CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 31, 2014

HARGA PETROL BARU 2015


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

SIPUT NAIK KE DARAT SECARA TIBA-TIBA


Beribu-ribu siput sungai naik ke darat dan memanjat pokok, Kejadian unik ini berlaku di Kota Marudu. Menurut adat dan kepercayaan dahulu, ianya memberi kita suatu petunjuk dan keupayaan binatang untuk meramalkan bahaya yang akan datang seperti perubahan cuaca yang buruk seperti tsunami. 

Selain itu, siput yang membanjiri pantai secara tiba-tiba dikatakan berlaku di Kuala Penyu tersebar dengan meluas di media sosial dan menyebabkan panik dalam kalangan orang ramai.

Apa yang diharapkan orang ramai tidak panik dengan fenomena ini dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku, lebih-lebih lagi Ribut Tropika Jangmi dijangka sampai ke Pantai Timur Sabah hari ini dengan angin sehingga 60kmj dan membawa ombak setinggi 4.5 meter di Sandakan, Kudat, Pantai Barat dan Pedalaman. 

Orang ramai dinasihatkan berjaga-jaga sepanjang masa. Bagi mereka yang tinggal di kawasan sering banjir agar bersedia dengan bekalan makanan yang cukup, menyimpan dokumen penting ditempat yang selamat dan serta memastikan bateri yang cukup untuk alat komunikasi. 

PERTANDINGAN MEMANCING KOLAM REKREASI SARIKAN NABAWAN

Salam muhibah dan salam persahabatan.

Jadual game di Kolam Rekreasi Sarikan Nabawan bagi fasa suku pertama 2015 (Januari-April 2015) adalah seperti berikut:

Bulan Januari : 31.01.2014 (Sabtu)
Bulan Februari :19.02.2015 (Khamis) - Cuti Umum Tahun Baru Cina.

KK CITY FUN RIDE KOTA KINABALU

KK City Fun Ride ditangguhkan ke 04 Januari 2015. Ini disebabkan cuaca buruk dan dikhuatiri keadaan jalan raya tidak selamat untuk berbasikal.

Acara ini akan dilancarkan di Lintasan Deasoka bermula sekitar jam 8.00 pagi dan telah menerima 350 orang peserta yang berdaftar. Setiap peserta akan diberikan tiket cabutan bertuah. Hadiah bernilai RM 10,000.00 menanti termasuk jam dan aksesori. Jumpa disana!

Tuesday, December 30, 2014

PESAWAT AIR ASIA ZEST TERBABAS DI FILIPINA


FILIPINA : Pesawat Airbus A320 Z2272 milik AirAsia Zest dilaporkan terbabas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo, Filipina petang tadi.

Pesawat yang membawa 153 penumpang dan enam anak kapal yang berlepas daripada Lapangan Antarabangsa Manila pada jam 4.58 petang itu terbabas ketika mendarat dalam cuaca buruk yang melanda pulau peranginan berkenaan. 

Tiada kecederaan dilaporkan. Pesawat berkenaan terbabas dan melekat di permukaan berumput dekat hujung landasan. 

RIBUT TROPIKA JANGMI





SERPIHAN PESAWAT AIR ASIA QZ8501 DAN SEBAHAGIAN JASAD TELAH DITEMUI





PANGKALAN BUN: Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia dikerah untuk memindahkan jasad penumpang pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia yang dikesan jatuh di Selat Karimata.

Beberapa jenazah dilaporkan ditemui di lokasi sekitar 190 kilometer arah barat daya Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Anggota penyelamat ketika ini mula memindahkan jasad yang ditemui untuk dibawa ke Pangkalan Bun yang dijadikan pusat operasi sementara.

Kapal Perang KRi Bung Tomo sudah berada di lokasi untuk mengambil mayat yang ditemui serta serpihan yang sebelum ini dikesan di lokasi berdekatan.

Jarat mayat yang terapung berada di sekitar 10 kilometer dari KRI Bung Tomo ketika ini.

Badan SAR Nasional Indonesia (BASARNAS) menetapkan Pangkalan Bun, Kota Waringin, Kalimantan Tengah sebagai pusat pengumpulan serpihan pesawat dan jasad mangsa AirAsia Indonesia QZ8501 dengan Surabaya sebagai pusat identifikasi mangsa.

Perkara ini dinyatakan Laksamana FHB Soelistyo di Ibu Pejabat BASARNAS, Jl Angkasa, Jakarta.

"Lokasi Pangkalan Bun dekat dengan lokasi penemuan serpihan pesawat," katanya.

Monday, December 29, 2014

KONSERT AMBANG TAHUN BAHARU DIBATALKAN

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu memaklumkan bahawa Konsert Sambutan Tahun Baharu 2015 yang dijadualkan pada 31 Disember ini di Lintasan Deasoka, di sini, dibatalkan.

Turut dibatalkan adalah gerai bagi karnival bazar, namun beberapa acara lain masih diteruskan di Lintasan Deasoka iaitu ‘KK City Healthy Fun Ride’ pada 30 Disember 2014, jam 2 hingga 5 petang dan Majlis Pelancaran ‘My Buskers Corner’ pada 31 Disember 2014 bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Dalam pada itu, pameran anti dadah, pemeriksaan kesihatan percuma, pameran Sudut ‘Waste to Wealth’ dan kaunter perkhidmatan tempat letak kereta juga dibuka kepada orang ramai pada 31 Disember dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Pameran ‘Buskers’ akan berlangsung pada 31 Disember dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Manakala, aktiviti ‘booth’ promosi dan ‘Funland’ dan ‘6D Cinema’ akan diadakan pada 30 dan 31 Disember.

Pengguna jalan raya juga dimaklumkan bahawa Jalan Bandaran dan Jalan Perpustakaan akan ditutup secara sementara pada jam 1.30 tengah hari hingga 5 petang pada 30 Disember semasa acara ‘KK City Healthy Fun Ride’ dan pada jam 7 pagi hingga 12.30 tengah hari semasa Majlis Pelancaran ‘My Buskers Corner’ pada 31 Disember.

ANAK TERTINGGAL DALAM KERETA, IBU ENGGAN PECAHKAN CERMIN

KOTA KINABALU : Ibu kepada seorang anak yang terkunci dalam kereta, enggan memecahkan cermin keretanya sehingga diberikan RM200.

Menurut saksi, wanita terbabit meninggalkan anaknya yang dipercayai berusia 7 atau 8 tahun di dalam kereta sementara dia dan anak perempuannya yang berusia 5 tahun pergi ke sebuah restoran berhampiran di Bandaran Berjaya pada tengahari tadi.

Orang ramai yang berkerumun di tempat kejadian menasihatkan agar wanita itu membenarkan mereka memecahkan tingkap keretanya untuk mendapatkan anaknya tidur dalam kereta yang enjinnya masih hidup.

Namun wanita itu enggan membenarkan mereka memecahkan cermin keretanya.

Bagaimanapun, setelah diberi RM200 oleh dua orang lelaki, barulah dia membenarkan mereka memecahkan cermin keretanya.

Budak lelaki yang terjaga dari tidurnya kerana keadaan yang bising di luar kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang pegawai perubatan yang kebetulan tidak bertugas pada ketika itu memeriksa keadaan mangsa sementara menunggu pihak perubatan sampai ke tempat kejadian.

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan

Sunday, December 28, 2014

PESAWAT AIR ASIA KE LANGKAWI BERPATAH BALIK



GEORGETOWN : Pesawat AirAsia dari Pulau Pinang ke Langkawi berpatah balik dipercayai berpunca daripada masalah teknikal.

Pesawat AK6242 berpatah balik selepas 10 minit memulakan perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada jam 4.30 petang, sebentar tadi.

Penumpang, Subash Elangovan berkata, juruterbang pesawat berkenaan memaklumkan kepada mereka bahawa pesawat berkenaan mempunyai masalah teknikal dan harus berpatah balik.

Penerbangan berkenaan dijadualkan semula pada jam 6 petang dan sudah berlepas daripada LTAPP, namun sama ada pesawat yang sama digunakan untuk penerbangan berkenaan tidak dapat dipastikan.

PESAWAT AIR ASIA DILAPORKAN HILANG DARI SURABAYA KE SINGAPURA



KUALA LUMPUR: AirAsia dalam kenyataannya di Facebook mengesahkan kejadian itu dan meluahkan kekesalannya terhadap insiden menimpa pesawat QZ8501 itu.

Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.

"Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perkhidmatan menyelamat," menurut kenyataan itu.

Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) dikerah untuk mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 yang hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Kadispen Angkatan Udara TNI, Marsma Hadi Tjahjanto, berkata TNI juga sudah melalui semula laluan perjalanan pesawat hilang.

Pesawat AirAsia QZ 8501 yang hilang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura, awal pagi tadi dikatakan sebelumnya melaporkan akan menghindari awan tebal.

Pegawai Perhubungan Udara Indonesia, Joko Murdjatmojo menyatakan juruterbang pesawat sempat melakukan komunikasi terakhir dengan Pengawal Trafik Udara (ATC) di Bandara Soekarno-Hatta pada jam 6.12 pagi waktu Indonesia.

"Saat itu pesawat melaporkan akan menghindari awan dengan berbelok ke arah kiri. Saat itu pesawat terbang dengan ketinggian 32,000 kaki dengan arah 320 atau ke Barat Daya. "Pada jam 6.17 pagi , pesawat hilang hubungan dan pada jam 6.18 pagi yang terlihat hanya 'flight plan' atau rencana penerbangan," katanya,

Pesawat berkenaan dikatakan membawa 138 penumpang dewasa, 16 anak-anak dan seorang bayi.

Terkini, sebuah pesawat dilaporkan terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim), Indonesia tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia adalah penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501, menurut laporan Kompas.com.

"Tadi Pak Danlanud menelefon Bapak (Basuri), memberi maklumat ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Beltim," kata Yuhinu, Ajudan Bupati Beltim, ketika menghubungi bangkapos.com.

