CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 28, 2015

SEMINAR DAN PELANCARAN SKUAD PENGGUNA BIJAK LUAR BANDAR KG MASALOG, KOTA MARUDU SABAH

Program memperkasakan pendidikan dan kesedaran pengguna telah diadakan pada 27 Februari 2015 bertempat di Kg Masalog, Kota Marudu. Program dianjurkan oleh Consumers Front of Sabah atau CFOS dengan kerjasama Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah N5 Tandek (mukim Talantang dan Tingkalanon) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Bahagian Perundangan JSJ dan trafik IPD Kota Marudu, Bank Rakyat cawangan Kota Marudu dan Community Policing Sabah (COPSA). 

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Anita Baranting merasmikan program itu seterusnya melancarkan Skuad Pengguna Luar Bandar CFOS yang pertama di Sabah. 

Empat ceramah telah diadakan. Antara yang disampaikan ialah :-

1. "Cara untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam masyarakat" oleh Faizal Mohamad, Timbalan Pengurus Bank Rakyat cawangan Kota Marudu. 

2. "Apa itu GST? Kenapa GST? Apa kesannya terhadap harga barangan setelah diimplimentasikan" oleh Naib Presiden III cfos Mahadir Mohamad Kamal.

3. "Cara untuk menangani peningkatan kos sara hidup rakyat" oleh Presiden cfos, Nordin Thani

4. "Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti" oleh Insp Zamri Zakaria, Bahagian Perundangan JSJ IPD Kota Marudu.

Selain ceramah, pameran juga telah diadakan oleh Bank Rakyat, Bahagian Trafik IPD Kota Marudu dan Consumers Front of Sabah (CFOS). Berikut merupakan sebahagian gambar sekitar berlangsungnya seminar berkenaan. Untuk gambar penuh sila layari http://consumerscolumn.blogspot.com/2015/03/seminar-dan-pelancaran-skuad-pengguna.html



























KES BUNUH PELAJAR PRAKTIKAL KENINGAU, WANITA WARGA ASING ANTARA 3 SUSPEK DITAHAN


Seorang wanita asing antara tiga suspek yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh pelajar kolej perempuan di bangunan Pejabat Daerah Keningau pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Taong, wanita berusia 26 tahun itu memiliki pasport beralamat Kampung Biah Keningau dan  bekerja sebagai pembantu kedai fotostat di aras bawah bangunan Urusetia Daerah Keningau.

Sementara itu, dua lelaki yang turut ditahan masing-masing berumur 20 tahun dan 24 tahun beralamat Jalan Masak Keningau dan Kampung Masjid Keningau.

“Suspek  wanita dan seorang lelaki yang ditahan reman sehingga 3 Mac untuk siasatan manakala seorang lagi lelaki ditahan reman sehingga 4 Mac ini untuk siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Isnin lalu, mangsa, Sairah Fitri Tifanus, 20, dari Kampung Durok, Keningau yang juga pelajar Kolej Saito Petaling Jaya, Selangor ditemui mati di tandas wanita aras dua pejabat berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.

Mangsa disahkan mati dibunuh selepas bedah siasat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu mendapati dua kesan tikaman, satu di bahagian tulang selangka kanan dan tulang rusuk satu pada kedalaman tikaman kira-kira 12 dan lima sentimeter lebar.

Sementara itu kecederaan lain yang dikesan adalah kesan lebam di bahagian pipi, bibir, dagu dan telinga sebelah kiri, lengan dan paha kanan juga ada lebam, kemungkinan terhantuk objek tumpul. Terdapat juga kecederaan tusukan kecil di hadapan dada sebelah kanan kemungkinan di sebabkan hujung benda (objek) tajam.

Friday, February 27, 2015

MANA SATU? JALUR PUTIH DAN EMAS ATAU HITAM DAN BIRU?



Kurang pasti dari mana datangnya gambar ini tetapi sudahpun menjadi viral kerana ia memaparkan gambar sehelai pakaian yang mana warnanya bercanggah bagi sesetengah individu.

Putih dan Keemasan atau Biru dan Hitam? Bagaimanapun kebanyakan yang melihat nampak warna hitam dan biru. 

Menurut carian image Google, ia adalah hitam dan biru. Begitu juga dengan alatan Photoshop's eyedropper. 

PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM KG MENINIPIR


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Thursday, February 26, 2015

SANDAKAN BUNDLE FEST


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

KARNIVAL MEMANCING KOLAM D'PIAN


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

GEGARAN 30 SAAT BERPUNCA GEMPA BUMI DI FILIPINA

KOTA KINABALU : Penduduk enam daerah di pantai timur Sabah merasai gegaran hampir 30 saat berikutan gempa bumi sederhana 5.6 magnitud melanda Laut Sulu di barat daya Isabela City, Filipina jam 9.31 pagi tadi.

Daerah terbabit ialah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Menurut laman web Jabatan Meteorologi, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Wednesday, February 25, 2015

PESAWAT AIR CHINA TERIMA ANCAMAN BOM

CHONGQING : Sebuah pesawat penumpang Air China terpaksa membuat pendaratan cemas di lapangan terbang Chongqing pada Rabu kerana didakwa menerima ancaman bom.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, pesawat CA1336 itu dikatakan membuat penerbangan dari Bandar Nanning di Guangxi Zhuang ke Beijing. Pesawat itu terpaksa mendarat pada jam kira-kira 1.59 petang selepas berlepas kira-kira satu setengah jam sebelum itu.

Sumber Air China cawangan Chongqing berkata seorang penumpang  mendakwa terdapat satu bahan letupan berada dalam pesawat itu. Saksi berkata, anggota penyelamat dan kecemasan berada di lapangan terbang.

Tiga penumpang ditahan pihak polis untuk disoal siasat pada 5 petang Rabu manakala bagi penumpang yang lain meneruskan penerbangan mereka ke Beijing selepas membuat pemeriksaan keselamatan. Siasatan lanjut mengenai perkara ini masih dijalankan.

PIALA FA 2015 SABAH vs PDRM


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Tuesday, February 24, 2015

KERBAU SEBAGAI AMBULAN DI KG NIATANG PITAS

PITAS : Kehidupan adalah sukar bagi penduduk di Kg Niatang di Pitas, salah satu penempatan yang jauh di bahagian utara Sabah ini kebanyakannya penduduk Dusun Sabah.

Sehinggakan, apabila seorang yang sakit tenat dan memerlukan perhatian perubatan, ahli keluarga terpaksa meminta pertolongan daripada pemilik kenderaan empat roda (4WD) untuk menghantar mereka ke jalan utama supaya mereka boleh mendapatkan kenderaan untuk pergi ke klinik atau hospital.

Namun begitu, ada masanya mereka terpaksa menggunakan haiwan ternakan seperti kerbau sebagai jalan alternatif untuk membawa pesakit keluar ke jalan utama. Ia kelihatan seperti sesuatu yang janggal namun ini adalah satu-satunya cara untuk memastikan ahli keluarga mereka yang sakit mendapatkan bantuan perubatan di hospital.

Albert berkata terdapat laluan alternatif kepada jalan utama di kampung yang bersebelahan tetapi jarak yang lebih panjang walaupun ia adalah jalan grabel (berbatu). Beliau berkata terdapat hanya kira-kira 50 orang di Kg Niatang dan kerana itu kampung mereka sering diabaikan atau dipinggirkan daripada arus perdana pembangunan.

Bagi tujuan ini, beliau berharap kerajaan akan melihat nasib penduduk kampung dan melakukan sesuatu bagi meringankan masalah mereka.

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA 2015


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Monday, February 23, 2015

GADIS MAUT DI DALAM TANDAS PEJABAT DAERAH KENINGAU


Berita yang menggemparkan pada hari ini tersebar mengenai kematian seorang gadis yang ditemui di dalam tandas di pejabat daerah keningau menurut perkongsian yang menjadi viral di whatsapp hari ini.

