CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 31, 2015

RUNNING MAN TEMUI PEMINAT DI MALAYSIA PADA APRIL


KUALA LUMPUR : 7 ahli Running Man dilaporkan bakal mengunjungi Malaysia untuk menjalani penggambaran di Tasik Bakun, Sarawak pada April ini. Dikhabarkan kesemua 7 ahli Running iaitu Yoo Jae-suk, Kang Gary, Lee Kwang Soo, Jin Seok Jin, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook dan Haha ke Sarawak untuk menghadiri Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA 2015) yang akan berlangsung pada 9 sehingga 11 April depan.

Pasukan Running Man memilih Tasik Bakun sebagai lokasi penggambaran siri program tersebut kerana tempat peranginan itu mempunyai landskap yang cukup menarik dengan pelbagai kemudahan mesra alam. Selain Running Man, majlis kemuncak anugerah itu nanti akan turut dihadiri selebriti popular serata asia dan antarabangsa termasuk Datuk Jackie Chan. 

Sebelum ini, 5 ahli Running Man iaitu Ha Ha, Song Ji Hyo, Kim Jong Kook, Lee Kwang Soo dan Jin Seok Jin pernah berkunjung ke Malaysia menerusi acara ‘Running Man Fan Meeting Race Start Season 2 in Malaysia’ yang diadakan pada 1 November 2014.

LIGA PERDANA MALAYSIA


* Sila klik gambar untuk lebey lanjut

Monday, March 30, 2015

TRANSKRIP CVR MENDEDAHKAN TINDAKAN PEMBANTU JURUTERBANG SEBELUM TERHEMPAS

BERLIN: Pembantu juruterbang Germanwings, yang dipercayai dengan sengaja menyebabkan pesawat kendaliannya terhempas di banjaran Alps Perancis, dilapor berulang kali meminta kapten pesawat malang tersebut meninggalkannya sendirian di dalam kokpit.

Transkrip penuh perakam suara daripada kotak hitam (CVR) pesawat A320 Penerbangan 9525 yang ditemui itu mendedahkan buat kali pertama tindakan terancang Andreas Lubitz yang menyebabkan kematian 150 penumpang dan kru.

Menurut laporan akhbar Jerman Bild edisi Ahad sepertimana dipetik The Independent, Lubitz dikatakan meminta Kapten Patrick Sondheimer agar ke tandas pada 20 minit pertama penerbangan dari Barcelona ke Dusseldorf.

Apabila Sondheimer akhirnya beredar meninggalkan kokpit, Lubitz mengunci pintu secara manual dan mengubah sistem autopilot untuk turun ke paras 100 kaki dari paras asal 38,000 kaki.

Ketika pesawat sedang mendaki, rakaman suara mendedahkan Lubitz cuba memujuk Sondheimer agar ke tandas kerana “dia tidak sempat berbuat demikian ketika transit di Barcelona,” menurut laporan Bild pada Ahad.

Ketika pesawat mencapai ketinggian ditetapkan pada jam 10.27 pagi, Sondheimer dilapor memberitahu Lubitz untuk melakukan persediaan mendarat di Dusseldorf – di mana Lubitz menjawab ringkas “tengoklah.”

Selepas melakukan pemeriksaan prosedur untuk mendarat, Lubitz dilapor berkata kepada Sondheimer: “Awak bolehlah pergi ke tandas sekarang.”

Dua minit kemudian, Kapten Sondheimer beredar meninggalkan kokpit buat kali terakhir, sambil berkata kepada Lubitz: “Awak boleh ambil alih.”

Sunday, March 29, 2015

FESTIVAL SKRIN PENAMPANG 2015


Persatuan Penggiat Filem & Muzik Kadazan Dusun Murut Sabah (KDMFM) akan menganjurkan Festival Skrin Penampang 2015 pada 30 April ini. Pertandingan drama pendek dalam bahasa ibunda itu dianjurkan untuk mencungkil daya kreativiti penggiat filem khususnya di Sabah dalam pembikinan filem pendek untuk diketengahkan diperingkat nasional. Pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang penganjuran festival sehari itu termasuk seminar dan pameran yang akan disusuli dengan acara kemuncak iaitu Majlis Malam Anugerah. 

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berasal dari Sabah. Hadiah berupa wang tunai, trofi dan sijil diberikan kepada pemenang setiap kategori iaitu Sinematografi Terbaik, Suntingan Terbaik, Pelakon Harapan Lelaki, Pelakon Harapan Wanita, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Hadiah Johan Keseluruhan hingga tempat kelima. 

Borang penyertaan boleh diperolehi dengan menghubungi penganjur menerusi emel kdmfmsabah@yahoo.com atau laman facebook Kdmfm Sabah. Tarikh tutup penyertaan pada 1 April 2015.

KAPTEN PECAH PINTU KOKPIT MENGGUNAKAN KAPAK


BERLIN : Juruterbang pesawat Germanwings, Kapten Patrick S. yang terkunci di luar kokpit, pernah cuba memecahkan pintu kokpit menggunakan kapak. Akhbar Jerman, Bild yang memetik sumber-sumber keselamatan memberitahu, kapten penerbangan 4U9525 pernah cuba memecahkan pintu kokpit dengan kapak.

Pendakwa raya Perancis memberitahu, rakaman suara kokpit yang terkandung dalam kotak hitam pesawat berkenaan menunjukkan, kapten terbabit pernah mengetuk dan cuba merempuh pintu kokpit berkali-kali. Jurucakap Germanwings mengesahkan, pesawat itu dilengkapi sebilah kapak.

Semalam, pendakwa raya Perancis mendedahkan, pembantu juruterbang yang berasal dari Jerman, Andreas Lubitz bertindak mengunci dirinya dalam kokpit, sebelum menukar sistem pemanduan automatik pesawat itu kepada paras serendah 100 kaki, iaitu tahap terendah, menyebabkan pesawat A320 itu mula menjunam dan terhempas di Pergunungan Alps.

Saturday, March 28, 2015

BUDAK 2 TAHUN HILANG TELAH DITEMUI DI KEBUN GETAH TENOM

TENOM : Kanak-kanak berusia 2 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar bermain di sekitar rumahnya di Kampung Tolokoson Kemabong, dekat sini, ditemui selamat.

Kehilangan mangsa, Healezery Zeandfly Henderi disedari keluarganya selepas dikatakan tidak pulang ke rumah petang semalam sebelum bertindak menghubungi bomb.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu sepasukan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian untuk gerakan mencari. Namun gagal ditemui. 

Operasi yang disambung semula pada waktu pagi telah berjaya menemui mangsa di hutan dalam keadaan bersendirian pada 10.25 pagi. Menurutnya, kanak-kanak berkenaan ditemui tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang sebelum ini.

Friday, March 27, 2015

KARNIVAL PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM GREEN VIEW


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

MENGENAKAN CAJ GST SEBELUM BERKUATKUASA


KOTA KINABALU : Pertubuhan Hal Ehwal Dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) telah mendapati bahawa sebuah premis di Sipitang telah mengecas pelanggannya dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijangka dilaksanakan pada 1 April. Presidennya James Bagah menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap premis tersebut yang mengenakan GST dalam bil itu.

"Ia adalah menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 96 Akta GST untuk mana-mana perniagaan untuk mengenakan GST yang lebih awal daripada pelaksanaannya dan mereka boleh dikenakan denda sehingga RM30,000 atau penjara dua tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini.

CAPS menasihatkan semua pengguna untuk memeriksa semua resit pembelian mereka dan memastikan semua item yang dipaparkan selaras dengan harga di kaunter pembayaran.

Thursday, March 26, 2015

PERTANDINGAN MEMANCING LEMBAH IKAN RANAU


* Sila klik gambar untuk lebey lanjut

BAZZAR MUSIC FESTIVAL


Tarikh : 28 - 29 Mac 2015
Lokasi : Star City, Asia City Kota Kinabalu
Anjuran : Online FM


MALAYSIAN RED CRESCENT CHARITY RUN FOR HUMANITY


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM REKREASI TOWUD


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

KOTAK HITAM GERMANWINGS DI TEMUI ROSAK


SEYNE-LES-ALPES : Menteri Dalam Negeri Pe­rancis, Bernard Cazeneuve berkata, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan segera ke atas dua kotak hitam yang ditemui di kawasan nahas. Satu sumber rapat siasatan menyatakan, perakam suara kokpit (CVR) dan perakam data penerbangan (FDR) telah dijumpai, namun kedua-duanya berada dalam keadaan rosak.

Di Washington, White House berkata, nahas itu bukan disebabkan serangan pengganas. Sementara itu, beberapa imej nahas yang diperoleh, menunjukkan serpihan pesawat masih terbakar dan sebahagian badan pesawat dengan enam tingkap bertaburan di seluruh kawasan nahas di pergunungan itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis serantau Perancis, David Galtier berkata, operasi mencari dan menyelamat akan mengambil masa beberapa hari untuk mengesan mayat, ekoran keadaan muka bumi bercerun, bersalji dan ribut yang akan melanda kawasan berkenaan. Katanya, pasukan mencari akan bermalam di kawasan nahas yang bergunung-ganang itu. Selain itu, waris penumpang juga dijangka tiba hari ini di pangkalan logistik misi mencari yang terletak di sebuah perkampungan berdekatan kawasan nahas. 


Wednesday, March 25, 2015

TERJUN DARI KERETAPI AKIBAT BREK YANG GAGAL BERFUNGSI

TENOM : Dua termasuk seorang warga emas cedera selepas terjun dari keretapi yang sedang bergerak kerana takut ia akan tergelincir apabila enjinnya tiba-tiba gagal menyebabkan breknya tidak berfungsi. 