Sementara itu, Ketua Polis Marin Beltim, AKP Yanto berkata, maklumat itu masih disiasat.

"Kita masih berhubung dengan direktorat dan mengumpulkan maklumat daripada nelayan mahupun kapal yang melintas perairan Beltim," kata AKP Yanto.

Saturday, December 27, 2014

NAFI MESEJ TSUNAMI DI PANTAI TIMUR SABAH



KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini menafikan penyebaran mesej yang kononnya kejadian tsunami dan ribut akan melanda pantai timur Sabah dalam masa 36 jam.

Dalam kenyataan di sini malam tadi, jabatan itu menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat atau amaran yang disebarkan melalui media sosial yang sumbernya bukan daripada MetMalaysia.

Untuk pengesahan maklumat, orang ramai diminta merujuk laman sesawang MetMalaysia http://www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my atau Facebook https:/facebook.com/malaysiamet atau Twitter https://twitter.com/malaysiamet atau MetMalaysia Hotline di talian 1300221MET (1638).

Sementara itu, jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor yang dijangka berterusan sehingga Isnin.

Angin kencang Timur Laut itu berkelajuan 50-60 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan.

Menurut kenyataan itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang juga terdedah kepada kenaikan paras air laut sehingga Isnin.

AMARAN GELOMBANG KE 3 HUJAN LEBAT SELAMA 7 HARI


* Sila klik gambar untuk lebey jelas


Kepada semua rakyat Kelantan khasnya dan Seluruh Pantai Timur dan Selatan supaya bersiap sedia dan berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Pastikan semua dokumen dan keperluan yang penting disediakan dan berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Friday, December 26, 2014

YAZER DAN EKIN AF3 SAH BERGELAR SUAMI ISTERI


LABUAN : Pasangan kekasih yang mula dikaitkan bercinta sejak Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Ekin dan Yazer sah bergelar suami isteri. Majlis diadakan di kampung Ekin di Kampung Bebuloh Laut, Wilayah Persekutuan Labuan.

Mereka menjalinkan hubungan cinta selama sembilan tahun dan pernah putus seketika hujung tahun lalu. Bagaimanapun jodoh kuat antara pasangan kekasih ini. Ahad ini mereka akan diraikan di lokasi yang sama.

Ekin sendiri tidak menyangka jodoh mereka panjang biarpun pernah dilanda badai hingga nekad memutuskan hubungan yang sedia terjalin sejak kedua-duanya menyertai Akademi Fantasia musim ketiga sekitar 2005.

Pakaian yang dipakai oleh pasangan mempelai ini merupakan pakaian pengantin tradisional Kaum Brunei. Salam tahniah buat mereka berdua, muga bahtera perkahwinan menuju ke destinasi bahagian amien. 

KALENDAR ACARA PELANCONGAN WP LABUAN 2015


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

SUKARELAWAN DIPERLUKAN SEGERA


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Thursday, December 25, 2014

SELAMAT HARI KRISMAS 2014


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

HUKUM MENGUCAPKAN SELAMAT HARI KRISMAS


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
 
Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
 
Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

ACOUSTIQA MINI JAMM 2015


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

JADUAL PERTANDINGAN MEMANCING 2015


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Wednesday, December 24, 2014

DOA DAN TAKZIAH BUAT MANGSA BANJIR


BANJIR DI KELANTAN, TERENGGANU DAN PAHANG MAKIN BURUK


KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang semakin buruk tengah hari ini apabila lebih ramai mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi manakala lima buah kampung di Beaufort, Sabah dilanda banjir tengah malam tadi. 

Di KELANTAN, mangsa banjir di lapan jajahan meningkat sebanyak 241 orang daripada 20,468 orang pagi tadi, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir tengah hari ini kepada 20,709 orang.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, pusat pemindahan juga bertambah daripada 70 buah kepada 84 buah tengah hari ini bagi menempatkan kesemua 20,709 mangsa banjir daripada 6,795 keluarga.

Bacaan paras air di empat sungai utama di negeri ini melebihi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.34 meter (paras bahaya 9 meter), Sungai Galas di Dabong, Gua Musang pada 42.08 meter (paras bahaya 38 meter), Sungai Lebir di Tualang, Gua Musang 40.27 meter (paras bahaya 35 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai 29.10 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah pada 17.95 meter (paras bahaya 16 meter).

Sementara jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kuala Krai meningkat seramai 316 orang berbanding 1,328  pagi tadi kepada 1,644 orang tengah hari ini, dan kesemua mereka ditempatkan di 21 pusat pemindahan.

Di Tanah Merah jumlah mangsa banjir meningkat kepada 240 orang yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan berbanding 141 mangsa di dua pusat pemindahan, dan di Jeli, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 282 daripada 211 mangsa pagi ini yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di Gua Musang berkurangan sebanyak 79 orang iaitu daripada 3,692 pagi tadi kepada 3,513 orang tengah hari ini yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan.

Mangsa banjir di 32 pusat pemindahan di Pasir Mas juga  menurun kepada 10,497 orang berbanding 10,565 orang pagi tadi dan begitu juga di Tumpat yang berkurangan kepada 3,901 orang di tujuh pusat pemindahan berbanding 3,956 orang pagi tadi.

Sementara di Pasir Puteh kekal 556 orang di empat pusat pemindahan di Machang juga kekal 19 orang di sebuah pusat pemindahan.

Sehingga kini jumlah kematian akibat banjir di Kelantan sejak 16 Disember lalu kekal empat orang.

Di TERENGGANU, jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat mendadak kepada 11,731 orang berbanding 6,003 pada sebelah pagi, menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.

Daerah Kemaman mencatatkan peningkatan ketara iaitu 5,487 orang dipindahkan berbanding 1,877 orang pada sebelah pagi tadi.

Di Besut jumlah mangsa terus meningkat kepada 495 orang manakala Kuala Terengganu bertambah kepada 2,732 orang dan di daerah Dungun dan Hulu Terengganu masing-masing meningkat kepada 2,205 orang dan 686 orang.

Bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Marang dan Setiu masing-masing kekal sebanyak 102 dan 22.

Jumlah pusat pemindahan di seluruh negeri adalah sebanyak 90 buah iaitu sembilan di Besut, Dungun (19), Hulu Terengganu (14), Kemaman (36), Kuala Terengganu (lapan), Marang (dua) dan Setiu (dua).

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 2,555 orang daripada 598 keluarga di enam daerah termasuk daerah Rompin yang dilanda bencana alam itu hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, di Rompin sebanyak 169 orang daripada 38 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan yang dibuka pada 12.30 tengah hari ini.

Katanya Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling banyak iaitu 1,421  orang daripada 357 keluarga ditempatkan di 19 pusat pemindahan banjir.

"Di Maran melibatkan 594 orang daripada 121 keluarga yang ditempatkan di enam pusat pemindahan, Lipis (325 oarang daripada 71 keluarga di tiga pusat pemindahan), Pekan (25 orang daripada lima keluarga di dua pusat pemindahan) dan Jerantut (21 orang daripada enam keluarga di satu pusat pemindahan)," katanya kepada Bernama.

Katanya, enam laluan utama di tiga daerah ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Kuantan membabitkan Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan Kuantan- Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), daerah Lipis pula membabitkan Jalan Lipis-Gua Musang dan Jalan Lipis-Merapoh dan di daerah Maran ialah Jalan Benta-Jerantut dan Jalan Utama Bandar Maran.

Sementara itu, menurut laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia, paras air di empat batang sungai utama di Pahang telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Tembeling di Kuala Tahan pada paras 75.35 meter (paras bahaya 68.00  meter), Sungai Pahang di Sungai Yap 54.93 meter (paras bahaya 52.00 meter), Sungai Kuantan di Pasir Kemudi 8.79 meter (paras bahaya 8.20 meter) dan Sungai Kuantan Bypass 5.27 meter (paras bahaya 3.50 meter).

BANJIR LUAR BIASA DISEBABKAN FENOMENA 'FULL MOON' MONSUN TIMUR LAUT


KUALA LUMPUR: Fenomena 'full moon' iaitu kedudukan bulan berhampiran dengan Bumi yang menyebabkan air pasang adalah antara faktor yang mencetuskan banjir luar biasa di kawasan pantai timur tahun ini.

Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata keadaan banjir menjadi lebih teruk apabila ditambah dengan tiupan angin Monsun Timur Laut secara konsisten merentasi Laut China Selatan ke negara ini bermula bulan November hingga Mac.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan hujan lebat akibat tiupan angin Monsun Timur Laut di Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak minggu lalu akan berterusan sehingga awal Januari depan.

Dr Mohd Hisham berkata, musim Monsun Timur Laut yang membawa hujan lebat sehingga kini membabitkan tiga episod, iaitu yang pertama pada akhir bulan November, kedua pada 16 hingga 19 Disember dan ketiga iaitu Isnin lepas hingga esok.

Dr Mohd Hisham berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan banjir akan berlaku lagi selepas 28 Disember ini di kawasan kedudukan rendah dan berdekatan dengan sungai.

Sementara itu, menurut Jabatan Meteorologi, angin kencang timur laut dengan kelajuan dari 60 kilometer sejam yang berlaku di kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan dijangka berterusan hingga esok.

Selain itu, laut bergelora dengan ketinggian ombak sehingga 5.5 meter turut dijangka berlaku di kawasan tersebut yang berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

Menurut kenyataan itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga esok.

Tuesday, December 23, 2014

AMAH DIDERA OLEH MAJIKAN

AMPANG - Seorang pembantu terpaksa melalui detik-detik yang mengerikan apabila dia didera dengan kejam oleh majikannya setiap hari.

Wanita malang yang berusia 32 tahun itu diseksa oleh majikannya di Pandan Indah semenjak lapan bulan yang lalu.

Dedah mangsa, minum air panas selain makan najis dan (minum) air kencing. serta kemaluannya juga disula dengan objek keras dipercayai kayu selain dari giginya dicabut.

Tidak cukup dengan itu, mangsa juga dirotan, direnjat dengan elektrik serta dipijak di kepala dan badan selain dipaksa makan najis.

