CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 31, 2014

31 OGOS 2014 HARI KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN MALAYA & SABAH




Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta merupakan Lagu Tema Hari Kemerdekaan 2014. Lirik Lagu Tema Hari Kemerdekaan 2014 ini ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya manakala Lagu adalah ciptaan Sharon Paul. Penyanyi lagu ini ialah Bob Yusof iaitu Penyanyi Lagu Patriotik Malaysia yang tidak asing lagi. Untuk mendengarkan lagu tersebut, bley layari melalui youtube http://youtu.be/R9JZu28ordc







Dalam masa yang sama, terbitnya sebuah lagu baru bertajuk Demi yang dinyanyikan oleh Dayang Noraini sempena bulan kemerdekaan 2014 ini. Lagu Terbitan Universiti Malaysia Sabah & Dayang Noraini Production. Seni lagu dan lirik oleh Roslee Haji Wahid. Untuk mendengarkan lagu tersebut, bley layari melalui youtube http://youtu.be/LHQykYJzTMo



I ingin berkongsi info mengenai Sejarah Pembentukan Malaysia. Mungkin ada sebahagian yang lupa atau kurang pasti dengan tarikh-tarikh kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Malaya yang bersama2 membentuk Malaysia iaitu pada 16 September 1963. 



Secara ringkasnya :-

1-Singapura merdeka pada 3 Jun 1959 diwakili oleh Lee Kuan Yew

2-Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963 diwakili oleh Stephen Kalong Ningkan


3-Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 diwakili oleh Donald Stephens


4-Persekutuan Malaya merdeka pada 31 Ogos 1957 diwakili oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


Manakala Pembentukan Malaysia 16 September 1963 



Ini bermakna semuanya sudah merdeka sebelum penubuhan Malaysia. Tiada istilah Sabah Sarawak merdeka dengan menyertai Malaysia. Walaubagaimanapun, Perjanjian Malaysia 1963 sudah terbatal selepas Singapura keluar daripada Malaysia.


Bercerita mengenai sejarah, Sabah atau dkenali sebagai North Borneo mendapat kemerdekaan daripada British pada 31 Ogos 1963. Jika mengikut pengiraan, maknanya Sabah baru merdeka selama 51 tahun pada tahun 2014 ini. Oleh itu, ucapan Selamat Hari Merdeka Malaysia ke-57 tahun itu tidak betul kerana kemerdekaan 31 Ogos 1957 adalah untuk tanah melayu sahaja. Pada tahun 1957, negeri ini masih mengibarkan bendera Union Jack dan menyanyikan lagu kebangsaan God Save The Queen.



Hanya 2 minggu Negeri Sabah berdiri d kaki sendiri sebagai sebuah negara. Penyatuan bersama Tanah Melayu (Malaya), Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963 membentuk Persekutuan Malaysia membawa negeri ini ke arah penjajahan yang baru. 

Jika diikutkan banyak lagi fakta sejarah mengenai Sabah yang ingin I kongsikan. Namun, terlalu panjang. Cukuplah jika generasi muda tahu tentang FAKTA SEJARAH mengenai tarikh merdeka bagi Sabah. Berikut merupakan antara koleksi gambar-gambar sejarah kemerdekaan yang perlu anda simpan untuk tatapan generasi akan datang. 











I ingin berkongsi creta mengenai Labuan. Ya.. Labuan suatu ketika dahulu merupakan sebahagian Sabah sebelum diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984. Ada segelintir orang dsemenanjung cakap 'Labuan Sabah' (Merujuk dmana letaknya Labuan). Walaupon Labuan telah menjadi Wilayah Persekutuan, tetap juga ada yang memanggil Labuan Sabah. Itu juga membuktikan fakta tidak akan terpadam dalam catatan sejarah. Berikut adalah koleksi gambar sewaktu penyerahan Labuan Tun Dr. Mahathir sewaktu menandatangani pengisytiharan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Kelihatan sama ialah Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris Bin Mohd Salleh.




Cuba renungkan seketika, apakah makna merdeka bagi korank suma? apakah benar-benar merdeka? kamu yakin? merdeka dari djajah? Penjajahan minda? penjajahan ekonomi? penjajahan sosial? kita masih djajah sebenarnya dalam bentuk yang berbeza, tidak sama seperti dahulu. Jika kita terus membiarkan penjajahan ini berleluasa, apa agaknya yang bakal membentuk generasi baru nanti.


Apa jua makna merdeka bagi anda, marilah kita bersama-sama mengibarkan jalur gemilang. Semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda agar semangat patriotisma itu harus wujud bagi mensyukuri sebuah keamanan yg dikecapi hari ini. 

Saturday, August 30, 2014

KARNIVAL MEMANCING KOLAM KISAGING KENINGAU


Sila klik gambar untuk untuk zoom yang lebey jelas. TQ

Friday, August 29, 2014

PERLAWANAN PERSAHABATAN MERDEKARAYA



Sila klik gambar untuk untuk zoom yang lebey jelas. TQ

Thursday, August 28, 2014

FESTIVAL GASING DAN TAMU BESAR SIPITANG (GATA SIPITANG)


Sempena Festival Gasing dan Tamu Besar Sipitang atau GATA Sipitang yg akan di adakan selama 3 hari iaitu pada 29 hingga 31 Ogos 2014. Pelbagai acara menarik yg d adakan antaranya seperti :-

1. Gasing Sipitang (Kebangsaan dan Jemputan Borneo)
2. Tamu Besar Sipitang
3. Karnival Makanan Tradisi
4. Tarik Tali GATA (Jemputan Borneo)
5. Bintang GATA
6. Malam GALA GATA Merdeka
7. Pameran Suku Kaum
8. Persembahan Permainan Kikik @ Layang-Layang
9. Konsert Sadaman Sipitang
10. Pelancaran Buku Satay Sipitang
11. Pertandingan Fotografi
12. Pertandingan Pacuan 4 roda (4X4) GATA
13. Pertandingan Memancing

Mungkin ada yang tertanya mengapa Festival GATA ini tidak dianjurkan di daerah lain. Ini kerana, gasing merupakan permainan rakyat cukup sinonim dengan Daerah Sipitang. Malah, Persatuan Gasing Sipitang adalah persatuan terawal ditubuhkan di Sabah dan satu-satunya persatuan berdaftar yang wujud di negeri ini sehingga kini.

Antara acara menarik di festival peringkat Negeri Sabah kali ke-6 ini termasuklah pertunjukan kuda berhias, gasing gurih Kelantan, persembahan artis undangan seperti Hazama, Ramli Sarip dan Aizat serta beberapa acara menghiburkan. Festival ini akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lebih menarik lagi, festival ini akan disertai oleh beberapa negara luar antaranya Singapura, Indonesia dan Brunei Darussalam. Manakala Kelantan antara negeri di Semenanjung yang terlibat dalam acara gasing.

Selain mempromosikan Daerah Sipitang sebagai destinasi pelancongan dalam dan luar negeri, objektif utama penganjuran Festival GATA bertaraf antarabangsa ini juga adalah untuk memasyarakatkan warisan dan budaya penduduk di kawasan ini. 

Kepada anda yg berada di sekitar kawasan berkenaan atau berpeluang untuk datang melihat sendiri kemeriahan acara ini, jangan ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan lagi Festival GATA yang bakal menjanjikan pengalaman indah dan berharga menerusi beberapa acara dan aktiviti yang dilaksanakan sepanjang penganjuran festival ini berlangsung.

KARNIVAL PERTANDINGAN MEMANCING MGP MUARA SUNGAI MIRI, SARAWAK


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM GREEN VIEW KG LIAU DARAT, KENINGAU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Wednesday, August 27, 2014

HUJAN LEBAT CETUS BANJIR KILAT DAN KESESAKAN LALULINTAS


KOTA KINABALU – Hujan lebat lebih dua jam sekitar bandar raya ini dan Penampang, mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan sekali gus menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Dalam kejadian bermula sekitar jam 3 petang tadi, beberapa jalan utama di ibu negeri tidak dapat dilalui akibat digenangi banjir, selain disebabkan pokok tumbang.

Antara jalan digenangi banjir kilat ialah Jalan Sulaman di hadapan 1Borneo, Jalan Lok Kawi dan Jalan Kolombong, selain pokok tumbang dilaporkan di Jalan Tuaran berhampiran Likas.

Setakat ini, bomba tidak menerima laporan berkaitan sebarang kecederaan, namun beberapa kenderaan mengalami kerosakan akibat terkandas ketika melalui jalan yang digenangi banjir kilat.

SEPASANG MODEL BERPAKAIAN JOLOK MATA DI DENDA RM400



IPOH: Dua model yang terlibat dalam sesi fotografi separuh bogel di sini Isnin lalu didenda RM400 di Mahkamah Majistret.

Majistret Haslinda A Raof yang menjatuhkan hukuman itu pada Rabu selepas kedua-dua model sambilan itu mengaku bersalah kerana menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat di depan sebuah sebuah bank di Jalan Sultan Yussuf di sini pada 25 Ogos lalu.

Kedua-dua mereka didakwa di bawah Seksyen 268 dan disabitkan di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan, dan dibacakan bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery berkata, Low hanya memakai seluar hitam dan kasut tanpa sebarang kemeja, manakala How memakai pakaian dalam warna putih.

"Aksi mereka menarik perhatian awam dan beberapa gambar mereka diambil dan disebarkan menerusi media sosial," katanya.

"Negara ini merupakan masyarakat berbilang kaum dan tindakan mereka tidak boleh diterima," tambahnya.