Kejadian yang berlaku antara Stesen Pangi dan Rayu sekitar jam 2 petang ketika ia menuruni bukit dengan kelajuan yang tinggi membawa pelancong yang pulang dari berakit di jeram dan juga penduduk.

Difahamkan bahawa kakitangan dari Stesen Rayu terpaksa meletakkan beberapa kepingan kayu, batang pisang, landasan kayu dalam cubaan untuk memperlahankan dan menghentikan kelajuan keretapi namun tidak berjaya. Keretapi itu akhirnya berhenti 4 km selepas Stesen Rayu apabila landasan trek mula menaiki bukit.  

MINI GAME KOLAM SI DADDY KG BINGKOR BARU KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey lanjut

KUMPULAN OPERA ANTARABANGSA KOREA MEMBUAT PERSEMBAHAN DI SABAH


Sebuah kumpulan opera Korea bertaraf dunia akan mengadakan persembahan pada Opera Gala Friendship Concert antara Malaysia dan Korea di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang. Konsert yang julung kali diadakan ini mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, Lembaga Kebudayaan Sabah dan Balai Seni Lukis Sabah. 

Konsert ini akan berlangsung pada 28 Mac 2015 bermula jam 8.00 malam. Sejajar dengan matlamat kerajaan Sabah untuk mengeratkan hubungan persahabatan antara Malaysia dan Korea melalui pertukaran program kebudayaan dan seni persembahan. 

Bengkel mengenai muzik bertali dan vokal serta kelas khas akan diadakan selama dua hari sebelum berlangsungnya konsert opera ini. Bengkel itu akan diadakan di Balai Seni Lukis Sabah dan Kian Kok Middle School Kota Kinabalu bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Sebarang pertanyaan dan pembelian tiket konsert boleh didapati di Balai Seni Lukis Sabah 088-268 748 / 268825) dan Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang (088-715 464). Jumpa disana.

FAKTA TENTANG FERRET BETINA


Haiwan Ferret boleh dikategorikan sebagai haiwan belaan exotic. Namun, tidak ramai yang membelanya. Ferret adalah haiwan mamalia dari jenis Mustela Putorius Furo.  Ia adalah pemangsa seksual "dimorphic" (karektar/trait yang berbeza mengikut jantina) di mana jantan adalah jauh lebih besar dari betina. Pada kebiasaanya, Ferret memiliki bulu berwarna coklat, hitam, putih atau warna bercampur-campur (warna biasa ferret hitam coklat, juga dipanggil "sable"). Badan ferret boleh mencecah 51cm panjang, termasuk 13 cm adalah ekor. Berat pula boleh mencecah lingkungan 0.7-2 kg dan jangka hayat adalah selama 7-10 tahun.

Tempoh bunting untuk seekor ferret adalah 42 hari, ia boleh melahirkan 3-7 anak pada satu-satu masa. Ia juga boleh mengandung 2 hingga 3 kali dalam setahun. Anak ferret bercerai cerai susu ketika berumur 3-6 minggu dan boleh mula hidup berdikari pada umur 3 bulan. Ia matang secara seksual pada umur 6 bulan.

Seperti sesetengah haiwan karnivor lain, ferret mempunyai kelenjar bau berdekatan dubur mereka, rembesan dari kelenjar ini digunakan untuk menandakan bau. Ferret juga akan mengunakan air kencing sebagai penarik ketika musim mengawan dan untuk mengenalpasti ferret-ferret lain. Namun, ferret betina akan mati jika tidak menemui pasangannya apabila berahi. 




FAKTA TENTANG MENGURANGKAN JERAWAT


Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan kesalahan dalam penjagaan kulit.)

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita.

Namun tahukah anda, menggosok kulit pisang ke permukaan kulit mampu mencerahkan kulit dan mengurangkan jerawat. 

FAKTA TENTANG TIDUR PADA WAKTU TENGAHARI

Sedarkah kita bahawa tidur pada waktu siang adalah suatu amalan harian yang dipraktikkan masyarakat di negara Barat mahupun umat Islam sejak dahulu lagi. Ia dianggap sebagai praktikal untuk menyegarkan semula badan dan minda yang juga dipanggil sebagai 'power nap'. Sebagai golongan pekerja di dalam pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap waktu siang ini belum begitu popular di negara kita.

Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatkan fasa berehat yang berjam-jam keletihan dipengaruhi oleh faktor suhu persekitaran serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja. Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang boleh mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah. Fasa tengah hari ini merupakan fasa kelesuan. Tempoh untuk tidur pula dikatakan sesuai dalam lingkungan 30 hingga 40 minit. 

Dari segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu dalam menyegarkan otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, meningkatkan tahap ingatan, memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaiki sel-sel badan dan mengendurkan otot yang digunakan secara aktif ketika bekerja. Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanakan kerja dengan lebih produktif dan berkesan. 

FAKTA TENTANG FLAMINGO

Flamingo merupakan sejenis burung tropika daripada keluarga Phoenicopteridae yang berkaki kurus panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu.

Flamingo boleh ditemui di Afrika, Asia, Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Eropah. Burung ini biasanya hidup di kawasan berair. Flamingo boleh tinggal di tasik gunung berapa yang panas dan tasik berais di Pergunungan Andes.

Yang menariknya, flamingo mengambil masa sehingga 3 tahun untuk bertukar daripada warna kelabu ke merah jambu. 

FAKTA TENTANG GIGI PALSU

Gigi palsu dibuat pertama kalinya pada tahun 700 SM. Biasanya pada masa tersebut gigi palsu dibuat dari gading, tulang ikan paus atau tulang kudanil (badak air) dan diikat dengan kawat yang dihasilkan dari emas. Teknik ini bertahan selama hampir 2000 tahun.

Pada tahun 1500 SM dan seterusnya, tulang masih dipakai untuk bahan pembuatan gigi palsu, akan tetapi mula diikat dengan tali yang diperbuat dari benang sutera. Pada masa itu, sutera juga dipakai untuk menutupi gigi yang rongak. Selain menggunakan tulang, gigi palsu pada masa itu juga sudah mulai menggunakan bahan-bahan seperti perak, emas, atau batu akik (permata).

Namun tahukah anda, sebelum pertengahan abad ke-19, ada juga beberapa gigi palsu yang terbuat dari gigi asli, yang biasanya diambil dari mayat korban perang atau dari orang miskin yang menjual giginya.

Tuesday, March 24, 2015

SELAMAT HARI POLIS KE-208


PESAWAT GERMANWINGS AIRBUS A320 TERHEMPAS


PARIS : Pesawat Airbus penerbangan tambang murah Lufthansa, Germanwings terhempas di kawasan pergunungan Alps di selatan Perancis, hari ini, ketika dalam perjalanan dari Barcelona ke Duesseldorf. Difahamkan, penerbangan itu membawa 142 penumpang serta dua juruterbang dan empat kru.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Pierre Henry Brandet, serpihan pesawat telah dikesan dan mendapati ia jatuh di altitud kira-kira 2000 ribu meter di Pergunungan Alps. Presiden Perancis, Francois Hollande sebelum ini berkata, kesemua penumpang dan anak kapal dipercayai terkorban dalam nahas itu.

Sementara itu, jurucakap perbadanan penerbangan Perancis, DGAC berkata, pesawat A320 itu terhempas berhampiran bandar Barcelonnette yang terletak kira-kira 100 kilometer utara Nice, Perancis

Sementara itu Jurucakap pengendali lapangan terbang Sepanyol, Aena berkata pesawat itu berlepas dari Barcelona pada 8.55 pagi GMT (4.55 petang Malaysia).

KEJOHANAN TARIK TALI SEMPENA KARNIVAL SUKAN KEMAHKOTAAN DYMM SULTAN JOHOR


* Sila klik gambar untuk lebey lanjut

LEE KUAN YEW MENINGGAL DUNIA

SINGAPURA : Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dan pemimpin yang bertanggungjawab mengubah sebuah negara kerdil di Asia Tenggara kepada pusat perdagangan dan kewangan global meninggal dunia pada usia 91 tahun. Beliau meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada jam 3.18 pagi.

Lee, seorang peguam lulusan Cambridge disifatkan sebagai pemimpin yang bertanggungjawab menjadikan Singapura sebagai salah sebuah negara terkaya berdasarkan pendapatan per kapita yang tinggi. Mendiang adalah pengasas pertama Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak 1959 dan mengetuai negara itu berpisah daripada Malaysia pada 1965.

Monday, March 23, 2015

KADAR TAMBANG BAHARU BAS EKSPRESS, REL DITANGGUH DAN TEKSI DITERUSKAN


PUTRAJAYA : Pelaksanaan tambang baharu perkhidmatan bas ekspres dan rel kini ditunda manakala tambang baharu teksi diteruskan. Kadar baharu akan dimaklumkan sehingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan. Namun, tambang baharu untuk perkhidmatan teksi seperti mana yang telah diumumkan pada 19 Mac akan diteruskan pelaksanaannya.

Untuk sebarang keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di talian 03-27267000 atau emel ke communications@spad.gov.my.

Terdahulu, Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan bahawa tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus manakala tambang bas ekspres naik 22.6 peratus bermula 15 Mei. Namun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian meminta SPAD menangguhkan pelaksanaan kadar tambang baharu pengangkutan awam itu.

Sunday, March 22, 2015

PERINGATAN HARI POLIS KE-208


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

AISYAH TAJUDIN MOHON MAAF


KUALA LUMPUR : “Saya benar-benar kesal dan memohon maaf,” itu luahan hati penyampai radio BFM, Aisyah Tajuddin yang tampil buat pertama kali selepas dikecam orang ramai apabila video bertajuk ‘Hudud Isi Periuk Nasi’ menjadi viral.