Bagaimanapun, penderitaan mangsa berakhir apabila dia diselamatkan oleh jiran, susul penemuan nota yang ditulisnya,

"Tolong, bos dera saya' di bawah pintu rumah majikannya.

Jiran yang menemui nota berkenaan terus menghubungi pihak polis dan pada jam 6.20 petang Sabtu yang lalu, sepasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah menyerbu rumah terbabit bagi menyelamatkan mangsa dan menahan dua wanita berusia 39 dan 47 tahun.

Dedah jiran mangsa, mereka kerap terdengar mangsa menjerit dan merayu agar dikasihani.

“Mulanya kami sangkakan perkara biasa, namun lama-kelamaan jeritan itu makin kerap menyebabkan kami mengesyaki berlaku penderaan. Susulan itu, penduduk nekad membantu menyelamatkan mangsa dengan melaporkan kejadian itu kepada polis apalagi selepas menemui nota ditinggalkan mangsa,” katanya.

Dalam serbuan ke 'pusat penyeksaan' itu, polis juga telah merampas sembilan jenis rotan yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa. Sebuah alat penghalau nyamuk elektrik yang dipercayai digunakan untuk merenjat elektrik pada jari mangsa turut dirampas.

Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan dua individu terbabit dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan 377 C (A) Kanun Keseksaan.

mangsa kini dirawat di Hospital Ampang (HA) dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
“Doktor yang merawat mangsa mengesahkan mangsa turut patah tulang rahang selain kemaluannya cedera,”

IS THIS YOUR PHOTO?

* Sila klik gambar untuk lebey jelas

BAZZAR MUSIC FEST ROAD TOUR 2015



Kesinambungan daripada BAZZAR MUSIC FEST 1 & 2 sebelum ini, kami bercadang untuk berkunjung kesetiap daerah di sekitar Sabah ini. Dimana kami akan membawa para peniaga yang berminat untuk berniaga (menyewa tapak) di setiap daerah ini. Selain itu, acara persembahan dari band band tempatan juga akan menanti para pemuzik secara berkumpulan.

Buat masa ini, urusan diperingkat awal sedang diusahakan dan lokasi pertama adalah daerah RANAU.
Kalau tiada halangan pada JANUARI 2015. Semoga urusan ini dipermudahkan. Kepada "offline vendors" yg berminat, sila berhubung dengan pihak pengurusan ON9 FM. 

TENOM DAN BEAUFORT DILANDA BANJIR


KOTA KINABALU: Lebih 100 penduduk di tujuh buah kampung di daerah Tenom dekat sini terjejas banjir pada Isnin dan dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara.

Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan berkata antara kampung terjejas ialah Kampung Mandalom Lama, Kampung Batu, Kamping Pantugon Sasa, dan beberapa kampung di Kemabong termasuk Kampung Bangkulin dan Kampung Labut.

Beliau berkata pusat terlibat ialah Desa Sapong Atas menempatkan 29 orang, Rumah Kebudayaan Mandalom Lama (18 orang), Rumah Kebudayaan Bangkulin (19 orang), Kampung Pantugon Sasa (17 keluarga), Rumah Kebudayaan Labut (22 keluarga), Balairaya Sebak dan Rumah Kebudayaan Batu-Batu (41 keluarga) dan Rumah Kebudayaan Kampung Nalayan (18 orang).

Beliau berkata paras air sungai di Tenom setinggi 178 meter melebihi paras bahaya 177 meter, sehingga lewat petang Isnin.

Katanya, berkata bilik gerakan operasi dibuka 24 jam dan pemantauan daripada pihak berkuasa akan sentiasa dijalankan.

Madiyem turut menasihatkan penduduk yang kawasan mereka berisiko dinaiki air banjir supaya segera berpindah sekiranya cuaca semakin buruk.

Sementara itu, Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata bilik gerakan operasi bencana alam daerah diaktif berikutan tiga buah kampung terjejas banjir.

Mohd Shaid berkata penduduk kampung terbabit, Kampung Binunuk, Kampung Balibata dan Kampung Bakalau dipindahkan di Dewan Masyarakat Baru Beaufort sejak petang Isnin.

"Jumlah penduduk belum dapat dipastikan kerana perpindahan baru bermula dan kawasan-kawasan yang sering terjejas banjir diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga dan dipantau rapi," katanya.

Beliau berkata paras air sungai Padas setinggi 9.11 meter, melepasi paras bahaya 8.70 meter.

Situasi banjir ini merupakan kali keempat berlaku di Tenom dan Beaufort pada tahun ini.

Pertama pada Februari, kedua Mei dan ketiga November lepas.

Monday, December 22, 2014

8 ANGGOTA RAMD KEMALANGAN DI LAHAD DATU


TAWAU : Lapan anggota Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lahad Datu, dekat sini semalam dilaporkan stabil.

Timbalan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Brig Jeneral Subari Tomo berkata tujuh anggota dirawat di Hospital Lahad Datu dan seorang di Hospital Tawau.

"Anggota yang dirawat di Hospital Tawau, Mohamad Hardi Hafiz Othman telah menjalani pembedahan hari ini dan doktor memaklumkan beliau dalam keadaan stabil," katanya kepada Bernama Ahad.

Subari berkata 14 anggota lain hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Kejadian 10.30 pagi itu, mengorbankan seorang anggota RAMD apabila trak yang dinaiki 23 anggota rejimen itu, terbabit dalam kemalangan jalan raya di KM4, Jalan Tengah Nipah-Lahad Datu.

Koperal Mohd Farouk Baha, 28, dari Yong Peng, Johor meninggal dunia pada 11.15 pagi Sabtu di Hospital Lahad Datu.

Jenazah Mohd Farouk diterbangkan ke Tawau pagi Ahad, sebelum ke Kuala Lumpur untuk dibawa pulang ke kampungnya.

MESIN ATM AKAN DIKENAKAN GST


* Sila klik gambar untuk lebey jelas

Sunday, December 21, 2014

POLIS BURU SUSPEK LELAKI BERKAITAN KES MYVI MENGAMUK DI TAMAN TUN FUAD


KOTA KINABALU : Kereta Perodua Myvi yang dilaporkan hilang di sekitar Inanam dan digunakan suspek dalam kejadian itu sangat dikehendaki oleh pihak polis. Sementara gambar kecil ialah wajah salah seorang suspek lelaki yang sedang diburu.

Polis sedang mengesan dua orang lelaki dipercayai terlibat dengan satu insiden di mana suspek lelaki ini telah merosakkan beberapa buah kenderaan milik orang awam termasuk sebuah motorsikal milik anggota polis dalam kejadian di Taman Tun Fuad di sini semalam.

Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra Muthu berkata salah seorang suspek dikenalpasti sebagai Samri bin Samsul nombor kad pengenalan 861027-12-5239 dan alamat terakhir di Penempatan Kinarut, Papar.

"Rekod polis menunjukkan suspek ini pernah terlibat dengan lapan kes pecah kenderaan di sekitar Luyang," katanya Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini.

Oleh itu, Chandra meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek, agar segera berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohamad Ali di talian 013-2120835 atau melalui talian hotline IPD Kota Kinabalu 088-318843 ataupun di balai polis yang berdekatan.

Sementara itu, dalam insiden semalam, suspek yang nekad untuk melarikan diri tanpa menghiraukan orang ramai di sekeliling, bertindak melanggar beberapa buah kenderaan yang diletak di kawasan meletak kenderaan di kawasan berkenaan menggunakan sebuah Perodua Myvi.

Melalui rakaman video kejadian itu yang kini tersebar meluas di laman sosial, menunjukkan orang ramai cuba untuk memujuk suspek daripada terus bertindak agresif namun tidak berhasil  apabila suspek enggan keluar dari kenderaan sebaliknya terus melanggar kenderaan lain di kawaaan itu sebelum suspek berjaya meloloskan diri.

"Seorang anggota polis cawangan siasatan jenayah turut cuba menghalang namun motorsikal polis itu turut rosak akibat dilanggar oleh suspek berkenaan," katanya lagi.

Polis bagaimanapun berjaya menemui kereta Perodua Myvi itu yang ditinggalkan suspek tidak jauh dari tempat kejadian.

Siasatan awal polis mendapati kereta itu pernah dilaporkan hilang di sekitar kawasan Inanam.

"Hasil pemeriksaan polis ke atas kenderaan itu turut menemui beberapa dokumen serta peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan," katanya.

Sehubungan itu, Chandra menasihati orang ramai supaya tidak menyimpan atau meninggalkan barang-barang berharga di dalam kenderaan masing-masing bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Saturday, December 20, 2014

MALAYSIA GAGAL MERAIH KEJUARAAN PIALA AFF SUZUKI 2014



KUALA LUMPUR – Kegagalan pemain untuk bertahan sepanjang 90 minit perlawanan menjadi punca skuad Harimau Malaya gagal meraih kejuaraan Piala AFF Suzuki 2014 yang melabuhkan tirainya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu malam, kata Ketua Jurulatihnya Dollah Salleh.

Thailand kalah 2-3 kepada Malaysia pada aksi timbal balik di sini namun muncul juara susulan kemenangan 2-0 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Rabu lepas untuk muncul juara dengan keputusan agregat 4-3.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, pemain hanya mampu bertahan selama 70 minit dan kemudian hilang punca sehingga menyebabkan Thailand mengambil kesempatan,”katanya kepada pemberita selepas aksi final kedua.

Dollah menjelaskan, keputusan mengeluarkan pemain sayap, Indra Putra Mahayuddin dan pemain pertahanan, Mohd Afif Amiruddin yang memainkan peranan besar pada perlawanan itu ekoran masalah kecederaan, turut menjadi punca kepada kekalahan itu.

Dalam pada itu, beliau berpuashati dengan pencapaian yang diraih oleh skuad kebangsaan walaupun hanya diberi tempoh singkat untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan bola sepak dwitahunan itu.

