CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 31, 2015

PENDIDIKAN SEKS UNTUK REMAJA LELAKI

Tahun depan pendidikan seks untuk golangan remaja lelaki yang berumur 16 tahun ke atas akan dilaksanakan sebagai sebahagian usaha mengurangkan masalah sosial.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata modul pendidikan seks ini akan mensasarkan remaja lelaki yang berumur 16 tahun keatas untuk meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kesihatan reproduktif dan seksual.

Statistik kehamilan remaja luar nikah pada tahun 2013 sahaja telah mencatatkan lebih daripada 18, 000 kes dan angka itu amat membimbangkan. Kaji selidik itu dilakukan kepada remaja berusia antara 10 tahun sehingga 19 tahun. Antara Negeri yang mencatatkan kehamilan tertinggi adalah Sabah, Sarawak, Johor, Selangor, Perak dan Pahang.

HAIWAN MISTERI DITEMUI DI SIBU SARAWAK



KUCHING : Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) mengesahkan binatang misteri yang ditemui pekerja ladang sawit di Bintangor, Sibu merupakan Beruang Matahari. Penemuan tersebut dibuat oleh sekumpulan pekerja warga Indonesia yang tiba-tiba terserempak dengan makhluk tersebut ketika sedang bekerja.

Menurut salah seorang saksi, haiwan pelik itu muncul dan cuba menerkam mereka yang tengah melakukan tugas kira-kira jam 10 pagi. Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku, seorang pekerja kemudiannya bertindak berani dengan memukul haiwan berkuku runcing itu sehingga pengsan.

Pengesahan itu dibuat selepas rakaman video berdurasi seminit 25 saat mengenai penemuan binatang itu tersebar dan menjadi viral dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu. Pengurus Komunikasi Korporat SFC Elaine Tan berkata, binatang terbabit dilaporkan mengalami pelbagai penyakit menyebabkan berat badan menurun secara mendadak.

Friday, January 30, 2015

BATU SUMPAH KENINGAU DIPAHAT SEMULA


Batu Sumpah Keningau yang terletak dihadapan Mahkamah Keningau telah didirikan pada tahun 60an atas Perjanjian di antara Parti Pasok Momogun yang diketuai oleh mendiang Y.Bhg. Datuk G. S. Sundang @ Datuk Gunsanad Samson Sundang dan mendiang OKK Sodomon Bin Gunsanad dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia bagi menghormati hak kebebasan beragama, adat istiadat anak rakyat Negeri Sabah oleh Kerajaan Malaysia dan rakyat Negeri Sabah. Penduduk Bahagian Pedalaman Atas (Keningau) bersumpah  taat setia kepada Kerajaan Malaysia.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata, Batu Sumpah Keningau yang menjadi simbol peringatan pembentukan Malaysia akan dipindahkan ke kawasan berhampiran Jabatan Tanah dan Ukur Keningau dari Pejabat Daerah Keningau dan perkataan “Kerajaan Malaysia jamin” yang sebelum ini hilang, akan dipahat semula pada plak logam batu sumpah tersebut. 

PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM JAWA ULOI TENOM


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

PERTANDINGAN MEMANCING GRAND SLAM GPS


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM REKREASI KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

KARNIVAL LARIAN SIHAT 1FAMILI


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Thursday, January 29, 2015

PRESIDEN PERKASA FAIL SAMAN FITNAH TERHADAP JOSEPH KURUP


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali hari ini telah memfailkan saman fitnah terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup. Ibrahim yang diwakili peguamnya, Adnan Seman menyatakan Joseph Kurup pada 24 Disember 2014 telah mengeluarkan kenyataan kepada media dengan menggelarkan ISMA dan PERKASA sebagai pengganas dan ekstremis.

Bukan itu sahaja, Joseph Kurup juga didapati bertindak “mengajar” Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail apabila meminta supaya kes ucapan Ibrahim meminta Bible yang mengandungi kalimah Allah dibakar untuk dibuka semula.

Bagi Ibrahim, kini sudah sampai masanya untuk pihak yang memfitnah PERKASA di bawa ke muka pengadilan. Beliau turut menjelaskan bahawa PERKASA tidak pernah turun berarak membuat demonstrasi selama ini. Setiap tindakan yang kita lakukan adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan. 

Sementara itu, Adnan Seman turut menyatakan bahawa Joseph Kurup didapati secara konsisten telah memburukkan anak guamannya berulang kali dan sering mengeluarkan kenyataan yang bertindak menyerang PERKASA dan memberi tanggapan kepada masyarakat bahawa PERKASA adalah pertubuhan yang rasis dan ekstremis.

JADUAL PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM REKREASI SARIKAN NABAWAN


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

KARNIVAL MEMANCING KOLAM REKREASI SARIKAN NABAWAN


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

LABUAN ULTIMATE FRISBEE FRIENDLY


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Wednesday, January 28, 2015

FAKTA TENTANG USUS MANUSIA


Usus merupakan bahagian salur pencernaan yang menganjur dari sfinkter pilorus perut hingga dubur. Usus manusia terdiri daripada dua set iaitu :-

1-Usus kecil (Usus kecil manusia dibahagikan lagi kepada duodenum, jejunum dan ileum) 
2-Usus besar (Usus besar terbahagi kepada sekum dan kolon)

Setiap orang berbeza saiz ususnya mengikut besar badan dan umur. Segala apa yang dimakan dan diminum akan diserap oleh perut, usus kecil dan usus besar serta dihadamkan sebelum dihantar ke usus kecil untuk diproses. Terdapat 30 juta bulu-bulu kecil yang bertugas untuk menyerap makanan yang telah diproses untuk dihantar ke seluruh bahagian sel tubuh yang memerlukannya. 

Apa yang kita tidak tahu, jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

FAKTA TENTANG LANDAK



Landak merupakan sejenis haiwan mamalia yang unik dikenali sebagai "porcupine" dalam bahasa Inggeris yang terdiri daripada gabungan dua perkataan Latin yang bererti babi berduri. Keluarga landak terbahagi kepada dua iaitu Hystricidae dan Erethizontidae. 

Secara amnya, landak mempunyai bulu keras yang meliputi bahagian atas badan mereka. Duri landak ini merupakan salah satu alat pertahanan landak yang berkesan. Sekiranya landak diserang atau terasa terancam, landak akan cuba melarikan diri dengan pantas ke dalam sarang mereka yang biasanya terletak di bawah tanah. Namun, jika tidak sempat landak akan mengembangkan bulu keras ini sehinggakan seluruh tubuh mereka kelihatan penuh dengan duri tajam yang keras berceracakan. Sesetengah landak turut mengundurkan diri dengan laju ke arah pemangsa, menyebabkan durinya tercucuk kepada pemangsa tersebut.

Tetapi bukan semua spesies landak mempunyai bulu yang keras. Terdapat juga landak yang mempunyai bulu yang lembut seperti Trichys lipura di Borneo. Apa yang menariknya, landak dilahirkan tanpa duri dibadannya. Duri dibawah kulit akan bertunas dalam masa 36 jam.

FAKTA TENTANG AIR MATA


Menangis adalah perkara biasa bagi kebanyakan orang tidak kira lelaki mahupun perempuan. Boleh jadi juga menangis kerana gembira atau sedih. Airmata sangat bermanfaat untuk tubuh kita. Sewaktu anda menangis, air mata mampu mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-encaphalin dan prolactin. 

Ia mampu melepaskan ketegangan, kesedihan atau emosional lain dan menjadikan perasaan buruk menjadi lebih baik dan melegakan perasaan serta lebih sihat. Air mata membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah kekeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur. Selain itu, dapat melawan tekanan. 



FAKTA TENTANG RAMA-RAMA DAN KUPU-KUPU


Rama-rama merupakan sejenis serangga dalam pengkelasan yang dikelompokkan kepada Lepidoptera, sama seperti kupu-kupu. Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan kupu-kupu mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu.

Perbezaan lain ialah rama-rama akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara kupu-kupu sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat. Kebanyakan kupu-kupu aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala rama-rama aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu.

Namun tahukah anda, rama-rama dan kupu-kupu merasa makanannya dengan menggunakan kaki dahulu sebelum lidahnya kerana deria rasa serangga itu terletak pada kakinya.

MINTA PELEPASAN CUKAI UNTUK SABAH

Presiden SMS merangkap Editor In-Chief portal news, Suara Masyarakat Sabah www.suarasabah.com, Musli Oli telah mengadakan wawancara ekslusif dengan Menteri Kesejahteraan Bandar dan Perumahan, Dato Abdul Rahman Dahlan pada Ahad, tanggal 25 Januari 2015, di Maggelan Sutera Resorts. Ikuti wawancara berikut :

MO: Apa pandangan Dato mengenai ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah, Borneo dan Semenanjung Malaysia.

JAWAPAN DARD: Saya setuju ketidakseimbangan pembangunan memang berlaku. Dalam beberapa tempat ia begitu ketara. Sebab itu saya tegaskan tadi, 26 juta rakyat Semenanjung perlu sedia berkongsi kesengsaraan orang Sabah, misalnya dengan membayar sedikit kenaikan harga untuk menampung kos pengangkutan ke Sabah dan Sarawak. Barulah konsep perkongisan itu cantik. Jangan pula kekayaan dikongsi, tapi kesusahan kami sendiri tanggung, itu tidak adil.