Katanya, dia tiada niat untuk mengherdik dan menghina agama dan kini sedar tindakannya telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Saya benar-benar kesal dan memohon maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk agama apatah lagi agama saya sendiri.

Menurutnya, objektif sebenar video itu diterbitkan adalah untuk mempersoalkan keutamaan kerajaan PAS Kelantan dan tidak sekalipun berniat menghina Islam. €œIa mengenai politik, perkataan, perbuatan ahli politik dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama.

“Bagaimanapun, saya mendapati liputan media berkenaan insiden ini telah mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan iaitu menggalakkan perbincangan mengenai isu keadaan sosio-ekonomi rakyat Kelantan”, katanya.

Aisyah berkata, sejak video itu tersebar, pelbagai ancaman bunuh dan rogol ditujukan kepadanya termasuk keluarga, rakan sekerja dan rakan lain. “Ia sangat mendukacitakan. Mengharungi betapa bahayanya ancaman terhadap keselamatan diri ini adalah pengalaman yang buruk dan bukan ciri-ciri Malaysia yang saya tahu. €œNamun, saya juga mendapat dokongan dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk rakan dan insan yang tidak saya kenali. Untuk itu, saya sangat bersyukur”€ katanya.

Saturday, March 21, 2015

GAME SANTAI KOLAM SIMPAD RANGAWAN KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey lanjut

FENOMENA EKUINOKS


KUALA LUMPUR : Seluruh dunia akan mengalami fenomena Ekuinoks, yang mana ianya berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa bermula tengah hari esok. Fenomena itu berlaku apabila matahari melintasi garisan Khatulistiwa untuk mengubah kedudukannya dari hemisfera Selatan Bumi ke hemisfera Utara setelah enam bulan berada di hemisfera Selatan.

Ketika ia berlaku, mereka yang berada di atas atau berdekatan dengan garisan Khatulistiwa terutamanya di kawasan Pontianak, Indonesia akan mendapati matahari berada tegak di atas kepala pada waktu tengah hari, bergantung kepada waktu tempatan masing-masing. Ketika matahari tegak di langit, orang ramai tidak dapat melihat bayang-bayang mereka seperti kebiasaan.

Semasa fenomena Ekuinoks, seluruh dunia akan mengalami waktu siang dan malam yang sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam. Sementara itu, penstriman secara langsung itu bertujuan menyaksikan Gerhana Matahari Penuh di utara Kepulauan Faroe di Lautan Norway. Gerhana Matahari Penuh itu mengambil masa empat jam sembilan minit bermula pada 3.41 petang dan berakhir pada 7.50 petang waktu Malaysia.    

Fenomena ini berlaku pada 8.41 pagi waktu Kepulauan  Faroe dan kemuncaknya berlaku pada 10.15 pagi ketika itu. Ketika inilah (10.15 pagi) penduduk di sekitar kawasan itu akan mengalami waktu gelap selama 2 minit. Selain kawasan kepulauan Faroe, fenomena itu juga dapat dilihat di kawasan Lautan Artik dari Greenland ke Norway.

Fenomena gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi di antara Bumi dan Matahari yang penduduknya dapat melihat bayang-bayang matahari secara  penuh atau separa. Fenomena kali ini merupakan fenomena gerhana matahari penuh terakhir buat penduduk Eropah sebelum gerhana matahari penuh berikutnya pada 12 Ogos 2026.    

Pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my ataupun laman sosial Facebook 'Agensi Angkasa Negara'. 

Friday, March 20, 2015

KARNIVAL MEMANCING KOLAM REKREASI KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

MAYAT BAYI LELAKI DI DALAM TIN BISKUT

SUNGAI PETANI : Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam sebuah tangki air di sebuah bangunan berdekatan Taman Jubli Perak. Mayat ditemui dibungkus dengan kain dan dimasukkan dalam tin biskut kira-kira 11 pagi tadi.
    
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner  Khalil Ariffin berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada bayi tersebut meninggal dunia terlebih awal sebelum diletakkan di dalam tangki itu.
    
Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk dibedah siasat. Beliau berkata, mayat bayi terbabit ditemui seorang penghuni di bangunan berkenaan. Khalil berkata, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada bayi tersebut turut dihantar ke hospital bagi menjalani rawatan. 

Thursday, March 19, 2015

ACARA LARIAN KUDAT SEMPENA EARTH HOUR 2015


Earth Hour akan dilancarkan di Kudat dengan satu acara larian Earth Hour sejauh 5KM yang akan bermula dan berakhir di Esplanade pada 23 Mac 2015 jam 4 petang. Program ini merupakan anjuran Pejabat Daerah Kudat dengan kerjasama Taman-Taman Sabah, Lembaga Bandaran Kudat, Kumpulan Pemuliharaan Komuniti Taman Tun Mustapha, Persatuan Pemuliharaan Penyu Kudat dan WWF Malaysia. Orang ramai dijemput hadir dan mengambil bahagian dalam Larian Earth Hour 2015 ini. Pendaftaran boleh dibuat menerusi www.facebook.com/KTCS.BORNEO. Setiap peserta akan menerima kemeja T, Tiket Cabutan Bertuah dan sijil penyertaan.

KARNIVAL MEMANCING KOLAM REKREASI LAMANDA


* Sila klik gambar untuk lebey jelas



Wednesday, March 18, 2015

ONE PLACE MALL ANJUR PERTANDINGAN NYANYIAN DUET "SEHATI SEJIWA"


Menyusuli kejayaan penganjuran pertandingan nyanyian Otai Masih Berbisa dan One Place Mall Idol sebelum ini, pusat beli belah One Place Mall yang beroperasi di pekan Putatan kini kembali untuk menganjurkan sebuah lagi acara pertandingan bakat nyanyian, hujung bulan ini.

Pertandingan "Sehati Sejiwa" itu mempelawa penyertaan pasangan duet di Kota Kinabalu dan kawasan sekitar untuk menyanyikan lagu-lagu era 90-an samada dalam bahasa melayu atau Inggeris.

Antara syarat penyertaan mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh pertandingan. Peringkat saringan akan berlangsung pada 21 dan 22 Mac 2015 bermula jam 1 petang. Sementara pertandingan akhir membabitkan 15 pasangan duet akan diadakan pada 28 Mac 2015 bermula jam 2 petang. 

Johan akan menerima hadiah wang tunai RM500 dan piala, naib johan RM400 dan piala serta tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai RM300 dan piala. Manakala hadiah saguhati turut disediakan. 

Borang pendaftaran boleh diperolehi dengan menghubungi 019-860 0136, 012-803 2918 dan 013-886 9366. Tarikh akhir penghantaran borang penyertaan ialah 20 Mac 2015. Jom sertai sekarang!


FAKTA TENTANG BURGER BEWARNA HITAM


Kebiasaannya kita akan menghindari makanan yang berwarna hitam. Ini kerana warnanya tidak menyelerakan. Namun, berbeza pula halnya melihat roti burger hitam yang kini bukan lagi menjadi perkara asing yang digunakan di beberapa buah restoran Malaysia. 

Namun, di Jepun ianya amat popular dan memperkenalkan beberapa lagi bahan dalam burger warna hitam sepenuhnya. Sos hitam, roti bun hitam, keju juga hitam dan kelihatan seakan-akan kelihatan seperti plastik. 

Tahukah anda, bahan-bahan ini diperbuat dengan menggunakan teknik asapan arang buluh (bamboo charcoal) seperti mana roti yang digunakan. Sos hitam yang digunakan pula diperbuat dengan campuran dakwat sotong (squid ink) dan bahan sos biasa.

FAKTA TENTANG TELINGA

Telinga merupakan sebuah organ yang mampu mengenal suara, juga berperanan dalam keseimbangan dan posisi tubuh. 

Suara adalah bentuk energi yang bergerak melalui udara, air atau benda lainnya, dalam sebuah gelombang. Walaupun telinga yang mengenal suara, fungsi pengenalan dan interpretasi dilakukan di otak dan sistem saraf pusat. Rangsangan suara disampaikan ke otak melalui saraf yang menyambungkan telinga dan otak (nervus vestibulokoklearis).

Namun tahukah anda, telinga kanan berupaya mendengar ucapan dengan baik manakala telinga kiri menikmati muzik dengan baik. Selain itu, mengurut telinga boleh melegakan ketakutan, kegelisahan dan tekanan.

FAKTA TENTANG PERMAINAN TETRIS


Permainan Tetris diciptakan tahun 1984 oleh seorang ilmuwan Rusia bernama Alexe Pajitnov. Beliau mereka permainan tetris ini buat pertama kalinya perusahaan Electronica 60. Satu tahun kemudian, permainan ciptaan Alexe ini dilamar oleh pereka komputer Amerika, IBM. Tahun 1985, permainan tetris ini dipasang pada semua komputer buatan IBM yang beredar di negara tersebut. 

Seorang pereka video game bernama Henk Rogers menemui Alexe untuk mematenkan permainan tetris ini bersama. Mereka kemudian memberikan hak penjualan kepada Industri Video Game Nintendo untuk membuat alat khusus untuk bermain tetris. Bermula dari komputer, video game, telefon genggam dan kini boleh didapati dalam versi iPad. 

Permainan ini menjadi salah satu permainan paling popular dan dianggap sebagai salah satu klasik terbesar dalam sejarah permainan video sama seperti Pac-Man. Bermain permainan tetris selama 30 minit setiap hari boleh menjadikan anda lebih pintar kerana melatih otak untuk berfikir lebih efisien. 