“Saya hanya dapat membuat persediaan lebih kurang sebulan dan kejayaan mengalahkan Thailand merupakan satu bonus bagi saya. Sekiranya diberi masa yang lebih panjang, saya mampu buat persediaan lebih rapi,” jelas pengendali kelahiran Melaka itu.

Berkongsi pandangan yang sama adalah penyerang, Mohd Amri Yahyah yang berpuashati dengan kemenangan malam ini walaupun gagal meraih kejuaraan buat kali kedua selepas 2010 di bawah kendalian bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

“Saya bersyukur kita dapat beraksi di final walaupun persiapan pasukan agak singkat. Semua pemain beri komitmen tinggi dalam setiap perlawanan,” kata pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Thailand Kiatisuk Senamuang gembira kerana pasukan Thailand meraih kejohanan keempat bola sepak Asean selepas tiga edisi Piala Tiger sebelum ini pada tahun 1996, 2000 dan 2002.

Beliau adalah antara pemain Thailand yang menumpaskan Malaysia pada perlawanan akhir Piala Tiger di Singapura pada tahun 1996 dan pada malam ini beliau mengecapinya sebagai seorang jurulatih.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dan pemain (untuk kemenangan ini).

Sebelum kami datang ke sini, kami membawa kelebihan dua gol tetapi setelah ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama, saya berasa kelainan bermain di hadapan lebih daripada 90,000 penyokong.

Semasa rehat, saya memberitahu pemain saya untuk bangkit kembali dan mereka berjaya. Saya bangga dengan semua pemain kerana tidak berputus asa, kata Kiatisuk.

RON95 DAN DIESEL BERKEMUNGKINAN DIJUAL BAWAH RM2

REMBAU: Harga runcit petrol RON95 dan diesel boleh turun di bawah RM2 seliter mulai 1 Januari 2015 nanti jika harga minyak dunia terus aliran menurun.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, harga runcit ini boleh dicapai, kerana sepanjang 18 hari pertama bulan ini, purata harga RON95 dan diesel jatuh di bawah paras RM2 tahap seliter.

"Jika trend menurun dalam harga minyak dunia terus selama sepuluh hari yang akan datang, saya yakin, RON95 dan diesel boleh ditetapkan di bawah RM2 seliter," katanya.

Friday, December 19, 2014

KENA BUKA TUDUNG? HAMLEYS




Sebelum ini cerita panas mengenai anak gadis Rosyam Nor itu disuruh membuka tudung jika ingin bekerja di sebuh kedai di pusat membeli belah terkemuka tanah air tersebar meluas di Media Sosial. 

Dengan itu pihak HAMLEYS tampil dengan permohonan maaf. Rupa-rupanya salah seorang pekerja HAMLEYS yang baru dan tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja, telah memberi maklumat yang tidak tepat. Selepas ini kami berharap pihak  HAMLEYS lebih peka isu - isu seperti ini. Ini kerana banyak menguris hati orang Islam di negara ini.


BERHATI-HATI DENGAN SINDIKET PENIPUAN


TEXT DALAM GAMBAR :

Aku sebagai orang Melaka aku malu dengan tindakan orang2 sebegini , aku nak korang hati -hati dengan orang2 mcm nie . Mase aku gi lawatan ke Bandar hilir, untuk buat kajian, aku ngan kawan2 aku lalu kat JAMBATAN TAN KIM SENG BERSEBELAHAN HARD ROCK CAFE , aku gan kawan2 aku kene tahan oleh berapa org berbangsa cina mereka minta aku gan kawan aku tulis name dan bgi markah katenyee untuk subjeknyee , markah yg diminta brape2 jee dan dia akn bgi cenderahati . Cenderahati yg dorang nk bgi tu katenye free .Aku pon tulisla 20 , rupenye2 aku tulis 20 tu, kena bgi rm20 , wajib kirenye cenderahati tu kene bayar dan markah tu sebernanye brape duet yang kite nk bgi kat die . dia minta aku duet rm20 tu dan nk bgi aku copstick yg boleh dpat kat kedai xsmpai rm10 . naseb bek kawan aku tarik aku , tidak melayang rm20 aku . KAWAN AKU SORANG RM10 , KAWAN AKU YG KEDUA RM10 JGAK DAN KAWAN AKU LGI SORANG , RM30 , (ORNG TU BGI KEYCHAIN COUPLE JER UNTK YG RM30) .Mase aku nk balik aku lalu la kat situ blik , aku tangkap gambar , seorg laki cina nie perasan aku tangkp gambar , pastu terus dtng kat aku dia cuit tgn aku gan buku smbil marah aku , dia cakap " Ea u asal tangkap gambar i ? babi " aku pusing belakang , aku ckp " u mau i report polis ke? " aku gan kawan aku terus jalan pastu kebetulan ade van polis kat situ kawan aku gan aku buat report polis , lepas tu kami pusingla belakang tgok mereka , lesap terus .. hilang .... HATI2 YEA KAWAN2 DENGAN ORG CMNIE , KAT MANE2 PON ADE , KALAU NMPAK MEREKA TAHAN JGN LAYAN , MGKIN ANDA AKAN DITIPU........

FESTIVAL FILEM DAN MUZIK INDIE BAKAL DIANJURKAN DI LABUAN

PETALING JAYA: Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman bakal menganjurkan Festival Filem dan Muzik Indie (FFMI) terbesar di Malaysia pada tahun hadapan.

Raja Azmi, 55, berkata, festival berkenaan dijangka bakal diadakan di Labuan, Sabah pada Ogos tahun hadapan dan dia sedang giat mencari penaja untuk merialisasikan projek terbaharunya itu.

Tambah Raja Azmi, penyertaan FFMI adalah terbuka kepada semua penggiat filem dan muzik Indie dan akan dinilai oleh juri profesional.

Dalam pada itu, Raja Azmi berkata, dia memilih Labuan sebagai lokasi utama kerana ingin memberi kelainan selain ingin mempromosikan sektor pelancongan pulau bebas cukai itu kepada pengunjung festival berkenaan.

Malah katanya, kebanyakan penaja yang bersetuju untuk menaja festival itu berpusat di Labuan selain turut mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri.

Sementara itu, Raja Azmi berkata, sekiranya FFMI berjaya mencapai sasaran dia berhasrat untuk menjadikan ia sebagai acara tahunan demi memberi pengiktirafan kepada penggiat seni Indie.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini tumpuannya lebih tertumpu untuk menjayakan festival pertama itu dengan cemerlang agar terus mendapat kepercayaan penaja pada masa hadapan.

KERAJAN AKAN KAJI ELAUN RUMAH PENJAWAT AWAM

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempertimbang untuk menyemak semula kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) penjawat awam pada tahun hadapan, selepas kali terakhir imbuhan itu disemak pada 2005.
   
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kerajaan prihatin menjaga kebajikan penjawat awam dengan membuat semakan gaji dan elaun dari semasa ke semasa supaya ia sejajar dengan kos sara hidup.
   
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Yahaya Mat Ghani yang bertanya sama ada kerajaan bercadang menaikkan elaun perumahan bagi penjawat awam di negara ini.
   
Shahidan berkata ITP ditentukan mengikut gred perkhidmatan pegawai, dan ia diberikan kepada penjawat awam yang tidak menduduki rumah kerajaan atau rumah yang disewa oleh kerajaan.
   
“Semakan terakhir kadar ITP pada 1 Januari 2005 telah menetapkan kadar ITP bagi kumpulan pelaksana dinaikkan daripada RM135 kepada RM180 sebulan,” katanya. 

LABUAN

LABUAN

MENGENAI LABUAN

Sejarah Wilayah Persekutuan Labuan
Labuan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 1984. Pada tahun 1990 Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai IOFC (International Offshore Financial Centre)

1800
Labuan sebahagian daripada pemerintahan Brunei. Labuan menjadi tempat kapal-kapal berlindung daripada ribut dan serangan lanun.

1846
Labuan secara rasmi diserahkan kepada British oleh Raja Muda Hasim pada 18 Disember 1846 dan diisytihar sebagai pelabuhan bebas.

1888
Pentadbiran Labuan telah diserahkan kepada British North Borneo Company yang dikenali sebagai The Chartered Company.


1907
Labuan diletakkan di bawah pentadbiran Negeri-Negeri Selat.

1942
Tentera Jepun telah menceroboh Pulau Labuan dan menguasainya. Labuan telah diberi nama baru sebagai Pulau Maida.

1945
Jeneral Masao Baba menandatangani surat perjanjian menyerah kalah di Pantai Layang-Layangan di hadapan Jeneral Mejar George F. Wootten, Komander Tentera Divisyen ke-9 Australia.

