CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 30, 2015

KARNIVAL MEMANCING KOLAM PUPULUTON VALLEY TAMBUNAN


* Sila klik gambar untuk lebey lanjut

KAD PRABAYAR TELEFON PADA HARGA ASAL MULAI 1 MEI

PUTRAJAYA : Semua syarikat telekomunikasi dikehendaki mengekalkan harga asal kad prabayar berdasarkan kepada konsep ‘tax inclusive’ (termasuk cukai) berkuatkuasa 1 Mei ini, seperti mana rejim cukai sebelum ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, surat arahan berhubung supaya harga kad prabayar dikekalkan telah dihantar kepada semua syarikat telekomunikasi semalam bagi memastikan syarikat-syarikat itu patuh dengan arahan tersebut.

Melalui arahan terbaharu itu setiap harga kad prabayar telah dimasukkan dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan kaedah itu sama seperti penguatkuasaan cukai perkhidmatan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan.

Wednesday, April 29, 2015

AMARAN JANGAN HADIRI MAY DAY


KOTA KINABALU : Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Salehudin Abd Rahman berkata, sesiapa sahaja yang didapati berada di Padang Merdeka semasa perhimpunan haram May Day pada 1 Mei akan ditangkap oleh polis.

Ketua Polis Bandaraya ACP M. Chandra sebelum ini menasihati orang ramai agar tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut dan memberi amaran mereka yang gagal mematuhi perintah mahkamah boleh didakwa di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana keingkaran dan boleh berdepan sehingga 6 bulan penjara atau didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Penganjur juga boleh ditahan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman dan didenda sehingga RM10,000.

Chandra berkata, 5 lokasi itu adalah Padang Merdeka, Taman Chong Thien Vun, City Park, Waterfront Segama dan Dataran Bandaraya serta persekitarannya. 16 nama individu yang dikenal pasti sebagai penganjur disenaraikan dalam perintah penyekatan di bawah Seksyen 98 Akta Prosedur Jenayah (Akta 593) yang akan bermula dari 27 April hingga 3 Mei.

FAKTA TENTANG DERIA BAYI

Manusia mempunyai lima organ deria utama iaitu, kulit, hidung, lidah, telinga dan mata. Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan rangsangan (stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling kita. 

Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan.

Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya. Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia ialah - sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya.

Setiap satu daripada organ deria kita sensitif terhadap hanya satu jenis rangsangan. Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.

Namun tahukah anda, bayi mempunyai deria bau yang kuat dan boleh mengenali bau badan ibunya sebaik sahaja dilahirkan.

FAKTA TENTANG ORANG BEKERJA WAKTU MALAM, TIDUR SIANG

Normal bagi kita bekerja bermula awal pagi hingga ke petang. Malam hari pula adalah waktu ideal untuk merehatkan diri dan fikiran. Namun, sekarang ini dikebanyakan di kota besar, malam juga cukup lancar untuk melakukan sebarang aktiviti harian. Selain bersantai-santai pada malam hari, ada juga antara kita terus fokus dengan kerja seperti doktor, penyampai radio, wartawan dan sebagainya.

Sebenarnya, hormon kita bekerja pada malam hari di saat kita sedang tidur. Selain hormon melatonin iaitu hormon yang hanya diproses waktu malam hari, saat tidur juga akan mengeluarkan hormon pertumbuhan. Hormon ini berperanan dalam memproses peremajaan sel. Itu sebabnya jika kualiti tidur tidak baik, orang itu akan kelihatan cepat tua.

International Classification of Sleep Disorder menyebutkan, pekerja shift berisiko lebih tinggi untuk menderita penyakit kardiovaskular dan pencernaan. Bekerja di luar waktu normal juga menghilangkan waktu bersosialisasi, sehingga mempengaruhi kesihatan jiwa seseorang.

Para pekerja malam juga berisiko mengalami kanser. Pada waktu tidur, kadar sel-sel pembunuh dalam darah sangat tinggi. Ini kerana sel penguat daya tahan tubuh, termasuk dari serangan sel tumor atau kanser. Orang yang bekerja waktu malam, dikenali sebagai Lychnobite iaitu sebutan untuk orang yang bekerja pada malam hari dan tidur pada waktu siang.

FAKTA TENTANG KERAK BUMI


Kerak bumi merujuk kepada lapisan luar planet bumi. Pemukaan sesebuah planet kebiasaannya terbentuk dari bahan yang kurang tumpat berbanding dengan lapisan yang lebih dalam. Hanya 1/3 kerak bumi merupakan daratan, yang lain dilitupi oleh lautan. Ketebalan kerak bumi adalah di antara 10 hingga 30 batu.

Kerak bumi, yang merupakan bahagian atas litosfera, terbahagi kepada dua lapisan. Lapisan atas ialah benua, yang terdiri daripada granit. Manakala di bawah granit ialah satu lapisan batu keras yang dipanggil basalt.

Pada planet yang separa-cecair, seperti Bumi, permukaan bumi terapung di atas lapisan dalam yang cair. Kerak sepertinya sering terbahagi kepada kepingan yang dikenali sebagai plat tektonik yang disebabkan oleh pergerakkan magma cair di bawahnya, mampu bergerak. Ini merupakan fenomena teori hanyutan benua. 

Selain itu pertembungan di antara dua plat tektonik mampu menghasilkan gunung berapi. Kira-kira 45% daripada kerak bumi terdiri daripada oksigen.




FAKTA TENTANG BAKTERIA

Bakteria ialah satu kumpulan utama organisma unisel. Kajian bakteria digelarkan bakteriologi, satu sub-bidang mikrobiologi. Bakteria adalah organisma yang paling banyak terdapat di dunia dan sentiasa boleh didapati di dalam tanah serta di dalam air. 

Secara amnya, bakteria mempunyai dinding sel yang serupa dengan sel tumbuhan dan kulat, tetapi dinding sel bakteria biasanya diperbuat daripada peptidoglikan dan bukannya daripada selulosa (seperti untuk tumbuhan) atau kitin (seperti untuk kulat), dan tidak berhomolog dengan dinding sel eukariot. Banyak bakteria bergerak dengan menggunakan flagelum yang mempunyai struktur yang berbeza dengan flagelum kumpulan lain.

Biasanya terdapat 40 juta sel bakteria di dalam satu gram tanah dan 50 juta sel bakteria di dalam satu titis air.

FAKTA TENTANG LEBAH


Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartika. Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa jeli diraja ke sarang sekadar yang termampu. 

Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di pohon kayu dan pada atap rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan madu bunga dan debunga. Namun, seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan sesudu besar madu.

KARNIVAL MEMANCING KOLAM REKREASI LAMANDA


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Tuesday, April 28, 2015

KEPUTUSAN PERTANDINGAN AKHIR JUARA CARTA LAGU DUSUN MUSIM KE-5



Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun musim ke-5 anjuran RTM Sabah Vfm dengan kerjasama Pejabat Daerah Kecil Matunggong Kudat telah diadakan pada 25 April 2015 bermula jam 7.00 malam.

Antara 10 finalis yang telah berentap pada pertandingan tersebut ialah Jovita Robert Johnny, Jamirus Jumian, Sannie Hassan Mudin, Freddy Harmthon, Stefanie Patrick, Mary Intiang, Jalius Jaibin, Elthon Johnny, Romeno Suali dan Wenceslaus Justin. 

Berikut merupakan keputusan Pertandingan Akhir Juara Carta Lagu Dusun musim ke-5. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Bagi finalis yang tidak berjaya kali ini, teruskan untuk aktif berkarya.

 *JUARA LAGU - ROMENO SUALI ( TENGHILAN TUARAN )

*KEDUA - JOVITA ROBERT JOHNNY ( TENGHILAH TUARAN )

*KETIGA - FREDDY HARMTHON ( KIULU TUARAN )

*ARTIS PALING POPULAR UNDIAN SMS - JAMIRUS JUMIAN ( RANAU )

*LIRIK TERBAIK - JOVITA ROBERT JOHNNY ( TENGHILAH TUARAN )

*VOCAL TERBAIK - ROMENO SUALI ( TENGHILAN TUARAN )

*PERSEMBAHAN TERBAIK - ELTON JOHNNY ( KENINGAU )

CABARAN MEMANCING SEMPENA HARI PEKERJA 1 MALAYSIA


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

RUMAH TERBALIK AKAN ANJUR "CHARITY REVENE RUN"


Rumah Terbalik (RT) Tamparuli akan mengadakan "Charity Reverse Run 2015" pada 14 Jun ini bermula jam 4.30 petang di bangunan RT. Secara kebiasaan, mana-mana program larian adalah secara berlari ke depan tetapi RT membuat kelainan dengan menganjurkan Larian Membelakang atau Mengundur.

Menurut pemilik RT, Alexander Yee, kesemua dana di dalam program itu nanti akan disumbangkan kepada Pertubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia. Larian itu akan bermula dan berakhir di RT dimana jarak larian adalah sejauh 2 KM dan peserta adalah dihadkan seramai 300 orang peserta sahaja. 

Bayaran yuran penyertaan termasuk t-shirt adalah sebanyak RM30.00 untuk dewasa dan kanak-kanak. Borang penyertaan boleh dimuat turun melalui laman Facebook iaitu Charity Reverse Run - Rumah Terbalik dan mestilah dihantar sebelum 5 Jun 2015 atau datang terus ke pejabat di alamat Lot 226, 2nd Floor, Wisma Sabah, 88000 Kota Kinabalu Sabah.