Seorang gadis berusia 20-an ditemui mati dengan beberapa tikaman benda tajam di bahagian dada hari ini. Kematian gadis ini terus menjadi tanda tanya umum. Gadis malang itu adalah seorang pelajar dan kini sedang menjalani latihan praktikal di Pejabat Daerah Keningau. Difahamkan pelajar tersebut tiba di pejabat pada jam 8.00 pagi sebelum ke tandas setengah jam kemudian. Pelajar tersebut ditemui oleh kakitangan pejabat berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Douglas Nyeging Taong mengesahkan kejadian itu dan meminta sedikit masa  untuk pihak polis menjalankan siasatan kejadian berkenaan termasuk mencari punca kematian pelajar tersebut.

Sunday, February 22, 2015

SIRUL MENUNGGU KELULUSAN UNTUK "BONGKAR"



Jabatan Imigresen Australia menjelaskan tiada sebarang kelulusan diberikan untuk mana-mana temu ramah televisyen dengan bekas komando polis Malaysia, Sirul Azhar Umar yang kini berada di pusat tahanan Villawood di Sydney.

Jurucakap Menteri Imigresen Australia, Peter Dutton berkata, jabatan itu secara umumnya tidak membenarkan temu ramah di dalam pusat tahanan atas sebab-sebab operasi, menurut laporan The Sydney Morning Herald.

Sirul sebelum ini dilaporkan memaklumkan laman berita Malaysiakini yang dia sedang berunding dengan stesen televisyen Australia untuk satu temu ramah bagi mendedahkan individu yang mengarahkannya membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kelmarin, Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar juga berkata parti itu akan mengaturkan temu ramah secara langsung melalui telefon antara media Malaysia dan Sirul, esok.

Menurut jurucakap Imigresen Australia, Sirul memerlukan kelulusan pihak tertinggi untuk merakamkan temu bual bersama media di unit Blaxland di Villawood yang mempunyai kawalan keselamatan maksimum, di mana dia ditahan sejak ditangkap di Queensland pada 20 Januari lalu.

"Kami tidak menolak kemungkinan temu ramah boleh dilakukan pada masa akan datang jika proses permohonan yang sepatutnya dipenuhi," kata jurucakap itu.

Sirul yang dihukum gantung sampai mati kerana membunuh Altantuya kini berdepan penahanan bagi tempoh tidak pasti atas kesalahan berkaitan imigresen.

Ini kerana Austalia menolak permohonan ekstradisi Malaysia bagi menghantar Sirul pulang kecuali jika kerajaan Malaysia memberi jaminan Sirul tidak akan dihukum gantung apabila dikembalikan.

Hukuman gantung bertentangan dengan undang-undang di Australia.

Saturday, February 21, 2015

CUACA PANAS KURANGKAN MINUMAN KAFEIN DAN MAKANAN PEDAS


Orang ramai dinasihati agar mengurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing seperti minuman berkafein, kopi, teh dan air berkarbonat ketika cuaca panas.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata, pengambilan minuman berkenaan menyebabkan individu akan kerap membuang air kecil sehingga mengakibatkan badan kekurangan cecair.

"Sudah menjadi kebiasaan, bila bangun pagi minum kopi atau teh, tetapi pada musim cuaca panas ini, ia tidak sesuai kerana akan menyebabkan kita kerap kencing, sedangkan badan kita memerlukan air yang banyak kerana suhu panas menyebabkan badan hilang banyak air.

"Seeloknya kita minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tak semestinya minum sehingga dua liter air kosong, tapi boleh diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain minuman berkafein, pengambilan ubat diuretik terutama di kalangan pesakit darah tinggi juga boleh menyebabkan seseorang kerap membuang air kecil.

Sehubungan itu, Ridzoni berkata, pesakit dinasihati agar mendapatkan nasihat doktor tentang alternatif atau cara untuk mengurangkan dos ubat berkenaan untuk sementara waktu bagi mengurangkan cecair dalam badan hilang secara paksa (kencing).

"Di samping itu, yang paling utama ialah setiap individu perlu memastikan bahawa mereka meminum air yang cukup iaitu kira-kira dua liter dalam tempoh 24 jam (sehari).

"Boleh minum lima gelas jus buahan-buahan dan lima gelas air kosong kerana selain membekalkan air, buah juga boleh membekalkan zat-zat lain seperti sodium, potassium dan vitamin C," katanya.

Ridzoni berkata, bagi golongan berumur 50 tahun ke atas, mereka lebih mudah terdedah kepada dehidrasi kerana faktor umur yang meningkat menyebabkan mereka berasa kurang haus.

"Cara yang mudah ialah memeriksa air kencing kerana kencing yang pekat menunjukkan badan kekurangan air. Selain itu, jika kita melekapkan bibir atas dan bawah, dan jika ia melekit, seperti terkena air gula, itu bermakna mereka kurang air.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pula menasihati orang ramai mengurangkan pengambilan makanan yang pedas bagi mengelak peningkatan suhu badan.

"Ambil makanan mengandungi banyak air seperti buah tembikai, betik dan tembikai susu, sayur-sayuran contohnya tomato, timun dan sawi, serta masakan seperti sup, tumis air dan masak pindang boleh meningkatkan pengambilan air.

"Kita juga boleh mendapatkan sumber air daripada minuman seperti air kosong, susu dan makanan seperti sup dan yogurt," katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh melayari laman web Bahagian Pemakanan www.nutrition.moh.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut mengenai Panduan Diet Malaysia atau kemukakan sebarang pertanyaan yang berkaitan melalui Facebook Bahagian Pemakanan iaitu Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jabatan Meteorologi ketika dihubungi pula berkata, suhu maksimum di beberapa bandar utama hari ini termasuk Kuala Lumpur mencecah 34 darjah kerana negara pada masa ini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut dan dijangka berakhir pada penghujung Mac ini.

Kebanyakan kawasan terutamanya di utara pantai barat Semenanjung Malaysia kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kering. 

Friday, February 20, 2015

PERTANDINGAN MEMANCING SAIDI'S FISHING PARK JALAN MARAKAU KINAPULIDAN RANAU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

SHARIF ZERO MENJAWAB ISU DAKWAAN TUNJUK LAGAK

Akhirnya Sharif Zero tampil untuk memberi penjelasan mengenai Isu dakwaan kumpulan Zero semakin tunjuk lagak..

Kumpulan Zero menganggap tuduhan yang mengatakan mereka semakin berlagak semenjak menjuarai program Maharaja Lawak Mega (MLM 2014) baru-baru ini sengaja diada-adakan untuk mengaibkan.

Salah seorang anggotanya, Sharif atau nama sebenarnya Sharif Kadir Doli Sharif, 24, berkata, dia terkejut dengan tuduhan tersebut namun menganggap ia sebagai satu bayaran apabila mula dikenali.

“Anggapan kami berlagak selepas MLM adalah salah kerana kami masih seperti dahulu dan pelik bagaimana tiba-tiba kami dituduh sedemikian. Bagaimanapun itu terpulang kepada pihak yang menilai kerana kami masih individu yang sama dan sedar akan asal usul kami,” Sharif mengulas mengenai laporan kononnya mereka bersikap sombong selain kini sukar berurusan untuk menjayakan persembahan.

Dalam pada itu, Sharif berkata, sejak menjuarai MLM 2014 mereka tidak pernah meletakkan sebarang harga kepada pihak yang ingin memanggil mereka menjayakan persembahan pentas sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak PENGURUS.

“Kami sedar diri kami siapa dan dari mana asal usul kami. Tuduhan sedemkian tidak sepatutnya berlaku dan pada yang mengenali kami rasanya mereka tahu kami bagaimana. Tuduhan ‘demand’ dan sukar berurusan itu semua tidak benar malah Zero tidak pernah meletakkan sebarang harga tertentu,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Sharif berkata, mereka bertiga tidak pernah menolak tawaran untuk bernaung dibawah pengurusan Astro sebaliknya memberitahu mereka meminta masa untuk berfikir sebelum membuat keputusan.

Katanya lagi, buat masa ini mereka ingin belajar menguruskan karier mereka sendiri tanpa bantuan orang lain kerana dengan cara itu mereka dapat menjadi lebih matang dan mengetahui tentang selok-belok dunia hiburan.

“Bukan kami tolak tetapi minta masa untuk berfikir. Tambahan pula kami masih baharu dan tidak mahu bergantung kepada orang lain buat masa ini. Biarlah kami belajar menguruskan diri sendiri dahulu sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Thursday, February 19, 2015

IKAN PELIK BERMULUT DUA


Ikan pelik yang jarang berlaku dan aneh, telah muncul dari laut Australia akhir-akhir ini. Beberapa waktu yang lalu, ikan jerung Goblin di New South Wales dan jerung dari zaman prasejarah, muncul di Victoria. 