1947
Lembaga Bandaran ditubuhkan untuk mentadbir Labuan.

16 April 1984
Labuan diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan Labuan.


1 Oktober 1990
Labuan diisytihar sebagai Pusat kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC).

PENGINAPAN

PENGINAPAN

PENGINAPAN HOTEL DAN HOMESTAY DI LABUAN

Hotel

1.Hotel Grand Dorsett Labuan (087) 422 000

2.Hotel Tiara (087) 414300

3.Hotel Billion Waterfront (087) 418111

4.Hotel Palm Beach Resort & Spa (087) 418700

5.Hotel Pulau Labuan 1 (087) 416288

6.Hotel Pulau Labuan 2 (087) 422388

7.Hotel Mariner (087) 418822

8.Hotel Sara (087) 415555

9.Hotel Ambassador 1 (087) 423233

10.Hotel Ambassador 2 (087) 581242

11.Hotel Ambassador 3 (087) 414599

12.Hotel Avida (087) 416868

13.Hotel Global (087) 425180

14.Hotel Victoria (087) 412411

15.Hotel Pulau Labuan Inn (087) 416833

16.Hotel HPL Apartment (087) 583533

17.Hotel Red Tomato (087) 412963

18.Hotel Perdana (087) 420922

19.Hotel Sky Global (087) 431219

20.Hotel Melati Inn (087) 416307

21.Hotel Oriental (087) 419019

22.Beta Service Apartment (087) 453 333

23.Hotel Southern (087) 414211

24.Hotel Pantai View (087) 411339

25.Hotel 6 Inn (087) 411227

26.Hotel Expo (087) 426688

27.Hotel Aifa (087) 424888

28.Hotel One (087) 451369

29.Hotel Millenium (087) 421278

30.Hotel Fah Fah (087) 417712

31.Hotel Fratini Inn (087) 424545

32.Hotel Ocean (087) 410633

33.Hotel RK Cahaya (087)419516

34.Hotel Poh (087) 431375

35.Hotel Transit (087) 431133

36.Hotel Home Labuan (087) 425333

37.Hotel Mi Casa (087) 416323

38.Hotel H & H (087) 420200

39.Hotel Premier (087) 428948

40.Hotel Lazenda (087) 580800

41.Hotel Asia (087) 417712

42.Hotel Lai Lai (087) 443533

43.Hotel Grand Nadia (087) 442605

44.Hotel California (087) 41800

45. Hotel Lazenda Point (087) 418444



Homestay

1.Homestay Bukit Kuda 013-8511907 / 012-8289158

2.Homestay Sungai Labu 016-8041147 / 016-8430172

3.Homestay Patau-Patau 016-8363404 / 016-8424981

4.Homestay Srindung Sireh Inn 019-9366634 / 019-8820117

5.Homestay Siang Guest House 013-816 2198

6.Homestay Labuan Taman Arena 017-866 8870 / 016-839 1950

7.Homestay Papaya Beach Lodge 016-585 5801 / 019-850 1590

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

PANTAI-PANTAI

Pantai Batu Manikar - Pemandangan menarik ketika matahari terbenam. Itulah kemestian bagi pengunjung yang berkunjung ke Labuan. Anda boleh melihatnya di sepanjang Jalan Batu Manikar di mana Universiti Malaysia Sabah (UMS) terletak. Ketika langit sudah cerah (seperti kebiasaannya di Labuan), matahari terus bersinar seperti sama dengan abad-abad yang lalu. Fenomena menarik matahari terbenam akan bermula selepas pukul 6 petang.

Pantai Batu Manikar - Layang Layangan yang terkenal ini adalah tempat yang paling sesuai untuk melihat matahari terbenam. Ini adalah jajaran pantai yang panjang dihiasi dengan pokok rhu dan pohon kelapa. Lorong pejalan kaki di sediakan untuk kemudahan orang ramai untuk berjalan-jalan mahupun berjoging, dengan suasana redup semulajadi oleh pokok-pokok di sekeliling. Udara segar, bayu laut dan pemandangan menarik ini tentunya merupakan bonus tambahan kepada peminat senaman di luar sana. Pantai Batu Manikar - Layangan Layang telah memenangi Anugerah Kebersihan Pantai COBSEA 2008. Anugerah berprestij ini sememangnya layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaraya dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Pantai Layang-Layangan - merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantai yang berpasir mengajak anda untuk berbaring dan berjemur di bawah sinaran matahari dengan ombak pantai memukul-mukul di kaki anda. Pantai Layang-Layangan merupakan tempat yang popular pada hujung minggu. Pantainya yang berpasir putih menggoda, menjemput anda untuk berbaring dan menikmati matahari dengan suara ombak memukul-mukul di tepi pantai. Lorong berbasikal dan meja perkelahan yang dinaungi oleh pohon rendang. Di sini juga boleh didapati banyak warung makanan dengan band-band muzik mengadakan persembahan di setiap hujung minggu. Menunggang kuda dan berbasikal adalah beberapa kegiatan rekreasi yang popular di pantai ini. Taman Keamanan juga terletak berdekatan. Manikar Beach Resort juga terletak di sekitar kawasan yang sama.

Pantai Pancur Hitam - Ini adalah salah satu pantai yang berkembang pesat di Labuan. Sebuah taman yang indah membentang terus ke pantai berpasir yang panjang. Terletak di pantai utara Labuan, Pantai Pancur Hitam adalah rumah peribadi yang terbesar dan paling mewah di Labuan ini - "Rumah Jutaan Keamanan". Jalan-jalan yang berhampiran rumah ini, Jalan Batu Manikar dan Jalan Pancur Hitam, di reka dan di hiasi dengan amat cantik. Hanya di depan rumah, deretan gerai-gerai menawarkan air kelapa segar, kepak ayam, popcorn dan masakan tempatan dan makanan ringan lain yang lazat. Di sebelah rumah tersebut, ada jalan kecil yang akan membawa anda ke Bukit Pohon Batu (Pohon Batu Hill), puncak tertinggi kedua di Labuan, di mana anda boleh menikmati laluan hutan trekking. Di puncak bukit ini, anda akan disambut dengan pemandangan pantai yang indah yang membentang di sepanjang garis pantai. Dari tempat pandang yang tinggi, anda juga boleh mempunyai pandangan mata seekor burung tentang seluruh pulau Labuan. Pada hari-hari yang terang, anda boleh melihat semua jalan ke selatan Financial Park Complex, yang terletak di tengah kota Labuan. Lebih jauh ke selatan pantai Pancur Hitam, anda akan menemui kawasan rekreasi yang dikenali sebagai "Sudut Cabaran", yang menawarkan sebuah laman yang ideal untuk pelbagai aktiviti rekreasi termasuk berkelah dan berkemah. Menjelang malam, pemandangan indah menanti anda dengan tiga puncak Bukit Batu Phin sebagai latar belakang yang dramatik. Matahari terbenam di sini bukanlah sesuatu yang patut di lepaskan begitu sahaja! Anda juga boleh melihat desa Melayu berhampiran dengan Cerobong (salah satu tempat yang terkenal di Labuan), Terowong Bersejarah Tanjung Kubong, Taman Burung Labuan dan tempat habitat semulajadi haiwan - semuanya menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik di Malaysia.

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

PULAU DAN TAMAN MARIN

Pulau Daat - Pulau seluas 242,9 hektar ini adalah milik persendirian dan buat saat ini ia sedang dijual.

Pulau Daat memiliki pemandangan Laut China Selatan dan Pulau Labuan yang amat indah, serta mempunyai kawasan hutan hujan.

Oleh kerana bersifat persendirian, ia tidak terbuka untuk umum tetapi jika anda mempunyai USD 51 juta untuk di belanjakan, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mendapatkan pulau yang menarik ini untuk diri anda sendiri.

Pulau Papan - Di sebelah Pulau Daat terdapat pulau kecil seluas 10.52 hektar yang disebut Pulau Papan. Menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan dan pelancong bercuti hujung minggu dan perkhemahan, pulau itu pada awalnya digunakan sebagai tapak rumah api pada tahun 1895.

Pada tahun 1902, lampu malap kemerahan telah digantikan dengan lampu "dioptrie" yang sangat terang sehingga boleh dilihat 13 kilometer jauhnya. Rumah api itu memberi petunjuk kepada kapal-kapal ke Victoria Harbour sehinggalah selepas Perang Dunia II ketika pasukan Berikat menggunakannya sebagai kem tahanan sementara tahanan-perang Jepun.

Hari ini ia berada di bawah bidang kuasa Labuan Corporation (Perbadanan Labuan). Pulau ini mempunyai kemudahan seperti chalet, tapak perkhemahan, gelanggang sukan, surau, tempat BBQ, gelanggang bola tampar dan sepak takraw. Para penggemar adventur juga boleh mencuba aktiviti trekking hutan di pulau itu.

Kadar penginapan bermula daripada RM350 semalam untuk chalet 3-bilik biasa.

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

KAWASAN MENYELAM TERKEMUKA

Bangkai Kapal Karam Amerika - The Wreck Amerika mempunyai sejarah yang tragis, telah karam pada masa Perang Dunia II dengan kehilangan 9 nyawa.

The Wreck Amerika telah karam akibat pelanggaran dengan periuk api yang mana telah meletupkan kapal penghapus periuk api Tentera Laut AS itu keluar daripada air dan pecah menjadi dua bahagian pada tarikh 8 Jun 1945.

Perasaan sedih masih lagi terasa apabila melihat plak yang memaparkan senarai nama-nama 9 askar yang terkorban. Plak tersebut yang direka oleh Dick dan Wayne Shafer ditempatkan pada bangkai kapal karam tersebut oleh ahli-ahli Brunei Sub Aqua Diving Club (BSADC) pada tahun 2007.

Masih kelihatan peralatan zaman dahulu seperti klip peluru, pengukur kedalaman, botol kawat dan artifak meriam yang tidak terusik di kapal karam ini.

Bangkai Kapal Karam Australia - The Wreck Australia menyediakan suasana menyelam yang sebenar, dengan kombinasi jarak penglihatan yang kurang dari 10 meter, kaya dengan tumbuhan karang, rangka bangkai kapal, pengakhiran yang tragis dan misteri.

Pada awalnya sebagai kapal kargo dan penumpang Belanda yang dibina pada tahun 1890, ia telah ditenggelamkan oleh oleh Belanda semasa Perang Dunia II untuk mencegah Jepun daripada menggunakannya. Orang Jepun bagaimanapun berjaya menyelamatkan kapal itu, menukar namanya menjadi 'Imbari Maru' dan meletakkannya untuk perkhidmatan sebagai kapal kargo.

Melarikan diri dari Borneo menuju ke Manila, kapal tersebut telah terlanggar periuk api dan karam 23km ke arah barat daya Labuan pada tahun 1944. Pada awalnya di percayai terkena serangan bom dari angkatan udara Australia, nama tersebut melekat sehingga hari ini. 339 orang kehilangan nyawa mereka, termasuk banyak tahanan perempuan (wanita penghibur) yang di bawa oleh Jepun ke perahu penyelamat.

Beberapa penyelam percaya tempat kemalangan ini dihantui oleh hantu jiwa-jiwa yang diseksa ini. Siapa tahu, penampakan seorang wanita berjubah putih melalui kapal ini mungkin saja sinar biasan batu marmar. Hanya satu cara untuk mengetahui - menyelam dan lihat sendiri!