Saya ambil contoh kawasan saya, kawasan Kadamaian. Jalan punyalah rosak teruk. Rakyat marah pada wakil rakyat. Tapi wakil rakyat perlu peruntukan untuk membuat jalan raya. Penduduk perlu guna jalan raya walaupun keadaannya teruk untuk ke kebun dan mengangkut hasil pertanian dan lain-lain. Saya pernah nampak anak-anak sekolah berjalan kaki. Saya berhenti dan tanya, mereka jawap tambang mahal dan susah dapat transport. Sebenarnya, banyak cara untuk atasi masalah dan kita tidak boleh biar keadaan ini begitu sahaja dengan memberi alasan belum ada peruntukan.

MO: Apa cadangan Dato?

JAWAPAN DARD: Saya pernah bawa perkara ini dalam kabinet, isu jalan-jalan kampong di kawasan Pedalaman seperti di kawasan Kadamaian. Saya cadang, jika kerajaan tidak dapat sediakan jalanraya kerana perlu peruntukan 30 juta, berilah pelepasan eksais duti kepada mereka. Jika sebuah van harga 70 ribu, mungkin harganya akan menjadi 30 hingga 40 ribu sahaja. Dengan harga lebih murah, tentu ada anak muda yang beli van untuk bas sekolah. Sekurang-kurang masalah persekolahan selesai. Oleh kerana keadaan jalanraya teruk, tentulah setiap 6 bulan tukar tayar dan ekzos, mungkin kerajaan juga boleh beri rebate kepada pemilik kenderaan.

Ini salah satu cara kita dalam kerajaan atasi masalah rakyat. Saya pernah cakap dengan Wahid Omar (Datuk Wahid Omar, menteri JPM) dia jawap kerana demand and supply. Saya tanya, What demand and supply? Oil and gas terikat dengan agreement, bukan terikat dengan demand and supply!

MO: Bikin panas juga mereka ini Dato.

JAWAPAN DARD: Memang bikin panas. Kadang-kadang mau bergaduh pun ada. Saya minta mereka buka mata luas-luas dan lihat kesusahan orang Sabah. Hasil oil dan gas dari Sabah dan Sarawak membina LRT dan MRT. Jika kita tidak dapat di Sabah, its fine, tapi berilah sedikit keistimewaan dan kelonggaran dalam hal-hal lain seperti perlepasan cukai supaya penduduk Sabah boleh menerima kehidupan at par dengan rakyat di Semenanjung. Berapa sangat kerugian kerajaan kehilangan hasil duti eksais dari Sabah berbanding dengan kebaikan yang diperolehi.

MO: Untuk perancangan jangka panjang, bagaimana pendekatan Dato atasi masalah ekonomi luar Bandar?

JAWAPAN DARD: Saya pernah cadangkan kepada PM. Saya juga cakap perkara sama dalam kabinet. Setiap kali ada cadangan buat kilang dan industry, mesti di KK (Kota Kinabalu), Sandakan atau Tawau. Kawasan-kawasan bandar utama dicadang kerana tersedia prasarana dan kemudahan yang baik termasuk kawasan FTZ. Saya kata pada PM, “Sir, kenapa kita tidak buat polisi, sesiapa bawa industry ke Kota Belud, beri dia insentif yang begitu baik sehingga dia tidak boleh kata NO”.

Apa saya cadang? Saya cadang beri pelepasan cukai selama 10 tahun atau 12 tahun kepada syarikat yang mahu melabur di Kota Belud sebagai contoh. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri akan sediakan tanah at almost zero cost. Para pelabur membuat keputusan dimana melabur dengan mengambil perkiraan untung rugi. Dollar and cents. Jika at par, pelabur tidak akan pilih KB kerana jauh dari pelabuhan dan lain-lain. Mereka akan pilih KKIP dan kawasan Bandar yang lain. Tetapi jika mereka diberi pelepasan cukai, tanah murah dan lain-lain insentif, mereka akan kira faedah-faedah itu yang boleh menarik minat mereka untuk membuka kilang dan industry di Kota Belud.
Walaupun jauh tapi tanah free dan tidak perlu bayar cukai berbanding tanah mahal dan bayar cukai jika buat kilang di bandar. Dulu kerajaan Persekutuan pernah laksana polisi yang sama. Panggil syarikat dari Jepun dan Korea membuka kilang dan industry di Malaysia. Kerajaan beri banyak insentif terutama pelepasan cukai korporat.

Syarikat atau pengilang tidak perlu bayar cukai selama 10 tahun hingga 15 tahun dan sediakan tapak tanah dan kawasan perindustrian yang murah. Mungkin kerajaan tidak dapat cukai secara langsung tetapi industry menyediakan peluang pekerjaan. Bila ada kerja, pendapatan lebih stabil, keluarga terjaga dengan baik , anak-anak tidak terlibat dengan masalah social, seperti menagih dadah. Kerajaan juga akan mendapat faedah daripada peningkatan consumption dan mendapat consumption tax.

Jika ini boleh dilaksana di Semenanjung, kenapa tidak di Sabah, terutama kawasan luar bandar dan pinggir bandar seperti Kota Belud?

Bayangkan jika ada kilang di Kota Belud. Kilang getah umpamanya, yang boleh sediakan beratus peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Ia akan menyemarakkan ekonomi setempat dan memberi faedah yang banyak daripada kerajaan berlagak seperti Santa Claus memberi BR1M dan macam-macam bantuan untuk rakyat miskin.

MO: Saya rasa cukup setakat ini Dato. Kita akan sambung lagi wawancara ini di masa akan dating. Saya ucap Terima kasih banyak-banya. Maklumat seperti ini mesti dikongsi rakyat Sabah.

JAWAPAN DARD: Sama-sama dan terima kasih.

FRIENDLY MATCH


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Tuesday, January 27, 2015

LELAKI TRANSGENDER MAHU DILINDUNGI DARI SUDUT UNDANG-UNDANG

PUTRAJAYA: Seorang lelaki transgender mengeluh mengenai nasib golongan itu dalam masyarakat apabila dikatakan mereka juga dicabul dan menjadi mangsa seks.

Selain menuntut supaya mereka turut diberi layanan sama rata dengan masyarakat normal, lelaki transgender atau 'mak nyah' ini juga mahu dibela dari sudut undang-undang.

Sementara itu aktivis hak asasi transgender, Thilaga Sulathireh yang turut menyertai kira-kira sepuluh wakil komuniti itu berkumpul di kompleks Istana Kehakiman di sini menuntut supaya Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan pihak berkuasa supaya tidak 'mengganggu' kehidupan mereka.

Pada 7 November tahun lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan dibuat oleh tiga juru mekap pengantin Islam, Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26; Syukor Jani, 28; dan Wan Fairol Wan Ismail, 30 dan mengisytiharkan seksyen 66 .

Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan semakan kehakiman tiga orang itu supaya seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri (Negeri Sembilan) 1992 diisytiharkan sebagai tidak berperlembagaan. Mewakili tiga lelaki transgender itu ialah peguam Aston Paiva.

Monday, January 26, 2015

LAMAN WEB MAS AIRLINES DIGODAM



SHAH ALAM : Laman web syarikat penerbangan negara, Malaysian Airlines (MAS) pagi tadi digodam kumpulan menggelarkan diri mereka Cyber Caliphate (Khalifah Siber) yang memberi gambaran seolah-olah mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Cubaan untuk mengakses laman web MAS pagi tadi membawa pengguna ke halaman berlatar belakang hitam dengan tulisan merah berbunyi ‘404 – Plane Not Found’ (pesawat tidak ditemui).

Kebiasaannya, laman web yang tidak dapat diakses akibat tiada liputan internet akan mengeluarkan nota berbunyi ‘404 - Page not found’ (halaman tidak ditemui). Tulisan pada bahagian ‘tab’ laman web MAS itu pula tertulis ‘ISIS will prevail’ atau IS akan kekal.

Bagaimanapun, laman web itu kembali pulih lebih kurang setengah jam lalu. Jurucakap MAS yang dihubungi mengesahkan laman webnya digodam. Aktiviti penggodaman itu bermula pada 10 pagi Isnin, diikuti dengan penggodaman kedua sekitar 10:25 pagi.

Sesetengah pengguna media sosial melahirkan rasa tidak puas hati mereka ke atas tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Sunday, January 25, 2015

KESALAHAN BESAR MEROTAN ANAK


SHAH ALAM : Merotan anak berkemungkinan menjadi kesalahan dalam akta baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (gambar kecil) berkata, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan memandangkan negara ini telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Saturday, January 24, 2015

PERJALANAN KE LUAR NEGARA DIBEKUKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN WP

KUALA LUMPUR: Semua perjalanan ke luar negara bagi urusan kerja membabitkan petugas Kementerian Wilayah Persekutuan dan semua agensinya dibekukan berkuat kuasa Selasa lepas, kata menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun, perjalanan ke luar negara masih dibenarkan bagi urusan kerja yang penting dan memerlukan tindakan segera sahaja, katanya. Arahan itu adalah sebagai langkah berjimat berikutan keadaan ekonomi semasa negara. 

MANGSA BANJIR DI SARAWAK MENURUN, TIADA PERUBAHAN DI SABAH DAN KELANTAN

KUALA LUMPUR : Keadaan banjir Sarawak malam ini bertambah baik apabila jumlah mangsa pusat pemindahan berkurangan seramai 36 orang, menjadikan terkini kepada 1,063.