Peguam yang mewakili kedua-duanya, Andrew Soong berkata, mereka akan memohon maaf kepada orang ramai yang tersinggung dengan tindakan itu.

"Mereka juga bekerjasama dengan polis, mengaku salah dan menjimatkan masa mahkamah.

"Tambahan pula, semua gambar di media sosial tidak dimuat naik oleh mereka dan mereka tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian," katanya.

Kedua-dua mereka membayar denda.

MINI GAME KATEGORI WANITA KOLAM KELUARGA JP, KG MININIPIR BARU


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

PERTANDINGAN MEMANCING TAMAN TELUK VILLA, PUTATAN


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Tuesday, August 26, 2014

GARA-GARA WHATSAPP



Addooiiii!!! sakitnya kena hentak kepala. Isshhh! napa la buat macam tu pada isteri? Kalau suami tak buat salah, tak perlu la nak mengamuk kan.. ni mesti takut terbongkar rahsia. Hurm.. pada suami-suami dluar tu, janganla buat macam ni pada isteri. Isteri bukan tempat untuk ddera, isteri harus dsayangi.. dkasihi. Kalau ada masalah rumahtangga sekalipon, bincangla elok-elok. Suma masalah ada penyelesaiannya, yang penting berbincang dalam keadaan tenang ya.. 

Monday, August 25, 2014

SIRI JELAJAH 2 GENG BOLA TAWAU 2014



Sila klik gambar untuk untuk zoom yang lebey jelas. TQ

Sunday, August 24, 2014

KURA-KURA GERGASI MATI PADA UMUR 60 TAHUN



Quito : Kura-kura gergasi yang terkenal sebagai haiwan yang paling banyak fotonya dirakam di Pulau Galapagos, Ecuador, mati pada usia 60 tahun. "Pepe The Missionary" yang tinggal di Pusat Interpretasi Taman Negara Galapagos mati akibat sebab semulajadi. Beberapa organnya mengalami kegagalan secara perlahan-lahan. 


Pepe adalah daripada spesis Chelonoidis Becki yang merupakan penghuni asal Wolf Volcano Di Pulau Isabela dan telah diambil dari habitat asal oleh sebuah keluarga dari Pulau San Cristobal pada tahun 1940-an sebelum ianya diserahkan kepada Taman Negara pada tahun 2012.



Saturday, August 23, 2014

JEJAK KASIH KIMARAGANG DI RANTAUAN "EPISOD SELATAN"


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Friday, August 22, 2014

SEGMEN IRAMA TANPA LAGU


























Salam Jumaat..

Hari ini 22 Ogos 2014 merupakan Hari Berkabung Negara bagi mengenang dan memperingati mangsa penumpang MH17. Marilah kita bersama-sama bertafakur sejenak untuk mendoakan mereka yang telah pergi mengikut kepercayaan agama masing-masing. Mewakili pihak pengurusan Utara FM, salam takziah untuk keluarga mangsa. Irama tanpa lagu dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran Live Auto DJ ~ 9.30 pagi hingga 10.30 pagi ~ 

Thursday, August 21, 2014

WEBSITE RASMI UTARA FM MENGALAMI GANGGUAN TEKNIKAL

Hi guyz..

I terpanggil untuk mencoret seswatu untuk dkongsikan bersama korank mengenai laman web Utara FM http://www.utarafm.net Rata-rata komen yang I terima kata tak bley dengar melalui web yang biasa korank guna. I faham korank tertanya napa tak dapat masuk web tu kalau guna lappy or komputer. Yerlaa.. tak dapat join dalam chatroll kan? Ada pla yang fikir Utara FM dah tak wujud, ish korank ni hihi.. Bukan macam tu, Utara FM masih wujud. I dah minta penjelasan ngan orang yang bertanggungjawab dalam pengurusan website ni iaitu Pengasas Utara FM sendiri, DJ Rumput. Katanya, laman web ni dah xpired. OoOoo.. gitu pla kisahnya, sebab tu la web www.utarafm.net ni jadi gini (Bila korank bukak link tu, dia akan paparkan macam kat lampiran bawah ni). Ada juga cadangan dari seorang pendengar minta dlink kan web ni terus ke web/blog laen kalau tak dapat bukak web rasmi. Advance cadangan pendengar ni, cuma I pon tak bley nak kata apa melaenkan satu jer.. "kena renew" kata DJ Rumput. Tapi, bab renew merenew ni kena serahkan pada dia jer la kan? I tau bercakap jer kat konti hihi  




Walaubagaimanapon, korank jangan la risau. Sebenarnya ada lagi alternatif web / blog laen untuk masuk mendengar Utara FM ni. Salah satunya dengan menggunakan web asal Utara FM www.utarafmonline.blogspot.com Tapi, web ni cuma dapat dengar jer tau. Tak bley la nak akses klik mana-mana. Nak masuk chatroll pon tak bley. Dengar jer.. 




Atas sebab itu juga, DJ siput ada membuat blog laen sebagai alternatif untuk korank mendengar dan bersembang kat chatroll. Blog http://destinasibarupelancongansabah.blogspot.com ni bukan jer dapat dengar lagu or chatting, tapi ada juga info-info terkini untuk korank tawaf ambik angin hihi.. mana la tau kan korank ada plan nak jenjalan. Bley laa buat plan ngan kengkawan or family trip cuti dalam Negeri Sabah. Secara tak langsung, ni salah satu cara untuk mempromosikan Sabah selaras dengan penubuhan Utara FM tu sendiri untuk memperkenalkan Sabah d mata dunia.. Cheewahh! Best tau jenjalan kat Sabah. Jom laa.. I pon blum abes round lagi. Palink-palink pon KK jer kekeke..




Wokey, I nak bagitau juga. Selaen blog DJ Siput tu, ada juga blog laen yang dbuat. Tapi yang ni I tak sure pla sapa yang menciptanya, mungkin DJ Kupang hihi.. Tapi, fungsinya sama juga bley dengar Utara FM sambil chatting kat chatroll. Cuma kali ni, info d dalam ni lebey kepada DJ-DJ Utara FM dan aktiviti laen. Korank bley layari http://unitkhasutarafm.blogspot.jp 






Orait, bagi korank yang sedang tawaf facebook sambil-sambil tu bley laa layan Utara FM hanya layari http://nusaradio.com/malaysia/utara-fm-sabah/ Yang ni bley dgr direct. Cuma tak dapat la nak sembang or masuk ruangan chatroll. Ok la kan? Yang penting dapat dengar hihi..




Yang terakhir sekali, caranya adalah menggunakan TUNEIN. Mudah jer, bahan-bahan yg dperlukan cuma smartphone ngan quota / wifi internet hihi.. Tapi sebelum tu, kalau korank takder aplikasi tunein ni.. korank kenala install dulu kat playstore yer..


Kalau dah install tunein kat playstore tu, korank cuba type UTARA FM. Nanti keluar pilihan lambang headphone kaler hitam macam kat bawah ni. Haa.. mudah jer kan? Apapon, I mewakili pengurusan Utara FM memohon maaf d atas kesulitan yang korank hadapi. Terutamanya yang tak tau alternatif laen untuk mendengarkan Utara FM. Inshallah, perkara ni telah d ambil maklum dan akan dsusuli dengan tindakan segera oleh pengurusan Utara FM. Walaubagaimanapon, I ada bertanya dan telah mendapatkan cara dari DJ Ah Zack dan DJ Siput untuk masukkan Ruangan Sembang/Chatroll dan link Radio Utara FM untuk masuk dalam My Blog. TQ sangat-sangat pada dua orang ni yang sudi membantu. So, korank bley juga bukak http://deejaykaty.blogspot.com wokey. Dalam My Blog ni ia lebey kepada info, aktiviti semasa I on air dan ada soalan dalam POLL. Kalau ada free tym tu bley laa jawab soalan. TQ  




Dharapkan alternatif-alternatif yang I kongsikan ni dapat membantu korank untuk mendengar dan masuk bersembang d ruangan chatroll bila-bila masa/ketika DJ sedang on air. Nak request lagu pon bley. Sekian, selamat mendengarkan Utara FM..  sium dulu muuaahh!


Wednesday, August 20, 2014

KESILAPAN ITU PERKARA BIASA


Hi guyz..


Memandangkan hari ni hari Rabu, for sure la kan masuk opis memang bz tahap dewa. Macam dah ada mood-mood keja hari ni. So, sebelum I memulakan keja, yang penting isi dulu perut. Sarapan tu penting wokey. Dah sarapan, hati pon senang hihi.. Untuk mengekalkan momentum mood ceria macam hari-hari sebelumnya, I pasang lagu dulu. Lagu mampu memberikan mood yang bagus. Juz run lagu untuk Live Auto DJ, bley dengar melalui http://www.utarafmonline.blogspot.com/ or tunein smartphone http://tunein.com/tuner/?StationId=156968 


Macam biasa la kan, setiap pagi bukak Facebook. Kalau nak tahu hal-hal semasa yang paling pemes, selain suratkhabar bukak jer Facebook. Banyak wartawan tak berbayar dalam Facebook nih yang membantu memberikan maklumat terkini. TQ pada korank yang rajin post-post tu. Sangat-sangat membantu untuk mengetahui hal-hal terkini yang sedang/telah berlaku. 