FAKTA TENTANG BURUNG BELATUK

Burung belatuk atau dalam bahasa Inggeris "Woodpecker" merupakan haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh burung belatuk tidak bergigi dan keras seperti mata pahat.

Semua orang tahu bahawa burung belatuk membina sarangnya dengan mematuk batang pokok. Bunyi patukannya yang agak kuat itu boleh kedengaran dari jauh. Belatuk juga mengeluarkan bunyi teriakan kasar dan nyaring. Jika di udara, belatuk terbang secara berombak-ombak tetapi agak lemah.

Tetapi ramai yang tidak mengetahui, bagaimana burung belatuk tidak mengalami pendarahan otak apabila mereka mencacah begitu kuat dengan kepala mereka. Seekor burung belatuk dapat mematuk batang pokok yang keras 20 kali dalam sesaat.

Struktur kepala burung belatuk telah direka sesuai untuk kerja seperti ini. Tengkorak burung belatuk mempunyai satu sistem “suspensi” yang mengurangkan dan menyerap daya pukulan itu. Terdapat tisu-tisu lembut khas di antara tulang-tulang dan tengkoraknya.

FAKTA TENTANG BUAH EPAL


Epal antara tanaman yang paling banyak dicucuk tanam di dunia. Sebagaimana yang kita tahu, epal mempunyai pelbagai warna seperti warna hijau, merah dan gabungan warna yang kekuningan merah mengikut baka, suhu serta cuaca dimana ianya ditanam.

Memang tidak dinafikan epal merupakan antara contoh buah-buahan yang berkhasiat tinggi. Maka tidak hairan lah mengapa epal dijadikan sajian pencuci mulut selepas waktu makan kerana segala vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita. 

Antara khasiat yang terdapat dalam epal:-

1) Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena dan fitokimia.  Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

2) Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikal bebas serta dapat melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut. Ia juga memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yg kering.

3) Dalam pada itu, fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

4) TIP PENTING!!! jgn biarkan epal terdedah lama selepas dipotong kerana ia boleh menyebabkan antioksidan mudah terbebas ke udara sebaik sahaja epal dipotong.

5) Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses mengawal berat badan. Serat dapat melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula dapat memberikan kita tenaga.

6) Berita baik!! kandungan kolestrol serta lemak tidak terdapat dalam epal. Sesiapa yang
hendak berdiet, epal sesuai menjadi snek terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan.

Namun, tahukah anda.. memakan epal secara berlebihan boleh membawa maut kerana bijinya mengandungi bahan beracun iaitu "Cyanogenic Glycosides".

Tuesday, March 17, 2015

UMS KAJI FENOMENA AIR MERAH DI SABAH


KOTA KINABALU : Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang giat menjalankan kajian berhubung fenomena air merah atau “red tide” bagi membolehkan strategi diatur untuk mengatasinya, kata Pensyarah Institut Penyelidikan Marin Borneo Prof Madya Dr Sitti Raehanah Muhamad Shaleh.

Beliau berkata fenomena yang biasanya melanda perairan pantai barat Sabah pada November hingga Februari perlu difahami kerana ia boleh mendatangkan masalah kepada industri akuakultur selagi kaedah mengatasinya belum ditemui.

“‘Air merah’ sebenarnya adalah kebimbangan kita, khususnya industri akuakultur. Sebab itu, kita ada unit khas menjalankan kajian berkenaan ‘air merah’. Kita berusaha keras memahami fenomena ini sebelum kita mengatur strategi untuk mengatasinya.

Ia adalah fenomena alam yang berlaku dan memang ia sedikit sebanyak menggugat industri akuakultur kita. Kita bersyukur di perairan pantai timur Sabah belum ada fenomena ‘air merah’,” katanya kepada pemberita pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Sains Marin dan Akuakultur di sini pada Selasa.

Fenomena air merah biasanya berlaku pada musim kemarau selepas berlakunya hujan lebat dan kesan daripada suhu rendah berpanjangan sepanjang musim hujan. Semasa fenomena ini, air laut kelihatan berwarna merah kecoklatan akibat ledakan pertumbuhan “dinoflagellate” bertoksik kerana adanya pertambahan nutrien dalam air laut.

Dr Sitti Raehanah berkata pada masa ini dua spesis penyebab fenomena air merah sudah dikenal pasti iaitu yang beracun dan yang tidak beracun dan kedua-duanya boleh mendatang masalah kepada industri akuakultur sekiranya ia tidak diatasi.

Monday, March 16, 2015

BARANG DAN PERKHIDMATAN YANG DIKECUALIKAN SGT


* Sila klik gambar untuk lebey lanjut

KOLAM BAYANGAN KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey lanjut

HAPI BESDAY TO ME 16 MAC


16 Mac 2015 

Alhamdulillah, tidak terasa bertambah usia tahun ini seiring dengan kematangan diri. Terima kasih buat keluarga, rakan, teman, sahabat yang memberikan ucapan dan doa untuk saya. Sebagaimana doa kalian, begitu jugalah harapan untuk diri saya sendiri. Untuk rakan opis saya, TQ.. suprise kamurank memang menjadi. Awal pagi saya jumpa HANTU, lintang-pukang saya berlari dengan kasut tinggi.. hilang degup jantung saya sekejap kekekeke~ Neway, thx sekali lagi untuk suma ucapan d inbox FB, Wassap, panggilan telefon, nyanyi-nyanyi voice call dan hadiah-hadiah yang saya terima sempena besday tahun ni. Saya sangat menghargainya. Sium dulu muuaahh!!! 

PERBEZAAN MILO ASLI DAN MILO TIRUAN


KUALA LUMPUR : Milo Malaysia mengeluarkan satu gambar untuk membantu pengguna membezakan pek produk Milo yang asli dengan yang tiruan. Gambar yang dikongsi melalui akaun rasmi Milo Malaysia dan turut dikongsi di akaun Facebook Nestle menampilkan dua bungkusan Milo.

Menurut pihak Nestle, pek Milo yang asal dibungkus dan dipotong oleh mesin. Oleh itu, bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas atau sempurna. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK), berjaya merampas produk minuman Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan yang dilakukan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, Negeri Sembilan. 

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK negeri, Saifulbahri Abdul Kadir, produk tiruan itu dikesan melalui aduan orang awam yang mencurigai aktiviti tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebanyak 225 bungkusan yang berisi Milo tiruan disimpan di dalam sebuah bilik. Pihak KPDNKK percaya bungkusan berjenama Milo itu sedia untuk dipasarkan di sekitar negeri ini dan kawasan berhampiran. 

Sunday, March 15, 2015

PESAWAT JUPITER AEROBATIC TERHEMPAS KETIKA SESI LATIHAN SEMPENA LIMA'15


LANGKAWI : Juruterbang dan pembantu juruterbang kedua-dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) yang terhempas ketika sesi latihan aerobatik sempena LIMA'15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). 

Walaubagaimanapun, keempat-empat mereka ditemui selamat oleh anggota penyelamat selepas mendarat dengan payung terjun masing-masing dan dibawa ke Hospital Langkawi untuk rawatan. 

Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat KT-1B pasukan aerobatik itu sedang melintasi ruang udara Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), sebelum sayap dua daripada pesawat berkenaan berlanggar lalu menyebabkan kedua-dua pesawat terhempas di luar kawasan lapangan terbang iaitu di kawasan hutan dan di atas sebuah rumah berhampiran Permandangan Indah, disusuli api dan kepulan asap.

Saturday, March 14, 2015

PIALA FA 2015


* Sila klik gambar untuk lebey lanjut

REMAJA CEDERA TERTUSUK PAGAR BESI

JOHOR BAHRU : Seorang remaja lelaki yang menghidap Sindrom Down terpaksa menahan kesakitan selepas lutut kirinya tertusuk pagar besi di rumahnya dekat Jalan Bentara 9, Ta­man Skudai Ba­ru, Skudai. 

Kejadian berla­ku ketika remaja terbabit, Thien Kim Seng, 15, sedang bermain di pekarangan rumahnya sebelum dia dipercayai me­manjat pagar besi itu hingga menyebabkan lutut kirinya tertusuk pada sebatang besi pagar berkenaan.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Pulai, Ezam Mistorerrodin berkata, pi­hak­nya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 5 petang sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Universiti bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong salah satu batang besi pagar berke­naan yang tertusuk pada lutut remaja terbabit kemudiannya dikejarkan ke   Hos­pital Sultanah Aminah (HSA) menggunakan ambulans untuk rawatan selanjutnya dan keada­annya dilaporkan stabil.

Friday, March 13, 2015

BERAS PALSU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM PANAGATAN ULU KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

LABUAN

LABUAN

MENGENAI LABUAN

Sejarah Wilayah Persekutuan Labuan
Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)

1800
Labuan sebahagian daripada pemerintahan Brunei. Labuan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun.

1846
Labuan secara rasmi diserahkan kepada British oleh Raja Muda Hasim pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai pelabuhan bebas.

1888
Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali sebagai The Chartered Company.