Di Sabah dan Kelantan jumlah mangsa banjir masing-masing kekal dengan 614 dan 255 orang, seperti dilaporkan di sebelah petang.

Di Sarawak, jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata kini terdapat lapan pusat pemindahan yang masih beroperasi. Bahagian Samarahan masih menempatkan jumlah mangsa yang paling ramai 490 daripada 155 keluarga, Limbang (424 - 135), Miri (83 - 24) dan Mukah (66 - 18).

Di Sabah, jumlah mangsa kekal seramai 614 orang membabitkan 179 keluarga yang kini masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Beaufort, seramai 603 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan di Membakut dan sebelas mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Beaufort.

Situasi sama direkodkan di Kelantan apabila jumlah mangsa kekal 255 orang melibatkan 62 keluarga. Jurucakap MKN Kelantan berkata kesemua mangsa ditempatkan di lapan pusat pemindahan di daerah Kuala Krai.

Friday, January 23, 2015

KARNIVAL MEMANCING KOLAM KG SINULIHAN BARU MOKOTOG


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

PENYEBARAN KLIP VIDEO ZAMANI SLAM

Berikutan daripada dakwaan penyebaran klip penyanyi Zamani semasa dalam tahanan polis baru-baru ini, pihak Polis sangat memandang serius terhadap perbuatan tersebut. Sehubungan itu, siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Hasil siasatan awal setakat ini, pihak polis telah berjaya mengenalpasti anggota polis yang terlibat dan bertanggungjawab dalam merakam dan menyebarkan video tersebut. Disamping itu, Polis Selangor juga masih meneruskan siasatan untuk mengenalpasti pegawai dan anggota lain yang terlibat sama dalam menyebarkan video berkenaan.

Siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin dan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

Disamping itu, siasatan dalaman dari segi salahlaku dan pematuhan Standard Operating Prosedure (SOP) juga sedang dijalankan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM Kontinjen Selangor.

Polis Selangor memberi jaminan bahawa siasatan yang telus akan dijalankan tanpa melindungi sesiapa, telahpun dilaksanakan dan tindakan dalaman mengikut peraturan tatatertib akan dikenakan terhadap anggota-anggota polis yang terlibat.


Abang kepada Zamani Slam, Zulfazil Ibrahim memaklumkan kepada media baru-baru ini yang adiknya itu telah pun memaafkan pihak yang bertanggungjawab merakam dan menyebarkan video beliau menyanyi dalam keadaan bergari ketika berada dalam tahanan dan memaklumkan yang ahli keluarga tidak akan mengambil apa apa tindakan dan hanya menyerahkan hal ini untuk tindakan polis.

Peguam Zamani, Ahmad Zahiril Muhaiyar memberitahu, sebutan kes penyanyi itu akan dibuat pada hari Selasa ini di Mahkamah Majistret Ampang.

Thursday, January 22, 2015

BUDAK TERSEPIT PADA TANGGA BERGERAK


Kota Kinabalu: Beberapa pengunjung sebuah pusat beli-belah terkenal di bandar raya ini, gempar apabila terdengar jeritan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun selepas tangan kanannya tersepit pada tangga bergerak, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 petang, tangan kanak-kanak itu akhirnya dikeluarkan selepas hampir setengah jam tersepit sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, mangsa bersama ibunya menaiki tangga bergerak di tingkat lima kompleks berkenaan sebelum tangan kanak-kanak itu yang memegang bahagian pemegang tersepit lalu terheret sehingga ke tingkat enam.

Orang ramai yang melihat kejadian itu berjaya menghentikan tangga bergerak itu selain cuba mengeluarkan tangan mangsa. 

PERTANDINGAN MEMANCING GRAND PRIX GPS PULAU GANDANG SERUSUP TUARAN


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

PERTANDINGAN MEMANCING ALLEY'S FISH POND KOLAM BAMBAN TENOM


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

GARAGE SALE KOPERASI JKR LABUAN BERSATU BERHAD


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Wednesday, January 21, 2015

NELAYAN TERTANGKAP IKAN PRA-SEJARAH




AUSTRALIA : Sekumpulan nelayan di Lakes Entrance di Victoria, Australia berjaya membawa naik sekor ikan jerung yang dikategorikan sebagai ikan pra-sejarah telah dibawa ke darat oleh seorang nelayan. Ikan jerung tersebut atau digelar sebagai Frilled Shark mempunyai bentuk badan seperti seekor belut dan mempunyai 300 batang gigi. 

Menurut ABC News, ikan tersebut yang wujud semenjak 80 juta tahun lampau dan boleh dijumpai pada ke dalaman laut 1,500 meter. Ikan tersebut pada mulanya diberikan kepada Organisasi Penyelidikan Industri dan Saintifik (CSIRO) namun CSIRO memberitahu mereka sudah mempunyai spesimen ikan tersebut.

PANCING BULAN TUA KOLAM SI DADDY KG BINGKOR BARU KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

KRITIKAN TERHADAP IKLAN PRODUK QU PUTEH



KUALA LUMPUR : Setelah mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak termasuklah ikon terkenal negara, Chef Wan, berikutan iklan Qu-Puteh yang ditayangkan sempena AJL29 baru-baru ini, pengasas produk tersebut tampil memberi respon.

“Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini,” kata Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman. 

Datuk Seri Dr. Hasmiza, terkenal dengan nama Datuk Seri Vida, menerima kecaman dan sindiran dari pelbagai pihak berikutan kemunculan dan iklannya pada Anugerah Juara Lagu ke 29, Ahad lalu.

Beliau menyifatkan tohmahan yang diterima berikutan iklan tersebut sebagai satu provokasi untuk menjatuhkan perniagaannya. Beliau menambah, apa yang berlaku adalah dugaan dan terselit hikmah kerana baginya rintangan dan cabaran adalah lumrah untuk mencapai kejayaan.

Katanya lagi, dia pernah berhadapan dengan dugaan yang lebih besar sebelum ini apabila beliau kehilangan dua orang anaknya dalam tragedi kebakaran pada Ogos 2013.

Tuesday, January 20, 2015

BAWA ADIK BARU LAHIR KE SEKOLAH

RIYADH :  Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun membawa adiknya yang baru lahir di dalam beg plastik ke sekolah untuk ditunjuk kepada rakannya.

Menurut  akhbar Ain Ha’al, murid darjah dua itu memberitahu rakannya ibunya melahirkan  bayi lelaki, tetapi mereka tidak mempercayainya. Untuk  meyakinkan rakannya, dia membawa adiknya itu ke sekolah. 

Ibunya  yang masih tidur tidak menyedari perbuatan anaknya sehingga pembantu rumah  mereka menangis meminta tolong. Di  sekolah, guru yang terkejut menemui bayi berkenaan di dalam beg plastik terpaksa  menelefon polis dan bapa murid itu untuk membawa pulang bayi  berkenaan.

Apabila  disoal gurunya, murid itu berkata, dia hanya mahu menunjukkan kepada rakannya bahawa dia sudah mempunyai adik.

KHABAR ANGIN LELAKI MAUT DI KERUSI URUT




KOTA KINABALU : Satu khabar angin mengenai seorang lelaki yang maut kerana terkena renjatan elektrik yang didakwa diakibatkan oleh sebuah kerusi urut di 1Borneo Mall di sini telah menjadi viral di media sosial dan aplikasi Whatsapp

Melalui khabar angin yang tersebar itu, kerusi urut tersebut dikatakan tidak diselenggara dengan betul sehinggakan menyebabka ia tidak selamat untuk digunakan. Selain itu, beberapa gambar kejadian turut diselit mengenai khabar angin tersebut.

Walau bagaimanapun, khabar angin tersebut telah dinafikan oleh polis Kota Kinabalu memetik satu kenyataan dari laman Facebook rasmi polis cawangan berkenaan. Di dalam kenyataan tersebut juga polis daerah Kota Kinabalu turut menampilkan fakta tentang kejadian.

Selain itu, seorang jurucakap dari 1Borneo turut tampil menafikan khabar angin tersebut. Menurut jurucakap berkenaan, lelaki berkenaan, yang juga seorang pengawal keselamatan terkena strok ketika bertugas sekitar jam 9 malam.

Khabar angin yang tersebar sebelum ini mendakwa lelaki berusia sekitar 60-an itu dikatakan mati kerana terkena renjatan elektrik dari sebuah kerusi urut yang didudukinya. 

GEGARAN GEMPA BUMI DIRASAI PENDUDUK TAWAU, LAHAD DATU & SEMPORNA



TAWAU: Penduduk di kawasan Tawau dilaporkan merasai gegaran gempa bumi 5.8 Richter yang berlaku di Sulu Archipelago, Filipina. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laman webnya melaporkan berlaku gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter di garisan 4.7 utara dan 119.8 timur pada 1.19 pagi dan gegaran itu dapat dirasai di Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Pusat gempa terletak 148 kilometer timur laut Semporna, Sabah.

MANGSA BANJIR DI SARAWAK DIPINDAHKAN KE PUSAT PEMINDAHAN

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di sembilan daerah terjejas di Sarawak terus mencatatkan peningkatan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, sehingga kini, keseluruhannya 6,485 mangsa banjir dipindahkan ke 30 pusat pemindahan di seluruh negeri.

