kepada Australia. Komander Angkatan Darat ke-37 Jepun, Leftenan Jeneral Masao Baba diterbangkan ke tepi pantai Layang-Layangan di K154C Tachikawa (Hickory). Dan dalam sebuah pondok kayu kecil di bawah naungan pohon kelapa kira-kira 50 meter di Selatan-barat Pusat Penyerahan, upacara menandatangani serah terima ini di langsungkan.

Dia menyerahkan pedangnya secara rasmi kepada Mejar Jeneral George Wootten, pegawai pemerintah Division ke-9 Australia, di saksikan oleh Kapten Kumpulan C.W Pearce dan Ketua Skuadron J.S St Heap daripada Royal Australian Air Force (RAAF) di Sydney, Australia.

Berdekatan dengannya, terdapat kem-kem yang ditubuhkan untuk perbicaraan para pegawai dan askar Jepun terhadap kekejaman tahanan perang di kem-kem POW di Sabah dan Sarawak. Perbicaraan Perang di Layang-Layangan adalah yang pertama di Asia Tenggara, yang dipimpin oleh Leftenan L.J Morshead daripada Komander Kor Pertama Australia. Seterusnya, Labuan menukar nama awalnya daripada nama Pulau Maida, dan ditempatkan di bawah Pentadbiran Tentera Inggeris.

Bagi menunjukkan bahawa mereka benar-benar meminta maaf daripada kesusahan yang di sebabkan oleh nenek moyang mereka, Jepun memutuskan untuk membina Taman Keamanan di sebelah Pusat Penyerahan. Taman Damai ini juga sebagai peringatan kepada orang-orang yang telah mengorbankan nyawa mereka di Borneo semasa Perang Dunia II. Ini juga merupakan kenang-kenangan daripada persahabatan antara Malaysia dan Jepun, dan janji keamanan dan keharmonian untuk semua umat manusia yang kekejaman perang seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa depan.

Taman Damai ini dibiayai Japan Shipbuilding Industry Foundation, yang diketuai oleh Ryoishi Sasagawa, dan juga oleh keluarga mangsa dan kawan-kawan mereka daripada beberapa syarikat industri. Pada 14 April 1984, Mitsunori Ueki daripada South Pasifik Memorial Association Incorporation di Jepun menyerahkan Taman Damai secara istiadat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh. Hingga ke hari ini, pembiayaan masih datang dari Jepun untuk menjaga TamanDamai ini dalam keadaan baik.

Dengan perairan yang tenang di bawah jambatan melengkung dan sekitar gazebo yang teduh, berdirinya tugu dengan dua dinding melengkung yang menjadi pusat perhatian di Taman Damai ini. Di pintu masuk taman ini didirikan kepingan batu, dan di atasnya diukir dengan jelas untuk ingatan sampai ke akhir zaman - "Damai adalah yang terbaik".

Ya, damai akhirnya di Pulau Labuan.

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

Dahulunya Rumah Kerajaan - Terletak di belakang lapangan terbang lama ialah Taman Botanikal yang dahulunya adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12'. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Kini, hanya tangki air simpanannya kekal, bersama dengan sebuah kubur anjing kesayangan yang bernama ‘Jim'.

Taman Botanikal adalah satu taman rekreasi dengan pokok tua dan pelandskapan indah. Ia juga mempunyai cerita-cerita yang mempesonakan!

Cerita-Cerita Rumah Kerajaan - Ia dipercayai bahawa Hugh Low, Setiausaha Penjajah untuk bertahun-tahun dan terlepas perhatian untuk menjadi Gabenor, melakukan kebanyakan kerja awal di Taman tersebut. Pokok-pokok tua kebanyakannya ditanam olehnya. Rumah tersebut punah semasa peperangan.