Blue Water Wreck - Blue Water Wreck (Mabini Padre) adalah kapal pukat nelayan Filipina yang besar, yang terbakar dan tenggelam pada tahun 1981 tanpa kehilangan nyawa.

Dinamakan Blue Water Wreck kerana di kelilingi air biru yang jernih, bangkai kapal ini kelihatan seperti tidak banyak di selubungi kegelapan dasar laut.

Pada hari baik, jarak penglihatan 40 meter adalah mungkin. Bangkai kapal ini masih kelihatan utuh dengan tiang-tiang terletak pada sisinya dan lebih dikelilingi oleh kelimpahan kehidupan laut - menjamin pengalaman menarik bagi penyelam.

Cement Wreck - Daripada empat longgokan kapal karam Labuan, Wreck Semen adalah yang paling cetek dengan strukturnya naik 19 meter ke atas dan kedudukannya memudahkan penyelam untuk melewati dan bagus untuk latihan permulaan bagi penyelam kapal karam.

Menawarkan pemandangan bawah laut yang menakjubkan dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman karang dan menjadi rumah pelbagai haiwan laut berwarna-warni, Cement Wreck juga memberi peluang untuk bertembung dengan yu paus bagi penyelam yang bertuah.

Kapal ini mendapat nama pelik ini kerana tenggelam ketika mengangkut simen ke Brunei untuk pembinaan istana baru Sultan. Lebih dikenali sebagai kapal karam yang amat sempurna dengan kedudukannya yang tegak di dasar laut, bangkai kapal itu sangat indah dengan setengah bahagian atasnya ditutupi oleh taman batu karang yang lembut dan keras, spons karang dan pakis, dan kawanan barakuda kecil dan ikan batfish bermain-main di tiang kapal.

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

KEHIDUPAN TRADISIONAL KAMPUNG AIR

Bagaimana perasaan anda jika tinggal di rumah kayu tradisional yang dikelilingi oleh air? Rumah-rumah kayu berwarna-warni kelihatan seperti tempat tinggal terapung dan dihubungkan satu sama lain dan ke jalan-jalan utama melalui laluan pejalan kaki yang bersimpang-siur dan tidak tersusun.

Ini adalah Kampung Air Patau Patau 2, yang ditubuhkan pada tahun 1930-an, seluruh desa dimusnahkan oleh bom Jepun semasa Perang Dunia II. Penduduk desa membina semula kampung dari awal selepas perang berakhir. Arkitektur dan konsep desa air adalah berkait kembali dengan nenek moyang mereka di Brunei. Sampai hari ini, warga desa air menggabungkan budaya Kedayan Brunei mereka dalam kehidupan sehari-hari.

Agar anda berfikir bahawa rumah ini bukanlah untuk orang mabuk laut, anda boleh yakini bahawa rumah-rumah ini sangat stabil - bahkan ada yang dibina lebih dari 60 tahun yang lalu. Rahsianya ialah kayu belian yang digunakan sebagai asas rumah itu yang dapat berdiri kuat selama berabad-abad yang akan datang.

Keluarga tuan rumah yang ramah akan senang hati untuk melayani anda dengan beberapa makanan lazat tradisional mereka termasuk ambuyat, hidangan sagu tradisional Brunei yang enak dimakan bersama sambal asam dan pedas yang dibuat dengan mangga muda, cili dan udang kering.

Pada petang hari, anda boleh memerhati anak-anak desa bermain layang-layang atau jika anda ingin lebih keseronokan, menangkap ikan di halaman belakang rumah anda – dengan kos yang nominal. Bayangkan anda bersantai di bangku kayu, secangkir kopi di satu tangan dan pancing di tangan yang lain. Seringkali tali pancing anda akan tegang dan berat. Apabila anda begitu teruja menarik pancing anda, boleh di katakan 9 daripada 10 kali tarikan, pancingan anda akan mendapat ikan keli, bukan tersangkut pakaian lama yang dibuang. Persembahan tarian tradisional juga boleh diatur berdasarkan permintaan dan anda pasti dapat menyertai dalam beberapa permainan desa yang menghiburkan.

Kampung Air Patau Patau 2 dilengkapi dengan saluran air dan elektrik, telefon dan sistem sisa, lampu jalan, dermaga teksi air, kedai runcit, kedai kraftangan, klinik, sekolah dan surau (tempat ibadah bagi muslimin yang lebih kecil dari masjid). Di kelilingi oleh air, kaedah pengangkutan utama adalah perahu dan sebahagian besar rumah mempunyai perahu sendiri. Rumah-rumah ini boleh di katakan agak luas dan dihiasi dengan barang-barang antik yang berat, membayangkan kehidupan yang selesa di dalamnya.

Menginap di desa air tradisional yang indah dan menawan ini tentunya pengalaman yang tiada tandingannya.

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

TAMAN DAMAI

Taman Damai ini dibina sebagai taman peringatan dan penolakan terhadap kengerian perang. Ia terdiri daripada tugu peringatan yang dikelilingi oleh taman-taman yang indah dan tiang-tiang.

Pada 9 September 1945, Jepun secara rasmi menyerah Labuan kepada Australia. Komander Angkatan Darat ke-37 Jepun, Leftenan Jeneral Masao Baba diterbangkan ke tepi pantai Layang-Layangan di K154C Tachikawa (Hickory). Dan dalam sebuah pondok kayu kecil di bawah naungan pohon kelapa kira-kira 50 meter di Selatan-barat Pusat Penyerahan, upacara menandatangani serah terima ini di langsungkan.

Dia menyerahkan pedangnya secara rasmi kepada Mejar Jeneral George Wootten, pegawai pemerintah Division ke-9 Australia, di saksikan oleh Kapten Kumpulan C.W Pearce dan Ketua Skuadron J.S St Heap daripada Royal Australian Air Force (RAAF) di Sydney, Australia.

Berdekatan dengannya, terdapat kem-kem yang ditubuhkan untuk perbicaraan para pegawai dan askar Jepun terhadap kekejaman tahanan perang di kem-kem POW di Sabah dan Sarawak. Perbicaraan Perang di Layang-Layangan adalah yang pertama di Asia Tenggara, yang dipimpin oleh Leftenan L.J Morshead daripada Komander Kor Pertama Australia. Seterusnya, Labuan menukar nama awalnya daripada nama Pulau Maida, dan ditempatkan di bawah Pentadbiran Tentera Inggeris.

Bagi menunjukkan bahawa mereka benar-benar meminta maaf daripada kesusahan yang di sebabkan oleh nenek moyang mereka, Jepun memutuskan untuk membina Taman Keamanan di sebelah Pusat Penyerahan. Taman Damai ini juga sebagai peringatan kepada orang-orang yang telah mengorbankan nyawa mereka di Borneo semasa Perang Dunia II. Ini juga merupakan kenang-kenangan daripada persahabatan antara Malaysia dan Jepun, dan janji keamanan dan keharmonian untuk semua umat manusia yang kekejaman perang seperti ini tidak akan berlaku lagi di masa depan.

Taman Damai ini dibiayai Japan Shipbuilding Industry Foundation, yang diketuai oleh Ryoishi Sasagawa, dan juga oleh keluarga mangsa dan kawan-kawan mereka daripada beberapa syarikat industri. Pada 14 April 1984, Mitsunori Ueki daripada South Pasifik Memorial Association Incorporation di Jepun menyerahkan Taman Damai secara istiadat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh. Hingga ke hari ini, pembiayaan masih datang dari Jepun untuk menjaga TamanDamai ini dalam keadaan baik.

Dengan perairan yang tenang di bawah jambatan melengkung dan sekitar gazebo yang teduh, berdirinya tugu dengan dua dinding melengkung yang menjadi pusat perhatian di Taman Damai ini. Di pintu masuk taman ini didirikan kepingan batu, dan di atasnya diukir dengan jelas untuk ingatan sampai ke akhir zaman - "Damai adalah yang terbaik".

Ya, damai akhirnya di Pulau Labuan.

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

TAMAN BOTANIKAL

Dahulunya Rumah Kerajaan - Terletak di belakang lapangan terbang lama ialah Taman Botanikal yang dahulunya adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12'. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Kini, hanya tangki air simpanannya kekal, bersama dengan sebuah kubur anjing kesayangan yang bernama ‘Jim'.

Taman Botanikal adalah satu taman rekreasi dengan pokok tua dan pelandskapan indah. Ia juga mempunyai cerita-cerita yang mempesonakan!

Cerita-Cerita Rumah Kerajaan - Ia dipercayai bahawa Hugh Low, Setiausaha Penjajah untuk bertahun-tahun dan terlepas perhatian untuk menjadi Gabenor, melakukan kebanyakan kerja awal di Taman tersebut. Pokok-pokok tua kebanyakannya ditanam olehnya. Rumah tersebut punah semasa peperangan.

Dua taman kubur dijumpai di tanah Rumah Kerajaan dan adalah dipercayai bahawa ia merupakan kubur yang tertua di pulau tersebut. Salah satu daripadanya mempunyai kubur bertarikh 1847. Kubur-kubur ini dipindah dari Ramsay Point di pesisir pantai, di mana di mana air pasang mengakibatkan hakisan kubur tentera laut lama. Salah satu daripada dua kubur yang dipindahkan merupakan kubur Komander James A. Gordon dari HMS Wolf. Beliau hadir semasa penyerahan Labuan ke tangan British pada 24 Disember 1846 dan membantu pembinaan tanah. Seperti ramai pada masa itu, beliau jatuh sakit dan berkubur pada umur awal 28 tahun atas kapalnya yang telah dilabuhkan diluar pesisiran.

Kubur lain itu adalah kepunyaan Sarjan Adam C Sutherland bagi Marin Di Raja, yang telah terkubur dalam satu pergaduhan dengan lanun Balanin pada bulan Mei bagi tahun yang sama.

Terdapat satu lagi kubur menarik terletak pada sebuah permatang di hadapan Rumah Kerajaan dan ia adalah kepunyaan seekor anjing foxhound dinamakan Jim, dan merupakan peliharaan M.S MacArthur, Residen pertama pentadbiran Straits Settlement yang beroperasi daripada 1906 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Tarikh yang terpahat pada kubur Jim adalah 20 Jun 1908.