Dalam banyak-banyak isu dalam Facebook hari ni, I tertarik ngan satu post ni. I tak tau la dari mana sumber ni, I nampak kawan share gambar ni kat Facebook dia hihi.. Bukan sebab berita gajah tu. Tapi I tertarik nak ulas apa yang dtandakan dalam news ni. Actually, berita ni petang kelmarin I dah baca. Memang I perasan ada kesilapan pada penggunaan kata ganti nama diri untuk gajah ni. Seekor ~ Seorang. Penggunaan kata ganti diri seekor utk haiwan. Manakala, seorang pula untuk kata ganti nama manusia. Mudah jer kan? Macam belajar kat sekolah rendah pla hihi..

Tapi sebenarnya, I bukan nak ceta pasal penggunaan kata ganti nama ni. I tau korank suma bagus dalam Bahasa Melayu.  Cuma I nak ulas satu perkara jer. Dalam hidup ni, kekadang sejauhmana pon kita buat yang terbaek.. pasti ada perkara yang kita akan terlepas pandang. Macam tu jugak la ngan news ni.  Tak perlu la I sebut nama news ni, sebab I ngan media ni pon dekat dhati. Cuma, bila I baca komentar tentang kesilapan editor ni kat Facebook, I cuba fikir dari sudut positif. Ni la kelemahan manusia. Kesilapan itu perkara biasa. Kita ni terlalu memandang kesilapan orang laen sampai kekhilafan diri kita tak nampak. Entah-entah kita lagi teruk dari orang yang kita cakap tu kan? Wallahualam.. 

Apapon, dalam hidup ni apa yang kurang kita perbaiki untuk masa depan. Mana yang baek tu kita perbaiki lagi jadikan yang terbaek. Betul tak? Tu jer la.. sama-sama kita perbaiki diri dari kesilapan yang telah kita lakukan. Sium dulu muuaahh!

Tuesday, August 19, 2014

KARNIVAL MEMANCING KOLAM KISAGING (KATEGORI WANITA)

 

* Sila klik gambar untuk lebey jelas

KONSEP RUMPUN MELAYU


Berhubung dengan kenyataan beliau sebelum ini banyak mengundang kontroversi di Media Sosial, Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun tetap mempertahankan kenyataan beliau


Kota Kinabalu - Konsep kaum Malaya bukan satu konsep yang direka untuk faedah politik tetapi dicadangkan oleh ahli sejarah serta ahli antropologi selama lebih dua abad.



Menteri Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata mereka yang mengkritiknya kerana mengatakan pribumi di Sabah, termasuk Kadazan, Dusun Dan Murut, harus belajar sejarah mereka sebelum melempar kritikan kepadanya. Mereka yang salah faham dengan kenyataannya sebelum ini dianggap tidak membuat penyelidikan dan perkara ini bukan dibuat-buat dan bukan juga sebab politik. Rumpun melayu adalah satu peristiwa sejarah. Mereka yang tinggal di Kepulauan Melayu dari Semenanjung, Indonesia, Borneo sehingga Filipina. 



Menurut kajian antropologi, orang Borneo termasuk Kadazandusun, Murut, Iban, Bidayuh Dan Dayak, tergolong dalam kumpulan Malayo-Polinesia, salah satu daripada dua kumpulan famili Austronesia. Satu lagi kumpulan Formosa di Taiwan termasuk Amis, Atayal, Bunun dan Paiwan. Kumpulan Malayo-Polinesia juga termasuk orang Polinesia seperti orang Maori, Orang Asli Hawaii dan orang Samoa.



Katanya lagi, menghimpunkan pribumi Sabah di bawah kumpulan Malaya tidak menjadikan mereka orang Melayu. Rumpun dan kaum adalah dua perkara berbeza. Beliau menasihati agar banyakkan membaca untuk mendapatkan pengetahuan dan jangan mengkritik semata-mata kerana melihat ianya satu isu politik. 


Monday, August 18, 2014

"7 C" SEBAB SUAMI BENCI ISTERI



C1. CABAR 
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata "Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata... 

C2. CABUL 
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua... 

C3. CELUPAR 
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati. 

C4. COMOT 
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun. 

C5. CEMBURU 
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2... 

C6. CEREWET 
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje. 

C7. CINCAI 
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak... anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.... 

7C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu. Renungkanlah..... 

INSOMNIA - GANGGUAN TIDUR WAKTU MALAM


Hi guyz..

Tetiba jer I terbangun awal arini. Ingat dah subuh, rupanya baru jam 3 lebey. Pusing kiri pusing kanan.. tak juga nak lelap mata ni. Aduhaiii.. tolongla mata. Esok nak keja. Terfikir sejenak napa bley jadi gini.. I tido awal lepas Isya' tadi. Haa.. tu laa jadinya. Bukan sebab nescafe or wut. It's ok. Layan lagu ja la dulu http://www.utarafmonline.blogspot.com/ or tunein smartphone http://tunein.com/tuner/?StationId=156968  sambil-sambil iron baju keja.. kemas apa yang patut.. update blog. Sementara tu, I nak kongsi satu info mengenai tidur ni. Apa-apa pon, sium dulu muuaahh!


INSOMNIA

RAMAI yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.

Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur. Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.

Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti. Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.

Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu.

``Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang.

``Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor,'' kata Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali.

Menurut beliau, seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.

Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:
* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)

Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.

``Masalah kewangan atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan biasanya berdepan dengan insomnia jenis ini,'' ujarnya.

Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit.

``Sekiranya insomnia tersebut menyebabkan fungsi harian individu terbabit terganggu sehingga dia tidak boleh bekerja, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya

``Rata-rata, mereka hanya datang berjumpa doktor setelah sebulan berdepan dengan masalah ini atau insomnia yang dihidapi telah serius,'' kata beliau.

Tidur, sebetulnya merupakan satu proses yang kompleks. Mengikut kajian sains, banyak bahagian otak yang mengawal dan mempengaruhi tidur pada tahap yang berbeza-beza.
Tidur yang normal akan melalui beberapa fasa. Fasa ini terbahagi kepada:

* Tidur yang membabitkan pergerakan mata tidak laju (Non Rapid Eye Movement - NREM Sleep)
Fasa ini akan berlaku dalam tempoh satu jam pertama tidur. Ia membabitkan:
a. Tahap I - Rasa mengantuk
b. Tahap II - Tidur-tidur ayam
c. Tahap III dan IV - Tidur mati.

Seperti gear kereta, tahap ini boleh berubah-ubah dengan bermula dari tahap I ke tahap II atau sebaliknya mengikut urutan.

* Tidur yang membabitkan pergerakan mata laju (Rapid Eye Movement - REM)
Fasa ini berlaku dalam tempoh dua jam pertama selepas tidur. Pada fasa ini individu terbabit akan bermimpi, pergerakan mata menjadi laju, berdengkur lebih kuat dan otot-otot kerongkong menjadi kendur.

Peringkat tidur ini dibahagikan kepada beberapa tahap melalui rakaman gelombang otak (EEG) dengan persetujuan antarabangsa. Rakaman ini bagaimanapun, memerlukan jangka masa yang panjang. Menurut Prof. Raymond, setiap individu mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza. Justeru, sebetulnya, tiada satu tempoh piawaian berapa lama seseorang perlu tidur.

``Secara puratanya, sebahagian besar individu memerlukan antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti sehari.

``Ada sesetengah yang lain masih dapat `berfungsi' dengan baik keesokan harinya sekalipun hanya tidur antara empat hingga lima jam saja,'' jelasnya.

Apa yang penting, kunci tidur yang sihat bukan bergantung kepada tempoh masanya, tetapi pola tidur yang tetap. Beliau menegaskan, penggunaan pil tidur seharusnya dielakkan kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga menyukarkan proses mencari punca seseorang sukar tidur.

Selain itu, penggunaan jangka masa panjang atau dos yang berlebihan selama sebulan boleh mengakibatkan kematian. Malah, ada yang menyalahgunakan pil tidur untuk membunuh diri. Bagaimanapun, pil tidur hanya akan diberikan dalam jangka masa yang singkat dan mereka yang benar-benar memerlukan.

``Sebagai contoh, kemungkinan individu terbabit perlu menghadiri sesi ditemu ramah keesokan harinya yang memerlukan dia tidur secukupnya,'' ujarnya.

Apa itu insomnia?
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia
* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Jenis insomnia
* Insomnia primer
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.

A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia

B. Bukan psikiatri
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
* Epilepsi
* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
* Penyakit Parkinson
* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu
sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku
* Rest leg syndrome
* Pedih hulu hati
* High altitude insomnia
* Angin ahmar
* Penyakit Alzheimer
* Ketumbuhan otak
* Migrain

Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:
* Insomnia akut
Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:
a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah
b. Sakit yang ringan
c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,
d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.
* Insomnia kronik
Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.

TIP
* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
* Jangan merokok
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.

Saturday, August 16, 2014

MH17 : 22 OGOS DIISYTIHAR HARI BERKABUNG NEGARA





PUTRAJAYA ~ Kerajaan mengisytiharkan tarikh 22 Ogos ini sebagai Hari Berkabung Negara ekoran tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu di wilayah Donetsk, timur Ukraine.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, "sebaik sahaja tiba di KLIA, setiap jenazah yang telah dikenal pasti itu akan disambut dengan penuh penghormatan serta istiadat, dikendalikan oleh bahagian istiadat pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kompleks Bunga Raya di lapangan terbang".

"Dijadualkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah akan berangkat pada istiadat tersebut. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, menteri-menteri besar dan kehadiran waris-waris mangsa tragedi MH17 dalam majlis tersebut" 

Katanya lagi, "dijangka kesemua jenazah yang diterbangkan dengan sebuah pesawat khas itu akan tiba di KLIA kira-kira pukul 10 pagi. kerajaan telah menyusun majlis ringkas iaitu sebelum kesemua jenazah itu menuju ke destinasi masing-masing, semua tetamu termasuk mereka yang hadir pada majlis tersebut diminta bertafakur mengikut agama dan kepercayaan sendiri".

"Kerajaan turut menyediakan pesawat Charlie (C-130 Hercules) dan helikopter Nuri untuk menghantar jenazah ke negeri-negeri yang agak jauh seperti Sarawak dan beberapa destinasi di Semenanjung. semua jenazah yang beragama Islam akan dimandi, dikafan dan disolatkan di Belanda".

Dalam pada itu, beliau berkata, "pada hari tersebut turut diadakan solat jenazah ghaib di seluruh negara selain dibacakan khutbah khas solat Jumaat sempena majlis tersebut. Sementara itu, 24 jenazah warga Malaysia mangsa tragedi MH17 yang telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa di Belanda, 14 daripadanya merupakan penumpang manakala 10 lagi ialah anak kapal".

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Wilayah Donetsk, Timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai. Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu. 

Menjawab satu soalan, beliau berkata, hari berkabung itu tidak akan diisytiharkan sebagai cuti umum.

SEGMEN BACK2BACK



Hi guyz..


Hari ni hari Sabtu, hari cuti la kan? So, I ada kelapangan yang banyak untuk berkonti hihi.. I boring sebenarnya. Pada petang ni, I hiburkan korank dengan Segmen Lagu-Lagu Back2Back. Mudah jer nak faham, lagu Back2Back ni seorang penyanyi akan nyanyi dua buah lagu yang berlaenan. Haa.. gitula. Pelbagai genre lagu akan I putarkan. Kalau ada permintaan lagu, juz PM jer FB, Chatroll or Wechat k. Layan terus http://www.utarafmonline.blogspot.com/ or tunein smartphone http://tunein.com/tuner/?StationId=156968  On air jap ~3.30 petang hingga 6.00 petang~ Sium dulu muuaahh! 

Friday, August 15, 2014

TIADA CADANGAN TUTUP FACEBOOK





KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak pernah berhasrat menutup laman sosial Facebook sekalipun terdapat banyak laporan penyalahgunaannya di negara ini, kata Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata kerajaan sebelum ini hanya menyatakan kesediaan mengkaji kewajaran menutup Facebook dan kementeriannya akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.

Katanya "Saya tidak pernah berkata ingin menutup laman sosial Facebook dan kerajaan sendiri tidak pernah berhasrat sedemikian memandangkan ia agak mustahil dengan jumlah akaun pengguna Malaysia adalah 15 juta. Ramai orang sudah selesa menggunakan Facebook untuk berniaga dalam talian, berinteraksi dengan keluarga dan macam-macam lagi. Lainlah kalau kita (Malaysia) guna model seperti China yang dari awal lagi tidak membenarkan rakyatnya menggunakan Facebook".

Ahmad Shabery berkata lagi, sudah tiba masanya kerajaan memberi pendidikan penggunaan internet secara berhemah bermula di peringkat sekolah rendah bagi mengelak berlakunya penyalahgunaan internet di masa hadapan.

Sementara itu sebanyak 121 laporan polis diterima berhubung dakwaan penyalahgunaan rangkaian media sosial untuk membangkitkan provokasi berbaur antaranya perkauman, agama dan institusi raja sejak awal tahun ini.

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan bekerjasama dengan 10 agensi seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC), Jabatan Perpaduan Negara dan Jabatan Penerangan untuk menangani masalah itu.

Beliau turut berkata "Saya lihat masalah penyalahgunaan media sosial di negara semakin serius terutama dari segi keselamatan dan ketenteraman jika tidak dibendung".

Wednesday, August 13, 2014

SEGMEN SANTAI-SANTAI LAGU


Hi guyz..

Actually, I takder plan pon nak on air malam ni. Tapi memandangkan rasa kesian kat Auto DJ tu, I pon layan jer la on air hihi.. Namanya pon dah santai-santai kan? So, I run jer lagu-lagu yang menjadi peberet sekarang ni. Tak kisah la artis mana pon, janji korank nyanyi sama-sama eh.. Nak buat permintaan lagu pon bley juga tapi kalau ada dalam simpanan la yer. Kalau takder tu mohon maaf laa. Maklum jer la Xternal HD ada masalah. Ni lagu-lagu yang ada kat lappy jer huhu.. Korank dengar http://www.utarafmonline.blogspot.com/ or tunein smartphone http://tunein.com/tuner/?StationId=156968 I nak on air ni ~ 9.00 malam hingga 1o.30 malam~ Sium dulu muuaahh!

KARNIVAL MEMANCING KOLAM KISAGING KENINGAU (KATEGORI WANITA)


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

SEGMEN ROCK KAPAK



Hi guyz.. 


Rasanya dah lama tak dengar kompilasi lagu rock dulu-dulu kan? Teringat DJ Is @ DJ Gaban. Rock steady katanya hihi.. Ada orang kata rock kapak. Tak tau la napa gelaran kapak tu ada hihi.. Lagu rock kapak ni sangat evergreen. Kalau korank tak caya, cuba korank pegi pusat karaoke. Mesti ada lagu rock dulu-dulu ni. I bukan peminat tegar lagu rock kapak ni, tapi dari penilaian I sendiri orang lebey menjiwai lagu ni sebab liriknya mudah, senang untuk dinyanyikan dan menusuk kalbu makna lirik lagu tu.. cheewaahh! Jom layan terus bersama Live Auto DJ http://www.utarafmonline.blogspot.com/ or smartphone http://tunein.com/tuner/?StationId=156968 I cuma run Live Auto DJ jer, kat opis tak bley mendj hihi ~ 2.30 petang hingga 4.30 petang ~ Sium dulu muuaahh! 

Monday, August 11, 2014

WABAK EBOLA MENJADI PENYAKIT PALING BAHAYA DUNIA




MONROVIA (Liberia) /FREETOWN (Sierra Leone): SALAH satu wabak paling bahaya di dunia, Ebola, membunuh sehingga 90 peratus daripada mereka yang dijangkiti.

Ditemui hampir 40 tahun lalu jauh di dalam hutan Afrika Tengah, tanda-tanda penyakit itu termasuk pendarahan dalaman dan luaran, cirit-birit dan muntah-muntah.

Dengan penyakit ini kini berada di empat negara benua Afrika - berikutan kematian seorang warga negara Amerika Syarikat di Nigeria bulan lalu - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hari Jumaat lalu mengklasifikasikan wabak ini sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa.

WHO telah berkata bahawa wabak Ebola yang sedang merebak - dengan 1,779 kes dan 962 kematian - mungkin akan berterusan bagi bulan-bulan yang akan datang sedangkan sistem penjagaan kesihatan di rantau tersebut bergelut untuk mengatasinya.

WHO dengan segera telah membuat rayuan untuk pembiayaan dan kakitangan perubatan kecemasan.

Satu jawatankuasa etika perubatan WHO akan berbincang pada minggu depan mengenai penggunaan ubat eksperimen untuk menangani wabak itu setelah dua pekerja bantuan Amerika Syarikat menunjukkan peningkatan selepas dirawat dengan ZMapp, sejenis ubat yang direka oleh firma perubatan Mapp yang berpangkalan di California.

Semalam, Sepanyol membenarkan penggunaan ZMapp kepada paderi Sepanyol Miguel Pajares, berusia 75 tahun, seorang pesakit yang pertama dijangkiti di Eropah.

Para penduduk di Sierra Leone dan Liberia mengadakan upacara bersembahyang beramai-ramai di gereja-gereja semalam dengan harapan dilindungi daripada wabak virus Ebola tanpa menghiraukan amaran rasmi untuk mengelakkan perhimpunan awam bagi membendung wabak tersebut.

LABUAN

LABUAN

MENGENAI LABUAN

Sejarah Wilayah Persekutuan Labuan
Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)

1800
Labuan sebahagian daripada pemerintahan Brunei. Labuan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun.

1846
Labuan secara rasmi diserahkan kepada British oleh Raja Muda Hasim pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai pelabuhan bebas.

1888
Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali sebagai The Chartered Company.