Program Charity Reverse Run 2015 itu jatuh pada tarikh "Hari Derma Darah Sedunia 2015" yang bertemakan "Thank You For Saving My Life". Pertubuhan Komuniti Penderma Darah Malaysia juga akan mengadakan kempen menderma darah pada hari yang sama. Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-861 4688.

Monday, April 27, 2015

IMIGRESEN TINGKAT USAHA HALANG LABUAN JADI TRANSIT KE KL

LABUAN : Jabatan Imigresen Labuan berjaya menggagalkan percubaan untuk menjadikan Labuan sebagai pusat transit ke ibu negara, Kuala Lumpur. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, walaupun bilangan anggota penguatkuasaan terhad, Jabatan Imigresen disini berjaya melaksanakan tugas mereka dengan sewajarnya. Tahun lepas, jabatan itu berjaya menumpaskan sindiket 13 warga Bangladesh yang menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur dari Labuan menggunakan dokumen perjalanan palsu dan ini merupakan sejarah dalam tugas penguatkuasaan Jabatan Imigresen Labuan.

Sekurang-kurangnya 82,000 warga asing direkodkan di pulau itu sepanjang tahun lepas dan pergerakan mereka dipantau oleh 91 anggota penguatkuasa Imigresen. 129 operasi yang telah dijalankan tahun lepas di pulau bebas cukai ini membabitkan 572 pendatang asing tanpa izin ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.




Sunday, April 26, 2015

GEMPA BUMI KEDUA TERKUAT DI NEPAL

KATHMANDU : Sekurang-kurangnya 1,182 orang terbunuh selepas gempa bumi kuat berukuran 7.9 skala Richter menggegarkan Nepal, hari ini, mengakibatkan kemusnahan di ibu negara, Kathmandu dan jalan-jalan rosak teruk. 

Jumlah itu termasuk 36 korban di utara India, 12 orang di Tibet, China dan empat orang di Bangladesh. Angka korban dijangka terus meningkat ekoran banyak bangunan kediaman dilaporkan runtuh akibat gempa tersebut, selain ramai mangsa cedera dikejarkan ke hospital di Kathmandu untuk mendapatkan rawatan.

Gegaran turut dirasai di seluruh pergunungan Himalaya dan beberapa kawasan di utara India dari Rajasthan hingga ke timur laut India dan Delhi. Kerajaan Nepal turut mengisytiharkan darurat di negara ini ekoran bencana tersebut.

Media Nepal melaporkan sebuah menara bersejarah yang dibina pada abad ke-19 turut runtuh menyebabkan sekurang-kurangnya 50 orang terperangkap dan 12 pengunjung terbunuh. Menara Dharara setinggi 8 tingkat itu yang dibina pada tahun 1832 merupakan bangunan bersejarah yang sering menjadi tumpuan pelancong sejak 10 tahun lalu.

Pusat Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata, gempa dikesan berpusat 80 kilometer di timur Pokhara pada kedalaman dua kilometer, disusuli gegaran sekuat 6.6 skala Richter. Ia merupakan gempa kedua terkuat melanda Nepal, selepas gempa pada 1934 berukuran 8 pada skala Richter.

Pihak berkuasa Nepal mengarahkan penduduk agar berkumpul di tempat lapang ekoran kebimbangan gegaran susulan. Lapangan terbang antarabangsa Kathmandu juga ditutup ekoran bncana itu dan kesemua penerbangan dipindahkan ke New Delhi.

Dalam perkembangan sama, seorang pendaki Gunung Everest, Alex Gavan melaporkan, gempa itu turut mengakibatkan runtuhan salji di gunung tertinggi di dunia tersebut. Sekurang-kurangnya 13 pendaki maut setelah kem induk mereka dihempap runtuhan salji dengan jumlah kematian dijangka terus meningkat. 

Saturday, April 25, 2015

WANITA SEDANG MARAH TAYANG DADA



KUALA LUMPUR : Heboh dilaman sosial yang menjadi viral mengenai rakaman yang memaparkan seorang wanita dilihat membuka pakaiannya di tengah-tengah kawasan membeli-belah yang sibuk. Insiden dipercayai berlaku di Petaling Street. 

Pada mulanya wanita dalam video tersebut dikatakan pelancong tetapi selepas siasatan, pihak media mendapati wanita itu sebenarnya merupakan warga tempatan. Video berdurasi seminit itu menyaksikan wanita berkenaan sedang marah lalu bertindak membuka baju sebelum menanggalkan baju dalamnya. Identitinya sebagai warga tempatan terbukti apabila dia bertutur menggunakan Bahasa Melayu dalam video itu. 

Menurut seorang wanita yang juga merupakan anak pemilik restoran di kawasan terbabit, wanita yang tidak berpakaian itu memesan dua botol bir tetapi tidak hanya membayar untuk satu botol sahaja. Anak perempuan pemilik restoran itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, mereka kemudiannya menuntut wanita itu supaya membayar baki bil tetapi dia enggan.

Mereka juga mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan wanita tidak berpakaian itu tidak membayar untuk kedua botol birnya. Berang lantaran dituduh Lee, wanita itu berkali-kali menafikan dia tidak membayar penuh. Menurut Lee, mereka kemudian mengejar perempuan itu dan tidak lama kemudian, wanita itu mula bertindak menanggalkan pakaiannya.

Lee juga berkata ini bukan kali pertama dia melihat wanita berkenaan di kawasan itu, sambil menambah bahawa beberapa pemilik kedai makan lain di kawasan itu juga mendakwa dia juga pernah menipu mereka.

SUGANDOI KAAMATAN LABUAN BUKA PENYERTAAN

Sugandoi Kaamatan Labuan membuka penyertaannya kepada warganegara berketurunan Kadazandusun Murut tanpa mengira menetap di dalam atau di luar WP Labuan. Sesi pendaftaran dan saringan akan diadakan pada 2 Mei 2015 di Auditorium Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan sebelum peringkat final pada 9 Mei di Dewan Serbaguna Blessed Sacrament Labuan.

Johan, Naib Johan dan pemenang tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai masing-masing RM1000, RM700 dan RM500 serta hadiah iringan lain piala, sijil dan hamper. Pemenang tiga tempat utama ini juga berpeluang merakamkan single bersama Pusakag. Johan Sugandoi Kaamatan Labuan secara automatik akan mewakili WP Labuan ke peringkat negeri Sabah pada 22 Mei 2015 di Hongkod Koisaan, Penampang.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Ronney Ajim 013-559 5111 atau Carol Mickey 013-546 7072.

Friday, April 24, 2015

KARNIVAL MEMANCING KOLAM KISAGING KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey lanjut

SABAH FEST PAMER BUDAYA PENDUDUK TINGGAL DEKAT GUA DI PANTAI TIMUR


KOTA KINABALU : Sempena dengan sambutan Sabah Fest 2015, sebuah persembahan muzikal ‘AGOP’ akan diadakan di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah di sini bermula 1 hingga 3 Mei ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, program selama tiga hari itu turut dimeriahkan lagi dengan pameran jualan kraftangan dan makanan tradisional bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam.

Pelakon dan penari persembahan muzikal tersebut akan dibarisi tujuh etnik dari lima daerah di negeri ini termasuk etnik Tidong dari Tawau, Dusun Sandayoh (Paitan) dan Dusun Melangkap (Kota Belud). Selain itu, etnik Dusun Subpan, Dusun Begak dan  Ida’an dari Lahad Datu serta Orang Sungei dari Sandakan akan turut menjayakan persembahan berkenaan.

Persembahan muzikal tersebut akan menceritakan pelbagai kisah menarik mengenai seorang Panglima Ong Song Peng dari China yang membuat keputusan untuk tinggal di negeri ini selepas jatuh cinta dengan seorang gadis tempatan. AGOP membawa maksud gua bagi kebanyakan etnik masyarakat di pantai timur negeri ini.

Orang ramai yang ingin menyaksikan persembahan muzikal tersebut boleh mendapatkan tiket berharga RM50.00 melalui Sri Pelancongan Sabah Sdn Bhd dengan menghubungi talian 088-232121.

Thursday, April 23, 2015

PERTANDINGAN MEMANCING PERSISIR PANTAI WP LABUAN


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

PEMBERSIHAN BESAR-BESARAN SEMPENA HARI PENYU DUNIA MABUL


Satu pembersihan secara besar-besaran akan menjadi sebahagian daripada Hari Penyu Dunia Mabul tahunan kali ini dengan pembersihan dijangka dijalankan dikedua-dua permukaan dan dalam air. Ini kerana satu daripada ancaman terbesar penyu ialah sampah yang terapung, terutamanya beg plastik.

Acara pada tahun ini akan dihoskan oleh Borneo Divers and Sea Sports yang akan diadakan pada 18 Mei hingga 21 Mei 2015 di Borneo Divers Mabul Resort, Mabul Island. Acara itu dijangka akan dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Kebudayaan Dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun.

Program ini mendapat kerjasama daripada Borneo Connection, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Taman-taman Sabah, Lembaga Pelancongan Sabah dan Pejabat Daerah Semporna. Untuk maklumat lanjut berkenaan bagaimana untuk terlibat dalam acara Hari Penyu Dunia Mabul orang ramai boleh melawat laman Facebook www.facebook.com/BorneoDiversMabulResort atau melalui mabulworldturtleday@gmail.com.