1907
Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

1942
Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

1945
Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

1947
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

16 April 1984
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.


1 Oktober 1990
Labuan diisytihar sebagai Pusat kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

PENGINAPAN

PENGINAPAN

PENGINAPAN HOTEL DAN HOMESTAY DI LABUAN

Hotel

1.Hotel Grand Dorsett Labuan (087) 422 000

2.Hotel Tiara (087) 414300

3.Hotel Billion Waterfront (087) 418111

4.Hotel Palm Beach Resort & Spa (087) 418700

5.Hotel Pulau Labuan 1 (087) 416288

6.Hotel Pulau Labuan 2 (087) 422388

7.Hotel Mariner (087) 418822

8.Hotel Sara (087) 415555

9.Hotel Ambassador 1 (087) 423233

10.Hotel Ambassador 2 (087) 581242

11.Hotel Ambassador 3 (087) 414599

12.Hotel Avida (087) 416868

13.Hotel Global (087) 425180

14.Hotel Victoria (087) 412411

15.Hotel Pulau Labuan Inn (087) 416833

16.Hotel HPL Apartment (087) 583533

17.Hotel Red Tomato (087) 412963

18.Hotel Perdana (087) 420922

19.Hotel Sky Global (087) 431219

20.Hotel Melati Inn (087) 416307

21.Hotel Oriental (087) 419019

22.Beta Service Apartment (087) 453 333

23.Hotel Southern (087) 414211

24.Hotel Pantai View (087) 411339

25.Hotel 6 Inn (087) 411227

26.Hotel Expo (087) 426688

27.Hotel Aifa (087) 424888

28.Hotel One (087) 451369

29.Hotel Millenium (087) 421278

30.Hotel Fah Fah (087) 417712

31.Hotel Fratini Inn (087) 424545

32.Hotel Ocean (087) 410633

33.Hotel RK Cahaya (087)419516

34.Hotel Poh (087) 431375

35.Hotel Transit (087) 431133

36.Hotel Home Labuan (087) 425333

37.Hotel Mi Casa (087) 416323

38.Hotel H & H (087) 420200

39.Hotel Premier (087) 428948

40.Hotel Lazenda (087) 580800

41.Hotel Asia (087) 417712

42.Hotel Lai Lai (087) 443533

43.Hotel Grand Nadia (087) 442605

44.Hotel California (087) 41800

45. Hotel Lazenda Point (087) 418444



Homestay

1.Homestay Bukit Kuda 013-8511907 / 012-8289158

2.Homestay Sungai Labu 016-8041147 / 016-8430172

3.Homestay Patau-Patau 016-8363404 / 016-8424981

4.Homestay Srindung Sireh Inn 019-9366634 / 019-8820117

5.Homestay Siang Guest House 013-816 2198

6.Homestay Labuan Taman Arena 017-866 8870 / 016-839 1950

7.Homestay Papaya Beach Lodge 016-585 5801 / 019-850 1590

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

Pantai Batu Manikar - Pemandangan menarik ketika matahari terbenam. Itulah kemestian bagi pengunjung yang berkunjung ke Labuan. Anda boleh melihatnya di sepanjang Jalan Batu Manikar di mana Universiti Malaysia Sabah (UMS) terletak. Ketika langit sudah cerah (seperti kebiasaannya di Labuan), matahari terus bersinar seperti sama dengan abad-abad yang lalu. Fenomena menarik matahari terbenam akan bermula selepas pukul 6 petang.

Pantai Batu Manikar - Layang Layangan yang terkenal ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melihat matahari terbenam. Ini adalah jajaran pantai yang panjang dihiasi dengan pokok rhu dan pohon kelapa. Lorong pejalan kaki di sediakan untuk kemudahan orang ramai untuk berjalan-jalan mahupun berjoging, dengan suasana redup semulajadi oleh pokok-pokok di sekeliling. Udara segar, bayu laut dan pemandangan menarik ini tentunya merupakan bonus tambahan kepada peminat senaman di luar sana. Pantai Batu Manikar - Layangan Layang telah memenangi Anugerah Kebersihan Pantai COBSEA 2008. Anugerah berprestij ini sememangnya layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaraya dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Pantai Layang-Layangan - merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantai yang berpasir mengajak anda untuk berbaring dan berjemur di bawah sinaran matahari dengan ombak pantai memukul-mukul di kaki anda. Pantai Layang-Layangan merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantainya yang berpasir putih menggoda, menjemput anda untuk berbaring dan menikmati matahari dengan suara ombak memukul-mukul di tepi pantai. Lorong berbasikal dan meja perkelahan yang dinaungi oleh pohon rendang. Di sini juga boleh didapati banyak warung makanan dengan band-band muzik mengadakan persembahan di setiap hujung minggu. Menunggang kuda dan berbasikal adalah beberapa kegiatan rekreasi yang popular di pantai ini. Taman Keamanan juga terletak berdekatan. Manikar Beach Resort juga terletak di sekitar kawasan yang sama.

Pantai Pancur Hitam - Ini adalah salah satu pantai yang berkembang pesat di Labuan. Sebuah taman yang indah membentang terus ke pantai berpasir yang panjang. Terletak di pantai utara Labuan, Pantai Pancur Hitam adalah rumah peribadi yang terbesar dan paling mewah di Labuan ini - "Rumah Jutaan Keamanan". Jalan-jalan yang berhampiran rumah ini, Jalan Batu Manikar dan Jalan Pancur Hitam, di reka dan di hiasi dengan amat cantik. Hanya di depan rumah, deretan gerai-gerai menawarkan air kelapa segar, kepak ayam, popcorn dan masakan tempatan dan makanan ringan lain yang lazat. Di sebelah rumah tersebut, ada jalan kecil yang akan membawa anda ke Bukit Pohon Batu (Pohon Batu Hill), puncak tertinggi kedua di Labuan, di mana anda boleh menikmati laluan hutan trekking. Di puncak bukit ini, anda akan disambut dengan pemandangan pantai yang indah yang membentang di sepanjang garis pantai. Dari tempat pandang yang tinggi, anda juga boleh mempunyai pandangan mata seekor burung tentang seluruh pulau Labuan. Pada hari-hari yang terang, anda boleh melihat semua jalan ke selatan Financial Park Complex, yang terletak di tengah kota Labuan. Lebih jauh ke selatan pantai Pancur Hitam, anda akan menemui kawasan rekreasi yang dikenali sebagai "Sudut Cabaran", yang menawarkan sebuah laman yang ideal untuk pelbagai aktiviti rekreasi termasuk berkelah dan berkemah. Menjelang malam, pemandangan indah menanti anda dengan tiga puncak Bukit Batu Phin sebagai latar belakang yang dramatik. Matahari terbenam di sini bukanlah sesuatu yang patut di lepaskan begitu sahaja! Anda juga boleh melihat desa Melayu berhampiran dengan Cerobong (salah satu tempat yang terkenal di Labuan), Terowong Bersejarah Tanjung Kubong, Taman Burung Labuan dan tempat habitat semulajadi haiwan - semuanya menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik di Malaysia.

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

Pulau Daat - Pulau seluas 242,9 hektar ini adalah milik persendirian dan buat saat ini ia sedang dijual.

Pulau Daat memiliki pemandangan Laut China Selatan dan Pulau Labuan yang amat indah, serta mempunyai kawasan hutan hujan.

Oleh kerana bersifat persendirian, ia tidak terbuka untuk umum tetapi jika anda mempunyai USD 51 juta untuk di belanjakan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pulau yang menarik ini untuk diri anda sendiri.

Pulau Papan - Di sebelah Pulau Daat terdapat pulau kecil seluas 10.52 hektar yang disebut Pulau Papan. Menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong bercuti hujung minggu dan perkhemahan, pulau itu pada awalnya digunakan sebagai tapak rumah api pada tahun 1895.

Pada tahun 1902, lampu malap kemerahan telah digantikan dengan lampu "dioptrie" yang sangat terang sehingga boleh dilihat 13 kilometer jauhnya. Rumah api itu memberi petunjuk kepada kapal-kapal ke Victoria Harbour sehinggalah selepas Perang Dunia II ketika pasukan Berikat menggunakannya sebagai kem tahanan sementara tahanan-perang Jepun.

Hari ini ia berada di bawah bidang kuasa Labuan Corporation (Perbadanan Labuan). Pulau ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan, gelanggang sukan, surau, tempat BBQ, gelanggang bola tampar dan sepak takraw. Para penggemar adventur juga boleh mencuba aktiviti trekking hutan di pulau itu.

Kadar penginapan bermula daripada RM350 semalam untuk chalet 3-bilik biasa.

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

Bangkai Kapal Karam Amerika - The Wreck Amerika mempunyai sejarah yang tragis, telah karam pada masa Perang Dunia II dengan kehilangan 9 nyawa.

The Wreck Amerika telah karam akibat pelanggaran dengan periuk api yang mana telah meletupkan kapal penghapus periuk api Tentera Laut AS itu keluar daripada air dan pecah menjadi dua bahagian pada tarikh 8 Jun 1945.

Perasaan sedih masih lagi terasa apabila melihat plak yang memaparkan senarai nama-nama 9 askar yang terkorban. Plak tersebut yang direka oleh Dick dan Wayne Shafer ditempatkan pada bangkai kapal karam tersebut oleh ahli-ahli Brunei Sub Aqua Diving Club (BSADC) pada tahun 2007.

Masih kelihatan peralatan zaman dahulu seperti klip peluru, pengukur kedalaman, botol kawat dan artifak meriam yang tidak terusik di kapal karam ini.

Bangkai Kapal Karam Australia - The Wreck Australia menyediakan suasana menyelam yang sebenar, dengan kombinasi jarak penglihatan yang kurang dari 10 meter, kaya dengan tumbuhan karang, rangka bangkai kapal, pengakhiran yang tragis dan misteri.

Pada awalnya sebagai kapal kargo dan penumpang Belanda yang dibina pada tahun 1890, ia telah ditenggelamkan oleh oleh Belanda semasa Perang Dunia II untuk mencegah Jepun daripada menggunakannya. Orang Jepun bagaimanapun berjaya menyelamatkan kapal itu, menukar namanya menjadi 'Imbari Maru' dan meletakkannya untuk perkhidmatan sebagai kapal kargo.