Kali ini, ikan yang jarang berlaku dan aneh lain telah muncul, di Australia Selatan. Waktunya pada Isnin petang, seorang nelayan di Riverland terkejut, ketika ia melihat ikan yang ditangkap dengan dua mulut.

Garry Warrick, seorang nelayan profesional dari Barmera, mengatakan kepada Daily Mail Australia, jika ia belum pernah melihat sesuatu seperti itu dalam 30 tahun menjalani perkerjaannya menjadi nelayan di kawasan tersebut.

Warrick biasanya menyimpan ikan cacat sebagai umpan untuk ikan lain, tapi kali ini ia memasukkannya ke dalam freezer dan mengambil beberapa gambar, lalu isterinya memuat penemuan tersebut secara online.

Pada bulan Januari, sekumpulan nelayan menangkap ikan jerung prasejarah yang menakutkan dari laut, dekat Lakes Entrance di Victoria. Makhluk yang dikenali sebagai ikan jerung berjumbai, mempunyai enam pasang insang seperti sirip dorsal, mirip dengan ikan pemangsa.

Spesies lain yang ditangkap juga dianggap sebagai 'dinosaur hidup,' ditemui di lepas pantai New South Wales dan membuat bingung nelayan tempatan. Spesies yang dikenali sebagai ikan jerung goblin itu, sangat sukar difahami kerana mereka biasanya berada di perairan dekat dengan dasar laut, di kedalaman kira-kira 1,200 meter.

Makhluk itu ditangkap di jaring oleh dua nelayan, hanya 609 meter di bawah permukaan air di berhampiran Green Cape lepas pantai selatan New South Wales. Memang masih banyak makhluk misteri lain, yang belum ditemui di lautan yang sangat luas.

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA TAHUN BARU CINA PITAS


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

KARNIVAL PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM GREEN VIEW


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Wednesday, February 18, 2015

AMARAN TSUNAMI DI UTARA JEPUN

TOKYO: Jepun mengeluarkan amaran tsunami hari ini susulan gempa bermagnitud 6.9 di utara Jepun, kata agensi meteorologi.

Agensi itu berkata, tsunami sehingga satu meter (3.3 kaki) dijangka melanda pantai Iwate pada kira-kira jam 8:30 (2330 GMT Isnin)

PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM PUPULUTON VALLEY TAMBUNAN


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

SELAMAT TAHUN BAHARU CINA 2015



Hello guyz..

Selamat Tahun Baharu Cina diucapkan kepada rakan-rakan yang meraikan perayaan ini. Tidak lupa juga Selamat Bercuti, samada bercuti pendek atau panjang. Semuga apa juga yang dilakukan berjalan dengan sempurna. Pada tahun ini, I mula bercuti pada 19 hingga 22 Februari dan akan bersama-sama meraikan serta memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina di Kg Salimpodon Pitas di atas jemputan rakan-rakan DJ Utara FM disana. 

Jadi kepada para pendengar, peminat setia Radio Online Utara FM yang sentiasa mendengarkan DJ-DJ Utara FM berkonti selama ini, mungkin ingin mengenali lebey dekat.. bolehlah datang beramah mesra bersama kami disana. Terutama sekali kawasan yang berdekatan dengannya seperti Kota Marudu dan Kudat. Orang kata roger-roger saja la kan hihi..

Blog ini akan sepi seketika semasa ketiadaan I untuk mengemaskini. Almaklum sajala, lappy tinggal di rumah hihi.. Apapon, sempena tahun Kambing pada 2015 ini, sedikit perkongsian untuk korank suma. Ini cuma kajian secara rambang yang dipetik dari wikipedia google. Check it out~ 


KAMBING
Tahun: 1943, 1955, 1967, 1979, 1991, 2003, 2015

Perwatakan:
Seorang yang lemah-lembut dan mudah beralah. Apabila berada dalam keadaan tertekan anda gagal membuat keputusan dengan bijak. Hidup berkeluarga adalah syurga anda. Bijak merancang kewangan dan mengatur belanjawan. Bagi anda lebih baik bersakit2 dahulu demi mencapai kesenangan kemudian.

Percintaan:
Jangan biarkan pasangan terlalu menguasai anda. Walaupun sayang atau cinta, ia tetap ada batasnya. Beralah pada perkara yang tidak wajar bukan bijak dan bukan bukti cinta. Ketegasan diri amat perlu agar anda tidak terlalu sengsara seandainya ditinggalkan.

Pasangan Serasi: 
Arnab, Khinzir

Tuesday, February 17, 2015

CABARAN PANCING KOLAM KOLAM BLUES ACHAI



* Sila klik gambar untuk lebey jelas

SUSPEK BUNUH PENUNTUT UiTM MULA DIBICARAKAN

TAIPING : Seorang tukang masak didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Eyu Ghim Siang , tertuduh Syarafi Abu, 25, menggelengkan kepala sebagai tanda tidak memahami pertuduhan dibacakan itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh Pulau Pinang di Kilometer 228.2, Lebuhraya PLUS dekat Bukit Gantang, 2 Februari lalu kira-kira 11.55 pagi.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes berikutan laporan bedah siasat dan kimia masih belum siap. Atas pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. Eyu kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 April ini.

Terdahulu, Syarafi dipercayai mengelar leher Syuhada di lebuh raya sebelum berjaya ditahan orang ramai.

Monday, February 16, 2015

PERTANDINGAN MEMANCING EDISI ANGPAO TELUK LIKAS


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

AKTIVIS SABAH DIKEHENDAKI OLEH PIHAK BERKUASA


KUALA LUMPUR: Seorang aktivis Sabah yang dikehendaki pihak berkuasa kerana didakwa menuntut pemisahan Sabah dan Sarawak daripada Malaysia, tidak berhasrat untuk kembali menghadapi tuduhan menghasut yang dikenakan ke atasnya.

Memetik laporan The Star, Doris Jones berkata tidak tahu mengenai saman yang dikeluarkan bulan lepas bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Hasutan yang membawa kepada pengeluaran waran tangkap oleh pihak polis Malaysia pada Rabu.

Waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu menamakan Doris Yapp Kim Youn sebagai suspek, namun dia memperkenalkan dirinya sebagai "Doris Jones" apabila menghubungi akhbar itu.

“Saya Doris Jones,” katanya apabila ditanya jika dia ialah Doris Yapp Kim Youn dari Labuan, suspek yang dinamakan dalam waran tangkap itu.

Beliau juga memberitahu akhbar harian itu bahawa terpulang kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menggunakan saluran yang betul bagi mengekstradisinya, namun enggan mendedahkan lokasi di mana dia berada.

"Mereka boleh cuba untuk tangkap saya di United Kingdom, Kesatuan Eropah atau mungkin lebih Australia. Mereka boleh cuba.

"Saya tidak fikir Malaysia ada perjanjian ekstradisi dengan EU," kata aktivis berusia 46 tahun itu.

Sunday, February 15, 2015

PISAU CUKUR DI DALAM KUIH KELUPIS


KOTA KINABALU : Seorang pemilik kedai kopi terkejut apabila menemui beberapa keping pisau cukur tertanam dalam kuih kelupis yang dijualnya. Beliau percaya ada individu yang cuba mensabotaj perniagaannya dengan meletakkan kepingan pisau cukur berkenaan dalam kuih tradisional tersebut. 

Peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Awang, 35, berkata dia baharu sahaja membuka perniagannya di bandar Beaufort apabila tiba-tiba seorang pelanggannya menunjukkan kepingan pisau cukur yang terdapat dalam kuih berkenaan pada pukul 9 pagi, 14 Februari lalu. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beaufort, Supritendan Mustaffa Maarof mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada pemilik gerai tersebut. Beliau berkata pihak polis kini sedang menyiasat isu berkenaan. 