PENGELUARAN KWSP KEKAL PADA USIA 55 TAHUN

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) boleh mengekalkan hak mereka untuk mengeluarkan caruman pada usia 55 tahun. KWSP akan memastikan sebarang penambahbaikan akan hanya terpakai kepada caruman baharu sekiranya pencarum memutuskan untuk bekerja setelah melepasi umur 55 tahun.

Najib, ketika berucap dalam majlis itu, berkata meskipun memahami pentingnya simpanan persaraan pada umur 60 tahun, kerajaan juga sentiasa mendengar pandangan rakyat serta memahami bahawa sebahagian besar pencarum KWSP mahu hak untuk menggunakan dana persaraan mereka pada umur 55 tahun.

Dalam hanya dua hari proses perundingan dalam talian yang diwujudkan baru-baru ini, terdapat lebih 50,000 rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dan memberi pandangan mereka. Kaji selidik itu bermula Selasa lepas dan akan berakhir pada 5 Mei 2015.

Baru-baru ini, KWSP dilaporkan sedia menimbangkan untuk meminda had umur yang dibenarkan bagi pencarum mengeluarkan caruman mereka daripada 55 tahun sekarang kepada usia persaraan 60 tahun, yang mendapat kritikan pelbagai pihak.

Wednesday, April 22, 2015

KARNIVAL PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM GREEN VIEW


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

MINI GAME MEMANCING PANTAI KG LABUAN KUDAT


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

PESTA MEMANCING KOLAM SIBA


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

RM 2.3b UNTUK TINGKAT PENJANAAN, PENGHANTARAN TENAGA ELEKTRIK DI SABAH, LABUAN


KUALA LUMPUR : Kerajaan meluluskan peruntukan RM 2.295 bilion bagi 5 tahun akan datang sehingga 2020 untuk meningkatkan penjanaan dan penghantaran elektrik dalam usaha untuk mengatasi isu bekalan elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KETTHA) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, kerajaan juga bersetuju untuk mewujudkan sebuah pasukan projek khas untuk mengawal selia projek bekalan elektrik di Sabah dan Labuan.



CABARAN ORANG KUAT KENINGAU


Cabaran Orang Kuat Keningau akan diadakan pada 25 April 2015 di kawasan Apin-Apin bermula jam 8.00 pagi. Pertandingan ini menjanjikan hadiah yang lumayan berjumlah lebih RM 5,000 kepada pemenang. Johan RM 2,000, naib johan RM1,500 dan tempat ketiga RM 1,000. Manakala tempat keempat menerima wang tunai RM 700 dan tempat kelima RM 500. Tempat keenam, ketujuh dan kelapan masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM 300, RM200 dan RM100.

Yuran penyertaan Cabaran Orang Kuat Keningau adalah sebanyak RM 120 sahaja. Para peserta akan melalui sebanyak 6 cabaran iaitu Farmer's Walk, Tire Flip. Log Press, Truck Pull, Atlas Stone dan Yolk Walk. Namun, jika keadaan kurang sesuai akan digantikan dengan cabaran Car Dead-Lift. 

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Roger 016-880 0097.

Tuesday, April 21, 2015

SABAH vs KEDAH


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

GAMBAR KUMPULAN REMAJA DIDAKWA MEROMPAK TERSEBAR

KOTA KINABALU :  Wajah beberapa remaja yang didakwa ditangkap selepas merompak sebuah kedai serbaneka di Bandaran tersebar luas di media sosial. Beberapa gambar menunjukkan kumpulan remaja itu di dalam sebuah kereta dan duduk diluar sebuah premis di bandaraya mula tersebar melalui Facebook dan WhatsApp.

Teks yang mengiringi gambar-gambar itu mendakwa, kumpulan remaja itu melarikan diri dalam sebuah kereta Wira dan dikejar oleh polis yang memberkas mereka di Taman BDC Inanam. Turut didakwa bahawa kumpulan remaja itu terlibat dalam rompakan di sebuah kedai serbaneka di Bandaran yang akhirnya membawa kepada penangkapan mereka.

Ketua Polis Bandaraya, ACP M. Chandra tidak memberikan butiran lanjut dan akan mengadakan satu sidang media mengenai kejadian itu di Balai Polis Karamunsing.

Monday, April 20, 2015

TEMUJANJI MINGGU SETIAUSAHA


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

SUSPEK PUKUL KANAK-KANAK DALAM VIDEO DIKENALPASTI

IPOH : Polis sudah mengenal pasti suspek yang memukul seorang kanak-kanak dalam video yang menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata berikutan penyebaran video menunjukkan seorang wanita memukul kanak-kanak, polis sudah menyiasat dan mengenalpasti pelaku di dalam video berkenaan. Katanya, siasatan kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Satu laporan polis dibuat pada 19 April lalu oleh seorang perempuan iaitu saudara kepada mangsa. Polis sudah kenal pasti suspek iaitu seorang perempuan berusia 17 tahun yang juga ibu kepada mangsa" katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Suspek ditahan hari ini di Ipoh dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

Sunday, April 19, 2015

SABAH INTERNATIONAL FISHING TOURNAMENT 2015


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

LAGI KEJADIAN ROMPAKAN DI SUKAU, PEMILIK KEDAI CEDERA DITEMBAK

KOTA KINABALU : Seorang pengurus ladang ditembak mati manakala pemilik ladang tersebut mengalami kecederaan dalam insiden rompakan semasa pembayaran gaji pekerja di Kinabatangan, Sabah.

Pengurus Yuen Wing Wah, 50, disahkan maut sebaik tiba di hospital Kinabatangan manakala pemilik ladang, Danny Wong, 30, masih berada dalam keadaan kritikal selepas kumpulan bersenjata dipercayai pekerja di ladang tersebut melepaskan tembakan sebelum melarikan wang gaji tersebut.

Jumlah sebenar wang yang dilarikan masih belum disahkan tetapi ia dipercayai antara RM18,000 dan RM84,000. Insiden itu berlaku di pejabat Ladang Tongsang di Sukau, Kinabatangan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis mengenal pasti dua suspek berusia dalam awal 20-an. Katanya, usaha sedang dijalankan untuk memburu mereka. Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Saturday, April 18, 2015

PEGAWAI KESELAMATAN MENGAMUK BUNUH PEGAWAI BANK


JOHOR BAHRU : Seorang pegawai lelaki sebuah bank di Taman Molek di sini maut, manakala seorang lagi wanita yang juga rakan sekerjanya cedera selepas pengawal keselamatan bank berkenaan mengamuk dan menikam mangsa hingga mati.

Dalam kejadian pada pukul 3.50 petang itu, mangsa berusia 33 tahun maut akibat ditikam di bahagian leher dan muka, manakala rakannya berusia 50-an hanya mengalami kecederaan selepas terkena libasan pisau yang digunakan suspek.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, suspek berusia 30-an yang tidak melarikan diri ditahan di lokasi kejadian dan pihaknya menemukan pisau yang digunakan dalam kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Friday, April 17, 2015

PERGADUHAN ANTARA PELAJAR BERPAKAIAN PBSM DAN ST JOHN MENJADI VIRAL DI MEDIA SOSIAL

PENAMPANG : Satu rakaman pergaduhan melibatkan pelajar perempuan dipercayai dari sebuah sekolah di sini dengan berpakaian baju T persa­tuan menjadi viral dalam aplikasi sosial Whats­App.

Video klip berdurasi 49 saat itu tercetus dipercayai akibat ketidakpuasan dalam kalangan seorang pelajar yang memakai pakaian Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dengan pelajar dari persatuan St. John Ambulance.

Menerusi rakaman tersebut, pelajar dari PBSM itu dilihat terlebih dulu me­numbuk muka dan menendang badan pelajar dari St. John Ambulance ber­kenaan. Tindakan tersebut kemudiannya cuba diapi-apikan dengan seorang daripada rakan yang memukul meminta mangsa membalas tindakan tersebut.

Thursday, April 16, 2015

KARNIVAL MEMANCING KOLAM DPIAN


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

PROJEK AMAL 1MALAYSIA ANJUR PROGRAM RENANGAN SOLO



KOTA KINABALU : Projek Amal 1Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menganjurkan Program Renangan Solo sejauh 60km (32.39 batu nautika) dari Kuala Penyu ke Tanjung Aru pada 2 hingga 3 Mei depan. Projek Amal 1Malaysia dibawah naungan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (Pribumi's) itu memilih Program Renangan Solo untuk mencipta satu sejarah baharu yang akan turut direkodkan dalam buku Malaysia Book Of Records.

Presiden Pribumi's Dato' Abdul Tani Lo Shen Foh berkata, program renangan solo sejauh 60km di Pekan Kuala Penyu pada 2 Mei bermula jam 7 pagi dan berakhir di Pantai Tanjung Aru pada hari Ahad 3 Mei. Renangan solo itu akan dilakukan oleh Mohd Ikhmil Fawedz Mohd Hanif, 40, lulusan Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Crown University, berasal dari Gombak Selangor tetapi kini bermastautin di Sabah.

Matlamat utama penganjuran projek amal itu adalah untuk membantu golongan anak yatim, OKU selain memberi pendedahan kepada belia dan beliawanis untuk bersukan. Program ini mendapat kerjasama daripada kementerian, jabatan persekutuan dan industri pelancongan Sabah. Sementara itu, Mohd Ikhmil Fawedz melahirkan rasa terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah dan pihak penganjur kerana membantu merealisasikan renangan solo tersebut.