Selain Kuching, daerah lain yang turut terjejas ialah Limbang, Marudi, Lawas, Serian, Siburan, Samarahan dan Lundu serta Padawan.

SKIM LATIHAN 1MALAYSIA


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Monday, January 19, 2015

APA KHABAR MENJUARAI AJL 29


Pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) telah dimenangi oleh Joe Flizzow & Sona One dengan lagu yang berjudul Apa Khabar selaku juara serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Manakala naib juara telah disandang oleh Shila Amzah menerusi lagu Masih Ada Cinta & menerima RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh lagu yang berjudul Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah dan berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Anugerah persembahan vokal terbaik dimenangi oleh Dayang Nurfaizah dan persembahan terbaik pula dimenangi oleh Mojo feat. Caliph Buskers menerusi lagu Romancinta yang mendapat pujian ramai sepanjang acara berlangsung. Tahniah diucapkan kepada para pemenang AJL 29!

Sunday, January 18, 2015

WANITA DISANGKA MATI RUPANYA MABUK


Orang ramai di sekitar Jalan Safma di sini gempar seketika apabila menemui seorang wanita terbaring dalam keadaan separuh sedar pada awal pagi hari ini. Wanita yang ditemui dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi tadi kemudian dibawa ke balai polis Kota Kinabalu anggota polis yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Pemeriksaan lanjut menunjukkan wanita warga tempatan berumur 25 tahun itu dalam keadaan mabuk dipercayai akibat meminum alkohol yang berlebihan. Namun, kira-kira jam 8.00 pagi, wanita itu dibawa balik oleh seorang individu yang mengaku sebagai sepupu wanita terbabit.

Polis menasihati orang ramai supaya tidak mengambil minuman beralkohol secara berlebihan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku. 

PENUMPANG SAMAN AIR ASIA SELEPAS INSIDEN PRAMUGARI JATUH KE ATASNYA


KUALA LUMPUR: Seorang jururawat dari Melbourne, Australia, Erin Crocker, 36, menyaman syarikat penerbangan AirAsia kerana insiden pramugari yang terjatuh keatasnya ketika pesawat melanggar kawasan berawan di Thailand.

Crocker mendakwa kejadian yang dialaminya tahun lalu itu menyebabkannya mengalami keretakan tulang kaki dan ligamen terkoyak yang memerlukan pembedahan.

Memetik laporan akhbar Australia Herald Sun, Crocker turut menolak penyelesaian dari AirAsia dan mahu penyelesaian di mahkamah.

Peguam Crocker, Nancy Yonan Arnold Thomas dan Becker berkata, Crocker turut menuntut ganti rugi bagi kesakitan dan penderitaan, kehilangan kesenangan hidup, perbelanjaan perubatan dan kehilangan pendapatan kerana berehat dari bertugas selama beberapa minggu. 

Namun, Crocker tidak mahu meneruskan tuntutan selepas menyedari insiden AirAsia yang pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang terhempas di Laut Jawa sehingga menyebabkan kesemua 162 penumpang dan anak kapal meninggal dunia.

Saturday, January 17, 2015

EPAL GALA, GRANNY SMITH DIPERCAYAI TERCEMAR



Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyekat kemasukan epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat berikutan beberapa tiga kes kematian dipercayai disebabkan epal yang tercemar oleh jangkitan Listeriosis.  

Sebuah portal asing melaporkan penularan bakteria tersebut dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal di Bidart Bros, Bakersfield, California yang melibatkan epal yang disaluti dengan karamel.

Listeriosis adalah jangkitan bakteria boleh menyebabkan kematian dan antara simpton seseorang itu dijangkiti dengan Listeriosis termasuklah demam, sakit kepala yang teruk, loya dan leher tegang.

Friday, January 16, 2015

PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM SIBA


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

JALAN PENAMPANG - TAMBUNAN DITUTUP



KOTA KINABALU: Laluan di Kilometer 28.8, Jalan Penampang-Tambunan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan akibat ditimbus batu yang dihanyutkan air hujan dari kawasan bukit sejak jam 3 petang tadi.

Ketua Penolong Pengarah Pemeliharaan Jalan Raya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Wilis Ansoi berkata syarikat konsesi sudah diarah menjalankan kerja pembersihan dan ia dijangka siap jam 6.30 petang ini.

Kejadian itu, katanya disebabkan hujan lebat di kawasan berkenaan yang berlarutan sejak tengah hari tadi.

Thursday, January 15, 2015

KARNIVAL MEMANCING KOLAM LAMANDA DAN LEMBAGA PERWAKILAN SAHABAT AIM


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

SALAH FAHAM MENGENAI HALANGAN BERBAJU KURUNG KE SEKOLAH




Masalah komunikasi dan tersalah tafsir maklumat oleh pelajar dan ibu bapa adalah punca tercetusnya isu pemakaian baju kurung oleh pelajar bukan Melayu, dakwa pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara Mohd Amir Abdul Ghani. 

Pihak sekolah tidak pernah menghalang pelajar perempuan bukan Melayu untuk memakai baju kurung, cuma menekankan supaya memakai baju kurung dengan cara yang betul. Media tempatan melaporkan dakwaan seorang pelajar sekolah yang berumur 15 tahun dilarang memakai baju kurung oleh pihak pentadbiran sekolah kononnya atas alasan baju kurung hanya untuk pelajar perempuan Melayu.

Mohd Amir berkata permintaan pihak sekolah supaya memakai kesemua butang baju kurung adalah bagi menjaga aurat pelajar sekali gus menjaga keselamatan pelajar itu sendiri. Mohd Amir berkata beliau amat menggalakkan pelajar perempuan bukan Melayu sekolah itu jika berhasrat untuk memakai baju kurung kerana ia simbol perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia. 

Wednesday, January 14, 2015

KUDAT SANDAKAN DILANDA BANJIR



KOTA KINABALU :Beberapa kawasan di Kudat dan Sandakan dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak malam tadi. Di Sandakan, antara kawasan terjejas ialah perumahan Taman Mawar, Taman Anggerik, Taman Fajar, Sim-Sim, Batu 1 1/5, Batu 12, Kampung Gum-Gum, Batu 16 dan Sepilok. Jalan utama antara Batu 12 hingga ke Batu 16 turut dinaiki air, tetapi masih boleh dilalui oleh kenderaan. Beberapa kejadian pokok tumbang dilaporkan turut berlaku, namun tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.

Di Kudat, kawasan pekan antara yang terjejas dan sebahagian kedai sudah dinaiki air susulan hujan lebat sejak kelmarin. Difahamkan jalan menuju ke pekan termasuk Jalan Airport juga sudah dinaiki air selain Kampung Tamalang, Jalan Tai Cheong. Setakat ini tiada pemindahan dibuat dan pemantauan sentiasa dilakukan.

Bagaimanapun, dimaklumkan ada tiga rumah di perkampungan atas air di Kampung Pengaraban, roboh awal pagi tadi. Namun semua penghuni rumah itu selamat.

LABUAN

LABUAN

MENGENAI LABUAN

Sejarah Wilayah Persekutuan Labuan
Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)

1800
Labuan sebahagian daripada pemerintahan Brunei. Labuan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun.

1846
Labuan secara rasmi diserahkan kepada British oleh Raja Muda Hasim pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai pelabuhan bebas.

1888
Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali sebagai The Chartered Company.