1907
Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

1942
Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

1945
Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

1947
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

16 April 1984
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.


1 Oktober 1990
Labuan diisytihar sebagai Pusat kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

PENGINAPAN

PENGINAPAN

PENGINAPAN HOTEL DAN HOMESTAY DI LABUAN

Hotel

1.Hotel Grand Dorsett Labuan (087) 422 000

2.Hotel Tiara (087) 414300

3.Hotel Billion Waterfront (087) 418111

4.Hotel Palm Beach Resort & Spa (087) 418700

5.Hotel Pulau Labuan 1 (087) 416288

6.Hotel Pulau Labuan 2 (087) 422388

7.Hotel Mariner (087) 418822

8.Hotel Sara (087) 415555

9.Hotel Ambassador 1 (087) 423233

10.Hotel Ambassador 2 (087) 581242

11.Hotel Ambassador 3 (087) 414599

12.Hotel Avida (087) 416868

13.Hotel Global (087) 425180

14.Hotel Victoria (087) 412411

15.Hotel Pulau Labuan Inn (087) 416833

16.Hotel HPL Apartment (087) 583533

17.Hotel Red Tomato (087) 412963

18.Hotel Perdana (087) 420922

19.Hotel Sky Global (087) 431219

20.Hotel Melati Inn (087) 416307

21.Hotel Oriental (087) 419019

22.Beta Service Apartment (087) 453 333

23.Hotel Southern (087) 414211

24.Hotel Pantai View (087) 411339

25.Hotel 6 Inn (087) 411227

26.Hotel Expo (087) 426688

27.Hotel Aifa (087) 424888

28.Hotel One (087) 451369

29.Hotel Millenium (087) 421278

30.Hotel Fah Fah (087) 417712

31.Hotel Fratini Inn (087) 424545

32.Hotel Ocean (087) 410633

33.Hotel RK Cahaya (087)419516

34.Hotel Poh (087) 431375

35.Hotel Transit (087) 431133

36.Hotel Home Labuan (087) 425333

37.Hotel Mi Casa (087) 416323

38.Hotel H & H (087) 420200

39.Hotel Premier (087) 428948

40.Hotel Lazenda (087) 580800

41.Hotel Asia (087) 417712

42.Hotel Lai Lai (087) 443533

43.Hotel Grand Nadia (087) 442605

44.Hotel California (087) 41800

45. Hotel Lazenda Point (087) 418444



Homestay

1.Homestay Bukit Kuda 013-8511907 / 012-8289158

2.Homestay Sungai Labu 016-8041147 / 016-8430172

3.Homestay Patau-Patau 016-8363404 / 016-8424981

4.Homestay Srindung Sireh Inn 019-9366634 / 019-8820117

5.Homestay Siang Guest House 013-816 2198

6.Homestay Labuan Taman Arena 017-866 8870 / 016-839 1950

7.Homestay Papaya Beach Lodge 016-585 5801 / 019-850 1590

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

Pantai Batu Manikar - Pemandangan menarik ketika matahari terbenam. Itulah kemestian bagi pengunjung yang berkunjung ke Labuan. Anda boleh melihatnya di sepanjang Jalan Batu Manikar di mana Universiti Malaysia Sabah (UMS) terletak. Ketika langit sudah cerah (seperti kebiasaannya di Labuan), matahari terus bersinar seperti sama dengan abad-abad yang lalu. Fenomena menarik matahari terbenam akan bermula selepas pukul 6 petang.

Pantai Batu Manikar - Layang Layangan yang terkenal ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melihat matahari terbenam. Ini adalah jajaran pantai yang panjang dihiasi dengan pokok rhu dan pohon kelapa. Lorong pejalan kaki di sediakan untuk kemudahan orang ramai untuk berjalan-jalan mahupun berjoging, dengan suasana redup semulajadi oleh pokok-pokok di sekeliling. Udara segar, bayu laut dan pemandangan menarik ini tentunya merupakan bonus tambahan kepada peminat senaman di luar sana. Pantai Batu Manikar - Layangan Layang telah memenangi Anugerah Kebersihan Pantai COBSEA 2008. Anugerah berprestij ini sememangnya layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaraya dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Pantai Layang-Layangan - merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantai yang berpasir mengajak anda untuk berbaring dan berjemur di bawah sinaran matahari dengan ombak pantai memukul-mukul di kaki anda. Pantai Layang-Layangan merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantainya yang berpasir putih menggoda, menjemput anda untuk berbaring dan menikmati matahari dengan suara ombak memukul-mukul di tepi pantai. Lorong berbasikal dan meja perkelahan yang dinaungi oleh pohon rendang. Di sini juga boleh didapati banyak warung makanan dengan band-band muzik mengadakan persembahan di setiap hujung minggu. Menunggang kuda dan berbasikal adalah beberapa kegiatan rekreasi yang popular di pantai ini. Taman Keamanan juga terletak berdekatan. Manikar Beach Resort juga terletak di sekitar kawasan yang sama.

Pantai Pancur Hitam - Ini adalah salah satu pantai yang berkembang pesat di Labuan. Sebuah taman yang indah membentang terus ke pantai berpasir yang panjang. Terletak di pantai utara Labuan, Pantai Pancur Hitam adalah rumah peribadi yang terbesar dan paling mewah di Labuan ini - "Rumah Jutaan Keamanan". Jalan-jalan yang berhampiran rumah ini, Jalan Batu Manikar dan Jalan Pancur Hitam, di reka dan di hiasi dengan amat cantik. Hanya di depan rumah, deretan gerai-gerai menawarkan air kelapa segar, kepak ayam, popcorn dan masakan tempatan dan makanan ringan lain yang lazat. Di sebelah rumah tersebut, ada jalan kecil yang akan membawa anda ke Bukit Pohon Batu (Pohon Batu Hill), puncak tertinggi kedua di Labuan, di mana anda boleh menikmati laluan hutan trekking. Di puncak bukit ini, anda akan disambut dengan pemandangan pantai yang indah yang membentang di sepanjang garis pantai. Dari tempat pandang yang tinggi, anda juga boleh mempunyai pandangan mata seekor burung tentang seluruh pulau Labuan. Pada hari-hari yang terang, anda boleh melihat semua jalan ke selatan Financial Park Complex, yang terletak di tengah kota Labuan. Lebih jauh ke selatan pantai Pancur Hitam, anda akan menemui kawasan rekreasi yang dikenali sebagai "Sudut Cabaran", yang menawarkan sebuah laman yang ideal untuk pelbagai aktiviti rekreasi termasuk berkelah dan berkemah. Menjelang malam, pemandangan indah menanti anda dengan tiga puncak Bukit Batu Phin sebagai latar belakang yang dramatik. Matahari terbenam di sini bukanlah sesuatu yang patut di lepaskan begitu sahaja! Anda juga boleh melihat desa Melayu berhampiran dengan Cerobong (salah satu tempat yang terkenal di Labuan), Terowong Bersejarah Tanjung Kubong, Taman Burung Labuan dan tempat habitat semulajadi haiwan - semuanya menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik di Malaysia.

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

Pulau Daat - Pulau seluas 242,9 hektar ini adalah milik persendirian dan buat saat ini ia sedang dijual.

Pulau Daat memiliki pemandangan Laut China Selatan dan Pulau Labuan yang amat indah, serta mempunyai kawasan hutan hujan.

Oleh kerana bersifat persendirian, ia tidak terbuka untuk umum tetapi jika anda mempunyai USD 51 juta untuk di belanjakan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pulau yang menarik ini untuk diri anda sendiri.

Pulau Papan - Di sebelah Pulau Daat terdapat pulau kecil seluas 10.52 hektar yang disebut Pulau Papan. Menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong bercuti hujung minggu dan perkhemahan, pulau itu pada awalnya digunakan sebagai tapak rumah api pada tahun 1895.

Pada tahun 1902, lampu malap kemerahan telah digantikan dengan lampu "dioptrie" yang sangat terang sehingga boleh dilihat 13 kilometer jauhnya. Rumah api itu memberi petunjuk kepada kapal-kapal ke Victoria Harbour sehinggalah selepas Perang Dunia II ketika pasukan Berikat menggunakannya sebagai kem tahanan sementara tahanan-perang Jepun.

Hari ini ia berada di bawah bidang kuasa Labuan Corporation (Perbadanan Labuan). Pulau ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan, gelanggang sukan, surau, tempat BBQ, gelanggang bola tampar dan sepak takraw. Para penggemar adventur juga boleh mencuba aktiviti trekking hutan di pulau itu.

Kadar penginapan bermula daripada RM350 semalam untuk chalet 3-bilik biasa.

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

Bangkai Kapal Karam Amerika - The Wreck Amerika mempunyai sejarah yang tragis, telah karam pada masa Perang Dunia II dengan kehilangan 9 nyawa.

The Wreck Amerika telah karam akibat pelanggaran dengan periuk api yang mana telah meletupkan kapal penghapus periuk api Tentera Laut AS itu keluar daripada air dan pecah menjadi dua bahagian pada tarikh 8 Jun 1945.

Perasaan sedih masih lagi terasa apabila melihat plak yang memaparkan senarai nama-nama 9 askar yang terkorban. Plak tersebut yang direka oleh Dick dan Wayne Shafer ditempatkan pada bangkai kapal karam tersebut oleh ahli-ahli Brunei Sub Aqua Diving Club (BSADC) pada tahun 2007.

Masih kelihatan peralatan zaman dahulu seperti klip peluru, pengukur kedalaman, botol kawat dan artifak meriam yang tidak terusik di kapal karam ini.

Bangkai Kapal Karam Australia - The Wreck Australia menyediakan suasana menyelam yang sebenar, dengan kombinasi jarak penglihatan yang kurang dari 10 meter, kaya dengan tumbuhan karang, rangka bangkai kapal, pengakhiran yang tragis dan misteri.

Pada awalnya sebagai kapal kargo dan penumpang Belanda yang dibina pada tahun 1890, ia telah ditenggelamkan oleh oleh Belanda semasa Perang Dunia II untuk mencegah Jepun daripada menggunakannya. Orang Jepun bagaimanapun berjaya menyelamatkan kapal itu, menukar namanya menjadi 'Imbari Maru' dan meletakkannya untuk perkhidmatan sebagai kapal kargo.

Melarikan diri dari Borneo menuju ke Manila, kapal tersebut telah terlanggar periuk api dan karam 23km ke arah barat daya Labuan pada tahun 1944. Pada awalnya di percayai terkena serangan bom dari angkatan udara Australia, nama tersebut melekat sehingga hari ini. 339 orang kehilangan nyawa mereka, termasuk banyak tahanan perempuan (wanita penghibur) yang di bawa oleh Jepun ke perahu penyelamat.