Wednesday, April 15, 2015

PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM SI DADDY KG BINGKOR BARU KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

HARRIS MENANG SAMAN RM150,000 KES FITNAH MENGENAI PENYERAHAN LABUAN

KOTA KINABALU : Isu penyerahan Labuan kepada Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 selesai dengan keputusan James Albanus @ Richard diperintah membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 dengan kos sebanyak RM20,000 kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh atas tuntutan balas saman fitnah.

Melalui satu artikel yang diterbitkan oleh akhbar tempatan pada 8 Mac 2012 bertajuk ‘Harris Sued for giving away Labuan 28 years ago’, yang mana Harris merasakan ia fitnah ke atas dirinya.

Sebelum ini, James telah memfailkan saman terhadap mantan Ketua Menteri Sabah ini dengan kes yang sama pada 16 April 1984. Walau bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menolak kes tersebut kerana berpendapat tiada alasan penyerahan Labuan tidak mengikut undang-undang, kerana ianya sesuai dengan kuasa pindaan Persekutuan.

Dalam penghakiman itu, perubahan sempadan Sabah adalah mengikut undang-undang berdasarkan Artikel 2 (b) Perlembagaan Persekutuan, yang mana Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang bagi mengubah sempadan mana-mana negeri. Bersandarkan kepada perkara itu, Labuan diserahkan kepada Wilayah Persekutuan mengikut persetujuan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN).

James memfailkan saman pada 7 Mac 2012 dan memohon pengisytiharan daripada mahkamah bahawa Harris bertindak menyalahi undang-undang dalam menyerahkan Labuan kerana tuntutannya merujuk kepada penyerahan kepada Kerajaan Persekutuan adalah salah di sisi undang-undang, kerana tidak dijalankan secara referendum.

Tuesday, April 14, 2015

KERATAN AKHBAR SEMPENA PERASMIAN PELANCARAN KEMPEN MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN DAN KESEDARAN PENGGUNA DI DEWAN SERBAGUNA, KG TITINGAN TAWAU, SABAH

Keratan akhbar New Sabah Times, Harian Ekspres, The Borneo Post dan Utusan Borneo sempena Perasmian Pelancaran Kempen Memperkasakan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna FASA II di Dewan Serbaguna, Kg Titingan, Tawau oleh YB Datuk Haji Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Negeri merangkap ADUN N56 Apas pada 11 April 2015. Program anjuran Consumers Front of Sabah dengan kerjasama UMNO Bahagian P190 Tawau, KPDNKK, Bank Rakyat dan Community Policing Malaysia Sabah.






* Sila klik gambar untuk lebey jelas


MINI GAME KOLAM SUNGAI BIRU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

SABAH FA vs PKNS


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

KES KERACUNAN KERANG-KERANGAN PARALITIK DI LABUAN

LABUAN: Dua kes keracunan kerang-kerangan paralitik (PSP) dilaporkan di Labuan berikutan fenomena air pasang merah di perairan pulau berkenaan, sejak awal bulan ini.

Pengarah Kesihatan Labuan, Dr Ismail Ali berkata, dua nelayan tempatan di Sungai Miri di sini disahkan mempunyai gejala PSP dan telah dirawat sebagai pesakit luar.

Beliau berkata, gejala awal termasuk kesemutan bibir dan sakit kepala yang teruk dan boleh menyebabkan lumpuh pada dada pesakit dan otot perut yang boleh menyebabkan kematian dalam tempoh dua hingga 23 jam.

Beliau berkata, penduduk kampung yang tinggal berhampiran kawasan pantai mesti mengelak daripada memakan sebarang jenis kerang-kerangan atau plakton berinjap dua segera.

Air pasang merah dinamakan selepas warna kemerahan yang dihasilkan plankton bertoksin dan hidupan laut tertentu yang memakan plankton yang tercemar sekali gus menyebabkan kematian di Sabah pada awal 1980-an.

Monday, April 13, 2015

GALA FESTIVAL DAN ANUGERAH FILEM ANTARABANGSA ASEAN (AIFFA) 2015


KUCHING : Malaysia membolot 2 anugerah pada malam Gala Festival dan Anugerah Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) 2015 yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching. Kedua-dua anugerah itu ialah filem terbaik (Terbaik Dari Langit) dan Pelakon Terbaik, Bront Palare dari filem yang sama (Terbaik Dari Langit).

AIFFA 2015 yang disahkan oleh 10 Menteri Pelancongan ASEAN dan dihadiri oleh 200 personaliti dan selebriti antarabangsa menjadi platform terbaik untuk mempromosikan kerjasama perniagaan dan rangkaian dalam industri perfileman ASEAN.

AIFFA 2015 juga memperlihatkan bahawa Malaysia mempunyai dua peranan, bukan sahaja sebagai hos AIFFA tetapi juga sebagai Pengerusi ASEAN dan festival filem itu merupakan langkah ke arah penubuhan komuniti ASEAN pada akhir tahun.

Turut hadir pada malam gala ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg; bintang filem antarabangsa Datuk Jackie Chan dan pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia Tan Sri Michelle Yeoh.


Senarai pemenang:

Pengarah terbaik - Joseph Laban - 'Nuwabe' - Filipina

Filem terbaik - "Terbaik Dari Langit" - Malaysia

Pelakon wanita terbaik - Cherie Gil - "Sonata" - Filipina

Pelakon pembantu wanita terbaik - Nadiah Wahid - "Yasmine" - Brunei

Pelakon lelaki terbaik - Bront Palare - "Terbaik Dari Langit" - Malaysia

Pelakon pembantu lelaki terbaik - Sok Sothun - "The Last Reel" - Kemboja

Fotografi terbaik - Dang Xuan Truong - "Inseminator" - Vietnam

Penyuntingan terbaik - Benjamin Tolentino - "Bendor" - Filipina

Skrip filem terbaik- Ben Sihombing - "Soekarno" - Indonesia


Hadiah Khas Juri:

1. "The Lion Men" - Singapura

2. "O Pee Mak" - Thailand


Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Nora Aunor - Filipina

Anugerah Semangat Asean - "Purok 7" - Filipina

Anugerah Inspirasi ASEAN - Datuk Jackie Chan

LAWATAN CFOS KE PASAR TAWAU

TAWAU : EXCO Consumers Front of Sabah (CFOS) atau Barisan Pengguna Sabah telah membuat membuat tinjauan ke pasar ikan dan pasar besar Tawau pada 12 April 2015 yang lalu. Tinjauan dibuat atas permintaan para peniaga dan juga pengguna di mana pelbagai aduan telah diajukan kepada pihak yang berwajib malangnya tidak pernah atau lambat diambil tindakan.

CFOS sendiri telah berjumpa dengan peniaga dan menemubual beberapa pengguna mengenai aduan yang dikemukakan. CFOS sebelum itu telah meneliti aduan-aduan tersebut sebelum ke Tawau dan didapati hampir semua aduan mempunyai asas dan bukti yang kukuh.

CFOS akan mengajukan aduan-aduan tersebut kepada pihak-pihak yang berwajib untuk bertanggungjawab menyelesaikannya dalam tempoh terdekat ini. Tinjauan ke premis-premis perniagaan adalah sebahagian daripada program CFOS sempena dengan Kempen Memperkasakan Pendidikan dan Kesedaran Pengguna FASA II.











LABUAN

LABUAN

MENGENAI LABUAN

Sejarah Wilayah Persekutuan Labuan
Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)

1800
Labuan sebahagian daripada pemerintahan Brunei. Labuan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun.

1846
Labuan secara rasmi diserahkan kepada British oleh Raja Muda Hasim pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai pelabuhan bebas.

1888
Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali sebagai The Chartered Company.