Dua taman kubur dijumpai di tanah Rumah Kerajaan dan adalah dipercayai bahawa ia merupakan kubur yang tertua di pulau tersebut. Salah satu daripadanya mempunyai kubur bertarikh 1847. Kubur-kubur ini dipindah dari Ramsay Point di pesisir pantai, di mana di mana air pasang mengakibatkan hakisan kubur tentera laut lama. Salah satu daripada dua kubur yang dipindahkan merupakan kubur Komander James A. Gordon dari HMS Wolf. Beliau hadir semasa penyerahan Labuan ke tangan British pada 24 Disember 1846 dan membantu pembinaan tanah. Seperti ramai pada masa itu, beliau jatuh sakit dan berkubur pada umur awal 28 tahun atas kapalnya yang telah dilabuhkan diluar pesisiran.

Kubur lain itu adalah kepunyaan Sarjan Adam C Sutherland bagi Marin Di Raja, yang telah terkubur dalam satu pergaduhan dengan lanun Balanin pada bulan Mei bagi tahun yang sama.

Terdapat satu lagi kubur menarik terletak pada sebuah permatang di hadapan Rumah Kerajaan dan ia adalah kepunyaan seekor anjing foxhound dinamakan Jim, dan merupakan peliharaan M.S MacArthur, Residen pertama pentadbiran Straits Settlement yang beroperasi daripada 1906 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Tarikh yang terpahat pada kubur Jim adalah 20 Jun 1908.

Kehidupan di tanah tersebut seperti membawa banyak peristiwa. Pada suatu petang, apabila Leftenan-Gabenor Komander A.S. Hamilton pulang ke rumah, beliau terhidu bau kebakaran datang dari arah rumahnya. Beliau mempercepatkan langkah apabilah memikirkan rumahnya terbakar. Sesampainya beliau ke rumahnya, beliau berhadapan dengan sebaris orang Dayak yang sedang mengasapkan kepala di atas tripod dihadapan laman Rumah Kerajaan! Mereka mungkin merupakan kepala-kepala orang Murut yang dirampas oleh pihak polis Dayak sebagai balasan kepada orang Murut yang telah membunuh empat daripada orang mereka. Orang-orang Dayak di laman tersebut sangat tidak berpuas hati apabila kepala-kepala itu seterusnya dirampas. Mereka dibenarkan mengambil semula kepala-kepala tersebut dengan syarat mengasapnya di tempat lain!

Terdapat juga cerita bahawa hantu seorang wanita merupakan residen tanah tersebut – kemungkinan wanita tersebut ialah isteri Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Kelibat wanita tersebut tidak pernah kelihatan lagi.

Penggeledahan kubur oleh pemburu-pemburu kepala yang mencari satu sumber yang mudah merupakan satu masalah besar bagi peneroka-peneroka awal di Labuan. Hugh Low sebenarnya menggali lima belas kubur pada malam isterinya terkubur. Beliau mengebumikannya sendiri dalam salah satu kubur tersebut dan mengisi kubur-kubur lain dengan harapan menangkis peluang untuk penggeledahan kubur. Ramai juga yang rancang untuk dikebumikan di laut agar menghalang kejadian ini terjadi.

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney di Tanjung Kubong. Ia mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar dikelilingi pelandskapan yang indah. Taman ini merupakan rumah bagi kebanyakan spesies burung-burung Borneo yang ditemui oleh pemerhati burung. Terdapat perancangan bagi mengumpul sebahagian daripada 580 spesies burung yang didapati di habitat-habitat Borneo yang pelbagai, daripada bakau di sepanjang pantai ke hutan dalam gunung-ganang.

Pemerhatian burung boleh dilakukan tanpa sebarang peralatan kecuali buku nota, untuk menukilkan pemerhatian anda, dan binokular di taman ini. Bantuan bagi mengenal pasti burung-burung boleh didapati dari pihak pengurusan taman.