Melarikan diri dari Borneo menuju ke Manila, kapal tersebut telah terlanggar periuk api dan karam 23km ke arah barat daya Labuan pada tahun 1944. Pada awalnya di percayai terkena serangan bom dari angkatan udara Australia, nama tersebut melekat sehingga hari ini. 339 orang kehilangan nyawa mereka, termasuk banyak tahanan perempuan (wanita penghibur) yang di bawa oleh Jepun ke perahu penyelamat.

Beberapa penyelam percaya tempat kemalangan ini dihantui oleh hantu jiwa-jiwa yang diseksa ini. Siapa tahu, penampakan seorang wanita berjubah putih melalui kapal ini mungkin saja sinar biasan batu marmar. Hanya satu cara untuk mengetahui - menyelam dan lihat sendiri!

Blue Water Wreck - Blue Water Wreck (Mabini Padre) adalah kapal pukat nelayan Filipina yang besar, yang terbakar dan tenggelam pada tahun 1981 tanpa kehilangan nyawa.

Dinamakan Blue Water Wreck kerana di kelilingi air biru yang jernih, bangkai kapal ini kelihatan seperti tidak banyak di selubungi kegelapan dasar laut.

Pada hari baik, jarak penglihatan 40 meter adalah mungkin. Bangkai kapal ini masih kelihatan utuh dengan tiang-tiang terletak pada sisinya dan lebih dikelilingi oleh kelimpahan kehidupan laut - menjamin pengalaman menarik bagi penyelam.

Cement Wreck - Daripada empat longgokan kapal karam Labuan, Wreck Semen adalah yang paling cetek dengan strukturnya naik 19 meter ke atas dan kedudukannya memudahkan penyelam untuk melewati dan bagus untuk latihan permulaan bagi penyelam kapal karam.

Menawarkan pemandangan bawah laut yang menakjubkan dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman karang dan menjadi rumah pelbagai haiwan laut berwarna-warni, Cement Wreck juga memberi peluang untuk bertembung dengan yu paus bagi penyelam yang bertuah.

Kapal ini mendapat nama pelik ini kerana tenggelam ketika mengangkut simen ke Brunei untuk pembinaan istana baru Sultan. Lebih dikenali sebagai kapal karam yang amat sempurna dengan kedudukannya yang tegak di dasar laut, bangkai kapal itu sangat indah dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman batu karang yang lembut dan keras, spons karang dan pakis, dan kawanan barakuda kecil dan ikan batfish bermain-main di tiang kapal.

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

Bagaimana perasaan anda jika tinggal di rumah kayu tradisional yang dikelilingi oleh air? Rumah-rumah kayu berwarna-warni kelihatan seperti tempat tinggal terapung dan dihubungkan satu sama lain dan ke jalan-jalan utama melalui laluan pejalan kaki yang bersimpang-siur dan tidak tersusun.

Ini adalah Kampung Air Patau Patau 2, yang ditubuhkan pada tahun 1930-an, seluruh desa dimusnahkan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Penduduk desa membina semula kampung dari awal selepas perang berakhir. Arkitektur dan konsep desa air adalah berkait kembali dengan nenek moyang mereka di Brunei. Sampai hari ini, warga desa air menggabungkan budaya Kedayan Brunei mereka dalam kehidupan sehari-hari.

Agar anda berfikir bahawa rumah ini bukanlah untuk orang mabuk laut, anda boleh yakini bahawa rumah-rumah ini sangat stabil - bahkan ada yang dibina lebih dari 60 tahun yang lalu. Rahsianya ialah kayu belian yang digunakan sebagai asas rumah itu yang dapat berdiri kuat selama berabad-abad yang akan datang.

Keluarga tuan rumah yang ramah akan senang hati untuk melayani anda dengan beberapa makanan lazat tradisional mereka termasuk ambuyat, hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering.

Pada petang hari, anda boleh memerhati anak-anak desa bermain layang-layang atau jika anda ingin lebih keseronokan, menangkap ikan di halaman belakang rumah anda – dengan kos yang nominal. Bayangkan anda bersantai di bangku kayu, secangkir kopi di satu tangan dan pancing di tangan yang lain. Seringkali tali pancing anda akan tegang dan berat. Apabila anda begitu teruja menarik pancing anda, boleh di katakan 9 daripada 10 kali tarikan, pancingan anda akan mendapat ikan keli, bukan tersangkut pakaian lama yang dibuang. Persembahan tarian tradisional juga boleh diatur berdasarkan permintaan dan anda pasti dapat menyertai dalam beberapa permainan desa yang menghiburkan.

Kampung Air Patau Patau 2 dilengkapi dengan saluran air dan elektrik, telefon dan sistem sisa, lampu jalan, dermaga teksi air, kedai runcit, kedai kraftangan, klinik, sekolah dan surau (tempat ibadah bagi muslimin yang lebih kecil dari masjid). Di kelilingi oleh air, kaedah pengangkutan utama adalah perahu dan sebahagian besar rumah mempunyai perahu sendiri. Rumah-rumah ini boleh di katakan agak luas dan dihiasi dengan barang-barang antik yang berat, membayangkan kehidupan yang selesa di dalamnya.

Menginap di desa air tradisional yang indah dan menawan ini tentunya pengalaman yang tiada tandingannya.

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

Taman Damai ini dibina sebagai taman peringatan dan penolakan terhadap kengerian perang. Ia terdiri daripada tugu peringatan yang dikelilingi oleh taman-taman yang indah dan tiang-tiang.

Pada 9 September 1945, Jepun secara rasmi menyerah Labuan kepada Australia. Komander Angkatan Darat ke-37 Jepun, Leftenan Jeneral Masao Baba diterbangkan ke tepi pantai Layang-Layangan di K154C Tachikawa (Hickory). Dan dalam sebuah pondok kayu kecil di bawah naungan pohon kelapa kira-kira 50 meter di Selatan-barat Pusat Penyerahan, upacara menandatangani serah terima ini di langsungkan.

Dia menyerahkan pedangnya secara rasmi kepada Mejar Jeneral George Wootten, pegawai pemerintah Division ke-9 Australia, di saksikan oleh Kapten Kumpulan C.W Pearce dan Ketua Skuadron J.S St Heap daripada Royal Australian Air Force (RAAF) di Sydney, Australia.

Berdekatan dengannya, terdapat kem-kem yang ditubuhkan untuk perbicaraan para pegawai dan askar Jepun terhadap kekejaman tahanan perang di kem-kem POW di Sabah dan Sarawak. Perbicaraan Perang di Layang-Layangan adalah yang pertama di Asia Tenggara, yang dipimpin oleh Leftenan L.J Morshead daripada Komander Kor Pertama Australia. Seterusnya, Labuan menukar nama awalnya daripada nama Pulau Maida, dan ditempatkan di bawah Pentadbiran Tentera Inggeris.

Bagi menunjukkan bahawa mereka benar-benar meminta maaf daripada kesusahan yang di sebabkan oleh nenek moyang mereka, Jepun memutuskan untuk membina Taman Keamanan di sebelah Pusat Penyerahan. Taman Damai ini juga sebagai peringatan kepada orang-orang yang telah mengorbankan nyawa mereka di Borneo semasa Perang Dunia II. Ini juga merupakan kenang-kenangan daripada persahabatan antara Malaysia dan Jepun, dan janji keamanan dan keharmonian untuk semua umat manusia yang kekejaman perang seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa depan.

Taman Damai ini dibiayai Japan Shipbuilding Industry Foundation, yang diketuai oleh Ryoishi Sasagawa, dan juga oleh keluarga mangsa dan kawan-kawan mereka daripada beberapa syarikat industri. Pada 14 April 1984, Mitsunori Ueki daripada South Pasifik Memorial Association Incorporation di Jepun menyerahkan Taman Damai secara istiadat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh. Hingga ke hari ini, pembiayaan masih datang dari Jepun untuk menjaga TamanDamai ini dalam keadaan baik.

Dengan perairan yang tenang di bawah jambatan melengkung dan sekitar gazebo yang teduh, berdirinya tugu dengan dua dinding melengkung yang menjadi pusat perhatian di Taman Damai ini. Di pintu masuk taman ini didirikan kepingan batu, dan di atasnya diukir dengan jelas untuk ingatan sampai ke akhir zaman - "Damai adalah yang terbaik".

Ya, damai akhirnya di Pulau Labuan.

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

Dahulunya Rumah Kerajaan - Terletak di belakang lapangan terbang lama ialah Taman Botanikal yang dahulunya adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12'. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Kini, hanya tangki air simpanannya kekal, bersama dengan sebuah kubur anjing kesayangan yang bernama ‘Jim'.

Taman Botanikal adalah satu taman rekreasi dengan pokok tua dan pelandskapan indah. Ia juga mempunyai cerita-cerita yang mempesonakan!

Cerita-Cerita Rumah Kerajaan - Ia dipercayai bahawa Hugh Low, Setiausaha Penjajah untuk bertahun-tahun dan terlepas perhatian untuk menjadi Gabenor, melakukan kebanyakan kerja awal di Taman tersebut. Pokok-pokok tua kebanyakannya ditanam olehnya. Rumah tersebut punah semasa peperangan.

Dua taman kubur dijumpai di tanah Rumah Kerajaan dan adalah dipercayai bahawa ia merupakan kubur yang tertua di pulau tersebut. Salah satu daripadanya mempunyai kubur bertarikh 1847. Kubur-kubur ini dipindah dari Ramsay Point di pesisir pantai, di mana di mana air pasang mengakibatkan hakisan kubur tentera laut lama. Salah satu daripada dua kubur yang dipindahkan merupakan kubur Komander James A. Gordon dari HMS Wolf. Beliau hadir semasa penyerahan Labuan ke tangan British pada 24 Disember 1846 dan membantu pembinaan tanah. Seperti ramai pada masa itu, beliau jatuh sakit dan berkubur pada umur awal 28 tahun atas kapalnya yang telah dilabuhkan diluar pesisiran.