1907
Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

1942
Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

1945
Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

1947
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

16 April 1984
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.


1 Oktober 1990
Labuan diisytihar sebagai Pusat kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

PENGINAPAN

PENGINAPAN

PENGINAPAN HOTEL DAN HOMESTAY DI LABUAN

Hotel

1.Hotel Grand Dorsett Labuan (087) 422 000

2.Hotel Tiara (087) 414300

3.Hotel Billion Waterfront (087) 418111

4.Hotel Palm Beach Resort & Spa (087) 418700

5.Hotel Pulau Labuan 1 (087) 416288

6.Hotel Pulau Labuan 2 (087) 422388

7.Hotel Mariner (087) 418822

8.Hotel Sara (087) 415555

9.Hotel Ambassador 1 (087) 423233

10.Hotel Ambassador 2 (087) 581242

11.Hotel Ambassador 3 (087) 414599

12.Hotel Avida (087) 416868

13.Hotel Global (087) 425180

14.Hotel Victoria (087) 412411

15.Hotel Pulau Labuan Inn (087) 416833

16.Hotel HPL Apartment (087) 583533

17.Hotel Red Tomato (087) 412963

18.Hotel Perdana (087) 420922

19.Hotel Sky Global (087) 431219

20.Hotel Melati Inn (087) 416307

21.Hotel Oriental (087) 419019

22.Beta Service Apartment (087) 453 333

23.Hotel Southern (087) 414211

24.Hotel Pantai View (087) 411339

25.Hotel 6 Inn (087) 411227

26.Hotel Expo (087) 426688

27.Hotel Aifa (087) 424888

28.Hotel One (087) 451369

29.Hotel Millenium (087) 421278

30.Hotel Fah Fah (087) 417712

31.Hotel Fratini Inn (087) 424545

32.Hotel Ocean (087) 410633

33.Hotel RK Cahaya (087)419516

34.Hotel Poh (087) 431375

35.Hotel Transit (087) 431133

36.Hotel Home Labuan (087) 425333

37.Hotel Mi Casa (087) 416323

38.Hotel H & H (087) 420200

39.Hotel Premier (087) 428948

40.Hotel Lazenda (087) 580800

41.Hotel Asia (087) 417712

42.Hotel Lai Lai (087) 443533

43.Hotel Grand Nadia (087) 442605

44.Hotel California (087) 41800

45. Hotel Lazenda Point (087) 418444



Homestay

1.Homestay Bukit Kuda 013-8511907 / 012-8289158

2.Homestay Sungai Labu 016-8041147 / 016-8430172

3.Homestay Patau-Patau 016-8363404 / 016-8424981

4.Homestay Srindung Sireh Inn 019-9366634 / 019-8820117

5.Homestay Siang Guest House 013-816 2198

6.Homestay Labuan Taman Arena 017-866 8870 / 016-839 1950

7.Homestay Papaya Beach Lodge 016-585 5801 / 019-850 1590

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

Pantai Batu Manikar - Pemandangan menarik ketika matahari terbenam. Itulah kemestian bagi pengunjung yang berkunjung ke Labuan. Anda boleh melihatnya di sepanjang Jalan Batu Manikar di mana Universiti Malaysia Sabah (UMS) terletak. Ketika langit sudah cerah (seperti kebiasaannya di Labuan), matahari terus bersinar seperti sama dengan abad-abad yang lalu. Fenomena menarik matahari terbenam akan bermula selepas pukul 6 petang.

Pantai Batu Manikar - Layang Layangan yang terkenal ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melihat matahari terbenam. Ini adalah jajaran pantai yang panjang dihiasi dengan pokok rhu dan pohon kelapa. Lorong pejalan kaki di sediakan untuk kemudahan orang ramai untuk berjalan-jalan mahupun berjoging, dengan suasana redup semulajadi oleh pokok-pokok di sekeliling. Udara segar, bayu laut dan pemandangan menarik ini tentunya merupakan bonus tambahan kepada peminat senaman di luar sana. Pantai Batu Manikar - Layangan Layang telah memenangi Anugerah Kebersihan Pantai COBSEA 2008. Anugerah berprestij ini sememangnya layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaraya dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Pantai Layang-Layangan - merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantai yang berpasir mengajak anda untuk berbaring dan berjemur di bawah sinaran matahari dengan ombak pantai memukul-mukul di kaki anda. Pantai Layang-Layangan merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantainya yang berpasir putih menggoda, menjemput anda untuk berbaring dan menikmati matahari dengan suara ombak memukul-mukul di tepi pantai. Lorong berbasikal dan meja perkelahan yang dinaungi oleh pohon rendang. Di sini juga boleh didapati banyak warung makanan dengan band-band muzik mengadakan persembahan di setiap hujung minggu. Menunggang kuda dan berbasikal adalah beberapa kegiatan rekreasi yang popular di pantai ini. Taman Keamanan juga terletak berdekatan. Manikar Beach Resort juga terletak di sekitar kawasan yang sama.

Pantai Pancur Hitam - Ini adalah salah satu pantai yang berkembang pesat di Labuan. Sebuah taman yang indah membentang terus ke pantai berpasir yang panjang. Terletak di pantai utara Labuan, Pantai Pancur Hitam adalah rumah peribadi yang terbesar dan paling mewah di Labuan ini - "Rumah Jutaan Keamanan". Jalan-jalan yang berhampiran rumah ini, Jalan Batu Manikar dan Jalan Pancur Hitam, di reka dan di hiasi dengan amat cantik. Hanya di depan rumah, deretan gerai-gerai menawarkan air kelapa segar, kepak ayam, popcorn dan masakan tempatan dan makanan ringan lain yang lazat. Di sebelah rumah tersebut, ada jalan kecil yang akan membawa anda ke Bukit Pohon Batu (Pohon Batu Hill), puncak tertinggi kedua di Labuan, di mana anda boleh menikmati laluan hutan trekking. Di puncak bukit ini, anda akan disambut dengan pemandangan pantai yang indah yang membentang di sepanjang garis pantai. Dari tempat pandang yang tinggi, anda juga boleh mempunyai pandangan mata seekor burung tentang seluruh pulau Labuan. Pada hari-hari yang terang, anda boleh melihat semua jalan ke selatan Financial Park Complex, yang terletak di tengah kota Labuan. Lebih jauh ke selatan pantai Pancur Hitam, anda akan menemui kawasan rekreasi yang dikenali sebagai "Sudut Cabaran", yang menawarkan sebuah laman yang ideal untuk pelbagai aktiviti rekreasi termasuk berkelah dan berkemah. Menjelang malam, pemandangan indah menanti anda dengan tiga puncak Bukit Batu Phin sebagai latar belakang yang dramatik. Matahari terbenam di sini bukanlah sesuatu yang patut di lepaskan begitu sahaja! Anda juga boleh melihat desa Melayu berhampiran dengan Cerobong (salah satu tempat yang terkenal di Labuan), Terowong Bersejarah Tanjung Kubong, Taman Burung Labuan dan tempat habitat semulajadi haiwan - semuanya menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik di Malaysia.

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

Pulau Daat - Pulau seluas 242,9 hektar ini adalah milik persendirian dan buat saat ini ia sedang dijual.

Pulau Daat memiliki pemandangan Laut China Selatan dan Pulau Labuan yang amat indah, serta mempunyai kawasan hutan hujan.

Oleh kerana bersifat persendirian, ia tidak terbuka untuk umum tetapi jika anda mempunyai USD 51 juta untuk di belanjakan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pulau yang menarik ini untuk diri anda sendiri.

Pulau Papan - Di sebelah Pulau Daat terdapat pulau kecil seluas 10.52 hektar yang disebut Pulau Papan. Menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong bercuti hujung minggu dan perkhemahan, pulau itu pada awalnya digunakan sebagai tapak rumah api pada tahun 1895.

Pada tahun 1902, lampu malap kemerahan telah digantikan dengan lampu "dioptrie" yang sangat terang sehingga boleh dilihat 13 kilometer jauhnya. Rumah api itu memberi petunjuk kepada kapal-kapal ke Victoria Harbour sehinggalah selepas Perang Dunia II ketika pasukan Berikat menggunakannya sebagai kem tahanan sementara tahanan-perang Jepun.

Hari ini ia berada di bawah bidang kuasa Labuan Corporation (Perbadanan Labuan). Pulau ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan, gelanggang sukan, surau, tempat BBQ, gelanggang bola tampar dan sepak takraw. Para penggemar adventur juga boleh mencuba aktiviti trekking hutan di pulau itu.

Kadar penginapan bermula daripada RM350 semalam untuk chalet 3-bilik biasa.

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

Bangkai Kapal Karam Amerika - The Wreck Amerika mempunyai sejarah yang tragis, telah karam pada masa Perang Dunia II dengan kehilangan 9 nyawa.

The Wreck Amerika telah karam akibat pelanggaran dengan periuk api yang mana telah meletupkan kapal penghapus periuk api Tentera Laut AS itu keluar daripada air dan pecah menjadi dua bahagian pada tarikh 8 Jun 1945.

Perasaan sedih masih lagi terasa apabila melihat plak yang memaparkan senarai nama-nama 9 askar yang terkorban. Plak tersebut yang direka oleh Dick dan Wayne Shafer ditempatkan pada bangkai kapal karam tersebut oleh ahli-ahli Brunei Sub Aqua Diving Club (BSADC) pada tahun 2007.

Masih kelihatan peralatan zaman dahulu seperti klip peluru, pengukur kedalaman, botol kawat dan artifak meriam yang tidak terusik di kapal karam ini.

Bangkai Kapal Karam Australia - The Wreck Australia menyediakan suasana menyelam yang sebenar, dengan kombinasi jarak penglihatan yang kurang dari 10 meter, kaya dengan tumbuhan karang, rangka bangkai kapal, pengakhiran yang tragis dan misteri.

Pada awalnya sebagai kapal kargo dan penumpang Belanda yang dibina pada tahun 1890, ia telah ditenggelamkan oleh oleh Belanda semasa Perang Dunia II untuk mencegah Jepun daripada menggunakannya. Orang Jepun bagaimanapun berjaya menyelamatkan kapal itu, menukar namanya menjadi 'Imbari Maru' dan meletakkannya untuk perkhidmatan sebagai kapal kargo.

Melarikan diri dari Borneo menuju ke Manila, kapal tersebut telah terlanggar periuk api dan karam 23km ke arah barat daya Labuan pada tahun 1944. Pada awalnya di percayai terkena serangan bom dari angkatan udara Australia, nama tersebut melekat sehingga hari ini. 339 orang kehilangan nyawa mereka, termasuk banyak tahanan perempuan (wanita penghibur) yang di bawa oleh Jepun ke perahu penyelamat.

Beberapa penyelam percaya tempat kemalangan ini dihantui oleh hantu jiwa-jiwa yang diseksa ini. Siapa tahu, penampakan seorang wanita berjubah putih melalui kapal ini mungkin saja sinar biasan batu marmar. Hanya satu cara untuk mengetahui - menyelam dan lihat sendiri!