GANGGUAN INTERNET SEHINGGA 6 MAC 2015


Anda mungkin menyedari masalah kelembapan ketika melayari Internet sejak kebelakangan ini. Kelembapan paling nyata dilihat apabila melayari laman dari Amerika Syarikat, Eropah dan Asia Utara. Ini adalah kerana berlaku kerosakan pada kabel bawah laut  Asia-America Gateway (AAG) berhampiran Filipina sejak 9 Februari yang lalu. Pihak Telekom Malaysia hari ini mengumumkan masalah kelembapan kelajuan internet ini akan berterusan sehingga 6 Mac. Kelewatan memperbaiki kerosakan tidak dapat dielakkan berikutan cuaca buruk dan ketinggian ombak yang berbahaya sekitar kawasan kabel dilaporkan rosak. Kerosakan kabel AAG kali ini ialah kali ke enam yang disedari sejak 2011. Diharap kali ini pembaikian akan kekal dengan lebih lama dan pengguna tidak akan terasa seperti melayari internet seperti pada tahun 1995. Jadi bersabarlah dengan masalah yang ada kerana proses dibaikpulih sedang dijalankan. 

Pelanggan TM yang mempunyai pertanyaan boleh berhubung dengan mereka terus melalui email help@tm.com.my untuk pelanggan Stremyx  dan unifi@tm.com.my untuk pelanggan UNIFI. Mereka juga boleh dihubungi melalui lama Twitter rasmi mereka @TMconnects. 

Saturday, February 14, 2015

KEMPEN PEMERKASAAN PENDIDIKAN PENGGUNA FASA II


Kempen Pemerkasaan Pendidikan Pengguna Fasa II bermula 30 JANUARI 2015 Hingga 30 MEI 2015.




\


 


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

LABUAN

LABUAN

MENGENAI LABUAN

Sejarah Wilayah Persekutuan Labuan
Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)

1800
Labuan sebahagian daripada pemerintahan Brunei. Labuan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun.

1846
Labuan secara rasmi diserahkan kepada British oleh Raja Muda Hasim pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai pelabuhan bebas.

1888
Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali sebagai The Chartered Company.


1907
Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

1942
Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

1945
Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

1947
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

16 April 1984
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.


1 Oktober 1990
Labuan diisytihar sebagai Pusat kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

PENGINAPAN

PENGINAPAN

PENGINAPAN HOTEL DAN HOMESTAY DI LABUAN

Hotel

1.Hotel Grand Dorsett Labuan (087) 422 000

2.Hotel Tiara (087) 414300

3.Hotel Billion Waterfront (087) 418111

4.Hotel Palm Beach Resort & Spa (087) 418700

5.Hotel Pulau Labuan 1 (087) 416288

6.Hotel Pulau Labuan 2 (087) 422388

7.Hotel Mariner (087) 418822

8.Hotel Sara (087) 415555

9.Hotel Ambassador 1 (087) 423233

10.Hotel Ambassador 2 (087) 581242

11.Hotel Ambassador 3 (087) 414599

12.Hotel Avida (087) 416868

13.Hotel Global (087) 425180

14.Hotel Victoria (087) 412411

15.Hotel Pulau Labuan Inn (087) 416833

16.Hotel HPL Apartment (087) 583533

17.Hotel Red Tomato (087) 412963

18.Hotel Perdana (087) 420922

19.Hotel Sky Global (087) 431219

20.Hotel Melati Inn (087) 416307

21.Hotel Oriental (087) 419019

22.Beta Service Apartment (087) 453 333

23.Hotel Southern (087) 414211

24.Hotel Pantai View (087) 411339

25.Hotel 6 Inn (087) 411227

26.Hotel Expo (087) 426688

27.Hotel Aifa (087) 424888

28.Hotel One (087) 451369

29.Hotel Millenium (087) 421278

30.Hotel Fah Fah (087) 417712

31.Hotel Fratini Inn (087) 424545

32.Hotel Ocean (087) 410633

33.Hotel RK Cahaya (087)419516

34.Hotel Poh (087) 431375

35.Hotel Transit (087) 431133

36.Hotel Home Labuan (087) 425333

37.Hotel Mi Casa (087) 416323

38.Hotel H & H (087) 420200

39.Hotel Premier (087) 428948

40.Hotel Lazenda (087) 580800

41.Hotel Asia (087) 417712

42.Hotel Lai Lai (087) 443533

43.Hotel Grand Nadia (087) 442605

44.Hotel California (087) 41800

45. Hotel Lazenda Point (087) 418444



Homestay

1.Homestay Bukit Kuda 013-8511907 / 012-8289158

2.Homestay Sungai Labu 016-8041147 / 016-8430172

3.Homestay Patau-Patau 016-8363404 / 016-8424981

4.Homestay Srindung Sireh Inn 019-9366634 / 019-8820117

5.Homestay Siang Guest House 013-816 2198

6.Homestay Labuan Taman Arena 017-866 8870 / 016-839 1950

7.Homestay Papaya Beach Lodge 016-585 5801 / 019-850 1590

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

Pantai Batu Manikar - Pemandangan menarik ketika matahari terbenam. Itulah kemestian bagi pengunjung yang berkunjung ke Labuan. Anda boleh melihatnya di sepanjang Jalan Batu Manikar di mana Universiti Malaysia Sabah (UMS) terletak. Ketika langit sudah cerah (seperti kebiasaannya di Labuan), matahari terus bersinar seperti sama dengan abad-abad yang lalu. Fenomena menarik matahari terbenam akan bermula selepas pukul 6 petang.

Pantai Batu Manikar - Layang Layangan yang terkenal ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melihat matahari terbenam. Ini adalah jajaran pantai yang panjang dihiasi dengan pokok rhu dan pohon kelapa. Lorong pejalan kaki di sediakan untuk kemudahan orang ramai untuk berjalan-jalan mahupun berjoging, dengan suasana redup semulajadi oleh pokok-pokok di sekeliling. Udara segar, bayu laut dan pemandangan menarik ini tentunya merupakan bonus tambahan kepada peminat senaman di luar sana. Pantai Batu Manikar - Layangan Layang telah memenangi Anugerah Kebersihan Pantai COBSEA 2008. Anugerah berprestij ini sememangnya layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaraya dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Pantai Layang-Layangan - merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantai yang berpasir mengajak anda untuk berbaring dan berjemur di bawah sinaran matahari dengan ombak pantai memukul-mukul di kaki anda. Pantai Layang-Layangan merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantainya yang berpasir putih menggoda, menjemput anda untuk berbaring dan menikmati matahari dengan suara ombak memukul-mukul di tepi pantai. Lorong berbasikal dan meja perkelahan yang dinaungi oleh pohon rendang. Di sini juga boleh didapati banyak warung makanan dengan band-band muzik mengadakan persembahan di setiap hujung minggu. Menunggang kuda dan berbasikal adalah beberapa kegiatan rekreasi yang popular di pantai ini. Taman Keamanan juga terletak berdekatan. Manikar Beach Resort juga terletak di sekitar kawasan yang sama.

Pantai Pancur Hitam - Ini adalah salah satu pantai yang berkembang pesat di Labuan. Sebuah taman yang indah membentang terus ke pantai berpasir yang panjang. Terletak di pantai utara Labuan, Pantai Pancur Hitam adalah rumah peribadi yang terbesar dan paling mewah di Labuan ini - "Rumah Jutaan Keamanan". Jalan-jalan yang berhampiran rumah ini, Jalan Batu Manikar dan Jalan Pancur Hitam, di reka dan di hiasi dengan amat cantik. Hanya di depan rumah, deretan gerai-gerai menawarkan air kelapa segar, kepak ayam, popcorn dan masakan tempatan dan makanan ringan lain yang lazat. Di sebelah rumah tersebut, ada jalan kecil yang akan membawa anda ke Bukit Pohon Batu (Pohon Batu Hill), puncak tertinggi kedua di Labuan, di mana anda boleh menikmati laluan hutan trekking. Di puncak bukit ini, anda akan disambut dengan pemandangan pantai yang indah yang membentang di sepanjang garis pantai. Dari tempat pandang yang tinggi, anda juga boleh mempunyai pandangan mata seekor burung tentang seluruh pulau Labuan. Pada hari-hari yang terang, anda boleh melihat semua jalan ke selatan Financial Park Complex, yang terletak di tengah kota Labuan. Lebih jauh ke selatan pantai Pancur Hitam, anda akan menemui kawasan rekreasi yang dikenali sebagai "Sudut Cabaran", yang menawarkan sebuah laman yang ideal untuk pelbagai aktiviti rekreasi termasuk berkelah dan berkemah. Menjelang malam, pemandangan indah menanti anda dengan tiga puncak Bukit Batu Phin sebagai latar belakang yang dramatik. Matahari terbenam di sini bukanlah sesuatu yang patut di lepaskan begitu sahaja! Anda juga boleh melihat desa Melayu berhampiran dengan Cerobong (salah satu tempat yang terkenal di Labuan), Terowong Bersejarah Tanjung Kubong, Taman Burung Labuan dan tempat habitat semulajadi haiwan - semuanya menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik di Malaysia.