Kubur lain itu adalah kepunyaan Sarjan Adam C Sutherland bagi Marin Di Raja, yang telah terkubur dalam satu pergaduhan dengan lanun Balanin pada bulan Mei bagi tahun yang sama.

Terdapat satu lagi kubur menarik terletak pada sebuah permatang di hadapan Rumah Kerajaan dan ia adalah kepunyaan seekor anjing foxhound dinamakan Jim, dan merupakan peliharaan M.S MacArthur, Residen pertama pentadbiran Straits Settlement yang beroperasi daripada 1906 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Tarikh yang terpahat pada kubur Jim adalah 20 Jun 1908.

Kehidupan di tanah tersebut seperti membawa banyak peristiwa. Pada suatu petang, apabila Leftenan-Gabenor Komander A.S. Hamilton pulang ke rumah, beliau terhidu bau kebakaran datang dari arah rumahnya. Beliau mempercepatkan langkah apabilah memikirkan rumahnya terbakar. Sesampainya beliau ke rumahnya, beliau berhadapan dengan sebaris orang Dayak yang sedang mengasapkan kepala di atas tripod dihadapan laman Rumah Kerajaan! Mereka mungkin merupakan kepala-kepala orang Murut yang dirampas oleh pihak polis Dayak sebagai balasan kepada orang Murut yang telah membunuh empat daripada orang mereka. Orang-orang Dayak di laman tersebut sangat tidak berpuas hati apabila kepala-kepala itu seterusnya dirampas. Mereka dibenarkan mengambil semula kepala-kepala tersebut dengan syarat mengasapnya di tempat lain!

Terdapat juga cerita bahawa hantu seorang wanita merupakan residen tanah tersebut – kemungkinan wanita tersebut ialah isteri Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Kelibat wanita tersebut tidak pernah kelihatan lagi.

Penggeledahan kubur oleh pemburu-pemburu kepala yang mencari satu sumber yang mudah merupakan satu masalah besar bagi peneroka-peneroka awal di Labuan. Hugh Low sebenarnya menggali lima belas kubur pada malam isterinya terkubur. Beliau mengebumikannya sendiri dalam salah satu kubur tersebut dan mengisi kubur-kubur lain dengan harapan menangkis peluang untuk penggeledahan kubur. Ramai juga yang rancang untuk dikebumikan di laut agar menghalang kejadian ini terjadi.

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney di Tanjung Kubong. Ia mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar dikelilingi pelandskapan yang indah. Taman ini merupakan rumah bagi kebanyakan spesies burung-burung Borneo yang ditemui oleh pemerhati burung. Terdapat perancangan bagi mengumpul sebahagian daripada 580 spesies burung yang didapati di habitat-habitat Borneo yang pelbagai, daripada bakau di sepanjang pantai ke hutan dalam gunung-ganang.

Pemerhatian burung boleh dilakukan tanpa sebarang peralatan kecuali buku nota, untuk menukilkan pemerhatian anda, dan binokular di taman ini. Bantuan bagi mengenal pasti burung-burung boleh didapati dari pihak pengurusan taman.

Yuran Kemasukan:
Dewasa - RM 3
Kanak-kanak (dibawah umur 6 tahun) - Free
Pelajar/Warga Emas - RM 2
Pelancong - RM 5

**Nota : Taman Burung Labuan dibuka setiap hari KECUALI pada hari Jumaat

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN

Pusat sukan air bertaraf dunia ini terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun. Ia berdekatan dengan pusat bandar Labuan. Kompleks ini merangkumi kawasan 5.91 ekar tanah. Ia merupakan projek dibawah Pelan Malaysia Ketujuh dan dibina pada kos keseluruhan RM 25 juta.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini adalah sebahagian daripada projek mencantikkan pantai Labuan. Objektifnya ialah untuk membina sebuah pusat sukan air bertaraf dunia dan untuk membangunkan tempat-tempat menarik lain sejajar dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Labuan sebuah destinasi pulau utama.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dibuka kepada umum pada Jun 2001 apabila ia menjadi hos kepada Labuan Sea Challenge tahunan.

Infrustruktur dan fasiliti yang diberi oleh kompleks ini adalah dijangka untuk menaikkan tarikan Labuan kepada para pelancong dan pelabur. Kemudahan-kemudahan moden akan membolehkan pulau ini untuk menjadi hos kepada acara dan kejohanan sukan laut antarabangsa.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan direka dengan tiga struktur ketara yang merupakan sebahagian daripada plaza pemandangan utama. Setiap bangunan mempunyai aktiviti khas dalamnya. Setiap menara adalah bahagian penting kompleks sukan air yang moden dan besar. Senibina memberi kenyataan dramatic mengenai alam sekitar, tradisi, dan kefungsian moden. Pusat utama sukan air, blok pentadbiran, muzium biologi marina, kedai cenderahati dan kedai-kedai makan berada di dalam kompleks ini.

Pusat Sukan Air - Pusat ini adalah untuk aktiviti sukan air utama dan tempat bagi karnival. Terdapat satu kawasan simpanan bot yang luas dan terus menghadap pantai. Fasiliti-fasiliti lain termasuk ruang menukar pakaian, tempat rehat dan tempat persediaan umum. Ia diguna sebagai satu kawasan pameran tetap untuk segala jenis aktiviti-aktiviti sukan laut. Ia menghubungkan kepada tempat-tempat berjalan di pantai.

Muzium Biologi Marina - Muzium Biologi Marina terletak bersama dengan blok Pentadbiran di bangunan berasingan. Ia berbentuk separa bulatan berdepanan dengan laut dengan sebuah galeri terbuka. Sebahagian besar bagi ruang binaan adalah digunakan oleh Muzium Maritime. Ruang rehat adalah bagi penggunaan pentadbiran seperti bilik mesyuarat dan ruang-ruang pejabat untuk badan sukan. Manakala di tingkat podium mengandungi bilik berehat VIP yang selesa dan ruang selasar berlebihan untuk muzium.

Plaza Utama - Plaza Utama berbentuk bulatan. Ia dilengkapi dengan struktur yang dapat menahan daripada setiap keadaan cuaca yang buruk. Ia digunakan sebagai pusat bagi melancarkan dan menonton berbagai jenis acara sukan laut.

Pusat Kraftangan dan Kedai-Kedai Makan - Pusat kraftangan dan kedai-kedai makan terletak dibahagian barat kompleks. Terdapat pelbagai kedai-kedai rangkaian popular dan kedai makan kecil-kecilan yang menjual makanan tempatan. Tambahan pula, kedai-kedai cenderahati dan kraftangan menjadikan kawasan ini sarat dengan aktiviti-aktiviti. Ia tempat popular bagi pelancong-pelancong melawat.

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

Muzium Marina Labuan diadakan untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut.

Apabila melangkah masuk ke muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang tidak dapat ditatapi di tempat lain.

Muzium ini dibina dengan konsep kapal bersama dua tingkat pameran. Ia menerima pelawat melalui sebuah jambatan logam. Akuarium-akuariam ungu biru jelas memperlihatkan kepelbagaian jenis kehidupan marina seperti jerung, ‘rays', ‘butterfly fish', ‘angel fish', ‘damsels', ‘wrasses', belut ‘moray', ikan-ikan beracun, udang dan udang kara.

Pelawat akan juga mendapat pengalaman luar biasa untuk menyentuh dan merasa pameran yang diletak di air cetak seperti tapak sulaiman, gamat dan ketam.

Pameran di tingkat dua termasuk habitat terumbu karang, habitat jerung dan ‘rays', reptilia lautan, ikan-ikan komersial, mamalia lautan, ‘marlins', aktiviti-aktiviti memancing dan menyelam, oceanografi, biologi marina, ‘molluscs' dan ‘crustacean'.

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

Dikenali dahulunya sebagai Bandar Victoria, kini Labuan adalah satu pusat perniagaan yang membangun dengan dengan pejabat-pejabat moden dan kompleks membeli-belah.

Dataran Labuan - Dataran Labuan terletak di pusat bandar Labuan. Tumpuan utamanya adalah satu pentas luarnya yang merupakan tempat popular bagi sesetengah acara-acara dan persembahan utama pulau tersebut. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia lain berkibar dalam satu barisan di atas pentas ini. Pada penghujung dataran adalah padang bola sepak bandar. Di penghujung lain adalah sebuah replika ‘Chimney', mercu tanda yang paling terkenal Labuan. Ia cantik dilandskap dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun.

Pusat Bandar Labuan - Pusat bandar adalah kawasan bagi pejalan kaki untuk bersantai. Kerusi-kerusi besi tempaan dan hiasan-hiasan lampu, bersama dengan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan memberi pemandangan yang sangat indah. Terdapat banyak tempat-tempat makan yang khusus dalam masakan Melayu, Cina dan India, serta rangkaian kedai-kedai makanan popular.

Kawasan-kawasan pantai sentiasa penuh dengan kesesakan dan kesibukan. Terdapat kawasan pendaratan, serta Kastam dan jabatan Imigresen. Perdagangan tukar barang adalah dijalankan dalam kawasan ini dan mi kaca adalah barangan popular untuk ditukar bersama peniaga-peniaga Filipino.

Jalan besar utama di pusat bandar Labuan adalah Jalan Merdeka. Pada hujung timur jalan raya ini ialah Sheraton Hotel, Hotel Waterfront Financial dan Financial Park Complex.