Blue Water Wreck - Blue Water Wreck (Mabini Padre) adalah kapal pukat nelayan Filipina yang besar, yang terbakar dan tenggelam pada tahun 1981 tanpa kehilangan nyawa.

Dinamakan Blue Water Wreck kerana di kelilingi air biru yang jernih, bangkai kapal ini kelihatan seperti tidak banyak di selubungi kegelapan dasar laut.

Pada hari baik, jarak penglihatan 40 meter adalah mungkin. Bangkai kapal ini masih kelihatan utuh dengan tiang-tiang terletak pada sisinya dan lebih dikelilingi oleh kelimpahan kehidupan laut - menjamin pengalaman menarik bagi penyelam.

Cement Wreck - Daripada empat longgokan kapal karam Labuan, Wreck Semen adalah yang paling cetek dengan strukturnya naik 19 meter ke atas dan kedudukannya memudahkan penyelam untuk melewati dan bagus untuk latihan permulaan bagi penyelam kapal karam.

Menawarkan pemandangan bawah laut yang menakjubkan dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman karang dan menjadi rumah pelbagai haiwan laut berwarna-warni, Cement Wreck juga memberi peluang untuk bertembung dengan yu paus bagi penyelam yang bertuah.

Kapal ini mendapat nama pelik ini kerana tenggelam ketika mengangkut simen ke Brunei untuk pembinaan istana baru Sultan. Lebih dikenali sebagai kapal karam yang amat sempurna dengan kedudukannya yang tegak di dasar laut, bangkai kapal itu sangat indah dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman batu karang yang lembut dan keras, spons karang dan pakis, dan kawanan barakuda kecil dan ikan batfish bermain-main di tiang kapal.

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

Bagaimana perasaan anda jika tinggal di rumah kayu tradisional yang dikelilingi oleh air? Rumah-rumah kayu berwarna-warni kelihatan seperti tempat tinggal terapung dan dihubungkan satu sama lain dan ke jalan-jalan utama melalui laluan pejalan kaki yang bersimpang-siur dan tidak tersusun.

Ini adalah Kampung Air Patau Patau 2, yang ditubuhkan pada tahun 1930-an, seluruh desa dimusnahkan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Penduduk desa membina semula kampung dari awal selepas perang berakhir. Arkitektur dan konsep desa air adalah berkait kembali dengan nenek moyang mereka di Brunei. Sampai hari ini, warga desa air menggabungkan budaya Kedayan Brunei mereka dalam kehidupan sehari-hari.

Agar anda berfikir bahawa rumah ini bukanlah untuk orang mabuk laut, anda boleh yakini bahawa rumah-rumah ini sangat stabil - bahkan ada yang dibina lebih dari 60 tahun yang lalu. Rahsianya ialah kayu belian yang digunakan sebagai asas rumah itu yang dapat berdiri kuat selama berabad-abad yang akan datang.

Keluarga tuan rumah yang ramah akan senang hati untuk melayani anda dengan beberapa makanan lazat tradisional mereka termasuk ambuyat, hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering.

Pada petang hari, anda boleh memerhati anak-anak desa bermain layang-layang atau jika anda ingin lebih keseronokan, menangkap ikan di halaman belakang rumah anda – dengan kos yang nominal. Bayangkan anda bersantai di bangku kayu, secangkir kopi di satu tangan dan pancing di tangan yang lain. Seringkali tali pancing anda akan tegang dan berat. Apabila anda begitu teruja menarik pancing anda, boleh di katakan 9 daripada 10 kali tarikan, pancingan anda akan mendapat ikan keli, bukan tersangkut pakaian lama yang dibuang. Persembahan tarian tradisional juga boleh diatur berdasarkan permintaan dan anda pasti dapat menyertai dalam beberapa permainan desa yang menghiburkan.

Kampung Air Patau Patau 2 dilengkapi dengan saluran air dan elektrik, telefon dan sistem sisa, lampu jalan, dermaga teksi air, kedai runcit, kedai kraftangan, klinik, sekolah dan surau (tempat ibadah bagi muslimin yang lebih kecil dari masjid). Di kelilingi oleh air, kaedah pengangkutan utama adalah perahu dan sebahagian besar rumah mempunyai perahu sendiri. Rumah-rumah ini boleh di katakan agak luas dan dihiasi dengan barang-barang antik yang berat, membayangkan kehidupan yang selesa di dalamnya.

Menginap di desa air tradisional yang indah dan menawan ini tentunya pengalaman yang tiada tandingannya.

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

Taman Damai ini dibina sebagai taman peringatan dan penolakan terhadap kengerian perang. Ia terdiri daripada tugu peringatan yang dikelilingi oleh taman-taman yang indah dan tiang-tiang.

Pada 9 September 1945, Jepun secara rasmi menyerah Labuan kepada Australia. Komander Angkatan Darat ke-37 Jepun, Leftenan Jeneral Masao Baba diterbangkan ke tepi pantai Layang-Layangan di K154C Tachikawa (Hickory). Dan dalam sebuah pondok kayu kecil di bawah naungan pohon kelapa kira-kira 50 meter di Selatan-barat Pusat Penyerahan, upacara menandatangani serah terima ini di langsungkan.

Dia menyerahkan pedangnya secara rasmi kepada Mejar Jeneral George Wootten, pegawai pemerintah Division ke-9 Australia, di saksikan oleh Kapten Kumpulan C.W Pearce dan Ketua Skuadron J.S St Heap daripada Royal Australian Air Force (RAAF) di Sydney, Australia.

Berdekatan dengannya, terdapat kem-kem yang ditubuhkan untuk perbicaraan para pegawai dan askar Jepun terhadap kekejaman tahanan perang di kem-kem POW di Sabah dan Sarawak. Perbicaraan Perang di Layang-Layangan adalah yang pertama di Asia Tenggara, yang dipimpin oleh Leftenan L.J Morshead daripada Komander Kor Pertama Australia. Seterusnya, Labuan menukar nama awalnya daripada nama Pulau Maida, dan ditempatkan di bawah Pentadbiran Tentera Inggeris.

Bagi menunjukkan bahawa mereka benar-benar meminta maaf daripada kesusahan yang di sebabkan oleh nenek moyang mereka, Jepun memutuskan untuk membina Taman Keamanan di sebelah Pusat Penyerahan. Taman Damai ini juga sebagai peringatan kepada orang-orang yang telah mengorbankan nyawa mereka di Borneo semasa Perang Dunia II. Ini juga merupakan kenang-kenangan daripada persahabatan antara Malaysia dan Jepun, dan janji keamanan dan keharmonian untuk semua umat manusia yang kekejaman perang seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa depan.

Taman Damai ini dibiayai Japan Shipbuilding Industry Foundation, yang diketuai oleh Ryoishi Sasagawa, dan juga oleh keluarga mangsa dan kawan-kawan mereka daripada beberapa syarikat industri. Pada 14 April 1984, Mitsunori Ueki daripada South Pasifik Memorial Association Incorporation di Jepun menyerahkan Taman Damai secara istiadat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh. Hingga ke hari ini, pembiayaan masih datang dari Jepun untuk menjaga TamanDamai ini dalam keadaan baik.

Dengan perairan yang tenang di bawah jambatan melengkung dan sekitar gazebo yang teduh, berdirinya tugu dengan dua dinding melengkung yang menjadi pusat perhatian di Taman Damai ini. Di pintu masuk taman ini didirikan kepingan batu, dan di atasnya diukir dengan jelas untuk ingatan sampai ke akhir zaman - "Damai adalah yang terbaik".

Ya, damai akhirnya di Pulau Labuan.

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

Dahulunya Rumah Kerajaan - Terletak di belakang lapangan terbang lama ialah Taman Botanikal yang dahulunya adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12'. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Kini, hanya tangki air simpanannya kekal, bersama dengan sebuah kubur anjing kesayangan yang bernama ‘Jim'.

Taman Botanikal adalah satu taman rekreasi dengan pokok tua dan pelandskapan indah. Ia juga mempunyai cerita-cerita yang mempesonakan!

Cerita-Cerita Rumah Kerajaan - Ia dipercayai bahawa Hugh Low, Setiausaha Penjajah untuk bertahun-tahun dan terlepas perhatian untuk menjadi Gabenor, melakukan kebanyakan kerja awal di Taman tersebut. Pokok-pokok tua kebanyakannya ditanam olehnya. Rumah tersebut punah semasa peperangan.

Dua taman kubur dijumpai di tanah Rumah Kerajaan dan adalah dipercayai bahawa ia merupakan kubur yang tertua di pulau tersebut. Salah satu daripadanya mempunyai kubur bertarikh 1847. Kubur-kubur ini dipindah dari Ramsay Point di pesisir pantai, di mana di mana air pasang mengakibatkan hakisan kubur tentera laut lama. Salah satu daripada dua kubur yang dipindahkan merupakan kubur Komander James A. Gordon dari HMS Wolf. Beliau hadir semasa penyerahan Labuan ke tangan British pada 24 Disember 1846 dan membantu pembinaan tanah. Seperti ramai pada masa itu, beliau jatuh sakit dan berkubur pada umur awal 28 tahun atas kapalnya yang telah dilabuhkan diluar pesisiran.

Kubur lain itu adalah kepunyaan Sarjan Adam C Sutherland bagi Marin Di Raja, yang telah terkubur dalam satu pergaduhan dengan lanun Balanin pada bulan Mei bagi tahun yang sama.