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

Pulau Daat - Pulau seluas 242,9 hektar ini adalah milik persendirian dan buat saat ini ia sedang dijual.

Pulau Daat memiliki pemandangan Laut China Selatan dan Pulau Labuan yang amat indah, serta mempunyai kawasan hutan hujan.

Oleh kerana bersifat persendirian, ia tidak terbuka untuk umum tetapi jika anda mempunyai USD 51 juta untuk di belanjakan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pulau yang menarik ini untuk diri anda sendiri.

Pulau Papan - Di sebelah Pulau Daat terdapat pulau kecil seluas 10.52 hektar yang disebut Pulau Papan. Menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong bercuti hujung minggu dan perkhemahan, pulau itu pada awalnya digunakan sebagai tapak rumah api pada tahun 1895.

Pada tahun 1902, lampu malap kemerahan telah digantikan dengan lampu "dioptrie" yang sangat terang sehingga boleh dilihat 13 kilometer jauhnya. Rumah api itu memberi petunjuk kepada kapal-kapal ke Victoria Harbour sehinggalah selepas Perang Dunia II ketika pasukan Berikat menggunakannya sebagai kem tahanan sementara tahanan-perang Jepun.

Hari ini ia berada di bawah bidang kuasa Labuan Corporation (Perbadanan Labuan). Pulau ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan, gelanggang sukan, surau, tempat BBQ, gelanggang bola tampar dan sepak takraw. Para penggemar adventur juga boleh mencuba aktiviti trekking hutan di pulau itu.

Kadar penginapan bermula daripada RM350 semalam untuk chalet 3-bilik biasa.

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

Bangkai Kapal Karam Amerika - The Wreck Amerika mempunyai sejarah yang tragis, telah karam pada masa Perang Dunia II dengan kehilangan 9 nyawa.

The Wreck Amerika telah karam akibat pelanggaran dengan periuk api yang mana telah meletupkan kapal penghapus periuk api Tentera Laut AS itu keluar daripada air dan pecah menjadi dua bahagian pada tarikh 8 Jun 1945.

Perasaan sedih masih lagi terasa apabila melihat plak yang memaparkan senarai nama-nama 9 askar yang terkorban. Plak tersebut yang direka oleh Dick dan Wayne Shafer ditempatkan pada bangkai kapal karam tersebut oleh ahli-ahli Brunei Sub Aqua Diving Club (BSADC) pada tahun 2007.

Masih kelihatan peralatan zaman dahulu seperti klip peluru, pengukur kedalaman, botol kawat dan artifak meriam yang tidak terusik di kapal karam ini.

Bangkai Kapal Karam Australia - The Wreck Australia menyediakan suasana menyelam yang sebenar, dengan kombinasi jarak penglihatan yang kurang dari 10 meter, kaya dengan tumbuhan karang, rangka bangkai kapal, pengakhiran yang tragis dan misteri.

Pada awalnya sebagai kapal kargo dan penumpang Belanda yang dibina pada tahun 1890, ia telah ditenggelamkan oleh oleh Belanda semasa Perang Dunia II untuk mencegah Jepun daripada menggunakannya. Orang Jepun bagaimanapun berjaya menyelamatkan kapal itu, menukar namanya menjadi 'Imbari Maru' dan meletakkannya untuk perkhidmatan sebagai kapal kargo.

Melarikan diri dari Borneo menuju ke Manila, kapal tersebut telah terlanggar periuk api dan karam 23km ke arah barat daya Labuan pada tahun 1944. Pada awalnya di percayai terkena serangan bom dari angkatan udara Australia, nama tersebut melekat sehingga hari ini. 339 orang kehilangan nyawa mereka, termasuk banyak tahanan perempuan (wanita penghibur) yang di bawa oleh Jepun ke perahu penyelamat.

Beberapa penyelam percaya tempat kemalangan ini dihantui oleh hantu jiwa-jiwa yang diseksa ini. Siapa tahu, penampakan seorang wanita berjubah putih melalui kapal ini mungkin saja sinar biasan batu marmar. Hanya satu cara untuk mengetahui - menyelam dan lihat sendiri!

Blue Water Wreck - Blue Water Wreck (Mabini Padre) adalah kapal pukat nelayan Filipina yang besar, yang terbakar dan tenggelam pada tahun 1981 tanpa kehilangan nyawa.

Dinamakan Blue Water Wreck kerana di kelilingi air biru yang jernih, bangkai kapal ini kelihatan seperti tidak banyak di selubungi kegelapan dasar laut.

Pada hari baik, jarak penglihatan 40 meter adalah mungkin. Bangkai kapal ini masih kelihatan utuh dengan tiang-tiang terletak pada sisinya dan lebih dikelilingi oleh kelimpahan kehidupan laut - menjamin pengalaman menarik bagi penyelam.

Cement Wreck - Daripada empat longgokan kapal karam Labuan, Wreck Semen adalah yang paling cetek dengan strukturnya naik 19 meter ke atas dan kedudukannya memudahkan penyelam untuk melewati dan bagus untuk latihan permulaan bagi penyelam kapal karam.

Menawarkan pemandangan bawah laut yang menakjubkan dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman karang dan menjadi rumah pelbagai haiwan laut berwarna-warni, Cement Wreck juga memberi peluang untuk bertembung dengan yu paus bagi penyelam yang bertuah.

Kapal ini mendapat nama pelik ini kerana tenggelam ketika mengangkut simen ke Brunei untuk pembinaan istana baru Sultan. Lebih dikenali sebagai kapal karam yang amat sempurna dengan kedudukannya yang tegak di dasar laut, bangkai kapal itu sangat indah dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman batu karang yang lembut dan keras, spons karang dan pakis, dan kawanan barakuda kecil dan ikan batfish bermain-main di tiang kapal.

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

Bagaimana perasaan anda jika tinggal di rumah kayu tradisional yang dikelilingi oleh air? Rumah-rumah kayu berwarna-warni kelihatan seperti tempat tinggal terapung dan dihubungkan satu sama lain dan ke jalan-jalan utama melalui laluan pejalan kaki yang bersimpang-siur dan tidak tersusun.

Ini adalah Kampung Air Patau Patau 2, yang ditubuhkan pada tahun 1930-an, seluruh desa dimusnahkan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Penduduk desa membina semula kampung dari awal selepas perang berakhir. Arkitektur dan konsep desa air adalah berkait kembali dengan nenek moyang mereka di Brunei. Sampai hari ini, warga desa air menggabungkan budaya Kedayan Brunei mereka dalam kehidupan sehari-hari.

Agar anda berfikir bahawa rumah ini bukanlah untuk orang mabuk laut, anda boleh yakini bahawa rumah-rumah ini sangat stabil - bahkan ada yang dibina lebih dari 60 tahun yang lalu. Rahsianya ialah kayu belian yang digunakan sebagai asas rumah itu yang dapat berdiri kuat selama berabad-abad yang akan datang.

Keluarga tuan rumah yang ramah akan senang hati untuk melayani anda dengan beberapa makanan lazat tradisional mereka termasuk ambuyat, hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering.

Pada petang hari, anda boleh memerhati anak-anak desa bermain layang-layang atau jika anda ingin lebih keseronokan, menangkap ikan di halaman belakang rumah anda – dengan kos yang nominal. Bayangkan anda bersantai di bangku kayu, secangkir kopi di satu tangan dan pancing di tangan yang lain. Seringkali tali pancing anda akan tegang dan berat. Apabila anda begitu teruja menarik pancing anda, boleh di katakan 9 daripada 10 kali tarikan, pancingan anda akan mendapat ikan keli, bukan tersangkut pakaian lama yang dibuang. Persembahan tarian tradisional juga boleh diatur berdasarkan permintaan dan anda pasti dapat menyertai dalam beberapa permainan desa yang menghiburkan.