Yuran Kemasukan:
Dewasa - RM 3
Kanak-kanak (dibawah umur 6 tahun) - Free
Pelajar/Warga Emas - RM 2
Pelancong - RM 5

**Nota : Taman Burung Labuan dibuka setiap hari KECUALI pada hari Jumaat

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN

Pusat sukan air bertaraf dunia ini terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun. Ia berdekatan dengan pusat bandar Labuan. Kompleks ini merangkumi kawasan 5.91 ekar tanah. Ia merupakan projek dibawah Pelan Malaysia Ketujuh dan dibina pada kos keseluruhan RM 25 juta.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini adalah sebahagian daripada projek mencantikkan pantai Labuan. Objektifnya ialah untuk membina sebuah pusat sukan air bertaraf dunia dan untuk membangunkan tempat-tempat menarik lain sejajar dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Labuan sebuah destinasi pulau utama.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dibuka kepada umum pada Jun 2001 apabila ia menjadi hos kepada Labuan Sea Challenge tahunan.

Infrustruktur dan fasiliti yang diberi oleh kompleks ini adalah dijangka untuk menaikkan tarikan Labuan kepada para pelancong dan pelabur. Kemudahan-kemudahan moden akan membolehkan pulau ini untuk menjadi hos kepada acara dan kejohanan sukan laut antarabangsa.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan direka dengan tiga struktur ketara yang merupakan sebahagian daripada plaza pemandangan utama. Setiap bangunan mempunyai aktiviti khas dalamnya. Setiap menara adalah bahagian penting kompleks sukan air yang moden dan besar. Senibina memberi kenyataan dramatic mengenai alam sekitar, tradisi, dan kefungsian moden. Pusat utama sukan air, blok pentadbiran, muzium biologi marina, kedai cenderahati dan kedai-kedai makan berada di dalam kompleks ini.

Pusat Sukan Air - Pusat ini adalah untuk aktiviti sukan air utama dan tempat bagi karnival. Terdapat satu kawasan simpanan bot yang luas dan terus menghadap pantai. Fasiliti-fasiliti lain termasuk ruang menukar pakaian, tempat rehat dan tempat persediaan umum. Ia diguna sebagai satu kawasan pameran tetap untuk segala jenis aktiviti-aktiviti sukan laut. Ia menghubungkan kepada tempat-tempat berjalan di pantai.

Muzium Biologi Marina - Muzium Biologi Marina terletak bersama dengan blok Pentadbiran di bangunan berasingan. Ia berbentuk separa bulatan berdepanan dengan laut dengan sebuah galeri terbuka. Sebahagian besar bagi ruang binaan adalah digunakan oleh Muzium Maritime. Ruang rehat adalah bagi penggunaan pentadbiran seperti bilik mesyuarat dan ruang-ruang pejabat untuk badan sukan. Manakala di tingkat podium mengandungi bilik berehat VIP yang selesa dan ruang selasar berlebihan untuk muzium.

Plaza Utama - Plaza Utama berbentuk bulatan. Ia dilengkapi dengan struktur yang dapat menahan daripada setiap keadaan cuaca yang buruk. Ia digunakan sebagai pusat bagi melancarkan dan menonton berbagai jenis acara sukan laut.

Pusat Kraftangan dan Kedai-Kedai Makan - Pusat kraftangan dan kedai-kedai makan terletak dibahagian barat kompleks. Terdapat pelbagai kedai-kedai rangkaian popular dan kedai makan kecil-kecilan yang menjual makanan tempatan. Tambahan pula, kedai-kedai cenderahati dan kraftangan menjadikan kawasan ini sarat dengan aktiviti-aktiviti. Ia tempat popular bagi pelancong-pelancong melawat.

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

Muzium Marina Labuan diadakan untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut.

Apabila melangkah masuk ke muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang tidak dapat ditatapi di tempat lain.

Muzium ini dibina dengan konsep kapal bersama dua tingkat pameran. Ia menerima pelawat melalui sebuah jambatan logam. Akuarium-akuariam ungu biru jelas memperlihatkan kepelbagaian jenis kehidupan marina seperti jerung, ‘rays', ‘butterfly fish', ‘angel fish', ‘damsels', ‘wrasses', belut ‘moray', ikan-ikan beracun, udang dan udang kara.