Kehidupan di tanah tersebut seperti membawa banyak peristiwa. Pada suatu petang, apabila Leftenan-Gabenor Komander A.S. Hamilton pulang ke rumah, beliau terhidu bau kebakaran datang dari arah rumahnya. Beliau mempercepatkan langkah apabilah memikirkan rumahnya terbakar. Sesampainya beliau ke rumahnya, beliau berhadapan dengan sebaris orang Dayak yang sedang mengasapkan kepala di atas tripod dihadapan laman Rumah Kerajaan! Mereka mungkin merupakan kepala-kepala orang Murut yang dirampas oleh pihak polis Dayak sebagai balasan kepada orang Murut yang telah membunuh empat daripada orang mereka. Orang-orang Dayak di laman tersebut sangat tidak berpuas hati apabila kepala-kepala itu seterusnya dirampas. Mereka dibenarkan mengambil semula kepala-kepala tersebut dengan syarat mengasapnya di tempat lain!

Terdapat juga cerita bahawa hantu seorang wanita merupakan residen tanah tersebut – kemungkinan wanita tersebut ialah isteri Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Kelibat wanita tersebut tidak pernah kelihatan lagi.

Penggeledahan kubur oleh pemburu-pemburu kepala yang mencari satu sumber yang mudah merupakan satu masalah besar bagi peneroka-peneroka awal di Labuan. Hugh Low sebenarnya menggali lima belas kubur pada malam isterinya terkubur. Beliau mengebumikannya sendiri dalam salah satu kubur tersebut dan mengisi kubur-kubur lain dengan harapan menangkis peluang untuk penggeledahan kubur. Ramai juga yang rancang untuk dikebumikan di laut agar menghalang kejadian ini terjadi.

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

TAMAN BURUNG LABUAN

Taman Burung Labuan terletak berdekatan dengan Chimney di Tanjung Kubong. Ia mempunyai tiga sangkar berbentuk kubah besar dikelilingi pelandskapan yang indah. Taman ini merupakan rumah bagi kebanyakan spesies burung-burung Borneo yang ditemui oleh pemerhati burung. Terdapat perancangan bagi mengumpul sebahagian daripada 580 spesies burung yang didapati di habitat-habitat Borneo yang pelbagai, daripada bakau di sepanjang pantai ke hutan dalam gunung-ganang.

Pemerhatian burung boleh dilakukan tanpa sebarang peralatan kecuali buku nota, untuk menukilkan pemerhatian anda, dan binokular di taman ini. Bantuan bagi mengenal pasti burung-burung boleh didapati dari pihak pengurusan taman.

Yuran Kemasukan:
Dewasa - RM 3
Kanak-kanak (dibawah umur 6 tahun) - Free
Pelajar/Warga Emas - RM 2
Pelancong - RM 5

**Nota : Taman Burung Labuan dibuka setiap hari KECUALI pada hari Jumaat

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA

KOMPLEKS SUKAN LAUT ANTARABANGSA LABUAN

Pusat sukan air bertaraf dunia ini terletak di kawasan pantai sepanjang Jalan Tanjung Purun. Ia berdekatan dengan pusat bandar Labuan. Kompleks ini merangkumi kawasan 5.91 ekar tanah. Ia merupakan projek dibawah Pelan Malaysia Ketujuh dan dibina pada kos keseluruhan RM 25 juta.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa ini adalah sebahagian daripada projek mencantikkan pantai Labuan. Objektifnya ialah untuk membina sebuah pusat sukan air bertaraf dunia dan untuk membangunkan tempat-tempat menarik lain sejajar dengan visi Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Labuan sebuah destinasi pulau utama.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan dibuka kepada umum pada Jun 2001 apabila ia menjadi hos kepada Labuan Sea Challenge tahunan.

Infrustruktur dan fasiliti yang diberi oleh kompleks ini adalah dijangka untuk menaikkan tarikan Labuan kepada para pelancong dan pelabur. Kemudahan-kemudahan moden akan membolehkan pulau ini untuk menjadi hos kepada acara dan kejohanan sukan laut antarabangsa.

Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan direka dengan tiga struktur ketara yang merupakan sebahagian daripada plaza pemandangan utama. Setiap bangunan mempunyai aktiviti khas dalamnya. Setiap menara adalah bahagian penting kompleks sukan air yang moden dan besar. Senibina memberi kenyataan dramatic mengenai alam sekitar, tradisi, dan kefungsian moden. Pusat utama sukan air, blok pentadbiran, muzium biologi marina, kedai cenderahati dan kedai-kedai makan berada di dalam kompleks ini.

Pusat Sukan Air - Pusat ini adalah untuk aktiviti sukan air utama dan tempat bagi karnival. Terdapat satu kawasan simpanan bot yang luas dan terus menghadap pantai. Fasiliti-fasiliti lain termasuk ruang menukar pakaian, tempat rehat dan tempat persediaan umum. Ia diguna sebagai satu kawasan pameran tetap untuk segala jenis aktiviti-aktiviti sukan laut. Ia menghubungkan kepada tempat-tempat berjalan di pantai.

Muzium Biologi Marina - Muzium Biologi Marina terletak bersama dengan blok Pentadbiran di bangunan berasingan. Ia berbentuk separa bulatan berdepanan dengan laut dengan sebuah galeri terbuka. Sebahagian besar bagi ruang binaan adalah digunakan oleh Muzium Maritime. Ruang rehat adalah bagi penggunaan pentadbiran seperti bilik mesyuarat dan ruang-ruang pejabat untuk badan sukan. Manakala di tingkat podium mengandungi bilik berehat VIP yang selesa dan ruang selasar berlebihan untuk muzium.

Plaza Utama - Plaza Utama berbentuk bulatan. Ia dilengkapi dengan struktur yang dapat menahan daripada setiap keadaan cuaca yang buruk. Ia digunakan sebagai pusat bagi melancarkan dan menonton berbagai jenis acara sukan laut.

Pusat Kraftangan dan Kedai-Kedai Makan - Pusat kraftangan dan kedai-kedai makan terletak dibahagian barat kompleks. Terdapat pelbagai kedai-kedai rangkaian popular dan kedai makan kecil-kecilan yang menjual makanan tempatan. Tambahan pula, kedai-kedai cenderahati dan kraftangan menjadikan kawasan ini sarat dengan aktiviti-aktiviti. Ia tempat popular bagi pelancong-pelancong melawat.

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

MUZIUM MARIN LABUAN

Muzium Marina Labuan diadakan untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut.

Apabila melangkah masuk ke muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang tidak dapat ditatapi di tempat lain.

Muzium ini dibina dengan konsep kapal bersama dua tingkat pameran. Ia menerima pelawat melalui sebuah jambatan logam. Akuarium-akuariam ungu biru jelas memperlihatkan kepelbagaian jenis kehidupan marina seperti jerung, ‘rays', ‘butterfly fish', ‘angel fish', ‘damsels', ‘wrasses', belut ‘moray', ikan-ikan beracun, udang dan udang kara.

Pelawat akan juga mendapat pengalaman luar biasa untuk menyentuh dan merasa pameran yang diletak di air cetak seperti tapak sulaiman, gamat dan ketam.

Pameran di tingkat dua termasuk habitat terumbu karang, habitat jerung dan ‘rays', reptilia lautan, ikan-ikan komersial, mamalia lautan, ‘marlins', aktiviti-aktiviti memancing dan menyelam, oceanografi, biologi marina, ‘molluscs' dan ‘crustacean'.

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

DATARAN LABUAN

Dikenali dahulunya sebagai Bandar Victoria, kini Labuan adalah satu pusat perniagaan yang membangun dengan dengan pejabat-pejabat moden dan kompleks membeli-belah.

Dataran Labuan - Dataran Labuan terletak di pusat bandar Labuan. Tumpuan utamanya adalah satu pentas luarnya yang merupakan tempat popular bagi sesetengah acara-acara dan persembahan utama pulau tersebut. Panji-panji Pulau Labuan dan negeri-negeri Malaysia lain berkibar dalam satu barisan di atas pentas ini. Pada penghujung dataran adalah padang bola sepak bandar. Di penghujung lain adalah sebuah replika ‘Chimney', mercu tanda yang paling terkenal Labuan. Ia cantik dilandskap dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan, air pancut dan air terjun.

Pusat Bandar Labuan - Pusat bandar adalah kawasan bagi pejalan kaki untuk bersantai. Kerusi-kerusi besi tempaan dan hiasan-hiasan lampu, bersama dengan pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan memberi pemandangan yang sangat indah. Terdapat banyak tempat-tempat makan yang khusus dalam masakan Melayu, Cina dan India, serta rangkaian kedai-kedai makanan popular.

Kawasan-kawasan pantai sentiasa penuh dengan kesesakan dan kesibukan. Terdapat kawasan pendaratan, serta Kastam dan jabatan Imigresen. Perdagangan tukar barang adalah dijalankan dalam kawasan ini dan mi kaca adalah barangan popular untuk ditukar bersama peniaga-peniaga Filipino.

Jalan besar utama di pusat bandar Labuan adalah Jalan Merdeka. Pada hujung timur jalan raya ini ialah Sheraton Hotel, Hotel Waterfront Financial dan Financial Park Complex.

Latar langit Labuan dikongsi bersama Masjid Jamek An'nur, satu masjid Islam yang sangat besar dengan rekaan bentuk futuristik dengan dua minarets yang mencapai langit.

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

MUZIUM LABUAN

Muzium Labuan ialah muzium ketiga yang didirikan oleh Jabatan Muzium dan Zaman Kuno di Wilayah Persekutuan Labuan. Ia dibuka pada Oktober 2004.