Beberapa penyelam percaya tempat kemalangan ini dihantui oleh hantu jiwa-jiwa yang diseksa ini. Siapa tahu, penampakan seorang wanita berjubah putih melalui kapal ini mungkin saja sinar biasan batu marmar. Hanya satu cara untuk mengetahui - menyelam dan lihat sendiri!

Blue Water Wreck - Blue Water Wreck (Mabini Padre) adalah kapal pukat nelayan Filipina yang besar, yang terbakar dan tenggelam pada tahun 1981 tanpa kehilangan nyawa.

Dinamakan Blue Water Wreck kerana di kelilingi air biru yang jernih, bangkai kapal ini kelihatan seperti tidak banyak di selubungi kegelapan dasar laut.

Pada hari baik, jarak penglihatan 40 meter adalah mungkin. Bangkai kapal ini masih kelihatan utuh dengan tiang-tiang terletak pada sisinya dan lebih dikelilingi oleh kelimpahan kehidupan laut - menjamin pengalaman menarik bagi penyelam.

Cement Wreck - Daripada empat longgokan kapal karam Labuan, Wreck Semen adalah yang paling cetek dengan strukturnya naik 19 meter ke atas dan kedudukannya memudahkan penyelam untuk melewati dan bagus untuk latihan permulaan bagi penyelam kapal karam.

Menawarkan pemandangan bawah laut yang menakjubkan dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman karang dan menjadi rumah pelbagai haiwan laut berwarna-warni, Cement Wreck juga memberi peluang untuk bertembung dengan yu paus bagi penyelam yang bertuah.

Kapal ini mendapat nama pelik ini kerana tenggelam ketika mengangkut simen ke Brunei untuk pembinaan istana baru Sultan. Lebih dikenali sebagai kapal karam yang amat sempurna dengan kedudukannya yang tegak di dasar laut, bangkai kapal itu sangat indah dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman batu karang yang lembut dan keras, spons karang dan pakis, dan kawanan barakuda kecil dan ikan batfish bermain-main di tiang kapal.

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

Bagaimana perasaan anda jika tinggal di rumah kayu tradisional yang dikelilingi oleh air? Rumah-rumah kayu berwarna-warni kelihatan seperti tempat tinggal terapung dan dihubungkan satu sama lain dan ke jalan-jalan utama melalui laluan pejalan kaki yang bersimpang-siur dan tidak tersusun.

Ini adalah Kampung Air Patau Patau 2, yang ditubuhkan pada tahun 1930-an, seluruh desa dimusnahkan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Penduduk desa membina semula kampung dari awal selepas perang berakhir. Arkitektur dan konsep desa air adalah berkait kembali dengan nenek moyang mereka di Brunei. Sampai hari ini, warga desa air menggabungkan budaya Kedayan Brunei mereka dalam kehidupan sehari-hari.

Agar anda berfikir bahawa rumah ini bukanlah untuk orang mabuk laut, anda boleh yakini bahawa rumah-rumah ini sangat stabil - bahkan ada yang dibina lebih dari 60 tahun yang lalu. Rahsianya ialah kayu belian yang digunakan sebagai asas rumah itu yang dapat berdiri kuat selama berabad-abad yang akan datang.

Keluarga tuan rumah yang ramah akan senang hati untuk melayani anda dengan beberapa makanan lazat tradisional mereka termasuk ambuyat, hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering.

Pada petang hari, anda boleh memerhati anak-anak desa bermain layang-layang atau jika anda ingin lebih keseronokan, menangkap ikan di halaman belakang rumah anda – dengan kos yang nominal. Bayangkan anda bersantai di bangku kayu, secangkir kopi di satu tangan dan pancing di tangan yang lain. Seringkali tali pancing anda akan tegang dan berat. Apabila anda begitu teruja menarik pancing anda, boleh di katakan 9 daripada 10 kali tarikan, pancingan anda akan mendapat ikan keli, bukan tersangkut pakaian lama yang dibuang. Persembahan tarian tradisional juga boleh diatur berdasarkan permintaan dan anda pasti dapat menyertai dalam beberapa permainan desa yang menghiburkan.

Kampung Air Patau Patau 2 dilengkapi dengan saluran air dan elektrik, telefon dan sistem sisa, lampu jalan, dermaga teksi air, kedai runcit, kedai kraftangan, klinik, sekolah dan surau (tempat ibadah bagi muslimin yang lebih kecil dari masjid). Di kelilingi oleh air, kaedah pengangkutan utama adalah perahu dan sebahagian besar rumah mempunyai perahu sendiri. Rumah-rumah ini boleh di katakan agak luas dan dihiasi dengan barang-barang antik yang berat, membayangkan kehidupan yang selesa di dalamnya.

Menginap di desa air tradisional yang indah dan menawan ini tentunya pengalaman yang tiada tandingannya.

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

Taman Damai ini dibina sebagai taman peringatan dan penolakan terhadap kengerian perang. Ia terdiri daripada tugu peringatan yang dikelilingi oleh taman-taman yang indah dan tiang-tiang.

Pada 9 September 1945, Jepun secara rasmi menyerah Labuan kepada Australia. Komander Angkatan Darat ke-37 Jepun, Leftenan Jeneral Masao Baba diterbangkan ke tepi pantai Layang-Layangan di K154C Tachikawa (Hickory). Dan dalam sebuah pondok kayu kecil di bawah naungan pohon kelapa kira-kira 50 meter di Selatan-barat Pusat Penyerahan, upacara menandatangani serah terima ini di langsungkan.

Dia menyerahkan pedangnya secara rasmi kepada Mejar Jeneral George Wootten, pegawai pemerintah Division ke-9 Australia, di saksikan oleh Kapten Kumpulan C.W Pearce dan Ketua Skuadron J.S St Heap daripada Royal Australian Air Force (RAAF) di Sydney, Australia.

Berdekatan dengannya, terdapat kem-kem yang ditubuhkan untuk perbicaraan para pegawai dan askar Jepun terhadap kekejaman tahanan perang di kem-kem POW di Sabah dan Sarawak. Perbicaraan Perang di Layang-Layangan adalah yang pertama di Asia Tenggara, yang dipimpin oleh Leftenan L.J Morshead daripada Komander Kor Pertama Australia. Seterusnya, Labuan menukar nama awalnya daripada nama Pulau Maida, dan ditempatkan di bawah Pentadbiran Tentera Inggeris.

Bagi menunjukkan bahawa mereka benar-benar meminta maaf daripada kesusahan yang di sebabkan oleh nenek moyang mereka, Jepun memutuskan untuk membina Taman Keamanan di sebelah Pusat Penyerahan. Taman Damai ini juga sebagai peringatan kepada orang-orang yang telah mengorbankan nyawa mereka di Borneo semasa Perang Dunia II. Ini juga merupakan kenang-kenangan daripada persahabatan antara Malaysia dan Jepun, dan janji keamanan dan keharmonian untuk semua umat manusia yang kekejaman perang seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa depan.

Taman Damai ini dibiayai Japan Shipbuilding Industry Foundation, yang diketuai oleh Ryoishi Sasagawa, dan juga oleh keluarga mangsa dan kawan-kawan mereka daripada beberapa syarikat industri. Pada 14 April 1984, Mitsunori Ueki daripada South Pasifik Memorial Association Incorporation di Jepun menyerahkan Taman Damai secara istiadat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh. Hingga ke hari ini, pembiayaan masih datang dari Jepun untuk menjaga TamanDamai ini dalam keadaan baik.

Dengan perairan yang tenang di bawah jambatan melengkung dan sekitar gazebo yang teduh, berdirinya tugu dengan dua dinding melengkung yang menjadi pusat perhatian di Taman Damai ini. Di pintu masuk taman ini didirikan kepingan batu, dan di atasnya diukir dengan jelas untuk ingatan sampai ke akhir zaman - "Damai adalah yang terbaik".

Ya, damai akhirnya di Pulau Labuan.

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

Dahulunya Rumah Kerajaan - Terletak di belakang lapangan terbang lama ialah Taman Botanikal yang dahulunya adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12'. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Kini, hanya tangki air simpanannya kekal, bersama dengan sebuah kubur anjing kesayangan yang bernama ‘Jim'.

Taman Botanikal adalah satu taman rekreasi dengan pokok tua dan pelandskapan indah. Ia juga mempunyai cerita-cerita yang mempesonakan!

Cerita-Cerita Rumah Kerajaan - Ia dipercayai bahawa Hugh Low, Setiausaha Penjajah untuk bertahun-tahun dan terlepas perhatian untuk menjadi Gabenor, melakukan kebanyakan kerja awal di Taman tersebut. Pokok-pokok tua kebanyakannya ditanam olehnya. Rumah tersebut punah semasa peperangan.

Dua taman kubur dijumpai di tanah Rumah Kerajaan dan adalah dipercayai bahawa ia merupakan kubur yang tertua di pulau tersebut. Salah satu daripadanya mempunyai kubur bertarikh 1847. Kubur-kubur ini dipindah dari Ramsay Point di pesisir pantai, di mana di mana air pasang mengakibatkan hakisan kubur tentera laut lama. Salah satu daripada dua kubur yang dipindahkan merupakan kubur Komander James A. Gordon dari HMS Wolf. Beliau hadir semasa penyerahan Labuan ke tangan British pada 24 Disember 1846 dan membantu pembinaan tanah. Seperti ramai pada masa itu, beliau jatuh sakit dan berkubur pada umur awal 28 tahun atas kapalnya yang telah dilabuhkan diluar pesisiran.