Pelawat akan juga mendapat pengalaman luar biasa untuk menyentuh dan merasa pameran yang diletak di air cetak seperti tapak sulaiman, gamat dan ketam.

Pameran di tingkat dua termasuk habitat terumbu karang, habitat jerung dan ‘rays', reptilia lautan, ikan-ikan komersial, mamalia lautan, ‘marlins', aktiviti-aktiviti memancing dan menyelam, oceanografi, biologi marina, ‘molluscs' dan ‘crustacean'.

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

Dikenali dahulunya sebagai Bandar Victoria, kini Labuan adalah satu pusat perniagaan yang membangun dengan dengan pejabat-pejabat moden dan kompleks membeli-belah.

Dataran Labuan - Dataran Labuan terletak di pusat bandar Labuan. Tumpuan utamanya adalah satu pentas luarnya yang merupakan tempat popular bagi sesetengah acara-acara dan persembahan utama pulau tersebut. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia lain berkibar dalam satu barisan di atas pentas ini. Pada penghujung dataran adalah padang bola sepak bandar. Di penghujung lain adalah sebuah replika ‘Chimney', mercu tanda yang paling terkenal Labuan. Ia cantik dilandskap dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun.

Pusat Bandar Labuan - Pusat bandar adalah kawasan bagi pejalan kaki untuk bersantai. Kerusi-kerusi besi tempaan dan hiasan-hiasan lampu, bersama dengan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan memberi pemandangan yang sangat indah. Terdapat banyak tempat-tempat makan yang khusus dalam masakan Melayu, Cina dan India, serta rangkaian kedai-kedai makanan popular.

Kawasan-kawasan pantai sentiasa penuh dengan kesesakan dan kesibukan. Terdapat kawasan pendaratan, serta Kastam dan jabatan Imigresen. Perdagangan tukar barang adalah dijalankan dalam kawasan ini dan mi kaca adalah barangan popular untuk ditukar bersama peniaga-peniaga Filipino.

Jalan besar utama di pusat bandar Labuan adalah Jalan Merdeka. Pada hujung timur jalan raya ini ialah Sheraton Hotel, Hotel Waterfront Financial dan Financial Park Complex.

Latar langit Labuan dikongsi bersama Masjid Jamek An'nur, satu masjid Islam yang sangat besar dengan rekaan bentuk futuristik dengan dua minarets yang mencapai langit.

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

Muzium Labuan ialah muzium ketiga yang didirikan oleh Jabatan Muzium dan Zaman Kuno di Wilayah Persekutuan Labuan. Ia dibuka pada Oktober 2004.

Bangunan muzium adalah seni bina dua tingkat dalam rekaan penjajahan sebelum perang. Tingkat bawahnya adalah didedikasikan untuk pameran bersejarah merangkumi era pra-sejarah Labuan, kesultanan Brunei, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua, Kemerdekaan, perisytiharan Labuan sebagai satu wilayah persekutuan sehingga penubuhan Perbadanan Labuan. Manakala pameran tingkat atasnya mempamerkan pulau sosiobudaya dan evolusi ekonominya bagi enam kaum utama yakni Melayu Brunei Darussalam, Kedayan, Cina, Kadazandusun, India dan Sikh.

Muzium ini dipersembahkan dengan baik dengan panel grafik, kios maklumat, pengesan-pengesan, bunyi dan cahaya bergerak, dan sistem-sistem paparan lain. Barang-barang pameran itu termasuk alatan muzik, barangan kewangan, senjata api, aksesori perkahwinan, kostum-kostum dan artifak dikutip dari sebelum era pra-sejarah, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua dan zaman kemerdekaan.

Muzium Labuan terletak sesuai di tengah-tengah bandar Labuan. Ia merupakan lawatan yang harus dilakukan bagi sesiapa yang berharap untuk mengambil satu lawatan ringkas pulau yang kaya dengan sejarah dan budaya.