Latar langit Labuan dikongsi bersama Masjid Jamek An'nur, satu masjid Islam yang sangat besar dengan rekaan bentuk futuristik dengan dua minarets yang mencapai langit.

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

Muzium Labuan ialah muzium ketiga yang didirikan oleh Jabatan Muzium dan Zaman Kuno di Wilayah Persekutuan Labuan. Ia dibuka pada Oktober 2004.

Bangunan muzium adalah seni bina dua tingkat dalam rekaan penjajahan sebelum perang. Tingkat bawahnya adalah didedikasikan untuk pameran bersejarah merangkumi era pra-sejarah Labuan, kesultanan Brunei, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua, Kemerdekaan, perisytiharan Labuan sebagai satu wilayah persekutuan sehingga penubuhan Perbadanan Labuan. Manakala pameran tingkat atasnya mempamerkan pulau sosiobudaya dan evolusi ekonominya bagi enam kaum utama yakni Melayu Brunei Darussalam, Kedayan, Cina, Kadazandusun, India dan Sikh.

Muzium ini dipersembahkan dengan baik dengan panel grafik, kios maklumat, pengesan-pengesan, bunyi dan cahaya bergerak, dan sistem-sistem paparan lain. Barang-barang pameran itu termasuk alatan muzik, barangan kewangan, senjata api, aksesori perkahwinan, kostum-kostum dan artifak dikutip dari sebelum era pra-sejarah, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua dan zaman kemerdekaan.

Muzium Labuan terletak sesuai di tengah-tengah bandar Labuan. Ia merupakan lawatan yang harus dilakukan bagi sesiapa yang berharap untuk mengambil satu lawatan ringkas pulau yang kaya dengan sejarah dan budaya.

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

Terletak di Pusat Bandar Labuan, kedai bebas cukai menjadikan pengalaman membeli belah anda amat mudah. Menawarkan pelbagai produk bebas cukai yang menarik, seperti coklat import, mutiara, tekstil, minuman keras, dll.

Selain daripada makanan tempatan di pasar minggu Labuan, ada juga pasar tani Labuan untuk di kunjungi. Anda akan berjalan di bawah khemah biru yang bersambung-sambung. Dengan serta merta, anda akan terhidu bau ikan masin yang berlonggok-longgok dan juga makanan kering lain yang dibungkus dalam pek kedap udara yang di susun rapi.

Berbanding dengan pasar minggu yang riuh rendah, pasar tani lebih tenang dan senyap. Di bawah kipas siling, petani dan isteri-isteri mereka menjadi ramah setiap kali pelanggan datang ke gerai-gerai mereka untuk memilih sayuran segar dan buah-buahan, sebelum kembali berehat apabila pelanggan bergerak ke gerai sebelah yang menjual barang yang sama , yang diatur dalam susunan yang sama seperti gerai di sebelahnya. (Ya, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa pasar tersebut tidak akan kehabisan barang apa yang ingin anda beli!)

Di sini anda dapat mencari barang yang sukar di dapati seperti batang /kepingan sambal yang tulen, dibuat di Labuan dan ada juga yang dihantar dari Sabah. Ia dibuat dalam cara yang paling organik; tanpa pengawet atau penambah rasa - hanya daripada hasil penghancuran apabila ditumbuk menggunakan penumbuk sambal. Salah satu cara untuk membezakan antara sambal yang anda beli di supermarket, adalah anda masih boleh melihat mata udang kering di batang dan kepingan.

Anda juga boleh mencari banyak plat sagu, bahan utama untuk makanan Ambuyat Brunei-Melayu – ia dijual di sini, serta bebola ragi, besar dan kecil, untuk di buat tapai.

Pasar tani Labuan di buka setiap hari Sabtu dan Ahad di Jalan OKK Awang Besar dengan berbagai macam produk pertanian, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, rempah-rempah segar, ikan, udang kering, makanan laut kering, dan banyak lagi.

Di hujung sekali, terletak agak menyerong dari pasar tani adalah bazaar hujung minggu Labuan. Agak kecil, bazaar ini menjual segala yang anda perlukan untuk mendapatkan cenderahati dan hadiah untuk teman-teman dan keluarga anda. Daripada T-shirt corak peta Labuan, ukulele mainan murah, alas kaki yang tahan lama , hiasan dekoratif buatan tempatan ... bazaar memiliki semuanya.

Jika anda tidak berminat dengan cenderahati ini, singgahlah juga di bazaar ini, kerana beberapa kedai ada menjual aksesori mutiara yang akan menjadikan saat lawatan anda di sana begitu bernilai.

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

Pemandangan matahari terbenam. Itu adalah satu perkara yang pengunjung tidak akan gagal untuk memberitahu anda tentang Labuan.

Jajaran pantai sepanjang 9km dari Pantai Batu Manikar ke Pantai Sg. Miri telah memenangi Anugerah Pantai Bersih dari United Nation Environment Program di Pattaya, Thailand melalui 2nd COBSEA Marine Litter Workshop and Clean Up Campaign 2008. Anugerah berprestij ini memang layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaran dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Dari Pantai Batu Manikar, singgahlah di Pantai Batu Pohon di mana ada warung kayu untuk nelayan menjual makanan laut segar setelah mereka mendarat. Berhampiran dengannya adalah taman berpasir yang penuh dengan rintangan buatan manusia, iaitu Sudut Cabaran (Challenge Corner) sesuai untuk aktiviti kem bina semangat. Terdapat juga warung makan untuk para pemerhati matahari terbenam untuk menghilangkan haus dan lapar.

Kemudiannya ialah Pantai Pancur Hitam yang begitu cantik. Terdapat banyak pokok rhu yang tumbuh dalam baris yang teratur, memberikan teduhan dan ruangan privasi kepada pasangan pengunjung yang sedang menikmati matahari terbenam bersama sambil bersandar di kereta mereka. Seterusnya, anda akan melewati Homestay Kampung Sungai Labu yang nyaman dan mempunyai pemandangan indah pantai.

Destinasi menarik terakhir ialah Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) sebelum anda membuat perjalanan kembali ke Jalan Batu Manikar. Pada saat itu sinar matahari paling berseri-seri memandikan cahaya mereka ke dinding putih universiti kepada cahaya keemasan yang hangat.

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Australia mendarat di pulau Labuan dan teluk Brunei. Objektifnya adalah untuk mengusir pihak Jepun dari kawasan tersebut, mendirikan sebuah pangkalan tentera laut maju dan menjaminkan sumber minyak dan getah. Dengan serangan yang dikendalikan dengan baik, bilangan pihak Australian melebihi pihak Jepun dan dalam masa seminggu, semua rintangan tempatan utama telah disingkirkan

Pada 10 September 1945, Labuan, Borneo, Leftenan Jeneral Masao Baba, Komander Askar Jepun 7 dan Komander Tertinggi Kuasa-kuasa Jepun di Borneo, tiba di Labuan bagi menyerahkan kuasa-kuasa dibawah perintahnya kepada Mejar Jeneral Wootten. Majlis penyerahan rasmi diadakan di tempat ini pada tengahari 10 September 1945 dan dihadiri oleh kumpulan Kapten C.W. Pearce dan ketua Skuadron J.S. St. Heaps dari Sydney bagi pihak R.A.A.F.

Pesawat Jepun, Tachikawa K154C (HICKORY) yang membawa Leftenan Jeneral Masao Baba ke Labuan untuk majlis penyerahan rasmi dipamerkan di Muzium RAAF, Australia.

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney' – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney' dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney' dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney' masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney'. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney' telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

Tempat yang sering dikunjungi di Labuan ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial yang dilandskap dengan indah ini adalah tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan.

Pada Februari 1945, pihak Jepun yang telah menangkap kawasan pihak Bersekutu di kawasan Sandakan, mula memaksa banduan-banduan untuk berkawad ke Ranau – ia kemudiannya dikenali sebagai ‘Kawad Kematian Ranau' (Ranau Death March). Beratus-ratus banduan kehilangan nyawa semasa berkawad dan mereka yang tertinggal serta kem tawanan perang Sandakan telah dikebumikan di Kubur Perang Labuan.

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Bersekutu mendarat di Brown Beach, Tanjung Purun bagi memulakan pembebasan Borneo daripada pihak Jepun. Sebelum ini, bandar Labuan telah dibom teruk unntuk menghalau pihak musuh. Kebanyakan daripada bangunan-bangunan di situ termusnah. Pergaduhan juga berlangsung di sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘the pocket'.

Jenazah askar-askar Bersekutu dikumpul dari seluruh Borden untuk dikebumikan di taman peringatan. Berbaris penanda putih menandakan kubur-kubur tersebut. Pelawat-pelawat dapat merujuk kepada panel-panel pada barisan di mana nama askar yang dikebumikan disini akan tertera. Berbagai-bagai mesej diukir pada penanda kubur askar-askar dengan sebilangannya tertera ‘dikenal oleh Tuhan'.

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua kerap dikunjungi oleh veteran-veteran perang, khususnya dari Australia yang telah meletak Labuan sebagai destinasi penting dalam perjalanan mereka. Pada setiap Ahad pertama pada bulan November setiap tahun, satu perkhidmatan bagi menandakan Hari Peringatan diadakan di sini dan dihadiri oleh orang tempatan dan pelawat-pelawat asing. World War Memories telah dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Halaman rumput adalah disimpan dengan cantik supaya pelawat-pelawat dapat menghargai keamanan dan ketenangan bagi tempat mereka mencari pemahaman mengenai perang, kematian dan kehilangan.