Terdapat satu lagi kubur menarik terletak pada sebuah permatang di hadapan Rumah Kerajaan dan ia adalah kepunyaan seekor anjing foxhound dinamakan Jim, dan merupakan peliharaan M.S MacArthur, Residen pertama pentadbiran Straits Settlement yang beroperasi daripada 1906 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Tarikh yang terpahat pada kubur Jim adalah 20 Jun 1908.

Kehidupan di tanah tersebut seperti membawa banyak peristiwa. Pada suatu petang, apabila Leftenan-Gabenor Komander A.S. Hamilton pulang ke rumah, beliau terhidu bau kebakaran datang dari arah rumahnya. Beliau mempercepatkan langkah apabilah memikirkan rumahnya terbakar. Sesampainya beliau ke rumahnya, beliau berhadapan dengan sebaris orang Dayak yang sedang mengasapkan kepala di atas tripod dihadapan laman Rumah Kerajaan! Mereka mungkin merupakan kepala-kepala orang Murut yang dirampas oleh pihak polis Dayak sebagai balasan kepada orang Murut yang telah membunuh empat daripada orang mereka. Orang-orang Dayak di laman tersebut sangat tidak berpuas hati apabila kepala-kepala itu seterusnya dirampas. Mereka dibenarkan mengambil semula kepala-kepala tersebut dengan syarat mengasapnya di tempat lain!

Terdapat juga cerita bahawa hantu seorang wanita merupakan residen tanah tersebut – kemungkinan wanita tersebut ialah isteri Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Kelibat wanita tersebut tidak pernah kelihatan lagi.

Penggeledahan kubur oleh pemburu-pemburu kepala yang mencari satu sumber yang mudah merupakan satu masalah besar bagi peneroka-peneroka awal di Labuan. Hugh Low sebenarnya menggali lima belas kubur pada malam isterinya terkubur. Beliau mengebumikannya sendiri dalam salah satu kubur tersebut dan mengisi kubur-kubur lain dengan harapan menangkis peluang untuk penggeledahan kubur. Ramai juga yang rancang untuk dikebumikan di laut agar menghalang kejadian ini terjadi.

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney di Tanjung Kubong. Ia mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar dikelilingi pelandskapan yang indah. Taman ini merupakan rumah bagi kebanyakan spesies burung-burung Borneo yang ditemui oleh pemerhati burung. Terdapat perancangan bagi mengumpul sebahagian daripada 580 spesies burung yang didapati di habitat-habitat Borneo yang pelbagai, daripada bakau di sepanjang pantai ke hutan dalam gunung-ganang.

Pemerhatian burung boleh dilakukan tanpa sebarang peralatan kecuali buku nota, untuk menukilkan pemerhatian anda, dan binokular di taman ini. Bantuan bagi mengenal pasti burung-burung boleh didapati dari pihak pengurusan taman.

Yuran Kemasukan:
Dewasa - RM 3
Kanak-kanak (dibawah umur 6 tahun) - Free
Pelajar/Warga Emas - RM 2
Pelancong - RM 5

**Nota : Taman Burung Labuan dibuka setiap hari KECUALI pada hari Jumaat

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN

Pusat sukan air bertaraf dunia ini terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun. Ia berdekatan dengan pusat bandar Labuan. Kompleks ini merangkumi kawasan 5.91 ekar tanah. Ia merupakan projek dibawah Pelan Malaysia Ketujuh dan dibina pada kos keseluruhan RM 25 juta.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini adalah sebahagian daripada projek mencantikkan pantai Labuan. Objektifnya ialah untuk membina sebuah pusat sukan air bertaraf dunia dan untuk membangunkan tempat-tempat menarik lain sejajar dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Labuan sebuah destinasi pulau utama.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dibuka kepada umum pada Jun 2001 apabila ia menjadi hos kepada Labuan Sea Challenge tahunan.

Infrustruktur dan fasiliti yang diberi oleh kompleks ini adalah dijangka untuk menaikkan tarikan Labuan kepada para pelancong dan pelabur. Kemudahan-kemudahan moden akan membolehkan pulau ini untuk menjadi hos kepada acara dan kejohanan sukan laut antarabangsa.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan direka dengan tiga struktur ketara yang merupakan sebahagian daripada plaza pemandangan utama. Setiap bangunan mempunyai aktiviti khas dalamnya. Setiap menara adalah bahagian penting kompleks sukan air yang moden dan besar. Senibina memberi kenyataan dramatic mengenai alam sekitar, tradisi, dan kefungsian moden. Pusat utama sukan air, blok pentadbiran, muzium biologi marina, kedai cenderahati dan kedai-kedai makan berada di dalam kompleks ini.

Pusat Sukan Air - Pusat ini adalah untuk aktiviti sukan air utama dan tempat bagi karnival. Terdapat satu kawasan simpanan bot yang luas dan terus menghadap pantai. Fasiliti-fasiliti lain termasuk ruang menukar pakaian, tempat rehat dan tempat persediaan umum. Ia diguna sebagai satu kawasan pameran tetap untuk segala jenis aktiviti-aktiviti sukan laut. Ia menghubungkan kepada tempat-tempat berjalan di pantai.

Muzium Biologi Marina - Muzium Biologi Marina terletak bersama dengan blok Pentadbiran di bangunan berasingan. Ia berbentuk separa bulatan berdepanan dengan laut dengan sebuah galeri terbuka. Sebahagian besar bagi ruang binaan adalah digunakan oleh Muzium Maritime. Ruang rehat adalah bagi penggunaan pentadbiran seperti bilik mesyuarat dan ruang-ruang pejabat untuk badan sukan. Manakala di tingkat podium mengandungi bilik berehat VIP yang selesa dan ruang selasar berlebihan untuk muzium.

Plaza Utama - Plaza Utama berbentuk bulatan. Ia dilengkapi dengan struktur yang dapat menahan daripada setiap keadaan cuaca yang buruk. Ia digunakan sebagai pusat bagi melancarkan dan menonton berbagai jenis acara sukan laut.

Pusat Kraftangan dan Kedai-Kedai Makan - Pusat kraftangan dan kedai-kedai makan terletak dibahagian barat kompleks. Terdapat pelbagai kedai-kedai rangkaian popular dan kedai makan kecil-kecilan yang menjual makanan tempatan. Tambahan pula, kedai-kedai cenderahati dan kraftangan menjadikan kawasan ini sarat dengan aktiviti-aktiviti. Ia tempat popular bagi pelancong-pelancong melawat.

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

Muzium Marina Labuan diadakan untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut.

Apabila melangkah masuk ke muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang tidak dapat ditatapi di tempat lain.

Muzium ini dibina dengan konsep kapal bersama dua tingkat pameran. Ia menerima pelawat melalui sebuah jambatan logam. Akuarium-akuariam ungu biru jelas memperlihatkan kepelbagaian jenis kehidupan marina seperti jerung, ‘rays', ‘butterfly fish', ‘angel fish', ‘damsels', ‘wrasses', belut ‘moray', ikan-ikan beracun, udang dan udang kara.

Pelawat akan juga mendapat pengalaman luar biasa untuk menyentuh dan merasa pameran yang diletak di air cetak seperti tapak sulaiman, gamat dan ketam.

Pameran di tingkat dua termasuk habitat terumbu karang, habitat jerung dan ‘rays', reptilia lautan, ikan-ikan komersial, mamalia lautan, ‘marlins', aktiviti-aktiviti memancing dan menyelam, oceanografi, biologi marina, ‘molluscs' dan ‘crustacean'.

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

Dikenali dahulunya sebagai Bandar Victoria, kini Labuan adalah satu pusat perniagaan yang membangun dengan dengan pejabat-pejabat moden dan kompleks membeli-belah.

Dataran Labuan - Dataran Labuan terletak di pusat bandar Labuan. Tumpuan utamanya adalah satu pentas luarnya yang merupakan tempat popular bagi sesetengah acara-acara dan persembahan utama pulau tersebut. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia lain berkibar dalam satu barisan di atas pentas ini. Pada penghujung dataran adalah padang bola sepak bandar. Di penghujung lain adalah sebuah replika ‘Chimney', mercu tanda yang paling terkenal Labuan. Ia cantik dilandskap dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun.

Pusat Bandar Labuan - Pusat bandar adalah kawasan bagi pejalan kaki untuk bersantai. Kerusi-kerusi besi tempaan dan hiasan-hiasan lampu, bersama dengan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan memberi pemandangan yang sangat indah. Terdapat banyak tempat-tempat makan yang khusus dalam masakan Melayu, Cina dan India, serta rangkaian kedai-kedai makanan popular.

Kawasan-kawasan pantai sentiasa penuh dengan kesesakan dan kesibukan. Terdapat kawasan pendaratan, serta Kastam dan jabatan Imigresen. Perdagangan tukar barang adalah dijalankan dalam kawasan ini dan mi kaca adalah barangan popular untuk ditukar bersama peniaga-peniaga Filipino.

Jalan besar utama di pusat bandar Labuan adalah Jalan Merdeka. Pada hujung timur jalan raya ini ialah Sheraton Hotel, Hotel Waterfront Financial dan Financial Park Complex.

Latar langit Labuan dikongsi bersama Masjid Jamek An'nur, satu masjid Islam yang sangat besar dengan rekaan bentuk futuristik dengan dua minarets yang mencapai langit.