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

Terletak di Pusat Bandar Labuan, kedai bebas cukai menjadikan pengalaman membeli belah anda amat mudah. Menawarkan pelbagai produk bebas cukai yang menarik, seperti coklat import, mutiara, tekstil, minuman keras, dll.

Selain daripada makanan tempatan di pasar minggu Labuan, ada juga pasar tani Labuan untuk di kunjungi. Anda akan berjalan di bawah khemah biru yang bersambung-sambung. Dengan serta merta, anda akan terhidu bau ikan masin yang berlonggok-longgok dan juga makanan kering lain yang dibungkus dalam pek kedap udara yang di susun rapi.

Berbanding dengan pasar minggu yang riuh rendah, pasar tani lebih tenang dan senyap. Di bawah kipas siling, petani dan isteri-isteri mereka menjadi ramah setiap kali pelanggan datang ke gerai-gerai mereka untuk memilih sayuran segar dan buah-buahan, sebelum kembali berehat apabila pelanggan bergerak ke gerai sebelah yang menjual barang yang sama , yang diatur dalam susunan yang sama seperti gerai di sebelahnya. (Ya, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa pasar tersebut tidak akan kehabisan barang apa yang ingin anda beli!)

Di sini anda dapat mencari barang yang sukar di dapati seperti batang /kepingan sambal yang tulen, dibuat di Labuan dan ada juga yang dihantar dari Sabah. Ia dibuat dalam cara yang paling organik; tanpa pengawet atau penambah rasa - hanya daripada hasil penghancuran apabila ditumbuk menggunakan penumbuk sambal. Salah satu cara untuk membezakan antara sambal yang anda beli di supermarket, adalah anda masih boleh melihat mata udang kering di batang dan kepingan.

Anda juga boleh mencari banyak plat sagu, bahan utama untuk makanan Ambuyat Brunei-Melayu – ia dijual di sini, serta bebola ragi, besar dan kecil, untuk di buat tapai.

Pasar tani Labuan di buka setiap hari Sabtu dan Ahad di Jalan OKK Awang Besar dengan berbagai macam produk pertanian, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, rempah-rempah segar, ikan, udang kering, makanan laut kering, dan banyak lagi.

Di hujung sekali, terletak agak menyerong dari pasar tani adalah bazaar hujung minggu Labuan. Agak kecil, bazaar ini menjual segala yang anda perlukan untuk mendapatkan cenderahati dan hadiah untuk teman-teman dan keluarga anda. Daripada T-shirt corak peta Labuan, ukulele mainan murah, alas kaki yang tahan lama , hiasan dekoratif buatan tempatan ... bazaar memiliki semuanya.

Jika anda tidak berminat dengan cenderahati ini, singgahlah juga di bazaar ini, kerana beberapa kedai ada menjual aksesori mutiara yang akan menjadikan saat lawatan anda di sana begitu bernilai.

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

Pemandangan matahari terbenam. Itu adalah satu perkara yang pengunjung tidak akan gagal untuk memberitahu anda tentang Labuan.

Jajaran pantai sepanjang 9km dari Pantai Batu Manikar ke Pantai Sg. Miri telah memenangi Anugerah Pantai Bersih dari United Nation Environment Program di Pattaya, Thailand melalui 2nd COBSEA Marine Litter Workshop and Clean Up Campaign 2008. Anugerah berprestij ini memang layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaran dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Dari Pantai Batu Manikar, singgahlah di Pantai Batu Pohon di mana ada warung kayu untuk nelayan menjual makanan laut segar setelah mereka mendarat. Berhampiran dengannya adalah taman berpasir yang penuh dengan rintangan buatan manusia, iaitu Sudut Cabaran (Challenge Corner) sesuai untuk aktiviti kem bina semangat. Terdapat juga warung makan untuk para pemerhati matahari terbenam untuk menghilangkan haus dan lapar.