Kubur lain itu adalah kepunyaan Sarjan Adam C Sutherland bagi Marin Di Raja, yang telah terkubur dalam satu pergaduhan dengan lanun Balanin pada bulan Mei bagi tahun yang sama.

Terdapat satu lagi kubur menarik terletak pada sebuah permatang di hadapan Rumah Kerajaan dan ia adalah kepunyaan seekor anjing foxhound dinamakan Jim, dan merupakan peliharaan M.S MacArthur, Residen pertama pentadbiran Straits Settlement yang beroperasi daripada 1906 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Tarikh yang terpahat pada kubur Jim adalah 20 Jun 1908.

Kehidupan di tanah tersebut seperti membawa banyak peristiwa. Pada suatu petang, apabila Leftenan-Gabenor Komander A.S. Hamilton pulang ke rumah, beliau terhidu bau kebakaran datang dari arah rumahnya. Beliau mempercepatkan langkah apabilah memikirkan rumahnya terbakar. Sesampainya beliau ke rumahnya, beliau berhadapan dengan sebaris orang Dayak yang sedang mengasapkan kepala di atas tripod dihadapan laman Rumah Kerajaan! Mereka mungkin merupakan kepala-kepala orang Murut yang dirampas oleh pihak polis Dayak sebagai balasan kepada orang Murut yang telah membunuh empat daripada orang mereka. Orang-orang Dayak di laman tersebut sangat tidak berpuas hati apabila kepala-kepala itu seterusnya dirampas. Mereka dibenarkan mengambil semula kepala-kepala tersebut dengan syarat mengasapnya di tempat lain!

Terdapat juga cerita bahawa hantu seorang wanita merupakan residen tanah tersebut – kemungkinan wanita tersebut ialah isteri Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Kelibat wanita tersebut tidak pernah kelihatan lagi.

Penggeledahan kubur oleh pemburu-pemburu kepala yang mencari satu sumber yang mudah merupakan satu masalah besar bagi peneroka-peneroka awal di Labuan. Hugh Low sebenarnya menggali lima belas kubur pada malam isterinya terkubur. Beliau mengebumikannya sendiri dalam salah satu kubur tersebut dan mengisi kubur-kubur lain dengan harapan menangkis peluang untuk penggeledahan kubur. Ramai juga yang rancang untuk dikebumikan di laut agar menghalang kejadian ini terjadi.

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney di Tanjung Kubong. Ia mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar dikelilingi pelandskapan yang indah. Taman ini merupakan rumah bagi kebanyakan spesies burung-burung Borneo yang ditemui oleh pemerhati burung. Terdapat perancangan bagi mengumpul sebahagian daripada 580 spesies burung yang didapati di habitat-habitat Borneo yang pelbagai, daripada bakau di sepanjang pantai ke hutan dalam gunung-ganang.

Pemerhatian burung boleh dilakukan tanpa sebarang peralatan kecuali buku nota, untuk menukilkan pemerhatian anda, dan binokular di taman ini. Bantuan bagi mengenal pasti burung-burung boleh didapati dari pihak pengurusan taman.

Yuran Kemasukan:
Dewasa - RM 3
Kanak-kanak (dibawah umur 6 tahun) - Free
Pelajar/Warga Emas - RM 2
Pelancong - RM 5

**Nota : Taman Burung Labuan dibuka setiap hari KECUALI pada hari Jumaat

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN

Pusat sukan air bertaraf dunia ini terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun. Ia berdekatan dengan pusat bandar Labuan. Kompleks ini merangkumi kawasan 5.91 ekar tanah. Ia merupakan projek dibawah Pelan Malaysia Ketujuh dan dibina pada kos keseluruhan RM 25 juta.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini adalah sebahagian daripada projek mencantikkan pantai Labuan. Objektifnya ialah untuk membina sebuah pusat sukan air bertaraf dunia dan untuk membangunkan tempat-tempat menarik lain sejajar dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Labuan sebuah destinasi pulau utama.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dibuka kepada umum pada Jun 2001 apabila ia menjadi hos kepada Labuan Sea Challenge tahunan.

Infrustruktur dan fasiliti yang diberi oleh kompleks ini adalah dijangka untuk menaikkan tarikan Labuan kepada para pelancong dan pelabur. Kemudahan-kemudahan moden akan membolehkan pulau ini untuk menjadi hos kepada acara dan kejohanan sukan laut antarabangsa.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan direka dengan tiga struktur ketara yang merupakan sebahagian daripada plaza pemandangan utama. Setiap bangunan mempunyai aktiviti khas dalamnya. Setiap menara adalah bahagian penting kompleks sukan air yang moden dan besar. Senibina memberi kenyataan dramatic mengenai alam sekitar, tradisi, dan kefungsian moden. Pusat utama sukan air, blok pentadbiran, muzium biologi marina, kedai cenderahati dan kedai-kedai makan berada di dalam kompleks ini.

Pusat Sukan Air - Pusat ini adalah untuk aktiviti sukan air utama dan tempat bagi karnival. Terdapat satu kawasan simpanan bot yang luas dan terus menghadap pantai. Fasiliti-fasiliti lain termasuk ruang menukar pakaian, tempat rehat dan tempat persediaan umum. Ia diguna sebagai satu kawasan pameran tetap untuk segala jenis aktiviti-aktiviti sukan laut. Ia menghubungkan kepada tempat-tempat berjalan di pantai.

Muzium Biologi Marina - Muzium Biologi Marina terletak bersama dengan blok Pentadbiran di bangunan berasingan. Ia berbentuk separa bulatan berdepanan dengan laut dengan sebuah galeri terbuka. Sebahagian besar bagi ruang binaan adalah digunakan oleh Muzium Maritime. Ruang rehat adalah bagi penggunaan pentadbiran seperti bilik mesyuarat dan ruang-ruang pejabat untuk badan sukan. Manakala di tingkat podium mengandungi bilik berehat VIP yang selesa dan ruang selasar berlebihan untuk muzium.

Plaza Utama - Plaza Utama berbentuk bulatan. Ia dilengkapi dengan struktur yang dapat menahan daripada setiap keadaan cuaca yang buruk. Ia digunakan sebagai pusat bagi melancarkan dan menonton berbagai jenis acara sukan laut.

Pusat Kraftangan dan Kedai-Kedai Makan - Pusat kraftangan dan kedai-kedai makan terletak dibahagian barat kompleks. Terdapat pelbagai kedai-kedai rangkaian popular dan kedai makan kecil-kecilan yang menjual makanan tempatan. Tambahan pula, kedai-kedai cenderahati dan kraftangan menjadikan kawasan ini sarat dengan aktiviti-aktiviti. Ia tempat popular bagi pelancong-pelancong melawat.

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

Muzium Marina Labuan diadakan untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut.

Apabila melangkah masuk ke muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang tidak dapat ditatapi di tempat lain.

Muzium ini dibina dengan konsep kapal bersama dua tingkat pameran. Ia menerima pelawat melalui sebuah jambatan logam. Akuarium-akuariam ungu biru jelas memperlihatkan kepelbagaian jenis kehidupan marina seperti jerung, ‘rays', ‘butterfly fish', ‘angel fish', ‘damsels', ‘wrasses', belut ‘moray', ikan-ikan beracun, udang dan udang kara.

Pelawat akan juga mendapat pengalaman luar biasa untuk menyentuh dan merasa pameran yang diletak di air cetak seperti tapak sulaiman, gamat dan ketam.

Pameran di tingkat dua termasuk habitat terumbu karang, habitat jerung dan ‘rays', reptilia lautan, ikan-ikan komersial, mamalia lautan, ‘marlins', aktiviti-aktiviti memancing dan menyelam, oceanografi, biologi marina, ‘molluscs' dan ‘crustacean'.

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

Dikenali dahulunya sebagai Bandar Victoria, kini Labuan adalah satu pusat perniagaan yang membangun dengan dengan pejabat-pejabat moden dan kompleks membeli-belah.

Dataran Labuan - Dataran Labuan terletak di pusat bandar Labuan. Tumpuan utamanya adalah satu pentas luarnya yang merupakan tempat popular bagi sesetengah acara-acara dan persembahan utama pulau tersebut. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia lain berkibar dalam satu barisan di atas pentas ini. Pada penghujung dataran adalah padang bola sepak bandar. Di penghujung lain adalah sebuah replika ‘Chimney', mercu tanda yang paling terkenal Labuan. Ia cantik dilandskap dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun.

Pusat Bandar Labuan - Pusat bandar adalah kawasan bagi pejalan kaki untuk bersantai. Kerusi-kerusi besi tempaan dan hiasan-hiasan lampu, bersama dengan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan memberi pemandangan yang sangat indah. Terdapat banyak tempat-tempat makan yang khusus dalam masakan Melayu, Cina dan India, serta rangkaian kedai-kedai makanan popular.

Kawasan-kawasan pantai sentiasa penuh dengan kesesakan dan kesibukan. Terdapat kawasan pendaratan, serta Kastam dan jabatan Imigresen. Perdagangan tukar barang adalah dijalankan dalam kawasan ini dan mi kaca adalah barangan popular untuk ditukar bersama peniaga-peniaga Filipino.

Jalan besar utama di pusat bandar Labuan adalah Jalan Merdeka. Pada hujung timur jalan raya ini ialah Sheraton Hotel, Hotel Waterfront Financial dan Financial Park Complex.