1907
Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

1942
Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

1945
Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

1947
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

16 April 1984
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.


1 Oktober 1990
Labuan diisytihar sebagai Pusat kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

PENGINAPAN

PENGINAPAN

PENGINAPAN HOTEL DAN HOMESTAY DI LABUAN

Hotel

1.Hotel Grand Dorsett Labuan (087) 422 000

2.Hotel Tiara (087) 414300

3.Hotel Billion Waterfront (087) 418111

4.Hotel Palm Beach Resort & Spa (087) 418700

5.Hotel Pulau Labuan 1 (087) 416288

6.Hotel Pulau Labuan 2 (087) 422388

7.Hotel Mariner (087) 418822

8.Hotel Sara (087) 415555

9.Hotel Ambassador 1 (087) 423233

10.Hotel Ambassador 2 (087) 581242

11.Hotel Ambassador 3 (087) 414599

12.Hotel Avida (087) 416868

13.Hotel Global (087) 425180

14.Hotel Victoria (087) 412411

15.Hotel Pulau Labuan Inn (087) 416833

16.Hotel HPL Apartment (087) 583533

17.Hotel Red Tomato (087) 412963

18.Hotel Perdana (087) 420922

19.Hotel Sky Global (087) 431219

20.Hotel Melati Inn (087) 416307

21.Hotel Oriental (087) 419019

22.Beta Service Apartment (087) 453 333

23.Hotel Southern (087) 414211

24.Hotel Pantai View (087) 411339

25.Hotel 6 Inn (087) 411227

26.Hotel Expo (087) 426688

27.Hotel Aifa (087) 424888

28.Hotel One (087) 451369

29.Hotel Millenium (087) 421278

30.Hotel Fah Fah (087) 417712

31.Hotel Fratini Inn (087) 424545

32.Hotel Ocean (087) 410633

33.Hotel RK Cahaya (087)419516

34.Hotel Poh (087) 431375

35.Hotel Transit (087) 431133

36.Hotel Home Labuan (087) 425333

37.Hotel Mi Casa (087) 416323

38.Hotel H & H (087) 420200

39.Hotel Premier (087) 428948

40.Hotel Lazenda (087) 580800

41.Hotel Asia (087) 417712

42.Hotel Lai Lai (087) 443533

43.Hotel Grand Nadia (087) 442605

44.Hotel California (087) 41800

45. Hotel Lazenda Point (087) 418444



Homestay

1.Homestay Bukit Kuda 013-8511907 / 012-8289158

2.Homestay Sungai Labu 016-8041147 / 016-8430172

3.Homestay Patau-Patau 016-8363404 / 016-8424981

4.Homestay Srindung Sireh Inn 019-9366634 / 019-8820117

5.Homestay Siang Guest House 013-816 2198

6.Homestay Labuan Taman Arena 017-866 8870 / 016-839 1950

7.Homestay Papaya Beach Lodge 016-585 5801 / 019-850 1590

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

Pantai Batu Manikar - Pemandangan menarik ketika matahari terbenam. Itulah kemestian bagi pengunjung yang berkunjung ke Labuan. Anda boleh melihatnya di sepanjang Jalan Batu Manikar di mana Universiti Malaysia Sabah (UMS) terletak. Ketika langit sudah cerah (seperti kebiasaannya di Labuan), matahari terus bersinar seperti sama dengan abad-abad yang lalu. Fenomena menarik matahari terbenam akan bermula selepas pukul 6 petang.

Pantai Batu Manikar - Layang Layangan yang terkenal ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melihat matahari terbenam. Ini adalah jajaran pantai yang panjang dihiasi dengan pokok rhu dan pohon kelapa. Lorong pejalan kaki di sediakan untuk kemudahan orang ramai untuk berjalan-jalan mahupun berjoging, dengan suasana redup semulajadi oleh pokok-pokok di sekeliling. Udara segar, bayu laut dan pemandangan menarik ini tentunya merupakan bonus tambahan kepada peminat senaman di luar sana. Pantai Batu Manikar - Layangan Layang telah memenangi Anugerah Kebersihan Pantai COBSEA 2008. Anugerah berprestij ini sememangnya layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaraya dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Pantai Layang-Layangan - merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantai yang berpasir mengajak anda untuk berbaring dan berjemur di bawah sinaran matahari dengan ombak pantai memukul-mukul di kaki anda. Pantai Layang-Layangan merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantainya yang berpasir putih menggoda, menjemput anda untuk berbaring dan menikmati matahari dengan suara ombak memukul-mukul di tepi pantai. Lorong berbasikal dan meja perkelahan yang dinaungi oleh pohon rendang. Di sini juga boleh didapati banyak warung makanan dengan band-band muzik mengadakan persembahan di setiap hujung minggu. Menunggang kuda dan berbasikal adalah beberapa kegiatan rekreasi yang popular di pantai ini. Taman Keamanan juga terletak berdekatan. Manikar Beach Resort juga terletak di sekitar kawasan yang sama.

Pantai Pancur Hitam - Ini adalah salah satu pantai yang berkembang pesat di Labuan. Sebuah taman yang indah membentang terus ke pantai berpasir yang panjang. Terletak di pantai utara Labuan, Pantai Pancur Hitam adalah rumah peribadi yang terbesar dan paling mewah di Labuan ini - "Rumah Jutaan Keamanan". Jalan-jalan yang berhampiran rumah ini, Jalan Batu Manikar dan Jalan Pancur Hitam, di reka dan di hiasi dengan amat cantik. Hanya di depan rumah, deretan gerai-gerai menawarkan air kelapa segar, kepak ayam, popcorn dan masakan tempatan dan makanan ringan lain yang lazat. Di sebelah rumah tersebut, ada jalan kecil yang akan membawa anda ke Bukit Pohon Batu (Pohon Batu Hill), puncak tertinggi kedua di Labuan, di mana anda boleh menikmati laluan hutan trekking. Di puncak bukit ini, anda akan disambut dengan pemandangan pantai yang indah yang membentang di sepanjang garis pantai. Dari tempat pandang yang tinggi, anda juga boleh mempunyai pandangan mata seekor burung tentang seluruh pulau Labuan. Pada hari-hari yang terang, anda boleh melihat semua jalan ke selatan Financial Park Complex, yang terletak di tengah kota Labuan. Lebih jauh ke selatan pantai Pancur Hitam, anda akan menemui kawasan rekreasi yang dikenali sebagai "Sudut Cabaran", yang menawarkan sebuah laman yang ideal untuk pelbagai aktiviti rekreasi termasuk berkelah dan berkemah. Menjelang malam, pemandangan indah menanti anda dengan tiga puncak Bukit Batu Phin sebagai latar belakang yang dramatik. Matahari terbenam di sini bukanlah sesuatu yang patut di lepaskan begitu sahaja! Anda juga boleh melihat desa Melayu berhampiran dengan Cerobong (salah satu tempat yang terkenal di Labuan), Terowong Bersejarah Tanjung Kubong, Taman Burung Labuan dan tempat habitat semulajadi haiwan - semuanya menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik di Malaysia.

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

Pulau Daat - Pulau seluas 242,9 hektar ini adalah milik persendirian dan buat saat ini ia sedang dijual.

Pulau Daat memiliki pemandangan Laut China Selatan dan Pulau Labuan yang amat indah, serta mempunyai kawasan hutan hujan.

Oleh kerana bersifat persendirian, ia tidak terbuka untuk umum tetapi jika anda mempunyai USD 51 juta untuk di belanjakan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pulau yang menarik ini untuk diri anda sendiri.

Pulau Papan - Di sebelah Pulau Daat terdapat pulau kecil seluas 10.52 hektar yang disebut Pulau Papan. Menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong bercuti hujung minggu dan perkhemahan, pulau itu pada awalnya digunakan sebagai tapak rumah api pada tahun 1895.

Pada tahun 1902, lampu malap kemerahan telah digantikan dengan lampu "dioptrie" yang sangat terang sehingga boleh dilihat 13 kilometer jauhnya. Rumah api itu memberi petunjuk kepada kapal-kapal ke Victoria Harbour sehinggalah selepas Perang Dunia II ketika pasukan Berikat menggunakannya sebagai kem tahanan sementara tahanan-perang Jepun.

Hari ini ia berada di bawah bidang kuasa Labuan Corporation (Perbadanan Labuan). Pulau ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan, gelanggang sukan, surau, tempat BBQ, gelanggang bola tampar dan sepak takraw. Para penggemar adventur juga boleh mencuba aktiviti trekking hutan di pulau itu.

Kadar penginapan bermula daripada RM350 semalam untuk chalet 3-bilik biasa.

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

Bangkai Kapal Karam Amerika - The Wreck Amerika mempunyai sejarah yang tragis, telah karam pada masa Perang Dunia II dengan kehilangan 9 nyawa.

The Wreck Amerika telah karam akibat pelanggaran dengan periuk api yang mana telah meletupkan kapal penghapus periuk api Tentera Laut AS itu keluar daripada air dan pecah menjadi dua bahagian pada tarikh 8 Jun 1945.

Perasaan sedih masih lagi terasa apabila melihat plak yang memaparkan senarai nama-nama 9 askar yang terkorban. Plak tersebut yang direka oleh Dick dan Wayne Shafer ditempatkan pada bangkai kapal karam tersebut oleh ahli-ahli Brunei Sub Aqua Diving Club (BSADC) pada tahun 2007.

Masih kelihatan peralatan zaman dahulu seperti klip peluru, pengukur kedalaman, botol kawat dan artifak meriam yang tidak terusik di kapal karam ini.

Bangkai Kapal Karam Australia - The Wreck Australia menyediakan suasana menyelam yang sebenar, dengan kombinasi jarak penglihatan yang kurang dari 10 meter, kaya dengan tumbuhan karang, rangka bangkai kapal, pengakhiran yang tragis dan misteri.

Pada awalnya sebagai kapal kargo dan penumpang Belanda yang dibina pada tahun 1890, ia telah ditenggelamkan oleh oleh Belanda semasa Perang Dunia II untuk mencegah Jepun daripada menggunakannya. Orang Jepun bagaimanapun berjaya menyelamatkan kapal itu, menukar namanya menjadi 'Imbari Maru' dan meletakkannya untuk perkhidmatan sebagai kapal kargo.

Melarikan diri dari Borneo menuju ke Manila, kapal tersebut telah terlanggar periuk api dan karam 23km ke arah barat daya Labuan pada tahun 1944. Pada awalnya di percayai terkena serangan bom dari angkatan udara Australia, nama tersebut melekat sehingga hari ini. 339 orang kehilangan nyawa mereka, termasuk banyak tahanan perempuan (wanita penghibur) yang di bawa oleh Jepun ke perahu penyelamat.

Beberapa penyelam percaya tempat kemalangan ini dihantui oleh hantu jiwa-jiwa yang diseksa ini. Siapa tahu, penampakan seorang wanita berjubah putih melalui kapal ini mungkin saja sinar biasan batu marmar. Hanya satu cara untuk mengetahui - menyelam dan lihat sendiri!

Blue Water Wreck - Blue Water Wreck (Mabini Padre) adalah kapal pukat nelayan Filipina yang besar, yang terbakar dan tenggelam pada tahun 1981 tanpa kehilangan nyawa.