Kampung Air Patau Patau 2 dilengkapi dengan saluran air dan elektrik, telefon dan sistem sisa, lampu jalan, dermaga teksi air, kedai runcit, kedai kraftangan, klinik, sekolah dan surau (tempat ibadah bagi muslimin yang lebih kecil dari masjid). Di kelilingi oleh air, kaedah pengangkutan utama adalah perahu dan sebahagian besar rumah mempunyai perahu sendiri. Rumah-rumah ini boleh di katakan agak luas dan dihiasi dengan barang-barang antik yang berat, membayangkan kehidupan yang selesa di dalamnya.

Menginap di desa air tradisional yang indah dan menawan ini tentunya pengalaman yang tiada tandingannya.

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

Taman Damai ini dibina sebagai taman peringatan dan penolakan terhadap kengerian perang. Ia terdiri daripada tugu peringatan yang dikelilingi oleh taman-taman yang indah dan tiang-tiang.

Pada 9 September 1945, Jepun secara rasmi menyerah Labuan kepada Australia. Komander Angkatan Darat ke-37 Jepun, Leftenan Jeneral Masao Baba diterbangkan ke tepi pantai Layang-Layangan di K154C Tachikawa (Hickory). Dan dalam sebuah pondok kayu kecil di bawah naungan pohon kelapa kira-kira 50 meter di Selatan-barat Pusat Penyerahan, upacara menandatangani serah terima ini di langsungkan.

Dia menyerahkan pedangnya secara rasmi kepada Mejar Jeneral George Wootten, pegawai pemerintah Division ke-9 Australia, di saksikan oleh Kapten Kumpulan C.W Pearce dan Ketua Skuadron J.S St Heap daripada Royal Australian Air Force (RAAF) di Sydney, Australia.

Berdekatan dengannya, terdapat kem-kem yang ditubuhkan untuk perbicaraan para pegawai dan askar Jepun terhadap kekejaman tahanan perang di kem-kem POW di Sabah dan Sarawak. Perbicaraan Perang di Layang-Layangan adalah yang pertama di Asia Tenggara, yang dipimpin oleh Leftenan L.J Morshead daripada Komander Kor Pertama Australia. Seterusnya, Labuan menukar nama awalnya daripada nama Pulau Maida, dan ditempatkan di bawah Pentadbiran Tentera Inggeris.

Bagi menunjukkan bahawa mereka benar-benar meminta maaf daripada kesusahan yang di sebabkan oleh nenek moyang mereka, Jepun memutuskan untuk membina Taman Keamanan di sebelah Pusat Penyerahan. Taman Damai ini juga sebagai peringatan kepada orang-orang yang telah mengorbankan nyawa mereka di Borneo semasa Perang Dunia II. Ini juga merupakan kenang-kenangan daripada persahabatan antara Malaysia dan Jepun, dan janji keamanan dan keharmonian untuk semua umat manusia yang kekejaman perang seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa depan.

Taman Damai ini dibiayai Japan Shipbuilding Industry Foundation, yang diketuai oleh Ryoishi Sasagawa, dan juga oleh keluarga mangsa dan kawan-kawan mereka daripada beberapa syarikat industri. Pada 14 April 1984, Mitsunori Ueki daripada South Pasifik Memorial Association Incorporation di Jepun menyerahkan Taman Damai secara istiadat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh. Hingga ke hari ini, pembiayaan masih datang dari Jepun untuk menjaga TamanDamai ini dalam keadaan baik.

Dengan perairan yang tenang di bawah jambatan melengkung dan sekitar gazebo yang teduh, berdirinya tugu dengan dua dinding melengkung yang menjadi pusat perhatian di Taman Damai ini. Di pintu masuk taman ini didirikan kepingan batu, dan di atasnya diukir dengan jelas untuk ingatan sampai ke akhir zaman - "Damai adalah yang terbaik".

Ya, damai akhirnya di Pulau Labuan.

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

Dahulunya Rumah Kerajaan - Terletak di belakang lapangan terbang lama ialah Taman Botanikal yang dahulunya adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12'. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Kini, hanya tangki air simpanannya kekal, bersama dengan sebuah kubur anjing kesayangan yang bernama ‘Jim'.

Taman Botanikal adalah satu taman rekreasi dengan pokok tua dan pelandskapan indah. Ia juga mempunyai cerita-cerita yang mempesonakan!

Cerita-Cerita Rumah Kerajaan - Ia dipercayai bahawa Hugh Low, Setiausaha Penjajah untuk bertahun-tahun dan terlepas perhatian untuk menjadi Gabenor, melakukan kebanyakan kerja awal di Taman tersebut. Pokok-pokok tua kebanyakannya ditanam olehnya. Rumah tersebut punah semasa peperangan.

Dua taman kubur dijumpai di tanah Rumah Kerajaan dan adalah dipercayai bahawa ia merupakan kubur yang tertua di pulau tersebut. Salah satu daripadanya mempunyai kubur bertarikh 1847. Kubur-kubur ini dipindah dari Ramsay Point di pesisir pantai, di mana di mana air pasang mengakibatkan hakisan kubur tentera laut lama. Salah satu daripada dua kubur yang dipindahkan merupakan kubur Komander James A. Gordon dari HMS Wolf. Beliau hadir semasa penyerahan Labuan ke tangan British pada 24 Disember 1846 dan membantu pembinaan tanah. Seperti ramai pada masa itu, beliau jatuh sakit dan berkubur pada umur awal 28 tahun atas kapalnya yang telah dilabuhkan diluar pesisiran.

Kubur lain itu adalah kepunyaan Sarjan Adam C Sutherland bagi Marin Di Raja, yang telah terkubur dalam satu pergaduhan dengan lanun Balanin pada bulan Mei bagi tahun yang sama.

Terdapat satu lagi kubur menarik terletak pada sebuah permatang di hadapan Rumah Kerajaan dan ia adalah kepunyaan seekor anjing foxhound dinamakan Jim, dan merupakan peliharaan M.S MacArthur, Residen pertama pentadbiran Straits Settlement yang beroperasi daripada 1906 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Tarikh yang terpahat pada kubur Jim adalah 20 Jun 1908.

Kehidupan di tanah tersebut seperti membawa banyak peristiwa. Pada suatu petang, apabila Leftenan-Gabenor Komander A.S. Hamilton pulang ke rumah, beliau terhidu bau kebakaran datang dari arah rumahnya. Beliau mempercepatkan langkah apabilah memikirkan rumahnya terbakar. Sesampainya beliau ke rumahnya, beliau berhadapan dengan sebaris orang Dayak yang sedang mengasapkan kepala di atas tripod dihadapan laman Rumah Kerajaan! Mereka mungkin merupakan kepala-kepala orang Murut yang dirampas oleh pihak polis Dayak sebagai balasan kepada orang Murut yang telah membunuh empat daripada orang mereka. Orang-orang Dayak di laman tersebut sangat tidak berpuas hati apabila kepala-kepala itu seterusnya dirampas. Mereka dibenarkan mengambil semula kepala-kepala tersebut dengan syarat mengasapnya di tempat lain!

Terdapat juga cerita bahawa hantu seorang wanita merupakan residen tanah tersebut – kemungkinan wanita tersebut ialah isteri Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Kelibat wanita tersebut tidak pernah kelihatan lagi.

Penggeledahan kubur oleh pemburu-pemburu kepala yang mencari satu sumber yang mudah merupakan satu masalah besar bagi peneroka-peneroka awal di Labuan. Hugh Low sebenarnya menggali lima belas kubur pada malam isterinya terkubur. Beliau mengebumikannya sendiri dalam salah satu kubur tersebut dan mengisi kubur-kubur lain dengan harapan menangkis peluang untuk penggeledahan kubur. Ramai juga yang rancang untuk dikebumikan di laut agar menghalang kejadian ini terjadi.