Latar langit Labuan dikongsi bersama Masjid Jamek An'nur, satu masjid Islam yang sangat besar dengan rekaan bentuk futuristik dengan dua minarets yang mencapai langit.

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

Muzium Labuan ialah muzium ketiga yang didirikan oleh Jabatan Muzium dan Zaman Kuno di Wilayah Persekutuan Labuan. Ia dibuka pada Oktober 2004.

Bangunan muzium adalah seni bina dua tingkat dalam rekaan penjajahan sebelum perang. Tingkat bawahnya adalah didedikasikan untuk pameran bersejarah merangkumi era pra-sejarah Labuan, kesultanan Brunei, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua, Kemerdekaan, perisytiharan Labuan sebagai satu wilayah persekutuan sehingga penubuhan Perbadanan Labuan. Manakala pameran tingkat atasnya mempamerkan pulau sosiobudaya dan evolusi ekonominya bagi enam kaum utama yakni Melayu Brunei Darussalam, Kedayan, Cina, Kadazandusun, India dan Sikh.

Muzium ini dipersembahkan dengan baik dengan panel grafik, kios maklumat, pengesan-pengesan, bunyi dan cahaya bergerak, dan sistem-sistem paparan lain. Barang-barang pameran itu termasuk alatan muzik, barangan kewangan, senjata api, aksesori perkahwinan, kostum-kostum dan artifak dikutip dari sebelum era pra-sejarah, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua dan zaman kemerdekaan.

Muzium Labuan terletak sesuai di tengah-tengah bandar Labuan. Ia merupakan lawatan yang harus dilakukan bagi sesiapa yang berharap untuk mengambil satu lawatan ringkas pulau yang kaya dengan sejarah dan budaya.

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

Terletak di Pusat Bandar Labuan, kedai bebas cukai menjadikan pengalaman membeli belah anda amat mudah. Menawarkan pelbagai produk bebas cukai yang menarik, seperti coklat import, mutiara, tekstil, minuman keras, dll.

Selain daripada makanan tempatan di pasar minggu Labuan, ada juga pasar tani Labuan untuk di kunjungi. Anda akan berjalan di bawah khemah biru yang bersambung-sambung. Dengan serta merta, anda akan terhidu bau ikan masin yang berlonggok-longgok dan juga makanan kering lain yang dibungkus dalam pek kedap udara yang di susun rapi.

Berbanding dengan pasar minggu yang riuh rendah, pasar tani lebih tenang dan senyap. Di bawah kipas siling, petani dan isteri-isteri mereka menjadi ramah setiap kali pelanggan datang ke gerai-gerai mereka untuk memilih sayuran segar dan buah-buahan, sebelum kembali berehat apabila pelanggan bergerak ke gerai sebelah yang menjual barang yang sama , yang diatur dalam susunan yang sama seperti gerai di sebelahnya. (Ya, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa pasar tersebut tidak akan kehabisan barang apa yang ingin anda beli!)

Di sini anda dapat mencari barang yang sukar di dapati seperti batang /kepingan sambal yang tulen, dibuat di Labuan dan ada juga yang dihantar dari Sabah. Ia dibuat dalam cara yang paling organik; tanpa pengawet atau penambah rasa - hanya daripada hasil penghancuran apabila ditumbuk menggunakan penumbuk sambal. Salah satu cara untuk membezakan antara sambal yang anda beli di supermarket, adalah anda masih boleh melihat mata udang kering di batang dan kepingan.

Anda juga boleh mencari banyak plat sagu, bahan utama untuk makanan Ambuyat Brunei-Melayu – ia dijual di sini, serta bebola ragi, besar dan kecil, untuk di buat tapai.

Pasar tani Labuan di buka setiap hari Sabtu dan Ahad di Jalan OKK Awang Besar dengan berbagai macam produk pertanian, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, rempah-rempah segar, ikan, udang kering, makanan laut kering, dan banyak lagi.

Di hujung sekali, terletak agak menyerong dari pasar tani adalah bazaar hujung minggu Labuan. Agak kecil, bazaar ini menjual segala yang anda perlukan untuk mendapatkan cenderahati dan hadiah untuk teman-teman dan keluarga anda. Daripada T-shirt corak peta Labuan, ukulele mainan murah, alas kaki yang tahan lama , hiasan dekoratif buatan tempatan ... bazaar memiliki semuanya.

Jika anda tidak berminat dengan cenderahati ini, singgahlah juga di bazaar ini, kerana beberapa kedai ada menjual aksesori mutiara yang akan menjadikan saat lawatan anda di sana begitu bernilai.

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

Pemandangan matahari terbenam. Itu adalah satu perkara yang pengunjung tidak akan gagal untuk memberitahu anda tentang Labuan.

Jajaran pantai sepanjang 9km dari Pantai Batu Manikar ke Pantai Sg. Miri telah memenangi Anugerah Pantai Bersih dari United Nation Environment Program di Pattaya, Thailand melalui 2nd COBSEA Marine Litter Workshop and Clean Up Campaign 2008. Anugerah berprestij ini memang layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaran dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Dari Pantai Batu Manikar, singgahlah di Pantai Batu Pohon di mana ada warung kayu untuk nelayan menjual makanan laut segar setelah mereka mendarat. Berhampiran dengannya adalah taman berpasir yang penuh dengan rintangan buatan manusia, iaitu Sudut Cabaran (Challenge Corner) sesuai untuk aktiviti kem bina semangat. Terdapat juga warung makan untuk para pemerhati matahari terbenam untuk menghilangkan haus dan lapar.

Kemudiannya ialah Pantai Pancur Hitam yang begitu cantik. Terdapat banyak pokok rhu yang tumbuh dalam baris yang teratur, memberikan teduhan dan ruangan privasi kepada pasangan pengunjung yang sedang menikmati matahari terbenam bersama sambil bersandar di kereta mereka. Seterusnya, anda akan melewati Homestay Kampung Sungai Labu yang nyaman dan mempunyai pemandangan indah pantai.

Destinasi menarik terakhir ialah Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) sebelum anda membuat perjalanan kembali ke Jalan Batu Manikar. Pada saat itu sinar matahari paling berseri-seri memandikan cahaya mereka ke dinding putih universiti kepada cahaya keemasan yang hangat.

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Australia mendarat di pulau Labuan dan teluk Brunei. Objektifnya adalah untuk mengusir pihak Jepun dari kawasan tersebut, mendirikan sebuah pangkalan tentera laut maju dan menjaminkan sumber minyak dan getah. Dengan serangan yang dikendalikan dengan baik, bilangan pihak Australian melebihi pihak Jepun dan dalam masa seminggu, semua rintangan tempatan utama telah disingkirkan

Pada 10 September 1945, Labuan, Borneo, Leftenan Jeneral Masao Baba, Komander Askar Jepun 7 dan Komander Tertinggi Kuasa-kuasa Jepun di Borneo, tiba di Labuan bagi menyerahkan kuasa-kuasa dibawah perintahnya kepada Mejar Jeneral Wootten. Majlis penyerahan rasmi diadakan di tempat ini pada tengahari 10 September 1945 dan dihadiri oleh kumpulan Kapten C.W. Pearce dan ketua Skuadron J.S. St. Heaps dari Sydney bagi pihak R.A.A.F.

Pesawat Jepun, Tachikawa K154C (HICKORY) yang membawa Leftenan Jeneral Masao Baba ke Labuan untuk majlis penyerahan rasmi dipamerkan di Muzium RAAF, Australia.

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney' – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney' dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney' dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney' masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney'. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney' telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

Tempat yang sering dikunjungi di Labuan ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial yang dilandskap dengan indah ini adalah tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan.

Pada Februari 1945, pihak Jepun yang telah menangkap kawasan pihak Bersekutu di kawasan Sandakan, mula memaksa banduan-banduan untuk berkawad ke Ranau – ia kemudiannya dikenali sebagai ‘Kawad Kematian Ranau' (Ranau Death March). Beratus-ratus banduan kehilangan nyawa semasa berkawad dan mereka yang tertinggal serta kem tawanan perang Sandakan telah dikebumikan di Kubur Perang Labuan.

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Bersekutu mendarat di Brown Beach, Tanjung Purun bagi memulakan pembebasan Borneo daripada pihak Jepun. Sebelum ini, bandar Labuan telah dibom teruk unntuk menghalau pihak musuh. Kebanyakan daripada bangunan-bangunan di situ termusnah. Pergaduhan juga berlangsung di sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘the pocket'.

Jenazah askar-askar Bersekutu dikumpul dari seluruh Borden untuk dikebumikan di taman peringatan. Berbaris penanda putih menandakan kubur-kubur tersebut. Pelawat-pelawat dapat merujuk kepada panel-panel pada barisan di mana nama askar yang dikebumikan disini akan tertera. Berbagai-bagai mesej diukir pada penanda kubur askar-askar dengan sebilangannya tertera ‘dikenal oleh Tuhan'.

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua kerap dikunjungi oleh veteran-veteran perang, khususnya dari Australia yang telah meletak Labuan sebagai destinasi penting dalam perjalanan mereka. Pada setiap Ahad pertama pada bulan November setiap tahun, satu perkhidmatan bagi menandakan Hari Peringatan diadakan di sini dan dihadiri oleh orang tempatan dan pelawat-pelawat asing. World War Memories telah dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Halaman rumput adalah disimpan dengan cantik supaya pelawat-pelawat dapat menghargai keamanan dan ketenangan bagi tempat mereka mencari pemahaman mengenai perang, kematian dan kehilangan.