Dinamakan Blue Water Wreck kerana di kelilingi air biru yang jernih, bangkai kapal ini kelihatan seperti tidak banyak di selubungi kegelapan dasar laut.

Pada hari baik, jarak penglihatan 40 meter adalah mungkin. Bangkai kapal ini masih kelihatan utuh dengan tiang-tiang terletak pada sisinya dan lebih dikelilingi oleh kelimpahan kehidupan laut - menjamin pengalaman menarik bagi penyelam.

Cement Wreck - Daripada empat longgokan kapal karam Labuan, Wreck Semen adalah yang paling cetek dengan strukturnya naik 19 meter ke atas dan kedudukannya memudahkan penyelam untuk melewati dan bagus untuk latihan permulaan bagi penyelam kapal karam.

Menawarkan pemandangan bawah laut yang menakjubkan dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman karang dan menjadi rumah pelbagai haiwan laut berwarna-warni, Cement Wreck juga memberi peluang untuk bertembung dengan yu paus bagi penyelam yang bertuah.

Kapal ini mendapat nama pelik ini kerana tenggelam ketika mengangkut simen ke Brunei untuk pembinaan istana baru Sultan. Lebih dikenali sebagai kapal karam yang amat sempurna dengan kedudukannya yang tegak di dasar laut, bangkai kapal itu sangat indah dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman batu karang yang lembut dan keras, spons karang dan pakis, dan kawanan barakuda kecil dan ikan batfish bermain-main di tiang kapal.

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

Bagaimana perasaan anda jika tinggal di rumah kayu tradisional yang dikelilingi oleh air? Rumah-rumah kayu berwarna-warni kelihatan seperti tempat tinggal terapung dan dihubungkan satu sama lain dan ke jalan-jalan utama melalui laluan pejalan kaki yang bersimpang-siur dan tidak tersusun.

Ini adalah Kampung Air Patau Patau 2, yang ditubuhkan pada tahun 1930-an, seluruh desa dimusnahkan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Penduduk desa membina semula kampung dari awal selepas perang berakhir. Arkitektur dan konsep desa air adalah berkait kembali dengan nenek moyang mereka di Brunei. Sampai hari ini, warga desa air menggabungkan budaya Kedayan Brunei mereka dalam kehidupan sehari-hari.

Agar anda berfikir bahawa rumah ini bukanlah untuk orang mabuk laut, anda boleh yakini bahawa rumah-rumah ini sangat stabil - bahkan ada yang dibina lebih dari 60 tahun yang lalu. Rahsianya ialah kayu belian yang digunakan sebagai asas rumah itu yang dapat berdiri kuat selama berabad-abad yang akan datang.

Keluarga tuan rumah yang ramah akan senang hati untuk melayani anda dengan beberapa makanan lazat tradisional mereka termasuk ambuyat, hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering.

Pada petang hari, anda boleh memerhati anak-anak desa bermain layang-layang atau jika anda ingin lebih keseronokan, menangkap ikan di halaman belakang rumah anda – dengan kos yang nominal. Bayangkan anda bersantai di bangku kayu, secangkir kopi di satu tangan dan pancing di tangan yang lain. Seringkali tali pancing anda akan tegang dan berat. Apabila anda begitu teruja menarik pancing anda, boleh di katakan 9 daripada 10 kali tarikan, pancingan anda akan mendapat ikan keli, bukan tersangkut pakaian lama yang dibuang. Persembahan tarian tradisional juga boleh diatur berdasarkan permintaan dan anda pasti dapat menyertai dalam beberapa permainan desa yang menghiburkan.

Kampung Air Patau Patau 2 dilengkapi dengan saluran air dan elektrik, telefon dan sistem sisa, lampu jalan, dermaga teksi air, kedai runcit, kedai kraftangan, klinik, sekolah dan surau (tempat ibadah bagi muslimin yang lebih kecil dari masjid). Di kelilingi oleh air, kaedah pengangkutan utama adalah perahu dan sebahagian besar rumah mempunyai perahu sendiri. Rumah-rumah ini boleh di katakan agak luas dan dihiasi dengan barang-barang antik yang berat, membayangkan kehidupan yang selesa di dalamnya.

Menginap di desa air tradisional yang indah dan menawan ini tentunya pengalaman yang tiada tandingannya.

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

Taman Damai ini dibina sebagai taman peringatan dan penolakan terhadap kengerian perang. Ia terdiri daripada tugu peringatan yang dikelilingi oleh taman-taman yang indah dan tiang-tiang.

Pada 9 September 1945, Jepun secara rasmi menyerah Labuan kepada Australia. Komander Angkatan Darat ke-37 Jepun, Leftenan Jeneral Masao Baba diterbangkan ke tepi pantai Layang-Layangan di K154C Tachikawa (Hickory). Dan dalam sebuah pondok kayu kecil di bawah naungan pohon kelapa kira-kira 50 meter di Selatan-barat Pusat Penyerahan, upacara menandatangani serah terima ini di langsungkan.

Dia menyerahkan pedangnya secara rasmi kepada Mejar Jeneral George Wootten, pegawai pemerintah Division ke-9 Australia, di saksikan oleh Kapten Kumpulan C.W Pearce dan Ketua Skuadron J.S St Heap daripada Royal Australian Air Force (RAAF) di Sydney, Australia.

Berdekatan dengannya, terdapat kem-kem yang ditubuhkan untuk perbicaraan para pegawai dan askar Jepun terhadap kekejaman tahanan perang di kem-kem POW di Sabah dan Sarawak. Perbicaraan Perang di Layang-Layangan adalah yang pertama di Asia Tenggara, yang dipimpin oleh Leftenan L.J Morshead daripada Komander Kor Pertama Australia. Seterusnya, Labuan menukar nama awalnya daripada nama Pulau Maida, dan ditempatkan di bawah Pentadbiran Tentera Inggeris.

Bagi menunjukkan bahawa mereka benar-benar meminta maaf daripada kesusahan yang di sebabkan oleh nenek moyang mereka, Jepun memutuskan untuk membina Taman Keamanan di sebelah Pusat Penyerahan. Taman Damai ini juga sebagai peringatan kepada orang-orang yang telah mengorbankan nyawa mereka di Borneo semasa Perang Dunia II. Ini juga merupakan kenang-kenangan daripada persahabatan antara Malaysia dan Jepun, dan janji keamanan dan keharmonian untuk semua umat manusia yang kekejaman perang seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa depan.

Taman Damai ini dibiayai Japan Shipbuilding Industry Foundation, yang diketuai oleh Ryoishi Sasagawa, dan juga oleh keluarga mangsa dan kawan-kawan mereka daripada beberapa syarikat industri. Pada 14 April 1984, Mitsunori Ueki daripada South Pasifik Memorial Association Incorporation di Jepun menyerahkan Taman Damai secara istiadat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh. Hingga ke hari ini, pembiayaan masih datang dari Jepun untuk menjaga TamanDamai ini dalam keadaan baik.

Dengan perairan yang tenang di bawah jambatan melengkung dan sekitar gazebo yang teduh, berdirinya tugu dengan dua dinding melengkung yang menjadi pusat perhatian di Taman Damai ini. Di pintu masuk taman ini didirikan kepingan batu, dan di atasnya diukir dengan jelas untuk ingatan sampai ke akhir zaman - "Damai adalah yang terbaik".

Ya, damai akhirnya di Pulau Labuan.

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

Dahulunya Rumah Kerajaan - Terletak di belakang lapangan terbang lama ialah Taman Botanikal yang dahulunya adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12'. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Kini, hanya tangki air simpanannya kekal, bersama dengan sebuah kubur anjing kesayangan yang bernama ‘Jim'.

Taman Botanikal adalah satu taman rekreasi dengan pokok tua dan pelandskapan indah. Ia juga mempunyai cerita-cerita yang mempesonakan!

Cerita-Cerita Rumah Kerajaan - Ia dipercayai bahawa Hugh Low, Setiausaha Penjajah untuk bertahun-tahun dan terlepas perhatian untuk menjadi Gabenor, melakukan kebanyakan kerja awal di Taman tersebut. Pokok-pokok tua kebanyakannya ditanam olehnya. Rumah tersebut punah semasa peperangan.

Dua taman kubur dijumpai di tanah Rumah Kerajaan dan adalah dipercayai bahawa ia merupakan kubur yang tertua di pulau tersebut. Salah satu daripadanya mempunyai kubur bertarikh 1847. Kubur-kubur ini dipindah dari Ramsay Point di pesisir pantai, di mana di mana air pasang mengakibatkan hakisan kubur tentera laut lama. Salah satu daripada dua kubur yang dipindahkan merupakan kubur Komander James A. Gordon dari HMS Wolf. Beliau hadir semasa penyerahan Labuan ke tangan British pada 24 Disember 1846 dan membantu pembinaan tanah. Seperti ramai pada masa itu, beliau jatuh sakit dan berkubur pada umur awal 28 tahun atas kapalnya yang telah dilabuhkan diluar pesisiran.

Kubur lain itu adalah kepunyaan Sarjan Adam C Sutherland bagi Marin Di Raja, yang telah terkubur dalam satu pergaduhan dengan lanun Balanin pada bulan Mei bagi tahun yang sama.