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney di Tanjung Kubong. Ia mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar dikelilingi pelandskapan yang indah. Taman ini merupakan rumah bagi kebanyakan spesies burung-burung Borneo yang ditemui oleh pemerhati burung. Terdapat perancangan bagi mengumpul sebahagian daripada 580 spesies burung yang didapati di habitat-habitat Borneo yang pelbagai, daripada bakau di sepanjang pantai ke hutan dalam gunung-ganang.

Pemerhatian burung boleh dilakukan tanpa sebarang peralatan kecuali buku nota, untuk menukilkan pemerhatian anda, dan binokular di taman ini. Bantuan bagi mengenal pasti burung-burung boleh didapati dari pihak pengurusan taman.

Yuran Kemasukan:
Dewasa - RM 3
Kanak-kanak (dibawah umur 6 tahun) - Free
Pelajar/Warga Emas - RM 2
Pelancong - RM 5

**Nota : Taman Burung Labuan dibuka setiap hari KECUALI pada hari Jumaat

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN

Pusat sukan air bertaraf dunia ini terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun. Ia berdekatan dengan pusat bandar Labuan. Kompleks ini merangkumi kawasan 5.91 ekar tanah. Ia merupakan projek dibawah Pelan Malaysia Ketujuh dan dibina pada kos keseluruhan RM 25 juta.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini adalah sebahagian daripada projek mencantikkan pantai Labuan. Objektifnya ialah untuk membina sebuah pusat sukan air bertaraf dunia dan untuk membangunkan tempat-tempat menarik lain sejajar dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Labuan sebuah destinasi pulau utama.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dibuka kepada umum pada Jun 2001 apabila ia menjadi hos kepada Labuan Sea Challenge tahunan.

Infrustruktur dan fasiliti yang diberi oleh kompleks ini adalah dijangka untuk menaikkan tarikan Labuan kepada para pelancong dan pelabur. Kemudahan-kemudahan moden akan membolehkan pulau ini untuk menjadi hos kepada acara dan kejohanan sukan laut antarabangsa.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan direka dengan tiga struktur ketara yang merupakan sebahagian daripada plaza pemandangan utama. Setiap bangunan mempunyai aktiviti khas dalamnya. Setiap menara adalah bahagian penting kompleks sukan air yang moden dan besar. Senibina memberi kenyataan dramatic mengenai alam sekitar, tradisi, dan kefungsian moden. Pusat utama sukan air, blok pentadbiran, muzium biologi marina, kedai cenderahati dan kedai-kedai makan berada di dalam kompleks ini.

Pusat Sukan Air - Pusat ini adalah untuk aktiviti sukan air utama dan tempat bagi karnival. Terdapat satu kawasan simpanan bot yang luas dan terus menghadap pantai. Fasiliti-fasiliti lain termasuk ruang menukar pakaian, tempat rehat dan tempat persediaan umum. Ia diguna sebagai satu kawasan pameran tetap untuk segala jenis aktiviti-aktiviti sukan laut. Ia menghubungkan kepada tempat-tempat berjalan di pantai.

Muzium Biologi Marina - Muzium Biologi Marina terletak bersama dengan blok Pentadbiran di bangunan berasingan. Ia berbentuk separa bulatan berdepanan dengan laut dengan sebuah galeri terbuka. Sebahagian besar bagi ruang binaan adalah digunakan oleh Muzium Maritime. Ruang rehat adalah bagi penggunaan pentadbiran seperti bilik mesyuarat dan ruang-ruang pejabat untuk badan sukan. Manakala di tingkat podium mengandungi bilik berehat VIP yang selesa dan ruang selasar berlebihan untuk muzium.

Plaza Utama - Plaza Utama berbentuk bulatan. Ia dilengkapi dengan struktur yang dapat menahan daripada setiap keadaan cuaca yang buruk. Ia digunakan sebagai pusat bagi melancarkan dan menonton berbagai jenis acara sukan laut.

Pusat Kraftangan dan Kedai-Kedai Makan - Pusat kraftangan dan kedai-kedai makan terletak dibahagian barat kompleks. Terdapat pelbagai kedai-kedai rangkaian popular dan kedai makan kecil-kecilan yang menjual makanan tempatan. Tambahan pula, kedai-kedai cenderahati dan kraftangan menjadikan kawasan ini sarat dengan aktiviti-aktiviti. Ia tempat popular bagi pelancong-pelancong melawat.

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

Muzium Marina Labuan diadakan untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut.

Apabila melangkah masuk ke muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang tidak dapat ditatapi di tempat lain.

Muzium ini dibina dengan konsep kapal bersama dua tingkat pameran. Ia menerima pelawat melalui sebuah jambatan logam. Akuarium-akuariam ungu biru jelas memperlihatkan kepelbagaian jenis kehidupan marina seperti jerung, ‘rays', ‘butterfly fish', ‘angel fish', ‘damsels', ‘wrasses', belut ‘moray', ikan-ikan beracun, udang dan udang kara.

Pelawat akan juga mendapat pengalaman luar biasa untuk menyentuh dan merasa pameran yang diletak di air cetak seperti tapak sulaiman, gamat dan ketam.

Pameran di tingkat dua termasuk habitat terumbu karang, habitat jerung dan ‘rays', reptilia lautan, ikan-ikan komersial, mamalia lautan, ‘marlins', aktiviti-aktiviti memancing dan menyelam, oceanografi, biologi marina, ‘molluscs' dan ‘crustacean'.

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

Dikenali dahulunya sebagai Bandar Victoria, kini Labuan adalah satu pusat perniagaan yang membangun dengan dengan pejabat-pejabat moden dan kompleks membeli-belah.

Dataran Labuan - Dataran Labuan terletak di pusat bandar Labuan. Tumpuan utamanya adalah satu pentas luarnya yang merupakan tempat popular bagi sesetengah acara-acara dan persembahan utama pulau tersebut. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia lain berkibar dalam satu barisan di atas pentas ini. Pada penghujung dataran adalah padang bola sepak bandar. Di penghujung lain adalah sebuah replika ‘Chimney', mercu tanda yang paling terkenal Labuan. Ia cantik dilandskap dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun.

Pusat Bandar Labuan - Pusat bandar adalah kawasan bagi pejalan kaki untuk bersantai. Kerusi-kerusi besi tempaan dan hiasan-hiasan lampu, bersama dengan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan memberi pemandangan yang sangat indah. Terdapat banyak tempat-tempat makan yang khusus dalam masakan Melayu, Cina dan India, serta rangkaian kedai-kedai makanan popular.

Kawasan-kawasan pantai sentiasa penuh dengan kesesakan dan kesibukan. Terdapat kawasan pendaratan, serta Kastam dan jabatan Imigresen. Perdagangan tukar barang adalah dijalankan dalam kawasan ini dan mi kaca adalah barangan popular untuk ditukar bersama peniaga-peniaga Filipino.

Jalan besar utama di pusat bandar Labuan adalah Jalan Merdeka. Pada hujung timur jalan raya ini ialah Sheraton Hotel, Hotel Waterfront Financial dan Financial Park Complex.

Latar langit Labuan dikongsi bersama Masjid Jamek An'nur, satu masjid Islam yang sangat besar dengan rekaan bentuk futuristik dengan dua minarets yang mencapai langit.

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

Muzium Labuan ialah muzium ketiga yang didirikan oleh Jabatan Muzium dan Zaman Kuno di Wilayah Persekutuan Labuan. Ia dibuka pada Oktober 2004.

Bangunan muzium adalah seni bina dua tingkat dalam rekaan penjajahan sebelum perang. Tingkat bawahnya adalah didedikasikan untuk pameran bersejarah merangkumi era pra-sejarah Labuan, kesultanan Brunei, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua, Kemerdekaan, perisytiharan Labuan sebagai satu wilayah persekutuan sehingga penubuhan Perbadanan Labuan. Manakala pameran tingkat atasnya mempamerkan pulau sosiobudaya dan evolusi ekonominya bagi enam kaum utama yakni Melayu Brunei Darussalam, Kedayan, Cina, Kadazandusun, India dan Sikh.

Muzium ini dipersembahkan dengan baik dengan panel grafik, kios maklumat, pengesan-pengesan, bunyi dan cahaya bergerak, dan sistem-sistem paparan lain. Barang-barang pameran itu termasuk alatan muzik, barangan kewangan, senjata api, aksesori perkahwinan, kostum-kostum dan artifak dikutip dari sebelum era pra-sejarah, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua dan zaman kemerdekaan.