Bangunan muzium adalah seni bina dua tingkat dalam rekaan penjajahan sebelum perang. Tingkat bawahnya adalah didedikasikan untuk pameran bersejarah merangkumi era pra-sejarah Labuan, kesultanan Brunei, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua, Kemerdekaan, perisytiharan Labuan sebagai satu wilayah persekutuan sehingga penubuhan Perbadanan Labuan. Manakala pameran tingkat atasnya mempamerkan pulau sosiobudaya dan evolusi ekonominya bagi enam kaum utama yakni Melayu Brunei Darussalam, Kedayan, Cina, Kadazandusun, India dan Sikh.

Muzium ini dipersembahkan dengan baik dengan panel grafik, kios maklumat, pengesan-pengesan, bunyi dan cahaya bergerak, dan sistem-sistem paparan lain. Barang-barang pameran itu termasuk alatan muzik, barangan kewangan, senjata api, aksesori perkahwinan, kostum-kostum dan artifak dikutip dari sebelum era pra-sejarah, zaman kolonial British, Perang Dunia Kedua dan zaman kemerdekaan.

Muzium Labuan terletak sesuai di tengah-tengah bandar Labuan. Ia merupakan lawatan yang harus dilakukan bagi sesiapa yang berharap untuk mengambil satu lawatan ringkas pulau yang kaya dengan sejarah dan budaya.

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

KOMPLEKS BEBAS CUKAI

Terletak di Pusat Bandar Labuan, kedai bebas cukai menjadikan pengalaman membeli belah anda amat mudah. Menawarkan pelbagai produk bebas cukai yang menarik, seperti coklat import, mutiara, tekstil, minuman keras, dll.

Selain daripada makanan tempatan di pasar minggu Labuan, ada juga pasar tani Labuan untuk di kunjungi. Anda akan berjalan di bawah khemah biru yang bersambung-sambung. Dengan serta merta, anda akan terhidu bau ikan masin yang berlonggok-longgok dan juga makanan kering lain yang dibungkus dalam pek kedap udara yang di susun rapi.

Berbanding dengan pasar minggu yang riuh rendah, pasar tani lebih tenang dan senyap. Di bawah kipas siling, petani dan isteri-isteri mereka menjadi ramah setiap kali pelanggan datang ke gerai-gerai mereka untuk memilih sayuran segar dan buah-buahan, sebelum kembali berehat apabila pelanggan bergerak ke gerai sebelah yang menjual barang yang sama , yang diatur dalam susunan yang sama seperti gerai di sebelahnya. (Ya, sekurang-kurangnya anda tahu bahawa pasar tersebut tidak akan kehabisan barang apa yang ingin anda beli!)

Di sini anda dapat mencari barang yang sukar di dapati seperti batang /kepingan sambal yang tulen, dibuat di Labuan dan ada juga yang dihantar dari Sabah. Ia dibuat dalam cara yang paling organik; tanpa pengawet atau penambah rasa - hanya daripada hasil penghancuran apabila ditumbuk menggunakan penumbuk sambal. Salah satu cara untuk membezakan antara sambal yang anda beli di supermarket, adalah anda masih boleh melihat mata udang kering di batang dan kepingan.

Anda juga boleh mencari banyak plat sagu, bahan utama untuk makanan Ambuyat Brunei-Melayu – ia dijual di sini, serta bebola ragi, besar dan kecil, untuk di buat tapai.

Pasar tani Labuan di buka setiap hari Sabtu dan Ahad di Jalan OKK Awang Besar dengan berbagai macam produk pertanian, seperti buah-buahan, sayur-sayuran, rempah-rempah segar, ikan, udang kering, makanan laut kering, dan banyak lagi.

Di hujung sekali, terletak agak menyerong dari pasar tani adalah bazaar hujung minggu Labuan. Agak kecil, bazaar ini menjual segala yang anda perlukan untuk mendapatkan cenderahati dan hadiah untuk teman-teman dan keluarga anda. Daripada T-shirt corak peta Labuan, ukulele mainan murah, alas kaki yang tahan lama , hiasan dekoratif buatan tempatan ... bazaar memiliki semuanya.

Jika anda tidak berminat dengan cenderahati ini, singgahlah juga di bazaar ini, kerana beberapa kedai ada menjual aksesori mutiara yang akan menjadikan saat lawatan anda di sana begitu bernilai.

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

PEMANDANGAN MATAHARI TERBENAM

Pemandangan matahari terbenam. Itu adalah satu perkara yang pengunjung tidak akan gagal untuk memberitahu anda tentang Labuan.

Jajaran pantai sepanjang 9km dari Pantai Batu Manikar ke Pantai Sg. Miri telah memenangi Anugerah Pantai Bersih dari United Nation Environment Program di Pattaya, Thailand melalui 2nd COBSEA Marine Litter Workshop and Clean Up Campaign 2008. Anugerah berprestij ini memang layak kerana setiap pagi pekerja dewan bandaran dapat dilihat bekerja keras membersihkan pantai dari sampah dan puing-puing.

Dari Pantai Batu Manikar, singgahlah di Pantai Batu Pohon di mana ada warung kayu untuk nelayan menjual makanan laut segar setelah mereka mendarat. Berhampiran dengannya adalah taman berpasir yang penuh dengan rintangan buatan manusia, iaitu Sudut Cabaran (Challenge Corner) sesuai untuk aktiviti kem bina semangat. Terdapat juga warung makan untuk para pemerhati matahari terbenam untuk menghilangkan haus dan lapar.

Kemudiannya ialah Pantai Pancur Hitam yang begitu cantik. Terdapat banyak pokok rhu yang tumbuh dalam baris yang teratur, memberikan teduhan dan ruangan privasi kepada pasangan pengunjung yang sedang menikmati matahari terbenam bersama sambil bersandar di kereta mereka. Seterusnya, anda akan melewati Homestay Kampung Sungai Labu yang nyaman dan mempunyai pemandangan indah pantai.

Destinasi menarik terakhir ialah Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL) sebelum anda membuat perjalanan kembali ke Jalan Batu Manikar. Pada saat itu sinar matahari paling berseri-seri memandikan cahaya mereka ke dinding putih universiti kepada cahaya keemasan yang hangat.

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

TUGU PENYERAHAN JEPUN

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Australia mendarat di pulau Labuan dan teluk Brunei. Objektifnya adalah untuk mengusir pihak Jepun dari kawasan tersebut, mendirikan sebuah pangkalan tentera laut maju dan menjaminkan sumber minyak dan getah. Dengan serangan yang dikendalikan dengan baik, bilangan pihak Australian melebihi pihak Jepun dan dalam masa seminggu, semua rintangan tempatan utama telah disingkirkan

Pada 10 September 1945, Labuan, Borneo, Leftenan Jeneral Masao Baba, Komander Askar Jepun 7 dan Komander Tertinggi Kuasa-kuasa Jepun di Borneo, tiba di Labuan bagi menyerahkan kuasa-kuasa dibawah perintahnya kepada Mejar Jeneral Wootten. Majlis penyerahan rasmi diadakan di tempat ini pada tengahari 10 September 1945 dan dihadiri oleh kumpulan Kapten C.W. Pearce dan ketua Skuadron J.S. St. Heaps dari Sydney bagi pihak R.A.A.F.

Pesawat Jepun, Tachikawa K154C (HICKORY) yang membawa Leftenan Jeneral Masao Baba ke Labuan untuk majlis penyerahan rasmi dipamerkan di Muzium RAAF, Australia.

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

THE CHIMNEY AN ARCHAEOLOGICAL MYSTERY

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney' – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney' dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney' dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney' masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney'. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney' telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

TAMAN PERINGATAN PERANG DUNIA KE-2

Tempat yang sering dikunjungi di Labuan ialah Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua yang terletak di Jalan Tanjung Batu. Taman memorial yang dilandskap dengan indah ini adalah tempat pengebumian 3,908 pahlawan-pahlawan perang yang tersungkur semasa pertempuran atau penawanan di Borneo semasa Perang Dunia Kedua. Kebanyakan daripada mereka adalah warga Australia dan Britain dengan sebahagian dari Punjab Signal Corp, New Zealand, dan beberapa orang tempatan.

Pada Februari 1945, pihak Jepun yang telah menangkap kawasan pihak Bersekutu di kawasan Sandakan, mula memaksa banduan-banduan untuk berkawad ke Ranau – ia kemudiannya dikenali sebagai ‘Kawad Kematian Ranau' (Ranau Death March). Beratus-ratus banduan kehilangan nyawa semasa berkawad dan mereka yang tertinggal serta kem tawanan perang Sandakan telah dikebumikan di Kubur Perang Labuan.

Pada 10 Jun 1945, askar-askar Bersekutu mendarat di Brown Beach, Tanjung Purun bagi memulakan pembebasan Borneo daripada pihak Jepun. Sebelum ini, bandar Labuan telah dibom teruk unntuk menghalau pihak musuh. Kebanyakan daripada bangunan-bangunan di situ termusnah. Pergaduhan juga berlangsung di sebuah tempat yang dikenali sebagai ‘the pocket'.

Jenazah askar-askar Bersekutu dikumpul dari seluruh Borden untuk dikebumikan di taman peringatan. Berbaris penanda putih menandakan kubur-kubur tersebut. Pelawat-pelawat dapat merujuk kepada panel-panel pada barisan di mana nama askar yang dikebumikan disini akan tertera. Berbagai-bagai mesej diukir pada penanda kubur askar-askar dengan sebilangannya tertera ‘dikenal oleh Tuhan'.

Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua kerap dikunjungi oleh veteran-veteran perang, khususnya dari Australia yang telah meletak Labuan sebagai destinasi penting dalam perjalanan mereka. Pada setiap Ahad pertama pada bulan November setiap tahun, satu perkhidmatan bagi menandakan Hari Peringatan diadakan di sini dan dihadiri oleh orang tempatan dan pelawat-pelawat asing. World War Memories telah dibina dan dikekalkan oleh Komanwel War Graves Commission. Halaman rumput adalah disimpan dengan cantik supaya pelawat-pelawat dapat menghargai keamanan dan ketenangan bagi tempat mereka mencari pemahaman mengenai perang, kematian dan kehilangan.