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

Muzium Labuan ialah muzium ketiga yang didirikan oleh Jabatan Muzium dan Zaman Kuno di Wilayah Persekutuan Labuan. Ia dibuka pada Oktober 2004.

Bangunan muzium adalah seni bina dua tingkat dalam rekaan penjajahan sebelum perang. Tingkat bawahnya adalah didedikasikan untuk pameran bersejarah merangkumi era pra-sejarah Labuan, kesultanan Brunei, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua, Kemerdekaan, perisytiharan Labuan sebagai satu wilayah persekutuan sehingga penubuhan Perbadanan Labuan. Manakala pameran tingkat atasnya mempamerkan pulau sosiobudaya dan evolusi ekonominya bagi enam kaum utama yakni Melayu Brunei Darussalam, Kedayan, Cina, Kadazandusun, India dan Sikh.

Muzium ini dipersembahkan dengan baik dengan panel grafik, kios maklumat, pengesan-pengesan, bunyi dan cahaya bergerak, dan sistem-sistem paparan lain. Barang-barang pameran itu termasuk alatan muzik, barangan kewangan, senjata api, aksesori perkahwinan, kostum-kostum dan artifak dikutip dari sebelum era pra-sejarah, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua dan zaman kemerdekaan.

Muzium Labuan terletak sesuai di tengah-tengah bandar Labuan. Ia merupakan lawatan yang harus dilakukan bagi sesiapa yang berharap untuk mengambil satu lawatan ringkas pulau yang kaya dengan sejarah dan budaya.

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

Terletak di Pusat Bandar Labuan, kedai bebas cukai menjadikan pengalaman membeli belah anda amat mudah. Menawarkan pelbagai produk bebas cukai yang menarik, seperti coklat import, mutiara, tekstil, minuman keras, dll.

Selain daripada makanan tempatan di pasar minggu Labuan, ada juga pasar tani Labuan untuk di kunjungi. Anda akan berjalan di bawah khemah biru yang bersambung-sambung. Dengan serta merta, anda akan terhidu bau ikan masin yang berlonggok-longgok dan juga makanan kering lain yang dibungkus dalam pek kedap udara yang di susun rapi.

Berbanding dengan pasar minggu yang riuh rendah, pasar tani lebih tenang dan senyap. Di bawah kipas siling, petani dan isteri-isteri mereka menjadi ramah setiap kali pelanggan datang ke gerai-gerai mereka untuk memilih sayuran segar dan buah-buahan, sebelum kembali berehat apabila pelanggan bergerak ke gerai sebelah yang menjual barang yang sama , yang diatur dalam susunan yang sama seperti gerai di sebelahnya. (Ya, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa pasar tersebut tidak akan kehabisan barang apa yang ingin anda beli!)

Di sini anda dapat mencari barang yang sukar di dapati seperti batang /kepingan sambal yang tulen, dibuat di Labuan dan ada juga yang dihantar dari Sabah. Ia dibuat dalam cara yang paling organik; tanpa pengawet atau penambah rasa - hanya daripada hasil penghancuran apabila ditumbuk menggunakan penumbuk sambal. Salah satu cara untuk membezakan antara sambal yang anda beli di supermarket, adalah anda masih boleh melihat mata udang kering di batang dan kepingan.

Anda juga boleh mencari banyak plat sagu, bahan utama untuk makanan Ambuyat Brunei-Melayu – ia dijual di sini, serta bebola ragi, besar dan kecil, untuk di buat tapai.

Pasar tani Labuan di buka setiap hari Sabtu dan Ahad di Jalan OKK Awang Besar dengan berbagai macam produk pertanian, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, rempah-rempah segar, ikan, udang kering, makanan laut kering, dan banyak lagi.

Di hujung sekali, terletak agak menyerong dari pasar tani adalah bazaar hujung minggu Labuan. Agak kecil, bazaar ini menjual segala yang anda perlukan untuk mendapatkan cenderahati dan hadiah untuk teman-teman dan keluarga anda. Daripada T-shirt corak peta Labuan, ukulele mainan murah, alas kaki yang tahan lama , hiasan dekoratif buatan tempatan ... bazaar memiliki semuanya.

Jika anda tidak berminat dengan cenderahati ini, singgahlah juga di bazaar ini, kerana beberapa kedai ada menjual aksesori mutiara yang akan menjadikan saat lawatan anda di sana begitu bernilai.

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

Pemandangan matahari terbenam. Itu adalah satu perkara yang pengunjung tidak akan gagal untuk memberitahu anda tentang Labuan.

Jajaran pantai sepanjang 9km dari Pantai Batu Manikar ke Pantai Sg. Miri telah memenangi Anugerah Pantai Bersih dari United Nation Environment Program di Pattaya, Thailand melalui 2nd COBSEA Marine Litter Workshop and Clean Up Campaign 2008. Anugerah berprestij ini memang layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaran dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Dari Pantai Batu Manikar, singgahlah di Pantai Batu Pohon di mana ada warung kayu untuk nelayan menjual makanan laut segar setelah mereka mendarat. Berhampiran dengannya adalah taman berpasir yang penuh dengan rintangan buatan manusia, iaitu Sudut Cabaran (Challenge Corner) sesuai untuk aktiviti kem bina semangat. Terdapat juga warung makan untuk para pemerhati matahari terbenam untuk menghilangkan haus dan lapar.

Kemudiannya ialah Pantai Pancur Hitam yang begitu cantik. Terdapat banyak pokok rhu yang tumbuh dalam baris yang teratur, memberikan teduhan dan ruangan privasi kepada pasangan pengunjung yang sedang menikmati matahari terbenam bersama sambil bersandar di kereta mereka. Seterusnya, anda akan melewati Homestay Kampung Sungai Labu yang nyaman dan mempunyai pemandangan indah pantai.

Destinasi menarik terakhir ialah Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) sebelum anda membuat perjalanan kembali ke Jalan Batu Manikar. Pada saat itu sinar matahari paling berseri-seri memandikan cahaya mereka ke dinding putih universiti kepada cahaya keemasan yang hangat.

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Australia mendarat di pulau Labuan dan teluk Brunei. Objektifnya adalah untuk mengusir pihak Jepun dari kawasan tersebut, mendirikan sebuah pangkalan tentera laut maju dan menjaminkan sumber minyak dan getah. Dengan serangan yang dikendalikan dengan baik, bilangan pihak Australian melebihi pihak Jepun dan dalam masa seminggu, semua rintangan tempatan utama telah disingkirkan

Pada 10 September 1945, Labuan, Borneo, Leftenan Jeneral Masao Baba, Komander Askar Jepun 7 dan Komander Tertinggi Kuasa-kuasa Jepun di Borneo, tiba di Labuan bagi menyerahkan kuasa-kuasa dibawah perintahnya kepada Mejar Jeneral Wootten. Majlis penyerahan rasmi diadakan di tempat ini pada tengahari 10 September 1945 dan dihadiri oleh kumpulan Kapten C.W. Pearce dan ketua Skuadron J.S. St. Heaps dari Sydney bagi pihak R.A.A.F.

Pesawat Jepun, Tachikawa K154C (HICKORY) yang membawa Leftenan Jeneral Masao Baba ke Labuan untuk majlis penyerahan rasmi dipamerkan di Muzium RAAF, Australia.

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney' – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney' dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney' dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney' masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney'. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney' telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

Tempat yang sering dikunjungi di Labuan ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial yang dilandskap dengan indah ini adalah tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan.

Pada Februari 1945, pihak Jepun yang telah menangkap kawasan pihak Bersekutu di kawasan Sandakan, mula memaksa banduan-banduan untuk berkawad ke Ranau – ia kemudiannya dikenali sebagai ‘Kawad Kematian Ranau' (Ranau Death March). Beratus-ratus banduan kehilangan nyawa semasa berkawad dan mereka yang tertinggal serta kem tawanan perang Sandakan telah dikebumikan di Kubur Perang Labuan.

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Bersekutu mendarat di Brown Beach, Tanjung Purun bagi memulakan pembebasan Borneo daripada pihak Jepun. Sebelum ini, bandar Labuan telah dibom teruk unntuk menghalau pihak musuh. Kebanyakan daripada bangunan-bangunan di situ termusnah. Pergaduhan juga berlangsung di sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘the pocket'.

Jenazah askar-askar Bersekutu dikumpul dari seluruh Borden untuk dikebumikan di taman peringatan. Berbaris penanda putih menandakan kubur-kubur tersebut. Pelawat-pelawat dapat merujuk kepada panel-panel pada barisan di mana nama askar yang dikebumikan disini akan tertera. Berbagai-bagai mesej diukir pada penanda kubur askar-askar dengan sebilangannya tertera ‘dikenal oleh Tuhan'.

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua kerap dikunjungi oleh veteran-veteran perang, khususnya dari Australia yang telah meletak Labuan sebagai destinasi penting dalam perjalanan mereka. Pada setiap Ahad pertama pada bulan November setiap tahun, satu perkhidmatan bagi menandakan Hari Peringatan diadakan di sini dan dihadiri oleh orang tempatan dan pelawat-pelawat asing. World War Memories telah dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Halaman rumput adalah disimpan dengan cantik supaya pelawat-pelawat dapat menghargai keamanan dan ketenangan bagi tempat mereka mencari pemahaman mengenai perang, kematian dan kehilangan.