Terdapat satu lagi kubur menarik terletak pada sebuah permatang di hadapan Rumah Kerajaan dan ia adalah kepunyaan seekor anjing foxhound dinamakan Jim, dan merupakan peliharaan M.S MacArthur, Residen pertama pentadbiran Straits Settlement yang beroperasi daripada 1906 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Tarikh yang terpahat pada kubur Jim adalah 20 Jun 1908.

Kehidupan di tanah tersebut seperti membawa banyak peristiwa. Pada suatu petang, apabila Leftenan-Gabenor Komander A.S. Hamilton pulang ke rumah, beliau terhidu bau kebakaran datang dari arah rumahnya. Beliau mempercepatkan langkah apabilah memikirkan rumahnya terbakar. Sesampainya beliau ke rumahnya, beliau berhadapan dengan sebaris orang Dayak yang sedang mengasapkan kepala di atas tripod dihadapan laman Rumah Kerajaan! Mereka mungkin merupakan kepala-kepala orang Murut yang dirampas oleh pihak polis Dayak sebagai balasan kepada orang Murut yang telah membunuh empat daripada orang mereka. Orang-orang Dayak di laman tersebut sangat tidak berpuas hati apabila kepala-kepala itu seterusnya dirampas. Mereka dibenarkan mengambil semula kepala-kepala tersebut dengan syarat mengasapnya di tempat lain!

Terdapat juga cerita bahawa hantu seorang wanita merupakan residen tanah tersebut – kemungkinan wanita tersebut ialah isteri Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Kelibat wanita tersebut tidak pernah kelihatan lagi.

Penggeledahan kubur oleh pemburu-pemburu kepala yang mencari satu sumber yang mudah merupakan satu masalah besar bagi peneroka-peneroka awal di Labuan. Hugh Low sebenarnya menggali lima belas kubur pada malam isterinya terkubur. Beliau mengebumikannya sendiri dalam salah satu kubur tersebut dan mengisi kubur-kubur lain dengan harapan menangkis peluang untuk penggeledahan kubur. Ramai juga yang rancang untuk dikebumikan di laut agar menghalang kejadian ini terjadi.

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney di Tanjung Kubong. Ia mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar dikelilingi pelandskapan yang indah. Taman ini merupakan rumah bagi kebanyakan spesies burung-burung Borneo yang ditemui oleh pemerhati burung. Terdapat perancangan bagi mengumpul sebahagian daripada 580 spesies burung yang didapati di habitat-habitat Borneo yang pelbagai, daripada bakau di sepanjang pantai ke hutan dalam gunung-ganang.

Pemerhatian burung boleh dilakukan tanpa sebarang peralatan kecuali buku nota, untuk menukilkan pemerhatian anda, dan binokular di taman ini. Bantuan bagi mengenal pasti burung-burung boleh didapati dari pihak pengurusan taman.

Yuran Kemasukan:
Dewasa - RM 3
Kanak-kanak (dibawah umur 6 tahun) - Free
Pelajar/Warga Emas - RM 2
Pelancong - RM 5

**Nota : Taman Burung Labuan dibuka setiap hari KECUALI pada hari Jumaat

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN

Pusat sukan air bertaraf dunia ini terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun. Ia berdekatan dengan pusat bandar Labuan. Kompleks ini merangkumi kawasan 5.91 ekar tanah. Ia merupakan projek dibawah Pelan Malaysia Ketujuh dan dibina pada kos keseluruhan RM 25 juta.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini adalah sebahagian daripada projek mencantikkan pantai Labuan. Objektifnya ialah untuk membina sebuah pusat sukan air bertaraf dunia dan untuk membangunkan tempat-tempat menarik lain sejajar dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Labuan sebuah destinasi pulau utama.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dibuka kepada umum pada Jun 2001 apabila ia menjadi hos kepada Labuan Sea Challenge tahunan.

Infrustruktur dan fasiliti yang diberi oleh kompleks ini adalah dijangka untuk menaikkan tarikan Labuan kepada para pelancong dan pelabur. Kemudahan-kemudahan moden akan membolehkan pulau ini untuk menjadi hos kepada acara dan kejohanan sukan laut antarabangsa.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan direka dengan tiga struktur ketara yang merupakan sebahagian daripada plaza pemandangan utama. Setiap bangunan mempunyai aktiviti khas dalamnya. Setiap menara adalah bahagian penting kompleks sukan air yang moden dan besar. Senibina memberi kenyataan dramatic mengenai alam sekitar, tradisi, dan kefungsian moden. Pusat utama sukan air, blok pentadbiran, muzium biologi marina, kedai cenderahati dan kedai-kedai makan berada di dalam kompleks ini.

Pusat Sukan Air - Pusat ini adalah untuk aktiviti sukan air utama dan tempat bagi karnival. Terdapat satu kawasan simpanan bot yang luas dan terus menghadap pantai. Fasiliti-fasiliti lain termasuk ruang menukar pakaian, tempat rehat dan tempat persediaan umum. Ia diguna sebagai satu kawasan pameran tetap untuk segala jenis aktiviti-aktiviti sukan laut. Ia menghubungkan kepada tempat-tempat berjalan di pantai.

Muzium Biologi Marina - Muzium Biologi Marina terletak bersama dengan blok Pentadbiran di bangunan berasingan. Ia berbentuk separa bulatan berdepanan dengan laut dengan sebuah galeri terbuka. Sebahagian besar bagi ruang binaan adalah digunakan oleh Muzium Maritime. Ruang rehat adalah bagi penggunaan pentadbiran seperti bilik mesyuarat dan ruang-ruang pejabat untuk badan sukan. Manakala di tingkat podium mengandungi bilik berehat VIP yang selesa dan ruang selasar berlebihan untuk muzium.

Plaza Utama - Plaza Utama berbentuk bulatan. Ia dilengkapi dengan struktur yang dapat menahan daripada setiap keadaan cuaca yang buruk. Ia digunakan sebagai pusat bagi melancarkan dan menonton berbagai jenis acara sukan laut.

Pusat Kraftangan dan Kedai-Kedai Makan - Pusat kraftangan dan kedai-kedai makan terletak dibahagian barat kompleks. Terdapat pelbagai kedai-kedai rangkaian popular dan kedai makan kecil-kecilan yang menjual makanan tempatan. Tambahan pula, kedai-kedai cenderahati dan kraftangan menjadikan kawasan ini sarat dengan aktiviti-aktiviti. Ia tempat popular bagi pelancong-pelancong melawat.

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

Muzium Marina Labuan diadakan untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut.

Apabila melangkah masuk ke muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang tidak dapat ditatapi di tempat lain.

Muzium ini dibina dengan konsep kapal bersama dua tingkat pameran. Ia menerima pelawat melalui sebuah jambatan logam. Akuarium-akuariam ungu biru jelas memperlihatkan kepelbagaian jenis kehidupan marina seperti jerung, ‘rays', ‘butterfly fish', ‘angel fish', ‘damsels', ‘wrasses', belut ‘moray', ikan-ikan beracun, udang dan udang kara.

Pelawat akan juga mendapat pengalaman luar biasa untuk menyentuh dan merasa pameran yang diletak di air cetak seperti tapak sulaiman, gamat dan ketam.

Pameran di tingkat dua termasuk habitat terumbu karang, habitat jerung dan ‘rays', reptilia lautan, ikan-ikan komersial, mamalia lautan, ‘marlins', aktiviti-aktiviti memancing dan menyelam, oceanografi, biologi marina, ‘molluscs' dan ‘crustacean'.

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

Dikenali dahulunya sebagai Bandar Victoria, kini Labuan adalah satu pusat perniagaan yang membangun dengan dengan pejabat-pejabat moden dan kompleks membeli-belah.

Dataran Labuan - Dataran Labuan terletak di pusat bandar Labuan. Tumpuan utamanya adalah satu pentas luarnya yang merupakan tempat popular bagi sesetengah acara-acara dan persembahan utama pulau tersebut. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia lain berkibar dalam satu barisan di atas pentas ini. Pada penghujung dataran adalah padang bola sepak bandar. Di penghujung lain adalah sebuah replika ‘Chimney', mercu tanda yang paling terkenal Labuan. Ia cantik dilandskap dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun.

Pusat Bandar Labuan - Pusat bandar adalah kawasan bagi pejalan kaki untuk bersantai. Kerusi-kerusi besi tempaan dan hiasan-hiasan lampu, bersama dengan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan memberi pemandangan yang sangat indah. Terdapat banyak tempat-tempat makan yang khusus dalam masakan Melayu, Cina dan India, serta rangkaian kedai-kedai makanan popular.

Kawasan-kawasan pantai sentiasa penuh dengan kesesakan dan kesibukan. Terdapat kawasan pendaratan, serta Kastam dan jabatan Imigresen. Perdagangan tukar barang adalah dijalankan dalam kawasan ini dan mi kaca adalah barangan popular untuk ditukar bersama peniaga-peniaga Filipino.

Jalan besar utama di pusat bandar Labuan adalah Jalan Merdeka. Pada hujung timur jalan raya ini ialah Sheraton Hotel, Hotel Waterfront Financial dan Financial Park Complex.

Latar langit Labuan dikongsi bersama Masjid Jamek An'nur, satu masjid Islam yang sangat besar dengan rekaan bentuk futuristik dengan dua minarets yang mencapai langit.