Kemudiannya ialah Pantai Pancur Hitam yang begitu cantik. Terdapat banyak pokok rhu yang tumbuh dalam baris yang teratur, memberikan teduhan dan ruangan privasi kepada pasangan pengunjung yang sedang menikmati matahari terbenam bersama sambil bersandar di kereta mereka. Seterusnya, anda akan melewati Homestay Kampung Sungai Labu yang nyaman dan mempunyai pemandangan indah pantai.

Destinasi menarik terakhir ialah Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) sebelum anda membuat perjalanan kembali ke Jalan Batu Manikar. Pada saat itu sinar matahari paling berseri-seri memandikan cahaya mereka ke dinding putih universiti kepada cahaya keemasan yang hangat.

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Australia mendarat di pulau Labuan dan teluk Brunei. Objektifnya adalah untuk mengusir pihak Jepun dari kawasan tersebut, mendirikan sebuah pangkalan tentera laut maju dan menjaminkan sumber minyak dan getah. Dengan serangan yang dikendalikan dengan baik, bilangan pihak Australian melebihi pihak Jepun dan dalam masa seminggu, semua rintangan tempatan utama telah disingkirkan

Pada 10 September 1945, Labuan, Borneo, Leftenan Jeneral Masao Baba, Komander Askar Jepun 7 dan Komander Tertinggi Kuasa-kuasa Jepun di Borneo, tiba di Labuan bagi menyerahkan kuasa-kuasa dibawah perintahnya kepada Mejar Jeneral Wootten. Majlis penyerahan rasmi diadakan di tempat ini pada tengahari 10 September 1945 dan dihadiri oleh kumpulan Kapten C.W. Pearce dan ketua Skuadron J.S. St. Heaps dari Sydney bagi pihak R.A.A.F.

Pesawat Jepun, Tachikawa K154C (HICKORY) yang membawa Leftenan Jeneral Masao Baba ke Labuan untuk majlis penyerahan rasmi dipamerkan di Muzium RAAF, Australia.

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney' – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney' dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney' dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney' masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney'. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney' telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

Tempat yang sering dikunjungi di Labuan ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial yang dilandskap dengan indah ini adalah tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan.

Pada Februari 1945, pihak Jepun yang telah menangkap kawasan pihak Bersekutu di kawasan Sandakan, mula memaksa banduan-banduan untuk berkawad ke Ranau – ia kemudiannya dikenali sebagai ‘Kawad Kematian Ranau' (Ranau Death March). Beratus-ratus banduan kehilangan nyawa semasa berkawad dan mereka yang tertinggal serta kem tawanan perang Sandakan telah dikebumikan di Kubur Perang Labuan.

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Bersekutu mendarat di Brown Beach, Tanjung Purun bagi memulakan pembebasan Borneo daripada pihak Jepun. Sebelum ini, bandar Labuan telah dibom teruk unntuk menghalau pihak musuh. Kebanyakan daripada bangunan-bangunan di situ termusnah. Pergaduhan juga berlangsung di sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘the pocket'.

Jenazah askar-askar Bersekutu dikumpul dari seluruh Borden untuk dikebumikan di taman peringatan. Berbaris penanda putih menandakan kubur-kubur tersebut. Pelawat-pelawat dapat merujuk kepada panel-panel pada barisan di mana nama askar yang dikebumikan disini akan tertera. Berbagai-bagai mesej diukir pada penanda kubur askar-askar dengan sebilangannya tertera ‘dikenal oleh Tuhan'.

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua kerap dikunjungi oleh veteran-veteran perang, khususnya dari Australia yang telah meletak Labuan sebagai destinasi penting dalam perjalanan mereka. Pada setiap Ahad pertama pada bulan November setiap tahun, satu perkhidmatan bagi menandakan Hari Peringatan diadakan di sini dan dihadiri oleh orang tempatan dan pelawat-pelawat asing. World War Memories telah dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Halaman rumput adalah disimpan dengan cantik supaya pelawat-pelawat dapat menghargai keamanan dan ketenangan bagi tempat mereka mencari pemahaman mengenai perang, kematian dan kehilangan.