Muzium Labuan terletak sesuai di tengah-tengah bandar Labuan. Ia merupakan lawatan yang harus dilakukan bagi sesiapa yang berharap untuk mengambil satu lawatan ringkas pulau yang kaya dengan sejarah dan budaya.

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

Terletak di Pusat Bandar Labuan, kedai bebas cukai menjadikan pengalaman membeli belah anda amat mudah. Menawarkan pelbagai produk bebas cukai yang menarik, seperti coklat import, mutiara, tekstil, minuman keras, dll.

Selain daripada makanan tempatan di pasar minggu Labuan, ada juga pasar tani Labuan untuk di kunjungi. Anda akan berjalan di bawah khemah biru yang bersambung-sambung. Dengan serta merta, anda akan terhidu bau ikan masin yang berlonggok-longgok dan juga makanan kering lain yang dibungkus dalam pek kedap udara yang di susun rapi.

Berbanding dengan pasar minggu yang riuh rendah, pasar tani lebih tenang dan senyap. Di bawah kipas siling, petani dan isteri-isteri mereka menjadi ramah setiap kali pelanggan datang ke gerai-gerai mereka untuk memilih sayuran segar dan buah-buahan, sebelum kembali berehat apabila pelanggan bergerak ke gerai sebelah yang menjual barang yang sama , yang diatur dalam susunan yang sama seperti gerai di sebelahnya. (Ya, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa pasar tersebut tidak akan kehabisan barang apa yang ingin anda beli!)

Di sini anda dapat mencari barang yang sukar di dapati seperti batang /kepingan sambal yang tulen, dibuat di Labuan dan ada juga yang dihantar dari Sabah. Ia dibuat dalam cara yang paling organik; tanpa pengawet atau penambah rasa - hanya daripada hasil penghancuran apabila ditumbuk menggunakan penumbuk sambal. Salah satu cara untuk membezakan antara sambal yang anda beli di supermarket, adalah anda masih boleh melihat mata udang kering di batang dan kepingan.

Anda juga boleh mencari banyak plat sagu, bahan utama untuk makanan Ambuyat Brunei-Melayu – ia dijual di sini, serta bebola ragi, besar dan kecil, untuk di buat tapai.

Pasar tani Labuan di buka setiap hari Sabtu dan Ahad di Jalan OKK Awang Besar dengan berbagai macam produk pertanian, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, rempah-rempah segar, ikan, udang kering, makanan laut kering, dan banyak lagi.

Di hujung sekali, terletak agak menyerong dari pasar tani adalah bazaar hujung minggu Labuan. Agak kecil, bazaar ini menjual segala yang anda perlukan untuk mendapatkan cenderahati dan hadiah untuk teman-teman dan keluarga anda. Daripada T-shirt corak peta Labuan, ukulele mainan murah, alas kaki yang tahan lama , hiasan dekoratif buatan tempatan ... bazaar memiliki semuanya.

Jika anda tidak berminat dengan cenderahati ini, singgahlah juga di bazaar ini, kerana beberapa kedai ada menjual aksesori mutiara yang akan menjadikan saat lawatan anda di sana begitu bernilai.

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

Pemandangan matahari terbenam. Itu adalah satu perkara yang pengunjung tidak akan gagal untuk memberitahu anda tentang Labuan.

Jajaran pantai sepanjang 9km dari Pantai Batu Manikar ke Pantai Sg. Miri telah memenangi Anugerah Pantai Bersih dari United Nation Environment Program di Pattaya, Thailand melalui 2nd COBSEA Marine Litter Workshop and Clean Up Campaign 2008. Anugerah berprestij ini memang layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaran dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Dari Pantai Batu Manikar, singgahlah di Pantai Batu Pohon di mana ada warung kayu untuk nelayan menjual makanan laut segar setelah mereka mendarat. Berhampiran dengannya adalah taman berpasir yang penuh dengan rintangan buatan manusia, iaitu Sudut Cabaran (Challenge Corner) sesuai untuk aktiviti kem bina semangat. Terdapat juga warung makan untuk para pemerhati matahari terbenam untuk menghilangkan haus dan lapar.

Kemudiannya ialah Pantai Pancur Hitam yang begitu cantik. Terdapat banyak pokok rhu yang tumbuh dalam baris yang teratur, memberikan teduhan dan ruangan privasi kepada pasangan pengunjung yang sedang menikmati matahari terbenam bersama sambil bersandar di kereta mereka. Seterusnya, anda akan melewati Homestay Kampung Sungai Labu yang nyaman dan mempunyai pemandangan indah pantai.

Destinasi menarik terakhir ialah Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) sebelum anda membuat perjalanan kembali ke Jalan Batu Manikar. Pada saat itu sinar matahari paling berseri-seri memandikan cahaya mereka ke dinding putih universiti kepada cahaya keemasan yang hangat.

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Australia mendarat di pulau Labuan dan teluk Brunei. Objektifnya adalah untuk mengusir pihak Jepun dari kawasan tersebut, mendirikan sebuah pangkalan tentera laut maju dan menjaminkan sumber minyak dan getah. Dengan serangan yang dikendalikan dengan baik, bilangan pihak Australian melebihi pihak Jepun dan dalam masa seminggu, semua rintangan tempatan utama telah disingkirkan

Pada 10 September 1945, Labuan, Borneo, Leftenan Jeneral Masao Baba, Komander Askar Jepun 7 dan Komander Tertinggi Kuasa-kuasa Jepun di Borneo, tiba di Labuan bagi menyerahkan kuasa-kuasa dibawah perintahnya kepada Mejar Jeneral Wootten. Majlis penyerahan rasmi diadakan di tempat ini pada tengahari 10 September 1945 dan dihadiri oleh kumpulan Kapten C.W. Pearce dan ketua Skuadron J.S. St. Heaps dari Sydney bagi pihak R.A.A.F.

Pesawat Jepun, Tachikawa K154C (HICKORY) yang membawa Leftenan Jeneral Masao Baba ke Labuan untuk majlis penyerahan rasmi dipamerkan di Muzium RAAF, Australia.

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney' – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney' dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney' dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney' masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney'. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney' telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

Tempat yang sering dikunjungi di Labuan ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial yang dilandskap dengan indah ini adalah tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan.

Pada Februari 1945, pihak Jepun yang telah menangkap kawasan pihak Bersekutu di kawasan Sandakan, mula memaksa banduan-banduan untuk berkawad ke Ranau – ia kemudiannya dikenali sebagai ‘Kawad Kematian Ranau' (Ranau Death March). Beratus-ratus banduan kehilangan nyawa semasa berkawad dan mereka yang tertinggal serta kem tawanan perang Sandakan telah dikebumikan di Kubur Perang Labuan.

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Bersekutu mendarat di Brown Beach, Tanjung Purun bagi memulakan pembebasan Borneo daripada pihak Jepun. Sebelum ini, bandar Labuan telah dibom teruk unntuk menghalau pihak musuh. Kebanyakan daripada bangunan-bangunan di situ termusnah. Pergaduhan juga berlangsung di sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘the pocket'.

Jenazah askar-askar Bersekutu dikumpul dari seluruh Borden untuk dikebumikan di taman peringatan. Berbaris penanda putih menandakan kubur-kubur tersebut. Pelawat-pelawat dapat merujuk kepada panel-panel pada barisan di mana nama askar yang dikebumikan disini akan tertera. Berbagai-bagai mesej diukir pada penanda kubur askar-askar dengan sebilangannya tertera ‘dikenal oleh Tuhan'.

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua kerap dikunjungi oleh veteran-veteran perang, khususnya dari Australia yang telah meletak Labuan sebagai destinasi penting dalam perjalanan mereka. Pada setiap Ahad pertama pada bulan November setiap tahun, satu perkhidmatan bagi menandakan Hari Peringatan diadakan di sini dan dihadiri oleh orang tempatan dan pelawat-pelawat asing. World War Memories telah dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Halaman rumput adalah disimpan dengan cantik supaya pelawat-pelawat dapat menghargai keamanan dan ketenangan bagi tempat mereka mencari pemahaman mengenai perang, kematian dan kehilangan.