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

Muzium Labuan ialah muzium ketiga yang didirikan oleh Jabatan Muzium dan Zaman Kuno di Wilayah Persekutuan Labuan. Ia dibuka pada Oktober 2004.

Bangunan muzium adalah seni bina dua tingkat dalam rekaan penjajahan sebelum perang. Tingkat bawahnya adalah didedikasikan untuk pameran bersejarah merangkumi era pra-sejarah Labuan, kesultanan Brunei, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua, Kemerdekaan, perisytiharan Labuan sebagai satu wilayah persekutuan sehingga penubuhan Perbadanan Labuan. Manakala pameran tingkat atasnya mempamerkan pulau sosiobudaya dan evolusi ekonominya bagi enam kaum utama yakni Melayu Brunei Darussalam, Kedayan, Cina, Kadazandusun, India dan Sikh.

Muzium ini dipersembahkan dengan baik dengan panel grafik, kios maklumat, pengesan-pengesan, bunyi dan cahaya bergerak, dan sistem-sistem paparan lain. Barang-barang pameran itu termasuk alatan muzik, barangan kewangan, senjata api, aksesori perkahwinan, kostum-kostum dan artifak dikutip dari sebelum era pra-sejarah, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua dan zaman kemerdekaan.

Muzium Labuan terletak sesuai di tengah-tengah bandar Labuan. Ia merupakan lawatan yang harus dilakukan bagi sesiapa yang berharap untuk mengambil satu lawatan ringkas pulau yang kaya dengan sejarah dan budaya.

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

Terletak di Pusat Bandar Labuan, kedai bebas cukai menjadikan pengalaman membeli belah anda amat mudah. Menawarkan pelbagai produk bebas cukai yang menarik, seperti coklat import, mutiara, tekstil, minuman keras, dll.

Selain daripada makanan tempatan di pasar minggu Labuan, ada juga pasar tani Labuan untuk di kunjungi. Anda akan berjalan di bawah khemah biru yang bersambung-sambung. Dengan serta merta, anda akan terhidu bau ikan masin yang berlonggok-longgok dan juga makanan kering lain yang dibungkus dalam pek kedap udara yang di susun rapi.

Berbanding dengan pasar minggu yang riuh rendah, pasar tani lebih tenang dan senyap. Di bawah kipas siling, petani dan isteri-isteri mereka menjadi ramah setiap kali pelanggan datang ke gerai-gerai mereka untuk memilih sayuran segar dan buah-buahan, sebelum kembali berehat apabila pelanggan bergerak ke gerai sebelah yang menjual barang yang sama , yang diatur dalam susunan yang sama seperti gerai di sebelahnya. (Ya, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa pasar tersebut tidak akan kehabisan barang apa yang ingin anda beli!)

Di sini anda dapat mencari barang yang sukar di dapati seperti batang /kepingan sambal yang tulen, dibuat di Labuan dan ada juga yang dihantar dari Sabah. Ia dibuat dalam cara yang paling organik; tanpa pengawet atau penambah rasa - hanya daripada hasil penghancuran apabila ditumbuk menggunakan penumbuk sambal. Salah satu cara untuk membezakan antara sambal yang anda beli di supermarket, adalah anda masih boleh melihat mata udang kering di batang dan kepingan.

Anda juga boleh mencari banyak plat sagu, bahan utama untuk makanan Ambuyat Brunei-Melayu – ia dijual di sini, serta bebola ragi, besar dan kecil, untuk di buat tapai.

Pasar tani Labuan di buka setiap hari Sabtu dan Ahad di Jalan OKK Awang Besar dengan berbagai macam produk pertanian, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, rempah-rempah segar, ikan, udang kering, makanan laut kering, dan banyak lagi.

Di hujung sekali, terletak agak menyerong dari pasar tani adalah bazaar hujung minggu Labuan. Agak kecil, bazaar ini menjual segala yang anda perlukan untuk mendapatkan cenderahati dan hadiah untuk teman-teman dan keluarga anda. Daripada T-shirt corak peta Labuan, ukulele mainan murah, alas kaki yang tahan lama , hiasan dekoratif buatan tempatan ... bazaar memiliki semuanya.

Jika anda tidak berminat dengan cenderahati ini, singgahlah juga di bazaar ini, kerana beberapa kedai ada menjual aksesori mutiara yang akan menjadikan saat lawatan anda di sana begitu bernilai.

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

Pemandangan matahari terbenam. Itu adalah satu perkara yang pengunjung tidak akan gagal untuk memberitahu anda tentang Labuan.

Jajaran pantai sepanjang 9km dari Pantai Batu Manikar ke Pantai Sg. Miri telah memenangi Anugerah Pantai Bersih dari United Nation Environment Program di Pattaya, Thailand melalui 2nd COBSEA Marine Litter Workshop and Clean Up Campaign 2008. Anugerah berprestij ini memang layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaran dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Dari Pantai Batu Manikar, singgahlah di Pantai Batu Pohon di mana ada warung kayu untuk nelayan menjual makanan laut segar setelah mereka mendarat. Berhampiran dengannya adalah taman berpasir yang penuh dengan rintangan buatan manusia, iaitu Sudut Cabaran (Challenge Corner) sesuai untuk aktiviti kem bina semangat. Terdapat juga warung makan untuk para pemerhati matahari terbenam untuk menghilangkan haus dan lapar.

Kemudiannya ialah Pantai Pancur Hitam yang begitu cantik. Terdapat banyak pokok rhu yang tumbuh dalam baris yang teratur, memberikan teduhan dan ruangan privasi kepada pasangan pengunjung yang sedang menikmati matahari terbenam bersama sambil bersandar di kereta mereka. Seterusnya, anda akan melewati Homestay Kampung Sungai Labu yang nyaman dan mempunyai pemandangan indah pantai.

Destinasi menarik terakhir ialah Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) sebelum anda membuat perjalanan kembali ke Jalan Batu Manikar. Pada saat itu sinar matahari paling berseri-seri memandikan cahaya mereka ke dinding putih universiti kepada cahaya keemasan yang hangat.

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Australia mendarat di pulau Labuan dan teluk Brunei. Objektifnya adalah untuk mengusir pihak Jepun dari kawasan tersebut, mendirikan sebuah pangkalan tentera laut maju dan menjaminkan sumber minyak dan getah. Dengan serangan yang dikendalikan dengan baik, bilangan pihak Australian melebihi pihak Jepun dan dalam masa seminggu, semua rintangan tempatan utama telah disingkirkan

Pada 10 September 1945, Labuan, Borneo, Leftenan Jeneral Masao Baba, Komander Askar Jepun 7 dan Komander Tertinggi Kuasa-kuasa Jepun di Borneo, tiba di Labuan bagi menyerahkan kuasa-kuasa dibawah perintahnya kepada Mejar Jeneral Wootten. Majlis penyerahan rasmi diadakan di tempat ini pada tengahari 10 September 1945 dan dihadiri oleh kumpulan Kapten C.W. Pearce dan ketua Skuadron J.S. St. Heaps dari Sydney bagi pihak R.A.A.F.

Pesawat Jepun, Tachikawa K154C (HICKORY) yang membawa Leftenan Jeneral Masao Baba ke Labuan untuk majlis penyerahan rasmi dipamerkan di Muzium RAAF, Australia.

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney' – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney' dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney' dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney' masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney'. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney' telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

Tempat yang sering dikunjungi di Labuan ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial yang dilandskap dengan indah ini adalah tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan.

Pada Februari 1945, pihak Jepun yang telah menangkap kawasan pihak Bersekutu di kawasan Sandakan, mula memaksa banduan-banduan untuk berkawad ke Ranau – ia kemudiannya dikenali sebagai ‘Kawad Kematian Ranau' (Ranau Death March). Beratus-ratus banduan kehilangan nyawa semasa berkawad dan mereka yang tertinggal serta kem tawanan perang Sandakan telah dikebumikan di Kubur Perang Labuan.

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Bersekutu mendarat di Brown Beach, Tanjung Purun bagi memulakan pembebasan Borneo daripada pihak Jepun. Sebelum ini, bandar Labuan telah dibom teruk unntuk menghalau pihak musuh. Kebanyakan daripada bangunan-bangunan di situ termusnah. Pergaduhan juga berlangsung di sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘the pocket'.

Jenazah askar-askar Bersekutu dikumpul dari seluruh Borden untuk dikebumikan di taman peringatan. Berbaris penanda putih menandakan kubur-kubur tersebut. Pelawat-pelawat dapat merujuk kepada panel-panel pada barisan di mana nama askar yang dikebumikan disini akan tertera. Berbagai-bagai mesej diukir pada penanda kubur askar-askar dengan sebilangannya tertera ‘dikenal oleh Tuhan'.

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua kerap dikunjungi oleh veteran-veteran perang, khususnya dari Australia yang telah meletak Labuan sebagai destinasi penting dalam perjalanan mereka. Pada setiap Ahad pertama pada bulan November setiap tahun, satu perkhidmatan bagi menandakan Hari Peringatan diadakan di sini dan dihadiri oleh orang tempatan dan pelawat-pelawat asing. World War Memories telah dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Halaman rumput adalah disimpan dengan cantik supaya pelawat-pelawat dapat menghargai keamanan dan ketenangan bagi tempat mereka mencari pemahaman mengenai perang, kematian dan kehilangan.